Wednesday 31 December 2014

Terima Kasih 2014

Assalamualaikum

2014,

Terima kasih untuk tahun ini
Ujian dan dugaan silih berganti
Alhamdulillah.. aku rasakan tahun yang indah bagi aku
Tahun yang tak mungkin aku lupa

tahun yang banyak memori
tahun yang menyimpan suka dan duka

2015,

Selamat datang
kami buka buku baru
kami buka lembaran baru
semoga buku-buku kami ini
akan lebih biru dari merahnya



Harapan dan Air Mata - 5

Assalamualaikum

Tahun 2014 - Harapan dan Air Mata

Fanis,

Tahun neh fanis rasa fanis lebih baik, fanis kira. Kan tahun lepas fanis cakap dekat hasben yang kita perlu bercuti sekali dalam setahun, tapi atas rezeki Allah kita bercuti lebih dari sekali.

Selain ke Langkawi, kita berjalan ke langkawi lagi hahaha.. sebab kali neh kita bawak mak ayah dan adik2 bersama.. then kita ada ke Seremban, kita ke Lumut dan last destinasi kita ke pantai timur..

Power of planning, doa, rasa syukur membuat kita dapat lebih apa yang kita hajatkan
alhamdulillah

Treatment kita lalui macam biasa, dan disebabkan kita adalah IVF listed, kita hanya di pertemukan dengan pakar sahaja, dan katanya doktor O&G terbaik di Kedah.. Ya Allah.. aturan-Mu terlalu indah

Kita lebih tenang, kita ikut saja apa step, Alhamdulillah, dari segi duit pun kita tak da masalah
pertama simpanan abang dan kedua fanis dapat duit KWSP hasil sah jawatan sebagai penjawat awam, even tak banyak mana, tapi cukup untuk treatment kita

Bulan 6 tahun ini kita dapat tarikh utk IVF dan akan dijadualkan pada bulan 4 tahun 2015, senarai waiting adalah panjang dan hanya pada waktu itu sahaja giliran kita..

abang banyak ingatkan fanis, dont ever ask about nak pecepat tarikh atau nak lewatkan tarikh, sebab kita perlu mulakan IVF dengan adil sebab ini semua akan ada kesan dia..

Allah kata bulan 4, 2015 so just wait the date to come.. tak yah rushing sebab mana tahu kita dikurnia anak tanpa perlu ivf, dan abang tak nak kerana kita terlalu mendesak, kita da tindas orang lain yang lebih memerlukan IVF, mayb sebab usia pasangan atau sakit sakit yang lain

sejak dari tu, appointment kita dikurangkan sebab tahun 2015 baru nak IVF, so doktor akan fokus tahun 2015..

tapi, ada seorang doktor lain (bukan pakar) cakap why not uols try another IUI? Mana la tahu, jadik ker.. tapi date IVF kita still tunggu..

so atas saranan doktor plus da penah rasa IUI tu macam mana, kita amek keputusan nak cuba lagi sekali
lagipun cost rm120 tidak membebankan kita.. kalau jadi IUI so tak yah IVF yang lebih memakan masa dan kewangan

dan kita pun tunggu waktu untuk 2nd IUI.. masa tu rasa bedebar jugak,, ye la.. fisrt time tak tau rasa macam mana kan, ingat sakit biasa-biasa saja.. sekali da lalui, kiraaaaaaaaaaaaa ok la.. tipu la tak sakit, tapi still bole terima

bila nak wat yang 2nd IUI neh, terus rasa gerun, tapi still nak buat :)

Allah lebih mengetahui segala-- Dia tahu apa yang terbaik buat kita
bila hampir ke tarikh IUI, kita dimaklumkan doktor, ubat yang sedang kita makan tu tak respon pun dengan badan kita.. tahap kesihatan kita tak mengizinkan kita teruskan IUI, sebab chances still sama

even masa tu kita sangat down, tapi kita masih pujuk satu sama lain, yang ujian neh mesti ada hikmah--
lagipun IVF still akan bejalan seperti biasa--

satu hari tu, fanis ke hospital, abang tak dapat temankan sebab abang ada keja, dan fanis pun oke ja pegi sowang sebab appointment neh just pemeriksaan biasa dan tak melibatkan abang

bila fanis masuk bilik treatment tu, fanis jumpa doktor yang lain, sebab doktor pakar tgh ada ot dengan patient..

doktor tu bukak laporan.. dia sekadar basa basi dengan fanis.. sebab fokus dia lebih kepada fail pesakit..muka dia nampak lain..

sekejap yer.. saya cuba hubungi doktor XXX-- fanis just angguk

doktor XXX saya nak refer patient fanis neh.. based on report neh dia dan hasben bla..bla..bla..bla..

fanis tak faham sangat sebab terma medic kan..

oke2.. dis year? secepat mungkin.. oke2.. nanti saya gitau dia -- doktor tu still becakap on phone

oke mcm neh puan fanis, seem there is a problem sket, kita akan jalankan IVF secepat mungkin pada awak
so bila period, terus called kita dan we start the treatment..
ingat yer, first day period, called kita terus

fanis hanya mengangguk.. arahan tu macam dengar tak dengar saja.. Ya Allah ujian apa lagi neh
sambil melangkah keluar bilik doktor pandangan fanis rasa kosong sangat

fanis cepat-cepat keluar hospital, cari sudut fanis capai telefon

fanis - abang!!! fanis mengogoi nanges.. tak tertahan sedih tu, da la sorang sorang kan
suami - awat neh?? awat neh?? cakap pelan-pelan abang tak paham
fanis - kita kena buat IVF dalam masa tedekat
suami - bila tu?
fanis - period ja terus tepon depa
suami - bulan neh da period?
fanis- belum, tapi orang rasa da tak lama.. bulan neh belum period
suami - jangan duk menangis, la ada mana? p balik dulu, satg kita bincang lain

dalam keta fanis tak henti-henti menanges

hairan kan kenapa perlu bersedih bila ada peluang untuk percepat IVF

pertama --
persediaan..sepatutnya kami ada lebih kurang 6 bulan untuk ready for IVF tapi kami ada masa tidak sampai sebulan pun, selalunya orang yang da tau bila IVF akan dibuat, amalan ibadat dipetingkat, hubungan dengan Allah dipekukuh, maklumlah selama neh, sembahyang 5 waktu jer yang kita buat pun, sunat-sunat neh ke-laut dan yang paling utama pesediaan mental.. bukak la mana-mana blog, mana-mana artikel semua mention benda yang sama, persediaan mental memainkan peranan penting..
kalau dibuat dalam tempoh stress macam mana badan nak respon dengan baik.. bila badan otak stress, hormon hormon tertentu tak keluar dan terganggu..

kedua --
masa.. tahun ini memang fanis tak amek cuti dengan benda yang tak perlu.. semua sebab nak kumpul untuk di bawa tahun 2015.. memang kalau boleh tahun 2015, banyak nak rest.. contoh sebelum IVF nak cuti, lepas ivf nak cuti, memang plan nak tenang-tenang la.. skali bila da dipecepat,  jumaat sabtu pun fanis masuk ofis, pulun buat keja sebelum nak becuti panjang.. ye la setiap treatment IVF neh tak bole jangka.. tetiba ja hospital boleh telefon, tarikh2 yang dapat untuk appoinment hampir sekerap setiap minggu..

ketiga--
selepas IVF.. Hasil dari IVF hanya bergantung penuh pada Allah.. dengan izin Dia jua-lah fanis dapat mengandung atau tidak.. secara logik nya jika kita buat persediaan yang baik, persediaan mental yang kukuh, buruk baik dari IVF InsyaAllah kita akan terima.. sebab kita betol-betol bersedia dan hanya tawakal sahaja

tapi bila dijalankan tanpa persediaan dan dikhuatiri bila IVF tak berjaya, peratusan kita nak salahkan orang lain, nak salahkan diri-sendiri tu tinggi.. sebab keadaan berlaku dengan begitu pantas.. contoh la.. doktor la neh suruh buat cepat, kan da tak jadi.. duit pun abes.. peratusan tak redha tu boleh capai tahap 80%


dan fanis akui fanis jalankan IVF PADA TAHUN INI dalam keadaan fanis cukup stress
 








Monday 29 December 2014

Harapan dan Air Mata- 4

Assalamualaikum

Tahun 2013-  Kebangkitan kami

Fanis,

Alhamdulillah, tahun 2013 adalah tahun kebangkitan.. Macam nak bejuang jer gayanya.. tapi betul la, bejuang untuk permata hati..

