Monday 26 March 2012

Pe'el Busuk..

Assalamualaikum

ingat tak kalau dulu time skol, ustazah cakap kalau tengah azan jangan masuk tandas.. sebab time tu syaitan berebut-rebut, berasak-asak, berlumba-lumba lari masuk tandas.. ingat tak??

ingat tak kalau time sekolah rendah, mak ngan ayah ko cakap caner pun, totaaapp nak dengar cakap cikgu,ustaz,tecer yang cakap..  sket cekgu.. sket cekgu.. cekgu cakap yang betul.. nanti cekgu marah klu x dengar arahan.. padahal konsep kira matematik guna lidi penyapu dan lidi mancis mendapat jawapan yang sama.. sebab cikgu suh guna lidi mancis ko ase jawapan lidi penyapu adalah salah.. ingat tak??

tapi aku nak citer pe'el busuk masuk tandas td tu sebetolnyer.. ntah kenapa aku neh.. asal dengar azan jer.. nak-nak tu la ase tak nyempat-nyempat nak masuk tandas.. geram nyer la.. pada hal tahu amalan tu tak baik masuk tandas time azan..kalau la boleh tenampak syaitan tu, ntah2 boleh nmpak aku dgn syaitan tu sama naik je berebut-rebut siap tolak -menolak lagi nak masuk tandas...

nak tahan PU (past urine~bhs standard doktor2) ke BO (bowel-opened) x elok lak kan.. aku lak jenis susah nak BO.. so tetiba ader feelin tu baek la ko cecepat qado hajat.. kalau tak, merasa la ko tunggu seminggu lagi nak dapat feelin yang sama..

pastukan aku selalu tebayang muka syaitan yang sama saing masuk tandas dengan aku tu bentuk + muka cenggini..





 
sapa ingat?? hehe.. sekali keluaran asuh la pulak..

Sunday 25 March 2012

Nak Ubah

Assalamualaikum

actually aku nak tukar lay-out blog.. da jemu + tak cantik.. walaupun aku saja yang baca blog aku tapi tetap mengiginkan perubahan bagi menarik sket.. kalau2 tetiba aku nak ziarah blog org sambil memperkenalkan blog aku x de la segan sangat kan.. tapi aku...

tak pandai.. tapi malas nak nak baca step or nak cari info..nak godek2 tab dan setting pun malas

nak tanya org.. cuba tnya sowang kawan aku neh.. tp dia bz jer..

nak tanya laki aku... tiap kali balik penang aku x bwk lappy + suka jer jalan2 sambil melupakan niat nak ubah lay-out

jadi.. sila kekal kan wajah lay-out sedia ada.. kbai T______T

Friday 23 March 2012

Mari Mengenal Tempat Keja Suami Anda

Assalamualaikum

Adik-adik.. meh akak nak citer pengalaman akak ke kantor laki akak.. sebagai persediaan supaya tidak mendaftar sebagai kelab isteri-isteri derhaka kelak dengan menyambut suami sendiri di muka pintu dengan muka seperti mutant lagaknyer.. dengan soalan-soalan yang mencabar kedidihan hati.. dan dengan segala ngomelan dan bebelan seperti syarahan peringkat universiti..

bukan aper.. ader baik nyer sesekali melihat keadaan kerja suami sendiri, jadi kita ader basic info.. x der la org tanya nant laki ko keja caner? jwbnyer..ntah.. keja shift ke normal hour? nta lagi.. normal kot.. pdhal masuk keja kol 3 sampai 11 mlm..normal hour waktu zimbabwe ler kot.. bidang aper laki ko ceburi?? ntahhhh... tp yang aku confirm.. gaji masuk bila masa pun ko dapat detect.. temasuk la aku keh..keh..

aku kan weekend wifey, so tiap kali aku balik astar ari sabtu aku akn follow laki aku  g opis dia so dia anta aku kat jetty terus dia gerak masuk opis.. tp memandangkan ari sabtu tu dia kena masuk keja awal.. so aku pun tepaksa ler ikut dia masuk opis dlu.. sebab kol 6.15 da tepacak da kami kat sna.. nak amek bus telalu awal..

