Wednesday 18 February 2015

Terjadinya roti sandwish tanpa rela

Assalamualaikum

pagi neh kol 5.45 pagi akak da bangun
sebabnyer nak wat roti sandwish tanpa rela
kalau tak, selagi belum jam 6.30 pagi, jangan harap akak nak bangun
sejak mengandung neh, pundi kencing akak susah nak tune
dia kalau mintak nak buang air, tak boleh tunggu walau sesaat pun
maka kalau da tido pastu nak bangun sebab nak tencing yang kadang kala melebihi 2 kali
boleh mendatangkan amarah
itu yang kalau boleh lagi lewat bangun pagi lagi bagus
macam kita top up balik tido yang terganggu tu

oke citer balik pasal sandwish

kenapa tanpa rela?
sebab roti neh dibuat atas dasar hukuman kepada orang yang terlalu prihatin
citer dia camneh

opismate akak si shairazy dia ada part time job
as wedding fotographer
so ari isnin tu dia ada bawak keja-keja dia nak continue kat opis
tinggal nak lekat-lekat jer dalam album

akak membelek-belek ler pic tu dan time tu si shai neh kuar pegi pantau
akak terperasan jugak, kenapa la dia menyusun pic wedding tu memanjang jer
kenapa tak di satukan???
kan ker jimat space atas meja

gituuuuuu
konsep akak
so akak neh dengan nekad dan yakin akak saukkan semua pic dia dan satukan
haaaaa
baru kemas skek
sedangkan meja sendiri jenuh kena kuak fail baru bole nak duduk
lagi mau kemas meja orang
nampak tak.. prihatin sangat dia tu

pastu akak nampak lak few pic yang ada kat beberapa sudut meja
ponnnnnn akak satukan
dalam hati kompem shai tak nampak pic neh.. beterabur

sekali balik la si shai neh
kedengaran la sora dia ala-ala halilintar
SAPA TENGUK PIC SHAI NEHHHHHH??
SAPA SUSUN MACAM NEH???


Fanis !! fanis !!
kenapa
wahhhhh dia tak tau dia da nak kena lahar dengan si shai tu

shai da susun la fanis
neh la cara dia, mana pic yang kat tepi neh? yang tu pic reject

tebuntang bijik mata akak
yang kata pic beterabur tu pic reject lak, akak dah satukan kot
sobsssssssss

jadi sebagai hukuman terjadilah sandwish tanpa rela neh
dia tuntut ke akak
kena prepare
pasrah sangat
sebab tak rela kot kan
akak rasa sandwish akak tak sedap

hukk..hukk..
pesembahkanlahhh sandwish tanpa rela
taaaadaaaaaa



ingat jangan prihatin sebelum waktu
huarrghhhhhhhh!!!!

Tuesday 17 February 2015

Celebrate Annibesari :)

Assalamualaikum

Baru-baru neh laki akak turun alor setar
memang dia la skang jadi pengukur highway kedah-penang
dulu akak ler pegang title juru ukur tu
so skang da letak jawatan :)

bebalik kepada tajuk di atas
akak cadangkan nak makan-makan jer
jadiklah nak selebrate laki bini
skali laki akak kata
oke ampa belanja makan
apa kata kami blanja tidoq hotel?

terus akak
Ya Allah selamatkan Izzah Ya Allah
sesuatu sangat kan di kala enibeseri dan di kala valentine pada 14.2 ari tu
ajak tidoq hotel

nak tidoq mana? balas msg akak dalam whatsapp

ampa cari ja la.. kami cadangkan leverage kat mergong tu
dalam hati akak
jauuhhhhhuh nyaaaaa hotel  #matakeatas
leverage hotel ke umah akak 20 minit
masih dalam daerah alor setar

oke ja.. tidoq hotel mahai pun satg nak bejalan juga - tambah akak lagi
so ari sabtu tu laki akak sampai umah, then amek lunch terus gerak check in leverage
oke la hotel tu
stended la skek, harga pun ok




petang tu kami masih becadang-cadang kat mana nak dinner sama
memandangkan laki akak tak penah naik menara alor setar
akak cadangkan dinner kat restoren berputar tu
ilmiah la skek
sambil makan, kita sekalikan dengan lawatan
gugel kat fb, meal dia just steamboat dan western saja
steambot rm55 utk 4-5 pax
western 1 plate around rm20


