Sunday 31 March 2013

Nukilan Majalah Sekolah

Assalamualaikum

Menangis... itu sajakah kekuatanmu????
Ya.. itu saja

Bersuaralah????
pada siapa? 

Pada yang sepatutnya.. isi hatimu..
Tidak....

mengapa???
aku tidak mampu..

apa mahumu???
untuk dimengerti

Jadi..besuaralah...ayuh.. jangan menangis..segera beritahu
tidak..
suaraku kecil
tidakkah dia bisa menilai
ada getar pada suaraku
ada kecewa di wajahku
ada bentak dalam tindak tandukku

terus..bagaimana??
aku mahu begini.. menangis
menangis sehingga air mataku kering
hatiku beku
cintaku mati
dan.......

ketika itu
aku tidak akan berharap pada apa pun..pada apa pun

...... gadis itu melangkah pergi..longlai..


Wednesday 27 March 2013

Sukar

Assalamualaikum

just now kazen aku called.. nak mintak tolong carikan company mana yang ada involved import eksport, untuk assigment dia kekdah nyer.. student logistik poli nama pun.. so sedang pening kepala mana nak cari tempat..

aku just give a few tempat kat kedah yang aku ase logik utk diaorg nak wat research.. dia pun merempan-rempan la kat aku.. ada 3 minggu sja yang lecturer bg time.. pastu tetiba lak sume company giler sombong tak mo trima student for interview session..

aku senyum sendiri.. aku penah melalui sume benda tu.. perit tuhan jer yang tau.. tapi bila pikir balik itu la cabaran di dunia sebenar.. kau nak sesuatu benda.. kau kena usaha.. susah ke senang ke.. kena trima.. macam nak beli pemanggang ajaib tak pun periuk 7 beradik.. pastu main kutu.. eh??? berbau ikan tak.. muehehe

masa tu kitaorg part 3 ke part 4 d uitm.. kena cari Annual General Meeting company..ktorg kena tgk sndri actual situation AGM.. menitik-nitik air mata aku nak cari company.. semata-mata beli newspaper the star, news straits time sbb nak tgk company mana yang buat annouce dlm paper.. pastu paper tu aku campak.. hahaha.. kata nak baca nan hado.. utusan tu pun aku jeling jer.. gila keji.. aku dan paper tak kan bersatu.. 

masa tu kedit abes sekejap jer, da la student kan.. meraung jugak la tgk baki lepas called.. pastu bila comany cakap we will called u back.. jangan la kau besenang-senang dengan janji itu.. palsu semata.. klu called pun dengan nada.. we are sorry we cant intertain u.. pasrah sangat



penah 1 assingment neh kitaorg sampai pegi melaka.. interview session di Hospital Mahkota.. klu tak silap.. berhempas pulas mcm apa jer.. skali markah assingment tak semenggah mana.. hoiiiii tension sgguh.. nak-nak lak dpt tau group yang dpt byk markah tu, info thru company website ja.. tragis okeh..

dalam banyak-banyak assingment company reasearch , tak semua yang tragis.. yang paling best, penah lecturer kitaorg announce group kami info paling bagus.. time tu muka aku n bebudak group aku gila menten.. tapi bwh meja tangan kitaorg da tampar menampar cubit mencubit sebab happy sangat.. nak jer aku jerit -jerit ke-happy-an tgh-tgh lecture hall

siapa di sebalik dalang info tu? its my HUBBY.. wakaka.. gile kau tak nak tolong aku buat assingment.. tak kawen kau nanti.. ewahhhh.. kerek jer bunyik.. time tu tak macho la kalo tak tolong awek sendrik kan.. nak-nak lak groupmate aku berkodi-kodi puji dia sebab sanggup tlg itu ini.. kembang montot laki aku..

untuk student.. adat la eh kalau kena reject-reject neh..klu kau keja pun nant kau hadap benda yang sama.. so be patient.. kita nak mintak tolong orang cenggini lah.. sebab nanti kau nak amek masa dia, tenaga dia, maklumat dia.. sila tadah muka, telinga dengan setiap karenah.. its learning process..

make sure group kau sempoi dan bekerjasama.. klu ada sleeping partner tu sila abaikan nama  dan matrik no dia time kau nak submit assigment.. muahaha..

