Wednesday 31 October 2012

Pejabat,Klisa dan Hujan

Assalamualaikum

5.20 petang rabu, pekan guar chempedak
aku masih di pejabat..klaka..klaka..klaka.. sanggaaattt
sebab ujan yang lebat
aku tesekat
sebab umah tak dekat
nunn.. di simpang empat

esok 
ada agenda
aku dan cik klisa
nak rawat muka
bagi lawa
sebab tuan klisa rasa tesiksa
tenguk cik lisa bermata buta

esok
doktor klisa belum jumpa
harap esok bole bertemu
kalau bole jgn amek klisa lama-lama
sbb lama-lama nant jemu
otak tepu
kaki beku

5.33 petang rabu, pekan guar chempedak 
kalau ujan betandang
hati jadi tak senang
bukan tak syukur ujan yang datang
cuma diri tak bole bertenang
risau igt kat orang pulau pinang
sebab naik moto x da benda hadang
harap tak tejelepuk tang telentang

Monday 29 October 2012

Biar ini yang pertama dan terakhir

Assalamualaikum

Ini entry serius

Khamis, 25 Oktober 2012
Pagi itu seperti pagi-pagi yang lain.. bangun pagi bersiap untuk ke tempat kerja.. mak ade tinggalkan sedikit nasi goreng lebihan sahur mak tadi.. tak sempat nak merasa puasa sunat hari arafah sebab uzur..

Dalam hati ada terdetik sedikit malas untuk ke ofis.. pertama esok da raya haji mood raya melebihi mood kerja.. kedua petang itu juga aku akan ke Penang untuk jumpa buah hati tercinta..

7.12 pagi, taman bersatu simpang empat
Waktu yang aku ingat sewaktu menghidupkan enjin kereta.. monolog dalaman mengatakan aku keluar sedikit awal pagi neh..maka tak perlu tergesa2.. doa perjalanan dan doa2 sampingan didalam kereta aku baca seperti selalu.. tetapi.. lagak seperti tidak bersungguh.. selawat tidak cukup 11 kali, ayat kursi dan seribu dinar tidak dibaca mengikut makraj.. doa keatas ibu bapa dan suami aku "skip" pagi tu.. 

7.20 pagi, lokasi : simpang tiga sungai limau yan luar..
aku kemalangan.. ya.. ini kali pertama  dan biarlah yang terakhir.. Ya Allah.. ampunkan aku..ampunkan aku.. apa yang aku ingat aku cuba mengelak sebuah motor dimana  pembonceng seorang anak kecil yang duduk di bahagian raga motor.. motor yang tetiba keluar dari sebuah kedai di sebelah kiri.. dalam pada aku hilang kawalan sebuah kereta (honda stream) merempuh di bahagian belakang kereta aku..

sekelip mata..sekelip mata.. melalui pandangan cermin belakang aku perhatikan motor tadi sudah berada d atas jalan.. kereta yang merempuh belakang kereta aku juga berhenti secara mengejut..

dalam pada aku ketakutan.. aku berlari2 kecil melihat motor dan anak kecil tadi.. Ya Allah.. betapa bersyukurnya aku.. lelaki dan anak kecil itu tidak mengalami kecederaan.. biarlah kereta aku remuk seribu..biarlah kereta yang merempuh aku bederai di bumper hadapan.. asal nyawa tidak melayang..

mak ayah segera aku hubungi.. 15 minit kemudian mak ayah sampai.. perbincangan dengan semua mangsa beserta ahli keluarga terlibat dibuat supaya semua mangsa terbela..

9.00 pagi, Balai polis Yan
kes di bawa ke balai polis yan untuk diselesaikan.. mangsa adalah aku, seorang guru perempuan juga dalam keadaan menggandung (pemandu honda stream), dan pemandu motosikal beserta anak..
saman dikeluarkan ke atas pemandu motosikal di atas kecuaian keluar simpang tanpa melihat laluan jalan..

12.30 tengah hari, Taman Bersatu Simpang Empat
Suami aku gelisah menunggu.. jauh datang dari Penang semata hendak melihat keadaan ku dan kereta.. tima kasih abang.. sengaja aku suruh saja suami menanti d umah kerana suami aku belum arif jalan di kedah.. risau aku dia sesat lak di Yan nanti.. tima kasih buat adik ipar juga.. menemani suami ke alor setar..

1.20 petang, selepas zohor
aku ke Penang.. dalam keta, suami suruh aku tdo sahaja.. mungkin melihat aku masih dalam keadaan terkejut.. tapi mata enggan terlelap.. dalam hati aku panjatkan seribu kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.. mungkin Allah masih lindungi aku dengan doa yang tidak seberapa pagi itu.. doa yang tersisa..

tima kasih semua yang terlibat.. 
mak ayah yang sentiasa ada tika senang dan susahku
suami yang banyak membantu 
dan anggota polis Balai Yan yang penuh hemah..