Masa hujung tahun 2012 tu, beberapa perancangan telah di rangka, masa tu memang nekad lah senang citer.
Kena ada perubahan dalam hidup dan no more sedih-sedih lagi

sebab usaha dengan hospital sedang berjalan kan, so nothing to worries.. just follow the flow~

Pertama- Kita pergi bercuti selepas abes treatment kita yang pertama dengan doktor..
Langkawi pilihan destinasi masa tu
Happy nye la.. dan ingat tak fanis nak abang (suami) berjanji setiap tahun mesti kena ada 1 percutian
Alasan nyer, tak pegi bercuti pun duit abes, bercuti pun kompem2 duit abes
so better pegi la bercuti
selain dapat cari suasana baru, bercuti umpama upgrade semangat dan hubungan hasben and wife

Masa tu kalau dapat berita tentang kawan2 yang nak dapat baby da tak terasa apa
rupanya mind set tu penting
Kadang bila tengok orang lain yang bertahun lebih lama with no baby nampak relaks jer, terpikir, apa diaorang neh tak sedih ke
tapi bila sendiri yang alami -- baru tahu, feeling tak seburuk yang disangka
sebab redha adalah segala-galanya, macam mana kita tuned sesuatu benda menjadi positif
InsyaAllah it will turned out beautifully

Masa tu segala bala ubat da tak teringat nak makan sangat, lebih2 supplement tahun 2012 tu abeskan jer
Jiran ka, kawan-kawan, sedara-mara ka suggest supplement apa pun , just dengar bagai angin
tak menolak tak jugak menerima-- anggap saja mereka amek berat kat diri neh

Memang feel tu lain sangat, sebab masa tu fokus hanya pada hospital punya treatment, orang bagi ayaq penawaq kita minum saja.. ayaq sejuk kan.. apa ada hal kahhh..kahhhh
kalau orang nak pegi mekah kita minta didoakan semoga murah rezeki itu ja

Kita  tak penah missed even one single appointment.. sebab masa tu kita pikir kalau kita tak berat nak ikut apa yang doktor suruh, 10 kali doktor pun tak hingin nak tolong kita--

Alhamdullilah we were very comitted towards da appointment

Cabaran????

OPKOS banyak-- tak tersenarai rasanya

Antara yang tak dapat lupa masa first time buat IUI-- sakit tu tolak tepi, tak sakit bukan berubat namanya
tapi emosi tu Ya Allah
Penantian satu penyeksaan
"Saya da settle jalankan IUI dekat awak, hasil dia dapat tengok dalam tempoh seminggu, berdoa semoga awak mengandung"

Doktor kata seminggu tapi SEMINGGU itu serupa SETAHUN nak tunggu result

Dan fanis menanges semahunya bila satu pagi fanis ke toilet dan fanis ada nampak tompokan merah kat pakaian dalam-- tahulah fanis IUI tu GAGAL

" i tengok patern u bedua aaaa macam kena buat IVF" kata pegawai embrio berbangsa cina kat kita satu hari sewaktu kita selesai jumpa doktor

dan masa tu kita  cari satu sudut paling jauh dari bilik doktor dan kita melepaskan perasan yang paling sedih sambil kita genggam jemari.. walaupun hingar bingar kat kawasan menunggu tu, tapi fanis rasakan tempat tu terlalu sunyi--

kita tak bercakap tapi melalui genggaman tangan kita seolah-olah sedang menyalurkan semangat kita pada satu sama lain, dan tak ingin berhenti berusaha--

masa tu jugak kita bersetuju untuk IVF dan kita amek keputusan kita tak akan betangguh waktu walau sehari

no more time nak fikir dulu
no more time bincangkan masalah duit
no more time fikir komitment

and we definately say YES to everything suggest by the specialist

duit bole cari--
masa bole atur
komitment bole bagi

bring it on --
we have no fear

2013-- cepatnya masa awak berlalu


 

 

Sunday 21 December 2014

Harapan dan Air Mata-3

Assalamulaikum

Tahun 2012- Tahun suram 

Fanis,

Tahun 2011 tahun yang indah dan fanis selalu berangan tahun yang mendatang lebih indah.. bertukar status memang sesuatu yang membanggakan sebab fanis antara orang yang bertemu jodoh lebih awal berbanding kawan yang lain.

fanis ingat tak roommate time Uitm dulu penah sampai nak past boifren dia kat fanis.. sebab dia kata dia tak tau nak pilih boifren yang mana dan fanis pun tak da boifren.. Ya Allah, even masa tu dia rasa itu as a "joke" tapi fanis rasa "joke" tu terlalu pedih..

Tapi dengan izin Allah, fanis lebih dahulu bertemu jodoh, dan alhamdulilllah berkekalan sehingga kini.. 

So apa jadi dengan tahun 2012, tahun kedua berkahwin dan fanis dan suami masih berdua.. 

Masa tu kenduri kawen
Reunion budak sekolah
kursus / program / event anjuran ofis
Raya time
kalau boleh semua tak mau attend.. 
sebab soalan hanya berkisar anak..anak..anak.. : (
Sapa la yang tak mau anak kan.. semua orang pun nak
Jawapan fanis time tu masih sama.. belum ada rezeki.. 
itu paling berlapik dah..
kalau tak fanis selalu cakap.. kalau anak tu umpama tepung dan bole diuli sehingga jadi bayi yang paling comel
fanis orang pertama yang akan buat

tahun 2012 jugak menyaksikan 2 orang kazen berkahwin dan dengan izin Allah kazen fanis mengandung selepas beberapa bulan berkahwin..

Sungguh fanis antara orang yang bahagia menerima perkhabaran tu, tapi air mata neh bagai tak dapat dibendung bila selalu memikirkan bila pula peluang fanis..

masa tu keluarga terdekat dah pun mula bersuara untuk berubat dan hakikatnya setiap cadangan dari keluarga fanis terima dengan perasaan yang cukup sedih..  

walau kadang rasa tak bersedia, fanis pegi jugak berubat.. pertama bertemu mak cik (doktor kampung) untuk dapatkan air penawar dan 1 lagi ke klinik yang doktor tu pakar semua bidang.. fanis is confius.. hahaha.. kesuburan pun dia.. nak kurus pun dia.. kencing manis pun dia..
tak sudah ulang amek ubat di klinik tu just 4 kali sahaja keh..keh..

mak fanis, suami dan kwn2 rapat sangat membantu time tu.. mengharungi har-hari yang sukar
ye lah.. da pegi berubatkan.. harapan tu kalau boleh da berubat esok-esok tu jugak nak mengandung :)

oh lupa.. blog masih lagi pilihan sumber rujukan.. terutama dari blog TTC :) dan fanis terbaca kat 1 blog neh untuk dapatkan rawatan kesuburan perlu menunggu sehingga perkahwinan genap 2 tahun dan akan dirujuk kpd pakar

thanks pada blog TTC.. memang sangat berguna.. membantu menjawabkan segala kekusutan kat kepala neh.. Berkat bacaan dan pertanyaan fanis seakan menemui cahaya bila ada ada penyelesaian pada masalah fanis neh.. kebetulan da berkahwin genap 2 tahun lagi semangat berkobar-kobar

tahun 2012 jugak fanis mula mengenali buah zuriat, product shaklee, debunga kurma, lumiglow ( ttc tau sgt produk neh) 

kalau boleh semua nak di telan, nak di cuba
tapi suami sangat membantu dengan kata-kata miracle --> releks sket bole..