Monday 25 March 2013

Full House & Full House Take 2

Assalamualaikum

sapa penah meroyan dengan citer Full House dulu????
aku rasa sekerat donia ada layan citer tu
kehmain senget mulut aku nyanyi lagu 3 anak beruang

om samarega anchi bai su
amago,apago,ogigo....~lalal~la


skang meroyan aku datang lagi
Full House Take 2
wahhhhhh 
suke..suke..suke
 

ulasan:

@ bole tahan best.. sebab pelakon tak sama, so tak de nak banding-banding dengan previos pelakon.. masing-masing ada cara sendiri

@ memang wajib FINAS kat Korea tu kena 2 lelaki suke 1 perempuan ke apa? pastu sowang perempuan lagi suka kat hero utama? ekplain bole?

@ rambut heroin tu nak jer aku tarik minta dia wat rebonding.. geram aku tenguk

@ 1 lagi.. warga emas memang kena garang ker caner? pastu teketar2 nak cakap..  tanda hormat ke???.. tapi klu cakap tahap guruh dilangit tu apekaahhh

@ rumah kalau tak der tangga tinggi tak bole ker? kalau da sakit nanti ambulan nak parking kat ner? nak usung strecher tu lagi? 
konpius @,@


selamat menonton

Thursday 21 March 2013

Program Assessment Centre

Assalamualaikum

Ini entry amal jariah sebab nak berkongsi pengalaman
last entry aku suh cari info PAC tu sendiri kan
tetapi bila aku sendiri survey citer tentang PAC agak kurang
so aku dengan sukarela nak bekongsi seba sket, apa itu PAC

PAC yang bakal aku citer neh berdasarkan pengalaman aku dan untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 dibawah Jabatan Kebajikan Masayarakat.. Untuk lain-lain jawatan aku kurang pasti, cuma aku penah tanya kawan aku PAC untuk jawatan Pen. Penguasa Imigresen.. Nanti aku citer jugak..

PAC neh pada amatan aku lebey kepada nak tunjukan skop ruang kerja yang bakal kita buat sekiranya berjaya melepasi semua ujian dan temuduga untuk jawatan tertentu..

seperti jawatan yang aku gtau di atas, kami perlu ke Rumah Sri Kenangan, Taiping untuk melihat sendiri apa tugas-tugas sebagai anggota JKM..  sebelum masing-masing duduk dalam kump LDK, kami perlu menjawab ujian personaliti yang mempunyai 185 soalan dalam masa 40 minit. 

selesai ujian, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. aktiviti pertama kami dibawa masuk melawat warga emas.. di situ kami di awasi oleh fasilitator. kami perlu bersembang, bertanya dan mencari sebanyak boleh maklumat daripada warga emas.. maklumat tersebut ada gunanya.. nanti last aku gtau apa fungsi maklumat tu..

selesai melawat warga emas, kami kena stay in group dan membuat kesimpulan dari apa hasil penelitian kami sepanjang aktiviti tadi.. time neh cuba jadi seramah yang boleh dihadapan fasilitator dengan mengeluarkan idea, pendapat atau apa saja.. JANGAN JADI PASIF.. sebab kalau kau diam, fasilitator akan balik-balik tanya kau nant.. time tu even aku malu nak cakap, aku belasah jugak.. sebab tak mo nanti kena "aimed" ngan fasi.

aktiviti ke 2 jugak masih dalam berkumpulan.. setiap kump akn dibekalkan soalan dan permasalahan.. so, kena discuss and cuba cari solusi dari problem tersebut.. masih sama..  JANGAN JADI PASIF.. sila bercakap.. kuarkan idea, beri pandangan.. sebab masih di perhatikan oleh fasi yang lain pulak..

last skali, semua peserta perlu menyerahkan 1 salinan kertas yang berkaitan maklumat dan pandangan time melawat warga emas td.. kat sini yang aku cakap maklumat sangat penting.. sebab kalau point kau bagus, kau boleh nampak apa yang orang lain tak nampak lantas  memberi cadangan idea yang bernas lagi tuntas pasti kau akan dipanggil temuduga.. ini diberitahu oleh fasi sendiri.. sebab itu, kena cari maklumat sehabes baik.. semua ini common sense sendiri-sendiri..

kalau aku bejaya jawatan neh.. aku gtau apa yang aku tulis dari pengamatan aku.. hua..hua.. kalau aku citer skang hujung-hujung aku gagal jawatan neh, sah-sah aku malu-semalu-malunya.. bole?