Wednesday 24 October 2012

Kenali Wanita

Assalamualaikum
Aku tertarik pada Fan Page "Bercinta Selepas Kahwin". Admin ada mengklasifikasi wanita berdasarkan kedudukan dalam adik beradik. 
 
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis


WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Yang kebiru-biruan itu aku ler tu.. dari 1-5 tanye laki aku.. silap2 dia kata Nan Ado.. tapi kalau no.6.. yer.. aku akui.. lately betambah2 lak aku rasakan.. apa y aku sedey sangat pun aku tak sure.. hati kaca betol..

laki aku sampai speechless la.. abes kuat dia ngadap tenguk aku nanges sampai abes.. sure dalam hati.. Aku tampor gak minah neh.. hehehe.. So kepada yang lain.. agak2 ader point yang sama pada diri anda tak??? 
 cekidautttttttt !!!!!!

Sunday 21 October 2012

Lari-lari Selamat Bumi

Assalamualaikum

Sebagaimana pengetahuan umum, aku bekerja di agensi yang sangat sayang akan sampah sarap neh.. sebab ader sampah we olls can make money..money..money.. how??? lets recycle..

Well being Malaysian.. kesedaran itu amat sikit dan hampir tiada langsung.. buang sampah merata-rata, x nak buat kitar semula, guna tandas tak pandai nak bersihkan.. so sedey iollss.. T________________T

Honestly sejak bekerja di Perbadanan neh aku agak alert dengan isu sampah.. sumpah aku akan rasa nyesal kalau aku terpaksa buang sampah dengan cara yang tak betul.. contoh.. aku atas moto nak buang smpah, skali ader hanjing belegar2 kat tepi tong.. maka aku cuba2 pratik lambung plastik air mcm labung bola.. bila plastik air tersasar x masuk tong aku ase down.. siap cakap dgn laki aku orang da langgar etika Perbadanan

Selaku warga Perbadanan, kami tak akan putus asa nak naikkan rate kesedaran sivik among Malaysian.. dari 1 aktiviti ke 1 kami usahakan..
terbaru adalah JOM LARIAN KITAR SEMULA

kami buat promosi di sini...




dibantu oleh kami



dengan sambutan yang begini




kami pulang dengan senang hati.. sesiapa yang berminat nak join sila layari

Tuesday 16 October 2012

Rombongan

Assalamualaikum

Setelah hari yang dihitung berkunjung tiba, maka pagi2 lagi aku dengan mak gigih menyiapkan bekalan ke Bukit Bendera.. lagak kami bagaikan berpegian berkurun lama.. sedangkan destinasi hanya sekangkang kera..

Bas tiba jam 8.30 pagi, sepatutnya 7.45 pagi  kami sudah berlepas..seperti biasa bas rombongan tidak akan hadir tepat pada masanya.. sumpahan kum kum mungkin..

Ruang bas yang selesa dan standard melupakan seketika hangin aku sebentar tadi akibat penantian yang penuh seksa.. bila bersama kids dun sangka ko boleh besenang lenang duduk dengan aman.. ko bole tengok betapa eksaited nyer bebudak dalam bas.. yang comel berbaju merah tu adalah jiran seat kami.. yang separa comel tu lak aku dan mak (nak gak tulis comel)




segala gambar di atas adalah di Bukit Bendera.. aku andaikan sahaja (andai oke) aku berimej sedikit remaja.. tahu berapa hari aku pikir nak pakai apa?  3 hari kot.. motif???? aku tidak akan mengizinkan sesapa di dalam bas itu bertanya yang mana satu anak hang? faham skang...

aku agak riang semasa d sana selari dengan ahli-ahli budak tadika.. ye la.. tempat yang tak penah kita p kan.. opkos keterujaan tu ditahap paling maksima.. 2 jam berada di atas bukit bendera cukup buat aku pusing hampir keseluruhan tempat.. ader 1 tempat yang aku anggarkan ada 100 anak tangga..
begini  dialognya

adik p la naik
mana? tangga tu.. tak mau lah
p la naik.. bila lagi nak naik atas tu..kot2 ada tmpat menarik
x pe la.. mak bukan nak naik pun.. satg mak duk bawah sowang lak (solehah)
hakikat sebenar.. malas aku nak menapak tangga y byk tu.. sayang lemak..

tong pos neh bukan sebarang tong pos.. tong pos neh milik Puteri Victoria.. usia hampir 200 tahun.. bak kata pemandu buggy lu nak antaq itu sulat bole.. tapi tak sampai-sampai lorrr.. klaka..klaka..klaka

aku ada amek pic ngan apek tu.. sebab dia ramah + hampir 63 tahun kat atas bukit bendera tu.. so jangan la ko nak mempertikaikan sebarang fakta tentang bukit bendera.. kalau ase2 nak kena campak dari atas bukit.. silakan

info tiket: RM8.00 dewasa
                RM4.00 kanak-kanak
                Harga rombongan lebih murah


pas turun dari bukit bendera.. perut pun minta di isi.. so kami berkelah reramai kat tepi pantai tanjung bungah.. bebudak tu aku tak pasti time bila diorang tak main.. guna bateri enegizer gamak eh..