Thursday 18 December 2014

Harapan dan Air Mata - 2

Assalamualaikum,

Tahun 2011- berpindah ke ofis kedah, status isteri

Fanis,
 
Alhamdulillah, akhirnya fanis menjadi isteri kepada lelaki yang paling fanis sayang.. Indahnya perkahwinan tu sukar nak lafaz macam mana.. Allah..Allah benarlah setiap perkahwinan itu, terbuka pintu rezeki dari pelbagai sudut..

Dugaan kawen tu ofkos la ada.. nak menyatukan 2 kepala kan.. time becinta lain, time kawen lain.. tp alhamdulillah fanis dan suami baik-baik saja.. nak begaduh tu susah sangat.. ye la baru kawen, kedua duduk pun asing-asing.. PJJ bahasa skang neh

mana-mana pasangan yang baru kawen, kalau boleh nak cepat-cepat mengandung..bunting pelamin kalau boleh.. so tiga, empat bulan pertama tu, pantang period lewat sikit, sebokk jer nak beli pregnancy test.. masa tu tak tau pun ada yang murah.. yang boleh beli online.. so imagine eh, kalau pegi midvalley ker amcorp mall ker kadang curik-curik beli pregnancy test.. excited nak tahu.. 1 test beh kurang rm5.. tu kira paling murah dah.. almost every month beli :') hasilnya tetap NEGATIVE

period time tu pun x stabil sangat.. memang da rasa risau.. blog masih lagi menjadi teman paling setia.. waktu subur tak subur semua catat.. tapi selalu pujuk hati, fanis jumpa hasben pun jarang, pastu bila da naik bas tu, opkos la penat, ulang-alik KL-Penang , kakak-kakak ofis pun cakap, releks dulu..

Fanis,

Fanis selalu sentap bila orang-orang sekeliling da stat tanya da "berisi" ke belum.. Masa tu geram kot.. baru kawen da tanya.. itu yang menambah fanis stress.. hasben la tukang tadah telinga.. hahah.. kesian dia.. pantang ke kenuri, umah jiran, time raya lagi-lagi la.. soalan bonus dan utama..

Alhamdulillah selepas tujuh bulan berjauhan, fanis dapat tukar ke Kedah.. masa tu suka sangat.. rezeki kawen katanya.. even kedah bukan di Penang (ppsppa tutup operasi di penang) tapi lega tu Allah jer yang tahu.. 

Time tu siap planning nak amek vitamin, makanan berkhasiat untuk tambah kesuburan.. macam-macam  tips akan di guna pakai.. nak-nak pulak dapat tahu ada few friends yang kawen sama bulan dan selepas fanis kawen da mengandung.. semangat tu lagi berkobar-kobar..

kehidupan di Kedah tak banyak berubah.. tapi bagi fanis tahun 2011 adalah tahun paling membahagiakan..
pertama kawen, kedua beli kereta, ketiga boleh bawak kereta- impian yang sangat fanis nantikan.. sebab ada jer lesen bertahun, tapi tak bawak2 pun keta.. sebab tak berani.. dan fanis buat pertama kali naik kapal terbang adalah di usia 25 tahun juga adalah tahun 2011

terima kasih Allah.. 2011 paling membahagiakan.. mengujakan..

Harapan dan Air Mata

Bismillahhirahman nirrahim
Assalamualaikum

Lama sangat da aku tak coret apa-apa kat sini
sungguh aku terlalu rindu, tapi atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa hibernate sebentar
Kali neh cerita aku memang panjang.. kalau rasa citer aku makin lembap macam citer bila hati berbicara tu,
bole lah jump entry aku neh.. hahah :)

okeh, aku rasa nak wat entry sempena tajuk harapan dan air mata neh macam bentuk surat, dari aku untuk aku.. so sapa yang nak baca jangan konpius okeh..

opkos cerita aku neh akan diolah edit sedikit sebanyak, sebab ini citer berkait rapat dengan keluarga, kalau bukan kita yang menjaga nama baik keluarga sendiri, siapa lagi.. bole eh..

lets the story begin..

Tahun 2010- keja baru setahun jagung di kl, umur 24, status tunangan orang

Fanis,

Tahun neh tahun yang manis, sebab baru bertunang, ikatan pertunangan yang setahun tu rasa macam berpuluh tahun.. heheh.. pantang ada pertukaran penempatan. sebok je nak tukar.. nak duduk dekat dgn encik tunang katanyer.. 

tapi macam biasa tak penah pun lulus, takat alasan saya nak kahwin memang di tolak mentah-mentah.

persiapan nak kawen tu tiap-tiap bulan buat.. gaji jer beli barang sikit2.. kalau ada jemputan kawen suka nak pegi.. sebab boleh tengok konsep la, amek idea la.. ingat tak?

bacaan tentang hubungan suami isteri pun di pertingkat, keh..keh.. kalau akak-akak kat opis mengusik bab malam pertama nahhhh kehmain malu.. tapi duduk jugak nak dengar citer.. :)

opkos bila citer bab kawen masuk jugak bab anak neh.. ada yang cepat rezeki, ada yang lambat
masa tu rasa simpati jugak pada akak senoir kat ofis yang belum ada anak.. ada jugak risik-risik sebab musabab nyer.. dan rata-rata adalah masalah orang perempuan

period tak stabil, sengugut dan macam2 lagi

Fanis,

Ingat tak, kalau bulan puasa jer mesti berjanji dengan pipah nanti masing2 set hari kalau2 dua-dua period boleh kuar jalan tar dengan senang hati.. shoping tanpa perlu menahan lapar dan dahaga..
tapi.... balik-balik fanis jer yang tak period-period.. kalau period pun mesti berselang tempoh yang lama dari tarikh sepatutnya

dan bermula dari aritu, fanis mula mencari punca, cara rawatan dan blog adalah peneman paling setia.
semakin lama fanis membaca semakin fanis rasa gelisah dan fanis tahu tentang CYST,PCOS, tu sejak fanis anak dara lagi.

fanis risau if fanis tergolong dalam golongan tu..

Monday 3 November 2014

Rindu

Assalamualaikum

Aku rindu pada blogging
sungguh sungguh

tapi tak per
bagi aku masa
aku sedia becerita
ada pahit ada manisnya
tapi arineh
nak belanja satu gambar dulu
ahaks

gambar diambil pada tahun 1987 (kanak-kanak)
gambar dibawah itu 2014
sapa sangka takdir Allah
Sepupu sendiri menjadi suami
aku bahagia sehingga kini

aku sayang dia
sungguh-sungguh
:')
 

Sunday 21 September 2014

Masih

Assalamualaikum

Aku
Masih ada
Masih bernyawa
Masih berdaya

Aku
Ingin sekali bercerita
Berkongsi suka dan lara
Tapi hati belum bersedia
Mencoret segala
Membuka bicara

Hidup
Ada pasang surutnya
Bahagia tidak selama
Derita juga tidak sentiasa

Tuhan
Jaga suamiku
Jaga ibu dan ayahku
Jaga saudara-maraku
Jaga kawan dan kenalanku


Jagakan mereka untuk aku
 



Monday 1 September 2014

Semangat Patriotik

Assalamualaikum

Salam Kemerdekaan!!!
Da 57 tahun kita merdeka, da banyak onak dan duri kita harungi
Malaysia masih aman
Syukur!!!

