Sunday 16 March 2014

Sesi Dialog bersama Anba

Assalamualaikum

Dekat ofis kami ada sorang jer non muslim.. dia adalah Anbannanthan dan panggilan kami buat dia adalah Anba.. Anba neh kalau cakap, dia memang kompiden gila eventho ayat dia kadang ntah apa-apa..
disebabkan kenkadang tatabahasa dia guna amatlah di luar jangkaan kami dan tahap nak tunjal kepala,  kami masih berkawan dengan Anba.. kerana Anba adalah kawan kami
contoh--
situasi Anba ada memarahi seseorang

anba-- nampak jer HALIM, tapi buat perangai tak elok
aku-- HALIM????? bukan dia marah karim (bukan nama sebenar) ker
anba-- ya la HALIM
aku-- ALIM la ALIM bukan HALIM..HALIM nama orang
anba-- mana aku tau

situasi Anba cerita tentang pokok pokok yang ditanam oleh beliau, aku hanya pendengar

anba-- pokok umah aku hidup elok
kak liza-- sama la kat umah akak pun
anba-- jiran aku kata tangan aku BASAH
kak liza-- SEJUK Anba.. TANGAN SEJUK.. bukan tangan basah

*tangan sejuk mean kalau dia tanam apa-apa pokok tu menjadi

Tuesday 11 March 2014

Jika itu takdirnya

assalamualaikum

Jika itu takdirnya
siapa kita hendak menyoal apa dan siapa
kuasa Dia lebih jauh
lebih jauh dari apa yang kita sangka

ingat--
kita ini biasa biasa saja
Tawakal dan doa
Karna itu saja senjata
yang kita ada


Monday 3 March 2014

Selayaknya begitu

Assalamualaikum

Hari sabtu macam biasa jadi penghuni bas secara berkala
sebab baru jumpa wajah kesayangan hamba
dalam bas
kadang seat di belakang
kadang seat di depan
kadang bau dalam bas enak saja
kadang bau semacam mengancam nyawa

sedang nak melayan mata
perati sorang gadis muda
comel wajahnya

kedudukan seat bebetol di depan mata
kalau duduknya dibelakang masakan nampak
cara dia
berpakaian biasa
betelefon sederhana
dengan bantuan rebate telefon hanya perlu tambah rm50  sahaja
beg galas tiada jenama
aku bekira kira dia neh tidak berkeja
mestilah pelajar sepenuh masa

sangkaan ku benar
dia sedang pegang surat perjanjian ptptn
membaca syarat dan terma
arghhhh jelas pula mata neh
boleh perati segala

imbas--
aku juga begitu
dikala masih menuntut ilmu
tak mewah duit atau baju
kerana selayaknya begitu
tak mau beban mak ayah kena tanggung di bahu

cuma satu beza dia dan aku--
orang akan tefikir aku ini pelajar atau
isteri beranak satu





Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...