Tuesday 21 February 2012

Happy Bufday Ommunyi~

Assalamualaikum..

Pertama sekali, syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku ibu yang terhebat pada anak-anaknya.. terima kasih mak di ats segala pengorbanan.. segala jerih perit mak tiada tandingan untuk di balas budi dan jasa..

me n mak
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 52..
SEMOGA MAK SENTIASA SIHAT DAN DIPANJANGKAN USIA

Monday 20 February 2012

Gelagat orang-orang kita

Assalamualaikum,

Pepagi tadi aku pegi CIMB bank dekat area opis aku, untuk makluman tempat keja aku neh di kawasan Guar Chempedak dimana kawasan masih lagi di kategori sebagai kawasan luar bandar..



tak silap aku, ini kali ke dua aku berurusan dikaunter CIMB neh, dan utk yang pertama kalinya boleh aku klasifikasi service dia sebagai lambat.. aku kan baik hati org nyer, so bertugu la aku dalam bank tu.. dalam hati, sempat jugak aku mengomel2 sendirian dan sempat membandingkan service selama aku di KL dulu..bagi aku derang neh lebih cepat, cekap dan pantas walaupun org amatlah ramai kuar masuk nak wat transaksi..

pagi td memandangkan aku masih lagi nak menggunakan khidmat CIMB maka aku tekadkan lah jua hati, terima saje kalau2 perlu aku menunggu lama..

situasi agak berbeza bila mana pagi2 seawal 9.30 pagi org da ramai, hajat di hati nak jer patah balik, bayangkan la dlu org dlm bank lebey kurang 7-8 org pun aku kena tggu hampir sejam lebey, inikan pagi td lebih kurang 40-50 org

cube la dlu nasib.. so tekan button ASB.. no aku 2010 dan terus mendongak kepapan angka giliran utk menentukan nasib aku.. mana tau klu miracle skali no skang adalah 2009.. sekali 1 no pun belum terpancul di dada skrin..T______T

nak patah balik ke tak..nak patah balik ke tak.. itu yang aku hitungkan kala itu .. sekali no da naik..2001.. dan kelihatannya kaunter yang dibukak hampir semua.. ader 8 kaunter tak silap aku.. mencongak bagai so amek keputusan aku tunggu.. Alhamdulillah setiap org tak amek masa yang lama.. ok2 saja..

bila aku perhatikan balik.. kenapa ader bezanya antara bank cawangan neh.. mean yang KL cepat jer.. aku kira setiap customer memerlukan hanya 5 minit utk berurusan yang common shja..

begitulah senyuman aku dikala menang moneydrop
 YA

aku temui jawapanya.. dan dengan jawapan itu.. aku bisa menenangkan jiwa supaya tunggu dengan sabar..

1- majoriti customer yang dtg berurusan td adalah warga emas.. yang lemah tenaganya..yang perlu bantuan dari yang muda.. yang percaya seratus peratus pada warga kerja bank nya.. dari mengambil no sehingga sehingga selesai urusan.. kalau tiada pemantauan memang semua button ditekannya.. kadang geli hati juga, tapi cepat2 mohon keampunan dari Allah agar tidak terus memperkecilkan org.. Ya.. itu lah suasana dibank td..
sayangi lah warga emas
2- biar la aku gelarkan warga emas sebagai tok (perempuan) dan wan  (lelaki) panggilan org utara.. bila ada yang tua, yang muda bangun mempersila yang tua utk duduk.. aku kira ini situasi sukar utk lihat dibandar.. jadi bila tok-tok duduk disebelah menyebelah, maka mereka sempat menyapa satu sama lain .. lagaknya bagai sudah lama kenal.. sehingga.... BUZZ di papan angka giliran berdering berkali2.. maka staf bank ini jugalah yang perlu memanggil golongan mereka ini beberapa kali.. T___________T terlalu leka berbual..