itu saja PAC untuk jawatan Pen.Peg.Pemb.Masyarakat.. masa y diambil sehari suntuk..makanan disediakan.. dun worry.. tapi utk peserta shj.. peneman peserta sila telan ailio.. muehehe

ini dari cerita kawan aku utk pen.penguatkuasa imigresen

jawatan neh PAC dia lebey dari sehari, mean perlu bermalam
antara aktiviti yang diaorg buat

- pengucapan awam ( tajuk dari urusetia)
- cara pengendalian mesyuarat

itu jer yang aku ingat.. apa pun.. buat sehabes baik.. bagi yang berjaya PAC, temuduga pulak yang bakal menanti.. kalau temuduga berjaya.. Alhamdulillah.. bersyukur sangat

apa pun.. kata-kata fasi sebelum habes LDK.. sapa-sapa yang hadir, peluang itu masih ada.. berbanding yang tidak hadir sah-sah tak der peluang.. maka berdoalah..berharaplah pada peluang itu..

pada peserta-peserta PAC

GOOD LUCK





Tuesday 19 March 2013

Rumah sri kenangan

Assalamualaikum

Aku tak kan menyangkal kalau ade orang lain da give up nak join gomen neh, sebab makin lama requirement untuk melayakkan diri  masuk gomen neh makin susah.. 

sedangkan jawatan yang diminta tu tak la tinggi sangat.. aku tak minta jadi PTD pun.. apatah lagi JUSA..

bila jawatan pen. pegawai pun nak ber PAC bagai.. aku  like?????
sila google sendiri PAC tu apa.. sebab lain jawatan lain PAC dia..
nak-nak lak tempat PAC aku di Taiping.. tak ker masa,duit,tenaga diperlukan?

kalau ikutkan aku memang malas da.. tapi mak aku la yang tak suda-suda bagi semangat dan harapan yang tinggi seolah-olah mak aku yang bakal interview aku nant..tima kasih mak.. walaupun aku rasa agak tepaksa, aku gagahkan juga nak ke Taiping.. demi mak aku.. eh??? hahaha

time nak ke taiping pun aku da konflik

kejap cakap nak pegi dgn mak ayah aku.. tetiba lak rasa kalau pegi dgn laki sendri bole feeling honeymoon.. bengong nih!!!..

mak aku da eksaited nak teman.. sebab kat taiping ader besfreng mak aku, bole buat lawatan amal skali.. tapi aku lak ase macam susahkan  beliau..

maka aku alihkan susah tu kat laki aku lak.. hahaha (gelak evil)
hamek kau.. tepisat-pisat laki aku google segala tempat di taiping..
mana tempat nak tidonyer..dengan nak cari rumah sri kenangan tu lagi.. 
keji tak????

ptg sabtu tu kami da gerak dari penang, membawa harapan setinggi pokok taugeh.. mudahan berkat la perjalanan kami dan trusssssss dapat jawatan tu..

bersuamikan lelaki tokoh maal GPS, hotel, rumah sri kenangan sume dapat cari dgn agk mudah.. well Taiping je kan.. matik lah aku kena hempap dengan Mun (From Taiping With Love)

Ahad, 17 mac 2013, rumah sri kenangan taiping, 8.30 pg-4.30 ptg

awal-awal lagi laki aku da cicirkan aku kan rumah sri kenangan taiping.. slamat berjuang kau wahai biniku.. 


see? ramai kan.. blakang aku blom kira lagi.. total 85 org lebey kurang.. itu ari ahad.. sabtu da belangsung hokey..  baru taiping.. ader 7 negeri buat benda yang sama.. (apekahhhh)

laki aku bekalkan ini juga punya la nak tolong bini dia neh cerdik sket
tak der la nak blur sangat kalau di tanya tentang rumah sri kenangan neh
tapi bini dia neh kan daaasaarrrrrrrrr
sambung sendiri

aktiviti kami bekisar dengan permasalahan masyarakat.. dera anak, dagang orang, campak bayi, tingal kan warga emas.. bincangkan.. sume dlm LDK.. tak gomen kalau tak da LDK.. zaman kau blaja sampai la keja.. 

aku tak rasa aku nak citer keadaan di rumah sri kenangan.. sensitip aku asa.. skali aku burukan tempat tu.. kompem aku kena reject lak.. tak pun nant kementerian datang cekik aku sebab maklumat salah..