sapa-sapa rasa nak try makan kat atas tu, ini no contact person
WMS Restoran Berputar 360 Menara Alor Setar (facebook)

tekak tak rasa pun nak makan western
so laki akak kata, tak pe la
makan pelan-pelan bole la kot abes steambot tu

da petang baru la naik menara,
tujuannya nak nampak 2 view, siang dan malam
naik jer atas restoren tu meriah dgn belon, sapra meja merah
ada lilin bunga bagai



eh??? rasa da macam tak der rezeki da nak makan kat sini
kompem ada wedding, cantik sangat berhias

FM - yer, masuk masuk, ada tempah meja ker? sambut floor manager, sebab dia dressing cantik, tak asa dia waiter

Akak - tak dak.. masih ada table kosong ka?
FM- ada la kak, tapi meja besaq.. yang kaple punya semua full.. kita ada pakej valentine hari neh
Akak - laaaa ya kaaa

nampak tak jawapan orang tua
sungguh aku telupa lagi, that saturday tu valentineday

tak pa la, meja besaq pun
so terus floor manager tu tunjuk meja
nahhhhhhhhh, meja mesorat terus dia bagi, yang 7-8 orang boleh duduk

bila tenguk keadaan sekeliling terus akak menjeling ke laki akak
sampai hati tau dia, tak penah dia nak celebrate gituh time kapel ker kawen ker
nyampahhh!!!

itu je la citer celebration anibeseri
Apa pun im really thankful to Allah grand me a wonderful hasben
walau pun tekadang rasa nak patah riukan tulang temulang dia
tapi dia totap di hati
;)

happy anibeseri




Thursday 5 February 2015

Happy 4th Annivesary

Assalamualaikum

Empat tahun suda
Ya Allah sekejapnya masa berlalu

Terima kasih Allah atas ikatan ini
Ikatan yang semakin mendekatkan kami dengan -Mu Ya Allah

Alkisah
aku sebenornya terlupa da hari neh annivesary
buka facebook then ada kawan wish hasben dia
aku pun macam eh.. aku pun kawen bulan 2 jugak
macammmmmmmmmmmmmmm

cepat2 tanggal cincin
kat cincin ada tarikh akad nikah
Ya Allah
Hari neh la anniversary aku

itu baru cara-cara empat tahun kawen
da terlupa
kahhhhhhhhhhh
apa la.. tak lomentik langsung

next week hasben aku turun aloq staq
time tu la kita gi makan-makan eh

Pestime weh lupa annivesary
selalu dari 1hb 2 aku da stendby da
nak wish la
nak prepare adiah la..

tahun neh lupa sunguh2

to my beloved maman
tahun neh perkahwinan kita betul-betul di uji
jerit perih nak wat IVF
Alhamdulillah we make it
walau bergelen air mata kita sedekahkan

me love u maman
walau u urut ai guna kaki
kasar betol gurauan u

jaga!!!!



Wednesday 4 February 2015

Kos IVF- Part 2

Assalamualaikum

Lain-lain suntikan, ada ker ?

Lain-lain suntikan ada dan suntikan ini adalah 2 suntikan terakhir sebelum proses pengambilan telur..


suntikan seperti yang sebelah kanan, ada 2 sahaja.. aku tak sure berapa harga 1 suntikan tapi tak silap dua suntikan neh harga dia dalam rm532 macam tu.. nama suntikan neh aku lupa suda, tapi sesenang aku update.. okeh

penjagaan selepas IVF ?

selesai jer IVF ada 1 suntikan yang nurse cucuk, yang tu aku tak sure bayaran dia ekceli sekali dalam ketas kuning yang aku tunjuk dalam previous post atau tak.. sebab kuar dari wad, terus dapat resit.. so aku pun tak der tanya kat hasben samada  bayar asing ker macam mana.. resit tu tulis amaun dia dalam rm70..