3- tidak cukup dengan itu, tok2 dan wan2 ini juga hanya akan alert dengan  slip
nombor  ditangan mereka sahaja.. bila ternampak nombor di skrin maka diharungnya semua kaunter.. jadi.. staff2 ini lah juga yang akan memimpin warga2 emas ini ke kaunter yang betul berdasarkan urusan memasing.
cth jer.. ini slip tabung haji
4- Selesai urusan dikaunter, warga emas ini tidak terus pulang, sebaliknya akan berusaha berjumpa kembali kenalan yang sebentar cuma tadi utk bersalaman seperti di rumah2 kenduri.. ya.. unik bukan..

5- Lain pula bila warga emas ini berada di kaunter, aku berkesempatan mencuri dengar perbualan antara tok dan staff.. walau dengan siapa pun warga emas ini, mereka selesa membahasakan diri mereka tok

Tok~ ni chek.. tok nak tanya..
staff~ tok nak tanya apa..
Tok~ apa nama.. harta tu..bla..bla.. amanah raya bla..bla.. tu macam mana? chek tau dak?

see?? tidak di layan , kecil pulak hati orang tua.. maka perlu juga dijawab sebaiknya walau staff bank tahu org2 yang menunggu terlalu ramai.. jadi staff terpaksa melayani warga emas ini walau bukan dibidang dia sekalipun..


itu sahaja pengajaran untuk kali neh.. kesimpulannya.. merasa la jugak aku duduk dekat bank tu hampir dua jam.. sekian sahaja..

Sunday 19 February 2012

eh.. tersuka plak..

Assalamualaikum,

entry gedik sket.. oke sapa perasan wujudnyer mamat neh?


 
hurm..perasan tak?



*





* cube ingat..


* belom igt.. meh lagi satu pic kasik taruk



sengaja letak pic ngan wifey dia sebab nak suh semorang hentak kepala kat dinding

da ingat? alah citer pelangi kasih tu.. alah citer jujur aku dayus tu..alah citer juvana tu.. alah..alah..

x kisah ler aper pun, tapi aku suka lakonan dia especially part2 dia wat muka chumill kerut2 dia tu.. alahai bikin hati cair..
ini dia nyer biodata:-

Nama asal: Nurkusyairy Zakuan b Osman
Lahir pada: 19hb Feb 1980
Asal: Kuala Lumpur
Status : Berkahwin dengan Tisha Shahar
Kerjaya : pernah berlakon aksi lagak ngeri dalam Cicakman dan Bilut
Pendidikan : Diploma Perhotelan Uitm.

Saturday 18 February 2012

Rumah Rehat MADA Kota Aur Sik Kedah

Assalamualaikum

Entry kali neh tentang percutian aku bersama emak dan ayah serta beberapa keluarga dari Pakatan Taman Bersatu Simpang Empat. Percutian ini di susun sebagai salah satu aktiviti keluarga pakatan dan memandangkan mak ayah aku antara warga pakatan maka dengan rasa riangnya mak ayah aku daftar awal2 lagi nak join percutian neh.. bila da dikumpul2 maka hampir 10 keluarga yang terlibat. tactually, tak semua warga pakatan dapat ikut serta sebab terikat dengan komitment masing2.. mak aku cakap previously punya percutian juga di tempat yang sama lebih ramai family yang join.. x kisah la cmner pun.. aper yang dpt aku simpulkan memang happening bila dapat bercuti neh, walaupun aku da tragis masa memula sampai sini sbb line maxis dan digi tak der.. aku nanges hokey tanpa pengetahuan mak ayah aku coz aku tak dapat contact hasben aku T___________________T sangatlah kememeh.. so meh enjoy da pic jer la eh.. eden ponat lagi neh..

ni jalan nak ke Muda Resort memang ulu habis kiri kanan bukit bukau


jln sgt ok tp x der apa, isau klu2 ader emergency shj

empangan pedu a.k.a tasik pedu

bilik penginapan

riadah pagi

jenis penginapan 1

jenis penginapan 2

cute signage




antara pemandangan sekitar muda resort

hai ('',)


go mak!!!!


