Monday 3 March 2014

Selayaknya begitu

Assalamualaikum

Hari sabtu macam biasa jadi penghuni bas secara berkala
sebab baru jumpa wajah kesayangan hamba
dalam bas
kadang seat di belakang
kadang seat di depan
kadang bau dalam bas enak saja
kadang bau semacam mengancam nyawa

sedang nak melayan mata
perati sorang gadis muda
comel wajahnya

kedudukan seat bebetol di depan mata
kalau duduknya dibelakang masakan nampak
cara dia
berpakaian biasa
betelefon sederhana
dengan bantuan rebate telefon hanya perlu tambah rm50  sahaja
beg galas tiada jenama
aku bekira kira dia neh tidak berkeja
mestilah pelajar sepenuh masa

sangkaan ku benar
dia sedang pegang surat perjanjian ptptn
membaca syarat dan terma
arghhhh jelas pula mata neh
boleh perati segala

imbas--
aku juga begitu
dikala masih menuntut ilmu
tak mewah duit atau baju
kerana selayaknya begitu
tak mau beban mak ayah kena tanggung di bahu

cuma satu beza dia dan aku--
orang akan tefikir aku ini pelajar atau
isteri beranak satu





No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...