kemudian kami ke Toys Museum..

pasti tertanya-tanya (sendiri tanya sendiri jawab) kenapa sekeping je aku letak pic neh.. sebabnyer konsep indah khabar dari rupa telah di gunapakai oleh toys museum neh..

honestly memang tak de apa yang nak dibanggakan.. mayb  aku neh bukan peminat toys.. aku ase aku lebey eksaited kalau pegi kedai mainan kat mall tu.. 
tak berbaloi dengan harga dia.. RM15 (dewasa) RM8(kanak-kanak)

nasib ler kitaorg neh kategori rombongan.. so harga dia murah sket.. still feeling not worth it..

mostly kalau cari kat internet mesti dia letak situated at Tanjung Bungah.. yer itu dulu.. skang da berpindah ke Teluk Bahang.. Tak jauh dari tempat asal.. nant if nak g (tak dicadangkan) google alamat Teluk Bahang.. Ngerti??

last destination Pasar Chow Rasta.. nape x der pic???? haha.. sebab laki aku da selamat culik aku dari mak aku.. so teda cerita.. 

adik.. rombongan perkep nak p kelantan.. nak join?
bila?
bulan 11.. rm150 stand by
no..no..no.. ada agenda bulan 12 nanti.. so tiada peruntukan di situ

mak aku nehhhhhhhh..

Tuesday 9 October 2012

Tak Sabaq

Assalamualaikum

Bulan lepas mak ada tanya
adik (kata ganti nama y sgguh manje) nak join p Bukit Bendera tak?
nak..nak.. dengan sapa lagi
ngan bebudak tadika..
boleh..boleh..

suka diingatkan di sni.. walaupun asal ku, mak ayah ku, laki ku adalah dr Penang.. tapi aku tak penah jejak pun Bukit Bendera.. harapnyer.. Lim Guan Eng x der nak reject keasalan negeri kelahiran ku.. dan mak aku adalah Pengerusi Tadika Taman Bersatu walaupun anak dia y kecik skali yakni aku da tgl tadika DUA PULUH TAHUN yang lalu.. wakaka

dan sejak itu.. dalam diam aku menghitung hari
hendak ke Bukit Bendera..
siapakah yang semangat lebih tika dan saat ini..
budak tadika kah? atau aku yang tua bangka..

oh Bukit Bendera
wait for me..
hasbenku.. wait for me toooo ( so.. aper motip skang)


Wednesday 3 October 2012

Dalam Kereta

Assalamualaikum

Kruk krak kruk krak (sound efek patah2 jari dan betol kan urat pinggang) 
Minggu ni agak kesibukan amat.. apa yang aku sibuk pun tak tahu..
tapi kat opis memang tak duduk sesaja
kalau ase2 tensi sket aku suka curik time untuk blog..
nanti keja kita continue... bole?

Antara kita ader yang ke opis memandu sendirian bukan? 
macam aku neh jarak sejauh 21.8 km dan stengah jam memandu
jauh jugak tu.. walaupun x der jammed apa tp ada kala ketikanya memang jemu
eh baru kota sarang semut.. eh baru bukit besar.. bila nak sampai guar..???

bila memandu sendirian neh macam2 kita bole wat dalam keta..

macam aku bole jadi biduanita air mata - ye la, kadang masalah neh bukan bole semua nak dikongsi kan.. so agak2 x bole nak lepas kat opis n kat umah kita lepas dlm keta.. so smpai opis x der nak bwk mslh mcm tu jgk d umah.. sumtimes it helps me alot..


oloh-oloh.. kalau aku nanges ghupe gini kompom ramai nak dtg mujuk wakakaka

jadi penyanyi- nih ciri-ciri aku tepaksa follow lori yang besar gedabak.. nak2 lak keberanian overtake  tu di tahap paling minima, dari nak serah nyawa better follow jer.. pemanduan 50km/j akn buat mata aku pun mengecil.. gunakan time neh test sora.. volume mcm mana besar pun x der siapa tahu..



mat jenin - paling aku suka.. sebab berangan kan.. tiada sebarang caj dikenakan.. kalau depan aku suzuki swift da berangan nak keta tu.. dlm radio teka lagu itu saja (suria) dpt lima ribu aku dlm keta neh siap2 berangan nak beli mcm2 pakai duit tu.. poyossss!!!

serba betol - aku ase sume neh ada pada semua yang pemandu.. antara monolog dalaman ~ 
ishh dia neh bukan nak bg signal..
ishhh parking apa mcm neh punya senget.. 
ishh slow sgt aih.. owhhhhh patot ar slow,org tua yang drive.. 
ishhhh x syg nyawa, overtake iku suka..
amacam???? penah tak.. hehe.. aku slalu ckp kat mak aku sesampai di umah.. arineh atas jalan tu sume org salah.. aku jer y betol bwk keta 

ampa semua lak lagu mana? sama dgn aku ka?????
nant stori len..
jom continue keja




Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...