Tuesday, 27 September 2011

hari peladang,penternak dan nelayan 2011 di stadium alor setar

salam..

pertama sekali.. tepukan pada diri sendiri kerana da pandai letak pic.. so pasneh memang kenduri pic la dalam setiap new post aku hehe.. tima kasih aku pada ZAHLIANA coz dia yang ajar aku.. tenkiu zah..

bebaru ni aku g hari peladang ni kat stadium alor setar, kalau nak tau ,bukan dekat  umah aku nak g sana. Amek masa jugak lebih kurang setengah jam. Tetapi atas dasar teringin + buat muka penuh mengharap dekat mak aku, kami pun telah membuat pakatan untuk pegi pada malam 25.09.11..

sampai je sana org mmg ramai especially pada peminat2 pokok buah n pokok bunga.. seswai la kan dengan tema hari tersebut, kalau ada pameran keta tu bkn nama penternak da la kan hehe..

aku pun round2 la kat stadium tu, so far leh puji sbb byk gerai, ko namekan je RISDA, MADA, PEYELEDIK semua ada.. setia menanti di booth2 utk di beri penerangan.. aku jer y ngelat lari2 klu nmpak org nak promote itu, ini hehe..

setelah berpusingan aku pun beli la sebarang dua barangan sebagai tanda dan bukti aku p sana.. aku beli cadar siap comforter dlm rm30 murah kan?? tp mak aku cakap sekali 2 basuh cadar tu confirm LUNYAI.. hahaha.. LUNYAI tu apa? p tanya kat org KEDAH .. pastu aku beli tudung bawal~ x abes2 ngan bawal ko fanis.. tp ni mahal RM20.. uhuhu.. nak wat cner.. no choice..

last but not least, betul la pendapat mengatakan PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.. mmg terbukti sgt, sebab dengan pertanian penternakan ni leh jana ekonomi.. so sape2 y berminat next year ader lagi pameran ni leh la pegi..

Wednesday, 14 September 2011

Jika Pengetahuan cetek di minda~

Tajuk macam apa je kan.. hehe..
watak utama
Hazwan~si suami a.k.a abang
Fanis~ si isteri a.k.a orang
Tak tau nama dia~ mc pada majlis tersebut

 Lokasi
rumah terbuka Penang Port kat jetty tu

Jam / Tarikh
tak ingat..tp waktu tengah hari 10hb september 2011

 Perbualan bermula apabila MC membuat penguguman
MC: Para tetamu sekalian, kita sedang menantikan ketibaan TYT Pulau Pinang kita..
Fanis: Eh abang,  sapa nak mai? sambil memasukan murtabak free ke dlm mulut
Hazwan: TYT nak mai
Fanis: owh.. yang minyak tu eh sambil menjilat-jilat jari akibat kesedapan murtabak free td
Hazwan: HAH.. Minyak.. minyak apa? sambil memberhentikan serta merta proses penghadaman makanan, sbb hazwan ni pun tgh makan secucuk sate free
Fanis: ye la.. yang minyak TYT tu.. y slalu ader kat iklan yang jadi antara penaja Radio Kedah Fm sambil tak tau pengetahuan dia sedang mencetek
Hazwan: TYT tu , TUAN yang TER-UTAMA la.. TYT Pulau Pinang sambil menyedari sedikit demi sedikit isteri dia neh tak tau apa2 
Fanis: Eh.. mana tau..orang bukan stay Penang.. huhu sambil buat muka tak bersalah dan mencongak2 nak depend diri sendri
hazwan: haishhhhhhh sambil senyum2 tanda perli

Pengajaran dari citer tesebut
- tambahkan ilmu diminda agar tak cetek
- nikmati la makanan tersebut dengan sepenuhnya sbb free, so apa jenis       
  announcement yang di buat bley wat dunno jer melainkan penguguman tu 
 cakap BAJET KALI INI BERPIHAK KEPADA PENJAWAT AWAM DENGAN  
 KENAIKAN GAJI YANG SEKALI GANDA
- carilah pasangan yang boleh membimbing kita kearah pemantapan minda agar 
  x cetek da

p/s: citer ini seswai di tonton oleh semua lapis umat..

Tuesday, 13 September 2011

kronology raya ku~

salam..

test..test.. wujud lagi aku ni rupanya.. ingat da ke mana2 ntah..igt da lupa ingatan kat blog ni.. aku masih wujud rupanya, tp kekangan masa yang mencemburui haha..~ye la tu fanis~

da hampir 2 minggu kita habis raya.. da byk open house kita redah selatan utara.. da  abes gantung semua periuk belanga.. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.. aku beraya pertama sebagai seorang isteri.. Amin..diberi kesempatan oleh Ilahi merasa nikmat nak besiap laki sendiri hehe.. moga diberi kesempatan lagi sekali nak merasa jadi ibu dan bini lak pas neh..

hari raya pertama mcm biasa.. spt tahun2 suda.. g sembahyang raya, bermaaf-maafan famili dan mentua, g ziarah kubur n beraya umah sanak saudara.. ~tamat

da abes aku meround 1 kampung aku kn besilat kat dapur lak.. ramai sedara mara y datang.. juadah cam biasa.. ketupat rendang y semestinya tak dimasak oleh aku hehe.. tak bijak lagi neh..

pengalaman aku balut ketupat.. bley la sket2.. hasil tunjuk ajar ADIK IPAR aku WAWA .. kita besarkan  tulisan disitu ok, dia ajar aku.. BUKAN aku ajar dia.. haha.. Wawa ni  bab masak aku tabik spring.. turun mak mentua aku.. tp ketupat jantan betina usah ditanya, aku hentam sahaja, pulut tu tak tekuar dari sarung itu da cukup baik..

2nd day raya aku besenang lenang di umah, tak da lak sesiapa datang menziarah.. acara mudah.. bebalas tengok wajah.. tu jer.. smpai la malam menjelma kami laki bini n adik2 kuar umah.. temasok ngan sepupu sepipit.. kitaorg g qbay.. tepi tu ada funfair.. habis la duit raya memasing y berjaya dikumpul di pagi raya.. dilabur kat funfair dengan sia-sia, dapat la mainan hasil main tikam dalam satu dua.. pulang la kami semua dengan rasa bangga, tak tau y tggu kat umah ase naik gila (ni tak temasuk dgn aku laki bini n adik2 sbb kami pulang jam 11 mlm) mau tak nyer.. depa semua smpai pagi jam dua.. kononnya sepupu sepipit ni p karaoke test sora..

3rd raya.. aku da kememeh .. laki aku kena masok keja da.. aku lak da balik alor setar.. sedey jgn cakap~huu.. dalam sedey tu aku balas kueh raya bebalang2.. :P wat bekalan dalam keta n spare kat umah lak..

tu la kronology raya aku y x seberapa tp cukup bermakna.. sekian

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...