Syukur juga tak de konsert yang nta apa-apa
patot memang implement dari dulu, but itsokay
at least da ada perubahan

sapa tengok memoir chow kit?
ahkak suka, tak pening kepala
lagu patriotik dan bejenih skek bak kata org utaghaa
kalau tak, nta lagu apa2 ja
akak suka jugak lagu si bob mesra  tu -- disini lahirnya sebuah cinta
lirik fedtri yahya

Sapa tengok perarakan hari kebangsaan?
eh..eh asyik tanya orang tgk ke tidak
bajet umah orang lain tak der tv ke cemana?
orang lain da tahap tengok live kot
awok jer besimpuh tgk depan tv
besimpuh yer sebab umah mentua
tebongkang di umah sendiri
konsep tak sama 

ahkak tgk perarakan kebangsaan dari mula besiaran kat tv
ini sejarah yer, akak kena catat skek kat diari
sambutan kemerdekaan ke 57, buat ketama kali akak tgk perarakan dari mula besiaran
selalu akak bukak tv perarakan semua da besurai
semua da gulung kapet merah yang vip lalu tu
sebab da kata ari cuti kan
akak bersiaran dari tilam aje

tapi tidak pada tahun ini
sebab ada orang dalam umah tu sehmangat dia lain maciam skek
akak perati jer perangai laki ahkak neh
 pagi tu 6.15 pagi laki ahkak da gerak akak
subuh katenya
laki akak neh memang alarm clock punya orang
ahkak kata awal lagi kot, dia kata tak per dia g semayang dulu

lepas dia smyang dia pegi dapo
masak air segala, dgr la jugak ketik ketik dapor  gas tu
dalam hati akak bebisik
ishhhh kata nak beli jer bekpes pagi neh, awat letak ayaq awai sangat
letak disini membawa maksud masak or jerang air yer
just in case sapa2 ulang baca banyak kali sbb tak paham

pastu laki ahkak gerak lagi
ishhhh bangun la, da pukoi brapa neh?? 
sambil tolak tolak hujung kaki akak, kalau org utara pangil "kaih" kaki

mana citer drama yang laki dia kejut bangun tido dgn kiss di dahi segala???
mana??  mana??
meh akak nak tampo pengarah drama tu
bikin orang berangan jer

kali neh laki akak gerak, akak bangun terus
isau air dia masak tu dia simbah ke ahkak plak
da siap semayang mandi segala
terus dia ajak beli bekpes, kat maket bayan baru

dalam keta dia cakap
abang gerak awai bukan apa, p awai skek balik awai
bole tgk perarakan merdeka

LAAAAA YAAAA KAAAAAA
gitu la akak jawap kan, nasib baik dalam kete, space tak banyak utk akak bukak bunga silat

itu la laki akak, dia punya feeling semangat patriotik tahap jurus ke 10
masa mangsa MH17 nak "balik"
dia siap msg akak sehari sebelum tu
jangan lupa tgk esk, benda neh sejarah, kesian kat kuarga mangsa
gituuuuuu
tu..tu yang sebelah tu.. yang patriotik setinggi pokok nyoq tu

Apakah erti kemerdekaan bagi anda
Erti kemerdekaan bagi saya adalah saya bgn tepaling awal di hari cuti umum untuk sama2 menonton hr perarakan kebangsaan di kaca tv bersama suami saya
                                                                                                                             -pn.fanis-




Thursday 21 August 2014

Mana nak mula dulu neh?

Assalamualaikum

Sungguh lama tak update apa-apa, sampai tak tahu dari mana nak mula,
cerita terkini atau cerita selepas raya
jadi rasa-rasa kita main hentam saja

cerita lepas raya
raya tahun neh sama jer, tak der ubah apa-apa, masih sama termasuk la keanggotaan kami laki bini
masih berdua and we are doing fine, alhamdulillah
for those trying to conceive without any luck, just be calm
Allah know best, yang penting kena ada usaha, my hubby and i masih continue di hospital
tapi aku tak penah citer, sebab klu google TTC punya strory, jalan citer sama jer
so chill okeh :')

bebalik kpd citer raya
petang raya tu abang aku watsup pic anak buah aku, si umair
tgh nebulizer and admit ward
gundah gulana jugak aku, nak pasang strategy inform kat mak time tu,
mak neh neng yatimah skek
apa yang berkaitan anak branak dia, especially the cucus , dia isau lebeh
seperti jangkaan belenang la air mata mak, isau la apa la, ckp sapa nak jaga sume
ye la, si umai pun da ada adik kan, mana kak ipor nak tgk dia lg
kebetulan ayah masih di alor star, sebab ayah slalu cenggitu, balik penang lewat aku dan mak akan blk dulu
bila mak cakap dgn ayah, mak oke skek sebab ayah kata lepas nebulizer umai da strong sket
raya ketiga aku da balik alor star, terus pegi tgk umai, dan malam tu jgk mak aku request nak jaga umai
sayang cucu katanyer, baiklah

mana mak aku tak meroyan tgk pic neh, sedeh sangat nampak gaya tu, padehal tak der apa sangat pun, abang aku pun kehmain saiko tunjuk gambar neh, jeles kan dia tak dapat balik raya sesama
abang aku polis, so cuti raya tu paham je la kan cemana kekdah dia tu
 -____________________________-

fatimah azzahra
Alhamdulillah, kawan baik aku Zati da slamat melahirkan baby gal pd 2.8. 2014
mudah sungguh urusan kelahiran baby dia.. cuma baby pre-mature sebulan sebelum tarikh
now on off dgn kuning baby, biasa baby memang camtu kan,
nama diberi Fatimah Azzahra binti Amar Fariz
Azzahra skang penjeles, pantang aku tepon ummi dia
dan dan merengek la apa la, aku lak da terindu rindu nak gayut dgn mak dia lelama
sampai aku cakap kat zati, aku rindu dia, aku rindu nak cakap dgn dia lama-lama
tapi anak dia tak kasik.. lesbian sangat statement aku

 ummi zati  and her precious dotter
aku ngan zahra memang pesaing skang neh, tak per zahra, mujur awok tecik lagi
nanti nak curik ummi awok  bawak gi jenjalan
videoclip raya pendang & yan-->>> here!!

pengalaman yang tak bisa aku lupakan.. aiseh ayat nak minta sepak
tetiap bulan perbadanan kena buat perhimpunan bulanan, perhimpunan neh kena ikut turn
so kebetulan lepas raya baru baru neh, cawangan kami yang kena anjur
budak ofis aku sowang neh, ada amek job buat video pengantin, video iklan semua
so dia cadangkan buat video raya ofis kami, sebab barang2 buat v.clip dia ngan team dia still ada pada dia
nak jadik citer, sume setuju dan selepas briefing yang seminit dua tu berlaku semua masing2 amek tugas blakon tu bagaikan da tahap pelakon Datuk Rahim Razali

Ya ampun, tak mudah yer nak buat video neh, gelaaaaaakkkkkkkkk je manjang
bak kata Shai (owner camera)  
mujoq la tak dak dialog
mintak ampa nyanyi ja, tu pun dabel dgn sora anuar zain dan elina
kalau pakai sora masing2 hancoq video neh
bhahahhahahha,
but we are really enjoy the moment,
even bos pun bg kejasama and we were so supportive
tak der nak marah ke apa bila kena shoot dua tiga kali, haihhh la budak2 ofis.. me love all of youu

sehingga ini dahulu
ada masa citer lagi
babai :)





Sunday 27 July 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Haaaaa esok da raya.. ya ampun apesal cepat sangat neh..
tau kan kalau aku tulis blog kompem besiaran dari opis
so paham tak skang?
lokasi aku kat mana
yaaaaaaaaaaaaaaaa.. aku keja
tapi tak pe, aku da madrem bos da
mana tau kalau kalau dia tekena madrem aku, lepas la nak kuar opis awal skek
tak banyak skek jer
kol 10 pagi pelepasan? agak-agak?