dah kalau aku citer tempat tu elok cantik best.. ntah esok-esok anak-anak bepusu-pusu hantor mak bapa derang macam nak masuk asrama.. kau rasa sapa nak tanggung dosa tu nanti???? aku jugekkkk

dah tok adi (tanah kubur) banyak keja.. nak handle jenazah anak derhaka..

sehari aku kat rumah sri kenangan tu.. buat aku insaf.. timbul asa kasihan sebab nasib warga tua neh tak seindah orang lain.. Mujur la ada pihak-pihak bertanggungjawab yang sanggup amek bela warga emas neh.. kalau tak der agensi macam neh.. cemana??? (point neh)

result PAC akan di umum kendian.. seperti biasa.. aku tak harap apa-apa.. da buat sehabes baik, bergantung kepada rezeki..

# semoga SPA tidak lagi jadik watak antagonis pada aku

Masihkah kau ingat

Assalamualaikum

Masihkah kau ingat?


watak - watak game neh?

ryu
ken
vega
chun- li

* mostly telupa suda*

time tu abang aku memang gila dengan game neh
tapi tak suka nak main game dengan aku
sebab aku emo
kalah jer aku sentap

aku suka pilih watak ryu
sebab hensem
kecik-kecik da menggatal
padehal baru skola rendah
sampai  imagine nak boifren macam ryu
 

penah abang aku dapat poskad watak ken
size ketas A4
giler jeles aku
kalau dia tenguk aku pegang kad tu
marah kemain dia

sayang sangat
sebab abang aku neh jenis cermat
klu dapat kat aku 
memang lunyai 

sangat tekenang
riuh pagi era la neh
bila si johan  merepek-repek dengan watak dalam street fighter
membawa aku ke masa silam
dalam keta senyum sendiri

miss my childhood so badly
 
 


Monday 18 March 2013

Antagonis

Assalamualaikum

Antara babak dalam hidup aku, watak SPA tak penah ketinggalan.. biarlah aku klasifikasikan watak SPA itu adalah antagonis.. walaupun seratus lima puluh juta kali aku menolak nak bergandingan dengan SPA, tetapi pengarah tetap nak masukkan elemen sedeh.. rating bole naik.. katanyer

pengarah cakap, tak per.. tak semua benda dalam hidup itu berjalan lancar, ada gembira, ada sedeh..
semoga ada sinar di hujung usaha


watak SPA makin kejam.. kalau dulu sekadar hadir untuk (interview) tapi sekarang tidak lagi..  ujian bertulis --> Program Assessment Centre (PAC) ---> interview

macam biasa, selaku pelakon utama, nak tak nak aku tepaksa for my future career kekdahnya.. aku heret watak hero ke Rumah Sri Kenangan Taiping untuk PAC.. Lokasi pengambaraan sedikit jauh dari biasa.. kalau dulu watak hero bawak aku naik moto, kali neh naik keta lak.. siap ada pakej bermalam di lokasi lagi..

Flash back ( antara yang igt okeh )

pembantu undang-undang --> interview--> gagal--> cuba lagi
pelbagai jawatan--> ujian bertulis --> gagal--> bukan rezeki
pen.pembangunan masyarakat (SUK Penang)-->interview-->gagal--> anda bukan yang kami cari
penguatkuasa imigresen--> ujian bertulis--> ujian fizikal--> gagal--> lantas menyesal

sekarang

pen.peg.pembangunan masyarakat (JKM)--> blom tahu lagi

watak

pelakon utama-- aku
hero-- laki aku
antagonis-- SPA 

pengarah

azlina che man
mak aku
U_U




Wednesday 13 March 2013

Baby Khyra

Assalamualaikum


ini anak kazen aku.. si mirah
memerangkap anak buah aku
hooooo
debab ini budak..
macam nak kunyah pipi dia

nama diberi khyra dania
ker ader nur di hadapan nama?
eh? nampak sangat mak su dia neh tak amek tahu
bodoh ni

oke
tu jer
aku nak tepon kazen aku jap
tnya nama anak dia ader nur ke tak
ke nurul mcm mak dia
ke siti macam tok nyang dia
ke cut ? macam indon tu
dayang? 