satg ikut abg tgk caner nak bawak masuk kapal.. aku anggukan jer tanda arahan adalah diserap masuk ke sel otak.. so dari pengamatan aku.. macam tak susah mana.. ko tgk tu aku tulis macam.. x leh blah kan hik..hik.. so pas settle sume kira2 amek masa dlm 30 minit kapal tu nak parking, aku cakap ler.. cam tu jer???.. dgn kerek okeh

sekali laki aku cakap.. dengan tarik nafas dalam2 dengan tgn yang dikepam2.. dengan muka y ke arah kehijauan cam pokok padi.. dia membalas...memang la.. sekarang kol 7.00 pagi.. udara oke.. cuaca x panas.. cuba la kalau kapal sampai tgh hari..matahari tepacak kat kepala.. 30 minit pun ase 30 jam.. itu lom kira kalau tetiba hujan lebat.. angin laut lagi..bla.. bla.. susah keja..nak bagi makan isteri..bla..bla.. makin debab..bla..bla..

cukupppppp...cukupppp.... cukup hariz... i dun want to hear anymore.. mila faham ~ eh, feelin ombak rindu lak

kini.. statement aku sebentar tadi yang macam senang tu telah di tukar memang susah..  dan logik nyer.. keja apa yang senang? u tell me.. i want apply da job also.. melainkan ko izzah ko leh keja ngan hariz.. ombak rindu lagi..

meh kta layan pic nak..


di mulakan dengan mengenali watak utama.. the laki bini
laut x de ombak

kapal yang disolek.. ko ader?

bak pekerja rindukan kapal

kapal y awesome!!!

depan sket.. riverse.. masuk kanan.. oke..oke.. da paking elok angkat tgn

bagusss.. lulus ujian paking thumbs up

pengajaran:-
a) sayangi laki anda
b) sambut suami balik keja ngan senyuman..
c) pikir sndri.. laki sendiri.. sendiri jaga .. eh?

Thursday 22 March 2012

Kenari Merah Yang Jahat

Assalamualaikum..

Kenari Merah Yang Jahat ~ kenapa aku tak tenguk no.plat dia eh.. kenapa.. kenapa?? kalau tak aku letak besaq2 da.. Aku BOLD kan.. Aku Italic kan dan aku Underline kan number keta kenari merah yang jahat.. GRRRRRRRRR!!!!!!!!

aku nyaris kemalangan... T____________________T gara-gara kenari merah yang jahat.. suka aku tekankan beberapa kali kenari merah yang jahat... menunjukkan betapa jahatnya pemandu kenari merah yang jahat tu..

aku tidak mengatakan aku pemandu behemah.. seat belt dipakai ketika naluri berkata ~ ntah2 ader roadblock per kat depan tu.. kelajuan ditambah jika lampu isyarat kuning.. parking tempat yang dilarang (sekejap jerk).. bayar parking tak ikut caj y ditetapkan (saman pun lom bayo)

akan tetapi....

kejadian tadi aku akui bukan SALAH AKU.. salah KENARI MERAH YANG JAHAT tu.. sebab dia kuar simpang tak tgk sebelah kanan.. sedangkan aku agk laju memandangkan tak de kenderaan lain dihadapan.. bukan nak minta yang tak diingini berlaku.. 

akan tetapi (suka lak gn ayat neh)..

kalau aku tak sempat BREAK td.. sama ada aku atau pemandu kenari merah yang jahat tu, akan menyahut seruan MAHA PENCIPTA.. siyes aku cakap.. kalau kena td memang nahas sebab VERRRRRYYYYYY THEEE CLOSSSSEEEEE...

yang paling aku GGGGGEEEEERRRRRAAAAMMMM nape la hon aku tak nak bunyik la pulaakkk.. rosak rupanyer.. aku kan baik ati.. x pndai nak main hon2 ni sgt.. abes kuat i jeling mcm nak telan org jer.. tgn x reti nk tekan hon .. itu yang bila masa hon tu rosak aku x tau.. sedor2 nak guna x kuar bunyik~ eh jap.. jgn salah kan aku okeh.. kan ker aku da ngaku aku x de la pemandu y behemah sgt.. so kondisi keta aku kurang alert sket..

gagahkan diri drive sampai opis.. i kan ratu air mata.. terus tipon laki aku.. biasa la.. dgr sora laki sndri.. harus la aku nanges meratapi kejadian td~ aiseh.. ayat x leh blah.. aku cakap la cengini.. cengini.. kenari merah jahat.. bla..bla.. hon x bunyik.. bla.. bla.. ketaq.. bla..(amek tisu lap hingus) sambung lagi.. bla..bla..