tempat penginapan kami



aku tidak terlepas utk berendam dlm neh..


seswai utk adegan hindustan..cantek



lagi.. penginapan kami dari arah belakang



lawatan adun

sesi memenuhi perut

lawatan ke ladang anggur, juz 15 minit from muda resort

petunjuk arah pada yang sesat

ladang?? bagi aku cukup sekadar menyebut kebun coz ladang tak besau pun

sum mekanik, mekanik sun flower.. in the dark.. cha..cha cha chi chi chi








Sekian sahaja persiaran saya di Kota Aur Sik.. Kembali ke studio bersama rakan setugas

Wednesday 15 February 2012

Love is Care

Assalamualaikum..

Minggu neh aku telah menerima beberapa keterharuan.. kata dasar adalah TERHARU~ suka ati nak letak.. ke.. dan..an.. marah cekgu BM
semua ini aku relatekan dengan Maha Pencipta.. Dialah yang mengaturkan semua untuk kita dengan sebaiknya.. dengan kasih sayang-Nya..

selama ini aku memang tidak membayangkan orang2 yang jarang dengan aku or berhubung dengan aku akan sedar dengan apa yang aku lakukan, kisahkan kehidupan aku dan sebagainya.. sebab secara logik nya memang cam tu kan.. ye la da nama pun jarang berhubung so kita tak kan aspek org tu akn care dengan kita.. tambah2 lak memasing punya komitmen..

kalau nak tahu sgt pun juz melalui facebook jer.. owh da kawen rupanya.. owh da ader anak.. owh da abes blaja.. owh keja kat sini ker.. itu je la.. tak lebih tak kurang..

tapi siapa sangka.. persepsi aku tu sebenarnya salah.. rupanya masih ader yang kisah.. sebab Kasih Sayang Allah yang telah di tanam pada jiwa hamba-hambaNya.. jadi terpancar kasih sayang itu pada sahabat- handai aku..

Kisahnyer tejadi bila ~ kisah 1

ader satu hari aku buka facebook.. dan ader 1 message.. from Liyana M. Nasir..  kawan aku dari skool rendah sampai universiti.. kami jarang berhubung.. cuma kami sentiasa ader jodoh untuk bertemu.. contohnyer, bila  tamat skol rendah kami berjmpa di skolah menengah, tamat skol menengah ditakdirkan lak 1 universiti.. tapi cam gitu2 je la.. x der la 1 geng org ckp.. sebab dia cos len, aku len..bila abes blaja.. pun masih berjodoh utk bertemu.. kenduri kawen la selalunya.. tnya kabar serba skit dan bepisah~ begitulah seterusnya

tapi bila dia tinggalkan 1 message neh dekat aku.. aku ase teharu sgt.. rupanya dia masih mengingatkan aku walau bukan waktu kami bertemu saja.. dlm msg tu, katanyer, dia ader bc 1 artikel neh, so dia tingat kat aku, pastu dia link kan dekat aku.. artikel berkaitan Petua Supaya Mudah Mengandung..

see? sweet kan.. kawan- kawan yang sentiasa mendoakan.. thanks Lenya (nama samaran skool men) doakan fanis.. aku hargai sgt benda2 yang cenggini..
 
Kisahnyer tejadi bila ~ kisah 2
 

aku terima 1 msg dari kawan aku Zah.. da lama dia tak contact aku.. kami sama-sama penah satu department masa aku still di HQ KL.. msg berbunyi

zah~ i miss u
aku~ zah? zah nak bagi msg kat hasben zah ka? ( siyes aku igt dia salah text)
zah~ tak.. memang nak bg fanis pun
aku ~ sempena valentine eh

dan ader la seterusnya.. tak boleh citer sini..

see? sweet kan kwn aku neh~ aku sebenarnya risaukan dia.. bila dia msg aku cam tu.. pelik kan aku.. org da msg cakap rindu suda la.. tapi aku isau lak.. harap zah baik2 saja.. bkn aper.. sebab aku kalau serabut ke apa ka..time aku kat sana,  aku cari dia.. aku cerita ngan dia.. so aku mcm pikir dia pun sama.. tapi aku jauh.. dia x leh cita.. sob..sob..