then balik jer umah lepas transfer embrio kena beli ubat crinone cth macam neh

1 kotak crinone gel neh rm 300, dan tak silap aku kena pakai dalam 4 kotak.. 1 kotak tahan 15 hari jer.. ubat neh membantu untuk kuatkan rahim dan nak menolong embrio untuk lebih kukuh.. ubat crinone ini pun bergantung pada keadaan.. kalau tak nampak sebarang mara berbahaya pada janin maka crinone gel neh guna sekejap jer.. tapi kalau doktor tgk janin macam fragile sangat mayb kena pakai dalam tempoh yang agak lama..

ubat dapat dua jenis, dan dua dua neh dapat free.. Ubat progynova dan duphaston.. cuma satu hari tu tetengok ubat da abes.. so beli duphaston harga dia rm 30.. 

aku rasa itu je la kot perbelanjaan dia.. macam benda2 kecik tu tak der aku masukkan kat sini.. contoh kos tambahan lain aku beli cooler beg yang memang kena beli untuk simpan crinone dan ubat suntikan.. kena sentiasa dalam keadaan sejuk.. cooler beg tesco rm8.90

penah jugak aku beli jarum suntikan  kos rm0.50 :) .. sebab nyer aku tak mo pakai jarum tu berulang.. padahal selagi jarum tak tumpul bole jer repeat.. tapi takut kebersihan ke apa kan..

Anggaran kasar dalam rm6000.. tapi kalau la diselusuri lagi bajet ivf neh.. ada lagi caj-caj tersembunyi.. contoh kos duit minyak, makan dan minum, tol (laki aku ulang alik dari penang) dan lain-lain.. 
 
apa pun, persediaan ini perlu la dibincangkan dengan sehabis baik.. kalau wife bekerja, why not share dgn hasben.. anak hak milik bersama..
 
InsyaAllah.. bila kita da nekad.. Allah akan permudahkan urusan kita.. tambah benda-benda baik neh, tetiba jer ada rezeki datang dari punca yang tak disangka-sangka

gudluck uolss

Monday 2 February 2015

Kos IVF

Assalamualaikum

Oke secara ringkas aku buat IVF di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar
Buka fail pada tahun 2012

CAJ YANG DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI DI HOSPITAL KERAJAAN SEPERTI YANG TERTERA
JANGAN DI BANDING DGN HOSPITAL KERAJAAN YANG LAIN
SEBAB AKU PERNAH COMPARE DENGAN KAWAN AKU
HARGA RAWATAN MEMANG BERBEZA
HARAP MAK LONG :)

Bila sesuai buka fail untuk rawatan di O&G
Pasangan yang telah berkahwin selama 2 tahun ke atas atau seangkatannya dengannnya
kalau pernah ada baby tp utk 2nd child susah dapat plak, hospital bole consider
tapi mostly suma yang penah aku jumpa di O&G utk first timer macam aku

Macam mana nak mula?
Sila amek surat reference dari mana-mana klinik kesihatan terhampir, terhampir maksudnya dalam qariah kawasan yang anda tinggal..

cakap nak buat surat rujukan utk rawatan kesuburan di hospital 
kalau surat reference dari klinik swasta pun no hal cuma yang beza  (kalau x silap aku la)

surat rujukan klinik kesihatan kn byr kat hospital semasa pendaftaran - rm5 utk pertama kali shj
surat rujukan dari swasta kn byr kat hospital semasa pendaftaran- rm 30 utk pertama kali shj

sesapa yang ada GL (y keja gomen tahu) sila bawak GL- so next treatment da tak payah bayar rm 5 (pendaftaran)
kalau keja swasta tiap kali treatment bayar rm 5 (pendaftaran)

Semasa rawatan, ada bayaran tak?
Seingat aku sepanjang rawatan tak der apa-apa bayaran.. kecuali pada yang keja swasta memang kena bayar rm5 untuk pendaftaran.. lain-lain aku tak pasti sebab aku guna GL..

hasben kena lalui pemeriksaan sperma ada la kot dalam 3 kali sepanjang tempoh treatment, TIADA BAYARAN.. tapi ini kena semak, macam aku kata aku guna GL.. tak pasti kalau yang tiada GL macam mana.. kena bayar atau free jugak

yang pasti kat swasta pemeriksaan sperma memang rm 50 dan keats

Rawatan IUI?
sebelum IVF aku kena wat IUI.
Suka di ingat kat sini, doktor tak kan simply buat IVF pada semua pasangan
yang bebetol memerlukan sahaja yer akan terlibat, dun ask kat dokter bole tak saya nak wat IVF terus.. no..no..
ada banyak cara before IVF.. doktor will know best apa yang sesuai utk kita..