jumpa lak Shai opis mate aku.. citer ngan dia.. pastu tnya la~ shai, awat hon keta fanis x mo bunyi.. dan dia jawab.. keta bisu.. T______________T

bila aku da cooldown sket.. baru la tingat dosa bala sume.. pasneh kena lebey hati2 bak kata laki aku.. nyawa ats jalan neh kdg 50-50 jer.. tak nahas ats kecuaian kita, bole jadi ats kecuaian org len.. mcm entry aku tentang arwah pak cik amer bebaru neh..

itu sahaja laporan trafik di www.bilarasanaktulis.blogspot.com.. 

kepada pemandu KENARI MERAH YANG JAHAT...

SIAP HANG.. AKU JUMPA.. AKU CUBIT PERUT HANG.. bley tara tu???

Wednesday 21 March 2012

SPM

Assalmualaikum

Siapa penah dgr ayat2 cenggini?

result bagus ON fon.. result hampeh OFF fon
Nak result bagus pegi awal2 pagi sebab A dan B masih byk.. petang2 tgl C,D dan F sja..
Alah.. tak semestinya result x bagus gelap masa depan ---> ayat saiko !!!
x kisah dpt berapa.. terserah~~~ status SAP (saja amek periksa) pun layan

Fenomena SPM datang lagi

Tepat jam 10.00 pagi pada hari ini, maka tercetus lah ledakan gunung berapi yang ditunggu hampir 3-4 bulan oleh calon2 SPM 2011.. bagi calon yang telah bertungkus lumus, harapannya keputusan memihak kepada anda.. Insya-Allah segala usaha anda bakal setimpal..

bagi calon-calon yang x der perasan time amek peksa, yang asal hadir.. sila jgn nak EMO lebey.. dan2 ler ase nak pengsan .. tak pecaya la.. BF punya pasal la.. GF majok time paper sejarah la.. itu adalah alasan..

To my beloved sis WAWA n my kazen Aina.. wish both of you GUDLUCK
 

sumber: incik google

Monday 19 March 2012

Salam Takziah

Utara
Kereta huyung-hayang
NURUL FATIHAH SULAINI
19 Mac 2012
Kemalangan
ALOR SETAR-Seorang polis berpangkat koperal maut, manakala dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) cedera dalam kejadian langgar lari apabila sebuah kereta merempuh dua motosikal, petang kelmarin.
Saksi, Mohd Haikal Abdul Hadi, 30, berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang.

Dia sempat menyaksikan sendiri kemalangan maut melalui cermin sisi motosikal berkuasa tingginya selepas memotong dua motosikal berkenaan.

“Sebelum kejadian, saya lihat kereta Perodua Kancil berwarna perak dipandu dalam keadaan huyung-hayang seperti dipandu orang mabuk, sebelum merempuh motosikal dinaiki anggota polis di depannya. 

“Dua pelajar yang menaiki motosikal di belakang mangsa tidak sempat mengelak sebelum turut terjatuh.

“Saya secara kebetulan dalam perjalanan ingin ke tempat kenduri.

"Bagaimanapun, saya ambil keputusan berpatah balik ke tempat kejadian.

"Ketika itu, ketiga-tiga mangsa masih berada di atas jalan, sementara pemandu kereta yang merempuh mereka melarikan diri,” katanya kepada media, di hadapan Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini kelmarin.

Haikal turut terkilan dengan sikap individu yang kelihatan cuba membantu dua pelajar perempuan terbabit yang cedera, tetapi rupa-rupanya mengambil kesempatan mencuri telefon bimbit dan wang mereka.

Sementara itu, rakan kepada pelajar berkenaan, Mohd Izat Ahmad Subri, 20, berkata, kawannya Nor Liyana Hassan, 20, menunggang motosikal jenis Honda Wave bersama Anis Nasuha Zohad, 23, adalah pelajar tahun dua, semester empat, Diploma Pengurusan Hotel, di Kuin.

“Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Tandop setelah selesai membeli barang untuk persediaan kelas memasak keesokan harinya di Jitra.

“Nor Liyana mengalami kecederaan di bahagian muka dan bahu, sementara Anis cedera di tangan. Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Hamerudin Sidek, 50. Beliau ialah anggota yang bertugas di Balai Polis cawangan Anak Bukit.