Aku kategorikan Ramdon tahun ini Ramdon paling sendu
Terawih-- kelaut
banyak nauu lopongnyer
even semalam last day terawih pun tak pegi
bagus fanis

keta-- buat pasal
hoiiii apesal keta aku penjahat sangat
dengki
anak anak buah sekalian sebenornya moksu neh ada rancangan nak bagi sowang limaploh henget
duit raya, tapi keta kelisa tu pendengki, dia pun nak duit raya juga
so moksu cut bajet jadi 5 henget..

bila keta pun sakit, tuan keta dabel sakit
bulan ramdon neh saja dekat keta rm700 lesap
betol eh kata org
manusia neh kalau pun sakit, timing dia tu boleh edjas lagi
kalau keta sakit, dia pedulik apa.. sini kau bak duit aku sakit.. bawak bengkel cepat

apa pun tepaksa redhoooo
nak wat cemana kan..kate nak raya
nak tak nak kena baiki jugak

ujian skek da melalak lebih, kat gaza sana tu, lagi tinggi ujian dia
hohohoho

kat sini aku mewakili semua ahli kuarga sanak saudara memon ampun dan maaf
andai terkasar bahasa telebih bicara
selamat hari raya, maaf zahir dan batin
hati hati memandu
:)



Sunday 20 July 2014

Berek Polis Siri 2

Assalamualaikum

Pengalaman duduk berek neh banyak manis dari pahitnya, bagi aku la
cumanya aku neh time berek dulu siyes tak ramai kawan
petama aku time skool rendah aku banyak duduk dalam umah
kalau bagi ke aku buku citer, memang aku hadap itu la tak turun-turun
sekolah menengah aku da stat stay asrama
dats why kawan berek aku kurang

tak macam abang aku, kawan kawan dia ramai
maunyer tak dia punya lenjan main sampai mak aku kena pegi turut kat bawah
kalau sampai mak aku mencemar duli turut abang aku kat bawah tu
slalu dia dengan pakej la
sebatan or tanganan kat mana-mana part badan yang sempat mak aku capai

bebalik rutin warga berek
seingat aku yang isteri isteri neh tak bekerja, masing-masing memang harap suami je la
abes sangat pun, mengasuh, jual kain baju macam mak aku dulu
mak aku dulu rezeki dia tak putus, ada je yang nak mintak tlg mengasuh
so rutin mak mak akan bermula bila anak anak da pegi skola
mostly semua naik bas jer sebab dulu yuran bas murah
anak anak da betolak ke sekolah, mak mak neh tggu apek jual ikan lak
apek jual ikan dia naik motor, then ada tong ikan kat blakang
da abes membeli tak der diaorang nak naik atas umah
lepak dulu sampai kol 10, yang best nye tak der nak pegi menempek kat mana mana umah
main lepak kat bawah jer, tmpat parking tu
better macam tu, mak aku dulu kau nak main pegi jer
janji bukan dalam umah org, isau nanti pecah ker sepah ker susah
tp zaman skang konsep da kn ubah, kes culik besepah sepah

berek semua takat tingkat 4 jer
umah aku tingkat 3, ingat lagi alamat aku c1,tingkat 3, blok f jalan kolam air
no tepon umah pun ingat, 04-7300 1xx
(asal aku letak full number tepon , skali number neh da recycle,so kita private skek)
ingat benda penting neh sampai skang even tinggalkan berek tu da lebih dari 10 tahun
nak nak number tepon umah, sebab time aku dlu sapa ada tepon umah kira ongkaya dah
berebut rebut nak angkat tepon dengan abang aku
benda baru kan, semua excited lepas tu bila da lama lama
ase nyampah lak nak angkat tepon
sampai tahap aku ngan abang main ugut-ugut
kalau adik angkat tepon tapi kawan abang yang call adik kata abang tak da, tak mau angkat sangat kan
hahahahahha
bongok la.. tapi aku buat sungguh kot, sebab aku yang selaaaaaaaaaaaaluuuuuuuuuuuuuu kn jwb call

bebalik umah yang tinggi neh, memang mengah la
kalau takat tingkat 2 tu ampun lagi
tp umah aku tingkat 3, kalau tepaksa nak mendaki lak sebab telupa barang boleh mendatangkan amarah
jadi solution dia umah yang tingkat 2 dan ke atas kompem ada bakul
so agak agak lupa barang ker nak hantar barang ker
hulurkan jer bakul dengan tali sepanjang panjag bole
tingal aku tak fefeling rapunzel jer, aku pilih katun usop sontorian lagi
usop sontorian???????/ wawawa lama gila citer tu.. suka kot

mak aku pun kalau nak kelapa dia main tepon jer jiran
kak ina nak nyok 5 kupang, satg anak kak ina turun p amek
hendon bwk turun raga ja

time tu aku da menyumpah seranah da.. even tak payah nak naik umah cik hendon
tapi aku perlu turun umah dari tingkat 3
mencikkkk la.. time tu slalu kata, kenapa la mak aku x mo branak lagi, kurang kurang aku ada adik yang bole disuruh oleh aku lak
bhahaha

ada masa citer lagi
ada keja skek
babai

 setiap berek memang akan ada tadika dia sendiri, so time neh bebudak tadika tengah buat performance, semua pic neh aku amek kat fb anak anak berek polis jalan kolam air


 baris kedua kiri sekali tu abang aku, time neh aku baru 4 tahun so tak de aku masuk tadika lagi


Monday 14 July 2014

Berek Polis

Assalamualaikum

Meh kita citer skek kenangan lalu
aku neh anak pesara polis, ayah keja di balai polis alor setar, then few year sebelum nak pencen secara optional ayah keja di balai polis pendang
bila da kata anak polis, tak lama sekejap mesti kena masuk berek jugak
duduk sana

for those yang selesa nak tinggal di berek memang akan amek masa lama
pada sapa yang da ada umah sendiri selalunya duduk berek sekejapan jer

macam aku duduk berek almost 13 year, memang tak sia-sia kerajaan bagi umah tu kat kami 1 kuarga
rumah berek lama, ada apa jer, ruang besar mana jer
1 ruang tamu, 1 dapur, 2 bilik tido, bilik air dan toilet
kecik sangat, tak macam umah berek skang
perghhhh macam kondo 100,000 ribu.. sungguh tak tipu.. ada peluang masuk berek baru pegi la
cantik giler, kalau umah pegawai tu, jangan cakap la, 2 tingkat ada laman lagi

even umah aku kecik gila, tapi pecaya la
umah kami adalah tumpuan, rezeki sungguh umah tu
sebab berek tu bebetol kat pusat bandar alor setar

cuba tanya kawan2 skolah menengah aku
sapa yang jadi rumate ker, classmate ker
hampir semua penah pegi umah aku, tido or lepak sana
even kami tak mewah dulu, tapi ada je rezeki utk tetamu.. tak tau la cemana ayah aku pusing bajet dia
bhahahahhaah

kenangan di berek polis sangat kuat dengan diri aku
orang orang berek neh memacam perangai dia
kalau nak citer mak aih tujuh entry belum tentu habis

sampai skang kalau aku mimpi kan
background citer mesti bekisar umah berek tu
tak penah mimpi ada kat umah skang even umah sendiri neh da 10 tahun kami tinggal

berek yang di jalan kolam air skang da tukar baru
abes diroboh berek berek lama
kalau tengok tapak umah tu, rasa sayu sangat
da la bangunan skola convent alor setar da di jadikan kedai
berek lak  di roboh
tak de kenangan aku nak tunjuk kat cucu cicit nanti
nanti aku up entry perkara2 yang sinonim dengan warga berek
tepaling win skali kalau mengetuk sambal 1 blok bole dengar
jenis yang tak pandai nak melapik
hohoho
ini da fasa nak roboh, umah aku blok f so tiada dalam gambar