Tuesday 12 March 2013

Dalam periuk bertemu juga

Assalamualaikum

ingat, bila anak sulung kita neh lelaki, lambat la menantu.. tenguk-tenguk nak bagi kat kita status awai lak.. tak pa lah..

amacam??? ayat pasrah tak.. hua..hua..
ayat mak menakan aku tatkala diberitahu hajat si anak
bagi aku zaman skang neh anak lelaki ke perempuan ker
sama ja.. ada duit, ada partner, ada restu mak ayah.. terus jalan

kalau kawan bagai nak rak pun.. kalau x der jodoh tak kemana gak..
kazen aku neh (lelaki) bakal bekawen dengan anak dara dari Nismilan
sama-sama blaja kat medic-school cyberjaya, final year
konsep menyelam sambil minum air.. gitu
pegi blaja set kombo cari jodoh terus

masa depan sah-sah da cerah kan
so mari kita simpulkan kasih dengan ikatan suci 2 insan
kedah + nismilan = Dalam periuk bertemu juga

both family

 hamba dan kesayangan tuan hamba
 di samping bakal sepupu (fadillah) dan mak menakan
 sesi perbincangan
 rombongan sebelah lelaki
 my kazen bakal doktor,bakal suami orang
 aku, mak dan mak lang.. ape pucat gile muka aku.. sapa yang betunang neh???

 bride to be wif his mum
 hantaran pihak perempuan
pasukan rumah kuning

insyaAllah kazen aku neh bakal kawen bulan Mei di sebelah perempuan dan Jun di sebelah lelaki.. 

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
---------------------------------------------------------------------------
kosa kata:
mak menakan = mak cik/mak saudara


Monday 11 March 2013

Harapan

Assalamualaikum

hari ini saya nak bercerita tentang harapan.. sudi kiranya mendengar harapan dan cita-cita saya..

begini
saya telah mempunyai hutang terhadap blog saya..
saya berharap saya akan memenuhi harapan saya dengan membayar semuanya
saya tidak pasti saka apekah yang telah terkena pada saya
yang membuatkan saya masih lagi tidak membayar hutang-hutang saya

saya rasa saya nak salahkan laptop saya
sebab telah mengagalkan harapan saya
laptop saya telah rosak bahagian wifi
jadi sekiranya hendak online saya perlu ke bilik satu lagi
untuk memasang cable terus buat connection ke laptop

mana bole saya ke bilik lain untuk online
sudah berapa lama saya online dari kamar tido saya????
saya tahu tidak sampai sebatu pun bilik itu
hanya LIMA tapak
tetapi mana bole
saya telah abeskan sisa usia saya online dari kamar saya sendiri
bersalahkan saya????

setelah banyak dengar motivasi
kita perlu anjakan paradigma
saya kini insaf
dan cita-cita untuk memenuhi harapan saya
semakin tinggi

saya perlu berubah
ya!!!! IM4U
walau itu tiada kena mengena

baiklah
saya tidak menyalahkan laptop saya lagi
saya perlu ke bilik 1 lagi dengan mengusung laptop saya
cucuk kable kuning yang dibekalkan oleh pihak TM
supaya saya bole membayar hutang-hutang saya
kerana laptop saya juga punya jasa
menyimpan gambar contohnya

itu saja
terima kasih ku ucap kepadamu
# saya suka betul iklan itu
cuma kalau saya jadi cikgu itu
tak mungkin saya hulurkan tangan pada budak yang lari
saya hulurkan rotan jer

sekian

Sunday 3 March 2013

Cat Merah


Assalamualaikum

hari neh 
tak dapat jumpa incik blog
alah baru sehari..oke jer

sehari selepas itu
sobsss...sempat jenguk jer incik blog
hutang blom bayar neh, cmno
esok bole kot

dua hari selepas itu
eh?
ari neh tak sempat jugak :(

kesimpulan, aku bertugas di ibu pejabat kedah
3 hari berturut-turut
nak berblog adalah terhad
kang tak pepasal kena halau dari opis
kena pandai bawak diri, rumah orang kan
arineh pun kena g sana jugak
tp aku cakap nak masuk opis guar dulu
rindu dah bau market (pasar basah) guaq

harap x der sesapa yang simbah cat merah
sebab hutang  blom bayar kat blog
aku ingat 2 hutang kan
okeh.. 
silap-silap ader interest

nak g main bowling lak pasneh
haissshhhhhh




Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...