“Kita masih menyiasat punca kejadian dan meminta kerjasama orang ramai supaya tampil menghubungi polis untuk menjejaki pemandu kereta yang melarikan diri,” katanya.

Menurut rakan sekerja, Hamerudin dipercayai bertugas di balai polis berkenaan dalam tempoh tiga tahun dan semasa hari kejadian arwah tidak bekerja.(Sumber: Keratan Akhbar Sinar Harian)
 

Innalillah hiwainailahirajiun...

tu yang mampu aku lafazkan saat aku dapat perkhabaran berita kematian Pak cik Amer.. Aku kenal rapat dgn arwah lebih2 lagi wife dia.. kami pernah berjiran di Berek Polis Jalan Kolam Air kira-kira 9 tahun dulu (kini berek yang lama telah tiada digantikan dgn berek dan balai y baru)


Sedih dgn apa yang berlaku, kemalangan akibat kecuaian dari pihak yang lain. telah meragut nyawa org yang tak bersalah..moga arwah ditempatkan di dalam golongan org yang beriman..

takziah pada isteri arwah mak cik zaleha a.k.a mak cik Z serta anak Hakim.. Semoga tabah mengharungi hari2 mendatang..



Al-Fatihah

Sunday 11 March 2012

Bateri Cabel Laptop

Assalamualaikum,

aku masih bersiaran di opis.. macam biasa tiada picture-picture baru yang boleh aku campakkan.. dalam pada masa yang sama, aku masih dirundung ketakutan dimana sumpahan orang-orang ketika berkursus.. mana kan tidak.. aku da bagai fotographer tak bertauliah mengambil gambar kawan2 sekursus dan tanpa rasa bersalah dan yakin pada diri lalu berkata


oke tak pa.. bagi email atau kita jadi fren dalam fb.. nanti fanis upload pic ampa sumer..


maka. dengan itu. kawan2 aku time kursus yang memula malu2 untuk bergambar dengan rela hati membiar kan diri mereka menjadi bahan2 objek aku untuk bergambar sebagai kenangan..motif? aku nak tangkap pic gedik sorang2 kat taman landskap intura malu... so aku angkut semorang amek pic bersama2..

tapi hakikatnya , hatta di saat ini tiada sekeping gambar pun aku upload gara2
 
Rosaknyer Bateri Cabel Laptop

T___________________________________________T

maafin aku rakan-rakan kursus.. aku berjanji, seusai aku punya wang, aku akan upload pic yang kita tangkap eh
 
Yang benar,
aku yang bersalah

Tuesday 6 March 2012

Astro Bella

Assalamualaikum..

Rancangan ini kini telah bertukarrrrrr (sebut ala2 katun tu)


kepada yang ini


*




*




*


dan tetiba jer aku yang memula membangkang pengalihan siaran  ini telah terpacak di hadapan kaca tv dengan menonton cerita ini

*



*





p/s: aku masih bersiaran d opis.. laptop masih injured T_______________T

Sunday 4 March 2012

Hilang

Assalamualaikum

Skang peel aku nak tajuk men simple2 jer.. catchy bak org skang cakap.. aper yang hilang? dompetkah? keropok moni kah? handsetkah? oh tidak..

aku yang hilang sebetolnyer di alam blog.. siyes.. aku rindu nauuu nak merepek meraban neh.. apakan daya.. aku teda di sini.. aku sedang berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara di Sg Petani dari 27 Ferbruari - 1 Mac 2012..

Da la baru balik kursus.. laptop lak charger rosak.. so memang tenggelam la aku sebulan dua neh.. nak beli charger mahal kot.. road tax keta lak tamat 14 Mac neh.. so makna nya aku akan diammmmmmm terus T_______T sebab no money nak beli charger laptop.. aku tanya kawan2 aku.. brapa harga charger.. so derang cakap ori nyer RM185  local dalam RM80...

aku akan bersiaran dari opis je la.. itu pun kalau keja x kejar aku.. tapi kalau keja sampai tak leh nak panggung kepala memang bekubur la sebentar blog neh.. iyer2 jer aku amek pic bebanyak nak campak dlm blog sekali habuk pun tarak.. sbb dr handfon x leh nak send ke laptop..


keja banyak.. itu dulu setakat neh.. moga ketemu..

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...