Thursday 10 July 2014

Ramadhan- Update

Assalamualaikum

Cemana ramdon kali neh?
oke ke?

aku memang kecewa dgn diri sendiri
neh da brapa hari tuang terawih
ada jer alasan
pening la, nak mengemas la
eh macam macam lah

yang tepaling rajin adalah bangun sahur
bebuka tu jangan cakap la
akuuuu la manusia tepaling kehadapan
sedeh sangat kau neh
bab makan dia la dulu
kalau campak ke Gaza sana baru padan muka

tu ari kazen dari penang nak datang umah
nak bebuka sama plus nak shoping raya
meh ler
umah akak tak der sapa pun

meriah even tak ramai
ahkak suke cenggitu
slalu bertiga je kan
neh reramai neh havoc sket


 besar da anak buah aku
gewammm sangat tengok dia
mudah senyum
haisshhhh rindu plak

 penat sangat da abang pacific kita neh, balik keja terus shoot datang umah aku, yang dari penang 4 orang jer, yang lain lain stay area alor setar, so jemput skali datang umah


ini sebahagian yang bebuka di umah, ada lagi yang bekeliaran diluar temasuk akak dan laki akak, 
pic makan sapa pun tak amek, nampak nau laparnyer


anak buah pengarang jantung hati moksu
hoiihhhhh rindu laaaa
yang si abang kalau datang umah siap peluk bagai
konon rindu sangat la ke mok su dia neh
bagi masa stengah jam ke akak ngan dia
bole bawak gaduh
musuh terus
bhahahahhaha



Sunday 22 June 2014

Ramadhan

Assalamualaikum

Pstttt pstttt
nak masuk bulan puasa neh
da abes ganti ke tidok???
ahkak clear bulan lepas
orang piyed ting tong cenggini ar
so suci terus sebulan

minggu neh tak balik penang
ase macam nak prepare for ramadhan
pinggan mangkuk nak kuar apa yang patot
bawang suma ahkak nak blend sesiap

barang kering nak letak 1 tempat
acececcececec
banyak nau nak wat
isau satu apa pun tak jadik

tu ari beli telekung cantik
puji telekung sendri
orang jarang dapat benda lawa kan
ari ari belek telekung
tasabar nak pakai terawih katenya
orang sampai rakaat 20 kau 8 da cabut
tuhan tak tengok telekung pun
bahahaha

itu je le
tasaba nak puasa
tasaba nak raya
walau diri da tua bangka
ehhhhh wa punya suka la

welkem ramadhan

Sunday 15 June 2014

Bos baru saya

Assalamualaikum

Ini baru betol betol pecah rekod, kehmain lama berhibernasi
da kena sumpahan mahsuri ker? 7 keturunan langkawi padang jarak padang tekukur
itu cara cara baru jadi urus setia dekat sebulan tak hapdate blog
ini kalau jadi penceramah tak tau la dia nak cuti lama mana

ekceli sehari dua before ke Langkawi, kami di cawangan terima pengurus cawangan baru
baidewey, welcome to our new PC, En. Hasrul
pasneh neh no more ali, or tuan ali or ayer hitam suma
mana dia???
ader jer.. di Sik sana
naik pangkat lagi.. tahniah tahniah

and kami tak sempat nak celebrate farewell apa pun dekat dia.. kehmain bz skang Perbadanan
dulu kalau aku sebut keja Perbadanan, tekulat kulat muka org mendengar
soal selidik betahun baru la dapat tangkap skop pebadanan neh caner
skang neh Alhamdulillah, bila sebut Perbadanan, ramai da tau
positif-- saya suka saya suka

bos aku neh
cara keja dia cara arahan dia cara protokol dia
memang lain bonar la dengan bos lama aku
so aku dan warga lain neh da macam kena renjatan tahu
ye la, lain bos pendekatan dia tak sama
bos lama aku tenaaaaaaaannnnnnnnnnnnggggggg jer dia
janji keja kau siap
ini bos baru keja dia mesti kau kena laaaaaaajjjjjjjjuuuuuuuuuuuuu gitu
abes meter kau kena tekan
datsway le takder makna aku nak blog, hatta berfesbuk pun petang petang lagi 3 minit nak balik baru la sempat jenguk..jenguk jer yer, x der nak tggl komen apa


tekanan tu jangan cakap la
tak lama aku lak yang betengek atas meja cenggitu
tapi salah kitaorg jgk, bos lama kehmain melayan kan malas kitaorg
skang jangan harap
kalau dapat balik on time tu kire satu rahmat la
itu pun kalau bos kau tetiba ada keja luar, so tak sempat nak balik kau cecepat tgl ofis
macam aku.. eh???

ini bos tak der,
dia ke lapangan ada aduan sampah katenya
curik masa skek
1 lagi, bos baru neh even dia cakap dia el ker tak masuk ker
jangan nak belenang sangat
dia punya call and watsup seoalah dia depan mata gitu
jaga jaga ader yang memeroti

itu la bos baru saya




Tuesday 20 May 2014

Tengok lah cemana

Assalamualaikum

Minggu neh niat asal nak balik Penang, sebab rindu gila kat boipren,
padahal baru jer jumpa last week,
bekepit sampai tahap nak masuk bawah ketiak dia..
itu yang tegila terus kot sebab bau ketiak terus angau sampai nak jumpa lima puluh juta kali
eh? suke la, laki aku kan.. apedahal
kata aku isterinya
kata hanya aku cinta kau seorang (HACKS) -- utk pengetahuan adik adik yang baru nak up, kitaorang da pakai ayat HACKS tu da lama da.. sejak dua menjak jer baru ada wayang/drama amek ayat tu,
zaman akak, plastik gula gula HACKS kita letak bawah plastik meja skolah tahu.. sebelah plastik gula gula HACKS ada pic Tomok kumpulan NEWBOYS, Q-FACE
bahahahahhaha

pagi tadi  kak pijin tanya aku
pengarah minta salah sowang pegi LANGKAWI jadi urusetia,
kames sampai ahad
fanis mau dak? akak tak bole

LANGKAWI??? TIME GAJI??? HOTEL BEST??? OHEMGEE!!!
terus mata jadi buntang
yang tadi aku isterinya, HACKS semua da sampai laut pantai chenang
daaaasaaaaarrrrrr sangat
tapi aku tak gelojoh
tanya jugak kat boipren, if he okay aku nak delay jumpa dia
dia kata oke jer pun
ke dia lagi suka aku tak der -- KENA SEMAK LAIN

nak jadi citer 30hb neh nak ke KL, pun sama urusan keja
terus rasa nak meroyan, tak tau nak jumpa boipren bila lak
so tadi da snap pic kalendar dan bulatkan begitu
bagi kata dua kat laki ai
by hook or crook we have to meet on these days
boipren kata tengok cemana
ai cakap lagi even dia keja, jumpa malam pun jadi la-- malam saja??? sesuatu sangat
nampak tak permainan dia--kau da delay nak jumpa orang lagi kau nak susun susun jadual dia
keji sangat

 

                  baideway on 27th, just Kedah, Perlis and Nismilan jer yang cuti untuk Israk Mikraj :)

oh boipren maafkan hamba yang hina
i love u so strong
nant ittew beli pepero.. suka tak????