Kisah nyer bila terjadi ~ kisah 3
 
aku penah cakap ngan kak fizin (opismate aku skang) aku tak BeR*K da seminggu.. dia cakap.. Eh, tak baik tu .. aku gelak jer.. aku balas la.. aku da jemu nak temenung x der jugak.. so nak wat cner..

aku ingat dia da lupa prob aku.. sekali tadi dia tanya aku.. da B*RaK lom? T__________T


see?? sweet kan opismate aku..





Saturday 11 February 2012

mari mengenal daun-daunan

Assalamualaikum,

entry kali ni aku akan guna loghat utara sepenuhnya bagi membangkitkan jalan cerita~

pagi kemarin Athirah mai umah mak mentua aku.. dia dr umah paklong yang hnya beberapa langkah dr umah mak mentua aku.. nmpak mcm inginkan sesuatu.. dan betoi telahan aku bila dia kata.. fanis.. ampa.. hurmm jom sat teman kami cari daun cenehom..

daun cenehom???? ha.. sat2 kita p belakang
(merujuk kepada belakang umah mak mentua aku.. memang mak mentua aku rajin tanam bejenis daun utk masakan) sambil aku serelom seliper, dlm otak aku duk pikiaq menatang apa daun cenehom, tapi bila athirah kata mak kami nak buat asam pedas ngan laksa maka aku dpt bayang daun yang aku biasa jumpa dlm kuah laksa.

bila aku cari2 memang aku nmpak daun yang buh dalam kuah laksa tu.. tapi aku jadi konpius bila aku p kat daun2 tu ada dua jenis daun yang berlainan dan dua2 tu bubuh dlm kuah laksa.. aishhhhhh.. mula la panik.. 

pastu aku tnya mak mentua aku.. mak, daun cenehom mak tanam kat mana? sedangkan aku da p da kat tmpat daun2 tadi.. bajet mak mentua aku tanam kat tmpat len dan  sangat berharap tempat tu satu-satunya daun cenehom saja yang ditanam, senang la aku petik ja sambil mengenal ohh ini rupanya daun cenehom..

skali mak mentua aku kata.. tu.. mak tanam kat tepi tu  (merujuk kat tmpat yang aku p tadi) wawawawa T______________T ase nak nanges jer.. malu kot.. tak tau nak petik daun mana muahahaha.. tua bangka pun still x tau apa itu daun cenehom.. aku dgn yakin petik la 1 daun neh.. bagi kat athirah sambil berkata p tnya mak ampa sat daun ni ka? kalau dak kira daun satu lagi.. giler bagus kan.. pastu athirah pun gaya nak p kat mak dia, adik ipaq aku mai belakang.. oh thanks wawa.. dan dengan yakin dia kata kat athirah.. ni daun selom la.. ampa nak daun cenehom kan..

rasa nak tanam jer kepala aku dalam tanah.. jadi burung bangau jap.. tahulah lah aku bahawa daun 1 lagi itulah daun cenehom.. pastu sambil petik2 daun cenehom tu aku kata kat wawa.. kak fanis x panggil daun cenehom.. huhu.. mana tau nama neh daun ni cenehom.. tapi bila dia tnya aku pastu kak fanis panggil daun apa? aku x leh jawab lak.. sebab aku dalam proses meningati nama lain bagi daun cenehom.. aku kan jarang nak guna daun2 neh.. sampai la aku p tnya plak kat mak athirah mak njang, nama lain bagi cenehom apa? pastu mak njang aku kata daun kesum, fanis..awat? aku sengih2 je la

daun kesum a.k.a scientific name Persicaria odorata

daun selom a.k.a water dropwort
Ya.. daun kesum.. kini aku da ingat T__________T daun kesum yang mengspoilkan aku.. terbaekkkk!!!

