Thursday 27 February 2014

Menyelami permasalahan cekgu cekgu

Assalamualaikum
Sapa perasan kat facebook skang tengah trending bab PBS yang di alami cekgu cekgu? ke aku jer yang terperasan sowang sowang..huhu.. pada yang tak perasan or tak tahu sila amek tahu sket.. selami lah hati guru guru malaysia
disebabkan aku sangat rapat dengan orang orang yang berprofesion sebagai cekgu, aku tejumpa satu blog menceritakan wat is PBS secara "general" saja bak kata blogger tu which is juga seorang cekgu
bila baca blog dia mak aihhhh sket punya pannnjaaannnggg dan blogger tu siap warning awal awal sapa yang tak mo baca dipesila close tab je-- sila rujuk di bawah
bila aku da stat baca Ya Allah betapa banyak nyer keja cekgu cekgu neh skang.. aku baca pun naik mengah apatah lagi nak laksanakan benda alah tu.. demi memastikan cerita blogger neh betol aku tepon kawan aku d swak sebagai testimoni seterusnya

"aku biasa tak tidoq derek dari koi 10 malam sampai 10 pagi, sebab sistem tu oke sket waktu malam" menurut ArianaRose (bukan nama sebenar)..ujar beliau lagi "yang pentabiran skolah duk tepon cekgu cekgu duk tanya siap dah ka siap da ka.. tak kata ke depa la..depa pun pejabat pendidikan duk tekan jugak"

penah jugak aku baca status sorang rakan (cekgu jugak) di facebook mengeluh lebih kurang macam neh
"sekarang masa dengan anak anak dah tak da sebab keja banyak, nanti bila anak anak da besar dan keja tak da masa untuk kita, kita nak marah tak???"

kesimpulan dia 
keja cekgu tak mudah

sekian

Tuesday 25 February 2014

Seni bercakap

assalamualaikum

kita kalau dalam bersembang atau bertegur sapa
cubalah untuk berseni
berseni neh macam kita cakap baik baik
bagi la pujian
bertanya kabar
kannnnn

tak susah pun
kalau tak de words sangat nak cakap
awok diam jer
senyum ker
itu lebih baik
itu lebih mendamaikan

apetah lagi nak tanya hal family ker hal peribadi
bukan takat berseni lagi da
siap kena ader step becaklempong lagi
konsep dia jaga hati
youre not in their shoes
dont simply judging people

aku da lama tak sentap
bukan jenisan aku nak mudah merasa hati
kalau dengan family lain citer

kawan aku nta dari mana mana planet
bertegur aku yang sedang memegang plastik kedai buku 1 malaysia
beli novel la tu.. orang tak da laki kan..ada la masa

eh..eh..
kisah pulak kau kan dengan jadual waktu aku
tuhan jer tahu betapa begelodak hati aku time tu
kalau pun laki aku jauh pun abes mak ayah aku tu ape?
patung cendana

haihhhlaaa
manusia kan
kalau pun buta seni dalam hal hal senilukis senireka senikebudayaan
jangan la hilang seni  bersosial  bertegur sapa

cuba kau cakap
beli novel le tu.. tak per enjoy jer bacaan.. nant ada laki duk skali susah da nak membaca
kaaannnnnnn

sekarang juga aku turun kedai buku beli 40 buah buku citer buat anak anak kau






Sunday 16 February 2014

Siri jelajah kitar semula

Assalamualaikum
 
Last week ari rabu aku ngan kak pijin pegi buat siri jelajah kitar semula di tabika kemas.. eeewaahhh tajuk kira nak siri jelajah ajer.. padehal tabika yang kitaorg pilih sedepa jer jauhnya.. tajuk kena gempak..
 
kenapa pilih tabika kemas? sekolah rendah ada. sekolah menengah ada..  kenapa tak pegi???
jawapan dia sebab pendidikan awal itu penting.. bak kata pepatah.. nak mendidik itu biar dari rebung.. bila besar tahap kesedaran sivik tu da ader
 kan... tol tak???


krikk...krikkk
*cengkerik*

ye la ye la aku tipu.. sebetolnya malas aaaa nak deal ngan skolah.. nak nak sekolah menengah.. hoiiiiihhh mana bley nak tipu bagai.. bebudak skola menengah kau tau je la kan.. tambah tambah bebudak fom fai kau ingat dia nak dengar ape kitar semula tu.. silap silap tengah aku becakap melayang tin, sokabar,plastik kat muka aku

karma is always function.. aku dulu ader ceramah yang cenggini siap spare novel tu bawak ke dewan.. novel tu lak balut ngan wrapping paper bunge bunge pastu tulis nota sejarah siap letak pencetak sasbadi.. gila kretip.. so aku sedikit isau la bebudak skang da tak cover cover macam aku dulu
imaginasi aku kan tinggi , siap tepikir tengah tengah aku berucap la katenya, bebudak siap selak selak majalah remaja.. nak nak cover depan hairul azreen.. tak ke pitam aku nant.. sentap terus tinggal stage nanges kat toilet.. drama sangat da neh..

letttsssss ke tabika jer la.. hati pun happy tengok bebudak kiut miut.. enciiiittttt jer jalan.. beg skola dengan dia sama besor.. da kata bebudak tabika kan.. kehmain kerek aku becakap.. tak pe la.. blur blur bebudak tu pun aku bole trima jugak.. nant pandai pandai la cekgu dia explain lain.. hehe

 amacam??? ada talent jadi cekgu tabika???
siap ngan gambar gambar amboiihhhh.. da macam nak promote MLM.. ramai downline neh
 nampak lima jari neh??? maksud dia.. Tak Buat Kitarsemula Siap Kau
kata makcik bebaju oren dengan mesra

kelas bebudak cantik gilerr... nape ehh aku dulu x der cenggini???



Sunday 9 February 2014

Kabhi Kushi Kabhie Gham

Assalamualaikum

Selalu hari Sabtu tak der maknanya aku nak tengok hindustan, sebab selalu time tu tak aku ada atas bas..  aku atas katil.. konsep dia sama.. dua dua aku tido
kelmarin disebabkan aku ada aktiviti mendobi yang sangat banyakkkkk banyak  maka sedikit sebanyak kena korbankan masa tido.. aku syak kain dalam raga umah aku neh beranak pinak.. padehal dalam umah 3 orang jer kot.. dia punya gunung tu...hoihhhh.. bikin panas

tinggal khidmat lipat kain tu ada d ipoh jer kan.. kalau tak sekali kan da baju baju aku neh
tak per kita bedoa beramai ramai bagi khidmat lipat kain tu maju so dat cawangan dia berada di seluruh lokasi berhampiran anda seperti di giant, tesco dan lain lain

Sepagi aku membasuh dan menyidai.. petang sket melipat lak.. letssss bebeh kutip kain kita longgok depan tv.. da ghupe mak mak sangat da kan gaya aku time tu.. sedang elok membentang kain.. skali tv3 tayang citer kabhi kushi neh..sedap gak layan neh.. nak nak aku da ingat ingat lupa

sambil sambil melayan aku da ingat sket sket jalan citer dia.. part mana yang sedey..part mana lagu best.. memori kian menyegar.. citer neh mula tayang 2001.. skang da 2014..
13 tahun sayangku
aku tengok retis-retis dia cenggitu jugak.. aku neh da macam ke-tua sangat huk huk

apa yang pasti persamaan
2001 & 2014
tacing tengok citer neh masih sama..hati masih tisu, mata masih bekaca-kaca
semacam orang lain yang seratus lima puluh juta kali  masih tesedu sedan tengok citer
MAAN

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...