Wednesday 14 May 2014

Salam Pantai Timur-- Part 3

Assalamualaikum

Cerita pegi becuti kat pantai timur je pun, tapi ahkak bole sampai part 3.. kehmain kan.. kalau ada chance ke Eropah sana, entah la berapa episod ahkak bole buat miahahahha..

so bebalik kepada percutian kita, second day di teganu kitaorg pegi tamang tamadung islam.. kata teganu.. kena ada dengung dia skek..di TTI tu ada replika masjid yang popular dalam dunia.. macam masjid di dubai, madinah mekah.. nak jejak kaki di padang pasir belum dapat seru, jadik kat TTI menganyam angan pun boleh.. kitaorang sampai tak de la lewat mana, around 10 pagi, tapi dia punya membahang.. ya ampunnnn.. kalau ada bebudak.. pikir dulu okeh nak singgah sana.. bukan istana singgah sana..mean TTI tu la..

ahkak da tak rasa nak berjalan dalam tu pun.. petama panas terik kedua kawasan agak luas ketiga kau memang malas? eh? so ahkak cadangkan ke laki ahkak kita sewa jer basikal.. tak per ahkak sanggup bayar.. dalam TTI neh, kalau rasa sayang lelemak dan da rasa diri cukup tanned kan,  bole jer nak sewa transport yang TTI sediakan, untuk ketapi macam  kat funfair yang masuk umah hantu tu harga dia RM5 (perhead) yang lain tu macam kat bawah neh

basikal -- RM10 per basikal 
basikal 4 roda -- RM 30 (bole naik 3 dewasa or 2 dewasa 2 kanak-kanak)
buggy -- RM60 plus dapat driver


sesuatu sangat, cerita kehmain gah ada monumen masjid segala, balik balik gambar laki binik jer, huhuhu ahkak tak amek pic sebab adik ipor aka fotografer da amek, so pic banyak pada dia, kira halal eh..
masjid kristal  kitaorang tengok dari kejauhan jer, pun sama sebab cuaca terlalu panas, walau pun berdarah sambai tomeh, ahkak tetap feling rasa diri ada susur galur  pizza..

next day kitaorg gerak ke kelantan, di kelantan baru la ahkak membeli sket di pasar siti khadijah.. bole la melepas gian dan niat yang tertangguh di kuala terengganu.. pastu on the way balik penang, kitaorg singgah rantau panjang.. itu jer kisah perjalanan kami laki bini dan kuarga..

balik balik dari teganu jer dapat tahu MB Teganu da tak jadi MB
-_______-

 ayam percik neh serius sedap..lokasi di kota bharu..tempat makan pun selesa, Yati Ayam Percik nama kedai dia, katenya di Kolumpo siap ada cawangan

 neh nasi apa ntah.. sedap jugak.. eh? makan apa yang tak sedap, suma aku sapu.. ini makan di Kopitiam Kita, populer kedai neh sampai masuk majalah tiga..

 pasar siti khadijah.. mu tunggu aku nak datang lagi


my love from the penang.. sahabat bantal donia akhirat haha.. senang keja akak dengan mamat neh.. walaupun kekadang akak ase nak pulas pulas je hidung dia tu, tapi dia la yang tepaling banyak melayan perangai busuk akak neh.. sepanjang akak ke teganu dan kelantan dia neh di kategori sebagai ensklopedia begerak..

kalau kita ke petrosains mesti ada gadget yang diaorg bekalkan, so kita tekan jer, nanti kat mana kita stop, gadget tu citer la batu neh dari planet ker, minyak petroleum dari blakang umah mael lambong ke.. so laki akak gitu jugak, kau tanya jer apa apa.. ada la jawapan dia tu.. kalau dia tipu pun akak tak kesah, sebab konsep akak, aku tanya kau kena jawab miahahha.. jawatan banker pun dia kena pegang..


disebabkan time lepak lepak di bilik tak der tengok citer pasal jalan jalan, maka destinasi seterusnya tiada dalam perancangan, kalau ada rezki lebih.. sebelah selatan lak kita redah
da tu jer

jangan isau tak der part 4

Thursday 8 May 2014

Salam Pantai Timur -- Part 2

Assalamualaikum


Jejak jer tayar keta di teganu ahkak la orang tepaling riang sekali.. kata sambungan ter dan sekali tak bole dalam 1 ayat tau.. selit kelas tatabahasa pulak.. ahkak siap tepok tepok bahu laki ahkak sebab bejaya buat kami sume tak sesat.. tima kasih GPS sebenornye.. kalau la GPS tu besifat hidup, tak tahu la betapa sentap dia ke laki ahkak.. kalau tunjuk jalan betol..kehmain menjulang puji dia..kalau salah jalan, nta memana kampung gps tu rodong..nah kau bebakol bakol kutuk dia, sian kau GPS

kitaorg pilih hotel yang biasa biasa jer.. konsep Qanaah bak kata ustaz.. cecece.. padehal tak mampu nak stay hotel mahal, mana nak spend tuk minyak keta , shoping lagi kan, so yang sedang sedang jer.. semalam seratus pun ahkak bole tido tak begerak gerak..bilik hotel suma oke, tapi tu la ada bau masham sket.. mayb piping ker apa tesumbat kat bawah tanah tu tak tau la kan.. pastu nyamuk, ahkak rasa nyamuk nak sambut orang jauh kot.. nak test darah orang utara.. meriah weh ngan sanak saudara dia.. lantokkk lah







suma kat atas neh antara tempat terawal yang kitaorg pegi buat lawatan tapak which are pasar payang, dan pantai batu burok, seharian travel then dapat lak lepak tepi pantai amatlah heaven.. 

kalau org lain ada ootd ahkak pun ada jugak okeyyyy... tapi ahkak pakej ngan lemak tesentil dan jerawat seketul.. sangat yakin :')
 muka ada senyum kan.. padehal hati tengah berirama lagu patah lah hati teruslah merajuk -- merajuklah sampai -- Merajuk sampai Ke hutan belukar
patahlahhhhh hatiiiii

sedey weh hajat nak beli batik crepe tak jadi.. ohmangaiiiii mahal nak mampssss... yakin sangat stendby duit seratus lebih, sekali tanya tanya paling murah dua ratus lebeh.. tepaling murah katenya.. tambah sendu ayat ahkak tu -- neh kita da abes diskaun da neh.. meh la dik amek sepasang..akak kasi rm250 jer.. tempat lain mahal lagi
-_______________________________-

pemerhatian
- teganu most tempat besih
-makanan mahal sket dari kedah
-ayaq dia maneh, ceq suka, p semua kedai tak isau nak oder ayaq.. sebab kalau di penang ayaq teh ais rasa macam nak baling masuk parit.. tak rasa apa

malaih nak taip da, sambung lain la esok.. eh bukan esok esok
:)