aku isau mak mentua aku nak wat test ala2  masterchef jer pasneh.. letak selambak semua ulam-ulaman aku senarai nama-nama ulam.. pucuk kaduk, pegaga, ulam raja, pucuk ubi, pucuk gajus.....etc.

Thursday 9 February 2012

Demam

Assalamualaikum

apa petanda korang nak demam? badan suam2 kuku? bila malam menjengah, rasa seram sejuk? or.. esok ader presentation confirm demam, suara tak de, so group member pun cakap x pe la, ko jaga slide suda (apply for student only) kalau alam pekerjaan lak?? hurmm ape eh contoh terdekat?? bila ader audit.. so agak2 malas nak betekak dengan org audit, bole la ko demam pada hari berkenaan..

tapi demam aku boleh dimulakan dengan bersin yang berpanjangan.. disusuli sakit atau perit tekak yang hazab.. bangun patplohpat kali tengah malam dan pagi juz utk minum air.. bila da tak cukup tido confirm badan tak mampu nak bekerja keesokkannya.. nak2 bila rasa badan terasa bahang dia.. so tak payah la nak rajin sangat ko nak g keja.. ko siap pakai track ngan tshirt da.. pegi la menempek minta belas kasihan di mana2 klinik berhampiran.. beserta wang ringgit y mencukupi..

so dapat la aku mc sehari bertarikh 7hb  FEB 2012..dengan bayaran rm35.. terbaek la kan.. hujung2 bulan neh.. nak wat cner.. unexpected expenses bak org kata.. sehari aku tekelepek jer kat umah.. bila petang nak ke malam, lagi la out of service.. memang battery down giler.. aku punya lemah tu tak tau la nak cakap caner.. tenkiu to my mum, teman tido kat sebelah.. isau kot anak dia neh bertukar mutant lak.. demam punya pasal.. laki aku pun sian jugak kat dia.. bekali2 tipon.. huhu.. ayah aku lak.. pantang tgk muka aku.. ni da elok ka dak nie? ko cube kira brapa kali aku selisih ngan ayah aku dlm umah kami yang sekangkang jebon tu?

aku igt bateri badan aku boleh direcharge dlm masa sehari.. so esok tu leh masuk keja cam biasa.. rupanya ramalan ku salah belaka.. betul la kata org kan.. org yang jarang sakit or demam neh, kalau da skali sakit, mau amek masa.. so esok tu pun still da same.. demam lom cukup surut lagi.. nak g klinik lagi? hurmm tidak.. ubat seplastik tu pun aku lom abes lagi.. inikan nak tambah.. so gunakan peluang yang ader abes kan semua EL yang lom terpakai.. so EL la plak aku pd 8hb tu.. kali neh.. dari pagi smpai kepetang aku da mcm beruang kutub.. hibernate hampir 6-7 jam.. tido siang da sama ngan tido malam.. bangun bila da petang sket.. badan pun da stat bepeluh.. alhamdulillah.. da oke sket..

bila da sakit, Allah nak kurangkan dosa kita.. ingat balik dosa yang penah kita wat.. bawak2 muhasabah la diri.. kalau sakit jgn mengeluh jer.. tp fikir Allah sayangkan kita.. da sihat betahun tapi ko tak nak syukur, so kita test sket.. baru la kita kembali kepada-Nya.. iye dok? hehe..

itu sahaja.. jom nak wat keja sket.. udah2 ler tu.. adios..

Sunday 5 February 2012

Ucapan



SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA
HAZWAN & FARHAINIS
5 Februari 2012

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...