Wednesday 7 May 2014

Salam Pantai Timur-- Part 1

Assalamualaikum

Awal tahun aritu ahkak ke Lumut,  pegi reramai macam kitaorg pegi langkawi yang penuh magis tu.. remember..???? ingatkan betahun nak trauma, tapi eh??? tak pulak.. pegi jenjalan kan, trauma lelama suke la laki iolssss... jimat duit dia.. so tak yah nak trauma sangat, kita redah kasik pecah jer

ingat lagi time tu tengah bebaring lepak dalam hotel, ahkak dan laki ahkak tengok 8tv..sian kan, channel 8tv jer ada.. tu pun nampak dengan tidak.. hotel bulan gerhana gitu le pesembahan dia.. takde makna dia nak install astro ke apa.. tajuk citer tak ingat tapi pengacara dia yang malay guy pandai cakap cina tu, dia dan kawan dia g jenjalan di terengganu

dari situ la timbul idea nak jenjalan sebelah pantai timur.. ahkak last pegi fom 3, laki ahkak lagi la.. dia tak penah sampai pun.. so letsssss plan for vacation and carik suitable date, plus mak ayah mentua dan adik ipor pun macam berminat nak joined sama

da plan suma so we decide nak pegi on labor day.. pegi 2 keta.. asal laki ahkak nak sewa keta beso yang bole hangkut sume besides bole gilir gilir drive kan, tp ayah mentua ahkak tak stuju, kata dia, kalau pegi 2 keta at least bole jgk back up kalau 1 keta jadik apa2.. logik di situ

tak sangka pejalanan dari utara ke pantai timur sangatlaaaaaaa memenatkan.. eh? ahkak ker bawak keta? tak kan.. tapi  bole imagine la kita yang duduk di sebelah neh pun da letih tahap apa lagi, inikan org yang drive.. sian  laki ahkak.. time tu  ase helpless sangat, ye la.. keta manual kan.. mana ahkak tau.. tak bole gilir gilir drive dgn dia

da laki ahkak pilot, ahkak kira nak jadi stewedes aje.. eh sukatila kan nak imagine cemana pun
-_______________________________-

--so tugas stewedes pun bemula camneh--

abang nak apa?
kami nak asam
okeh ahkak hulur

kami nak ayaq
oke ahkak kasik minum

ada apa lagi benda bole makan
ahkak hulur jajan lak

pasang cd sat
okeh ahkak kasik nasyid terus

bila da telalu lama memandu, pilot punya konsentrasi pun da tak brapa betol, kejap kejap badan ke depan, pastu kebelakang lak.. tingal dia tak tenggek atas stereng jer lagik
cakap pun da main sepatah sepatah, arahan arahan ke stewedes pun kelaut
ampa nak tidoq tak pa la, kami bole drive sendri..
itu arahan mula
neh awat ampa senyap ja.. owhhhh main tepon lak dia
cakap ahkak diam lak padehal baru 3 minit ahkak tak besuara, bukan tido lagi tu..pening stewedes tau..

gerak dari 6.30 pagi dr penang melalui hway kulim, bawak ke pengkalan hulu, then jumpa tasik banding segala, kitaorg sampai teganu around 2.30ptg, itu da temasuk waktu kecemasan, kecederaan,penalti sumalah

keta waja manual-- minyak sehala rm100
tol di kulim tu jer--rm3.20 ( 2 kali tol)






Sunday 27 April 2014

Caca Marba

Assalamualaikum

Dulu time tak der blog punya la teringin benor nak buat, siap sehmangat nak design bagi gempak lagi konon dapat masuk income juta juta.. nak nak time tu nak kawen kan..bole buat beli bunga telo.. sekali hampagas jer la.. ada blog pun hidup segan mati tak mahu.. neh pun ase laaaaamaaaa sangat la tak hapdate.. sian la kau cik blog

so ari neh kita caca marbakan entry berdasarkan gambar ye anak murid

nama diberi: muhammad uzair fawwaz
nama tak jadi : firas
sebab nama ditukar: mak tok cakap imam dikampung nama fawwaz
hobi: tengok tv 
umo : belum mumayiz
status brim : tak layak umo tak sampai 21 thn

 suka bahasakan diri : umai 
nama panggilan :  umai atau abang.. panggil abang long marah.. tak suka gengster mangkali
hobi : belari, main bola dan gomol adik.. part gomol tak bole kat pipi adik, kaki pun bole
idola: ryukendo

 situasi : nak kutip barang kitar semula di skola, tapi caption dan pic gambar tak selari
target : tercapai, barang dapat banyak.. tq smk sri badong
pengalaman baru yang ditemui : skola skang da tak pakai papan hitam walau pun kaler hijau
diaorg pakai white board.. pandai lak tengok warna.. ingat da buta warna da 
perkara yang dibanggakan: aku dulu time skola kretip kot nak hias kelas pakai manila kad dan sugar paper, skang kelas bebudak kosong gile, padehal kelas budak fom fai yang aku masuk tu
hohoho


situasi : survey umah nak beli
pic di atas: rumah contoh jer.. rumah yang nak jual tu ada penghuni, sebab takut kena kayu dgn tuan umah, amek pic umah sebelah jer dulu
sebab nak beli: mampu milik dan dekat ngan laki, area bertam perdana
status skang: macam nak cancel jer sebab agen perangai macammmmmmmm..... sendiri sambung


Sunday 6 April 2014

Lebih Kreatif

Assalamualaikum

Kembali bersiaran..cecece.. bajet rozipawancek plak..ekceli  pc aku rosak lagi, so tepaksa angkut laptop hari hari.. skang otot lengan da beurat macam abg sazali bina badan tu.. laptop kan berat hahaha

minggu neh turn laki aku turun alor setar.. dia kalau turun alor setar bajet macam adun kawasan tahu..
kena ada kawasan nak buat lawatan tapak.. so demi tidak menghampakan Yang Berbahagia, beberapa rangka lawatan telah disusun

asal nak tengok wayang, tapi dibatalkan..sebab citer tak best.. aku yang cadang, aku lak yang rejek.. elok sangat perangai..citer kalau da memerlukan daya imaginasi tinggi jangan la nak saji kat aku, kang tak memasal aku tensi sensorang sebab tak paham

dah tak tengok wayang, ampa nak bawak kami p mana?
pening mak nokk.. tak tau mana nak angkut laki aku neh.. ader jugak plan nak bawak ke ct plaza tapi bila laki aku mula menceritakan kebanggan rakyat pulau pinang dengan quensbaynya maka terbantot hasrat ini
sat nah.. kami nak bejuang kat aidijuma dulu, mudahan dapat la idea nant

 sapa sempat grab tudung aidijuma??? cepat angat kening

kita main bowling je la..nak???
ek eleh.. takat itu je la rupanya idea aku.. maka ke star parade pulak kita..besukan katekau..
settle bowling masa masih panjang maka destinasi seterusnya ke gunung keriang.. 
ekceli masa aku sugest tempat neh aku sendiri nak tegelak, jadah sangat la nak bawak laki aku sampai sana.. abes?? aku da tak idea kot.. siyes tak tau mana nak ku bawa dirimu.. tak keruan dibuatnya..



apa ada di gunung keriang? pada sapa yang tak tahu, digunung keriang ada muzium padi..hahahhaha sian laki aku.. sampai ke muzium aku bawak.. kebetulan sampai jer muzium rupanya ada karnival.. bole la sekadar  hiburan ongkampung


nak jadik citer, masa nak balik, hujan punya la lebat.. pakej ngan ribut.. beteduh pun basah, bejalan pun kompem kompem basah, maka kami memilih untuk meredah saja dan.........

*

*

*

*

*

*

*


comel abang kite, pario bunge bunge

hahahahhahahah basah kuyup kot.. sampai da tahap tak boleh nak sarung baju lagi da
ada hikmah rupanya pegi aidijuma tu

itu saja cerita laki binik minggu ini
ada masa kita citer lagi

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...