so masa nak wat IUI aku kena charger rm 120 (bayaran utk glove khas semasa IUI, sebab tak der powder apa nta) 

Ubat semua free

Rawatan IVF
Da failed IUI baru doktor suggest IVF, tu pun kalau pasangan yang kurang masalah doktor sebenornyer akan cuba lagi IUI sekurang2nya 3-4 kali



ini caj sepanjang rawatan IVF. Caj ini TIDAK TERMASUK UBATAN SUNTIKAN
nampak tak harga rm 1200 di potong tu?
IVF dan ICSI adalah rawatan yang lebih kurang jer, TAPI ICSI teknologi lebih terkini dan peratusan lebih tinggi. alang2 harga dia tak different sgt, beh kurang rm400, so doktor buat ICSI terus.


Paham eh..

so dalam rm850 ( item no 1 +  item no.2) yang kat ketas tu ada tulis } 850 
aku dapat sekali jarum suntikan di bawah ini :-


suntikan ini bergantung pada tubuh patient, sebab bentuk dia macam pen, so aku gelarkan dia pen tanpa dakwat hehe.. atau nama betul dia GONAL-F 300 iu/0.5ml

tak silap aku, aku dapat dua pen, setiap pen ada 300 iu/0.5ml..
macam badan aku, 1 pen aku guna dalam 3 kali suntikan
ada orang guna 2 kali jer
ini yang cakap BERGANTUNG pada badan

Tujuan suntikan ini utk stimulate telur atau bahasa mudah nak bantu telur besar
so sekiranya selepas cucuk pun, telur tak bagi respon, maka dos ubat perlu ditambah
bila da tambah dos, duit pun kena tambah la, sebab nak beli pen lagi.. doktor kata harga 1 pen dalam rm300

aku pakai pen neh untuk 5 hari so 5 malam cucuk kat perut
cara pakai akan diajar oleh nurse
yang aku blaja letak 2 jari di tepi pusat tak kesah atas bawah kiri kanan, dan cettttttt cucuk


continueeee nanti oke.. ada check - up arineh, so nak gerak da
babai



Aku tanya apa khabar semua

Assalamualaikum

Baru- baru neh balik Penang, skang balik Penang naik bas da boleh jadikan agenda dalam sejarah..
Sejak mengandung memang da tak ke Shahab sana
Sebelum tu pun lebih kurang 2 bulan tak balik penang dgn bas

Perkhidmatan bas especially Bas Plusliner dalam kenangan
tenkiu bas bas semua
menghubungkan 2 hati yang jarak jauh neh :)
ok settle bab bas

sejak mengandung alhamdulillah
baik-baik saja
senang citer ujian tak terhenti di situ
ada lagi liku dan cabaran dia

awal mengandung alahan agak kronik
berat susut hampir 3 kilo
skang da naik sebanyak 4 kilo
apekah :')

pastu doktor cakap HB kurang mean aku adalah pembawa talasemia
mujur la hasben oke darah dia
memang perasan pun, dulu-dulu tak bole derma darah
tapi tak sangka efek dia bole tgk time ngandung neh
pekembangan anak oke so far

bebalik kpd jumpa hasben baru-baru neh
dia ada cakap
ampa, kalau takat nak tulis journey IVF bek tak yah
selalu orang nak tau harga dia , cost, ubat apa
senang sapa-sapa nak refer wat IVF nanti
info tu lebih berguna

eh??
macam tu plak
aku punya la touching nak citer babak-babak sedih
last2 kena pangkah dgn editor

oke2 
tgh berlapang skek, meh aku kirakan sumer cost secara rawak
jom ke page sebelah
sebelum tu
suka aku ingatkan
harga dan rawatan bergantung pada patient
pada hospital

so tak sama
kang tetiba ada yang serang doktor cakap apasal diaorg punya IVF mahal
jangan salah aku
oke
deal??

tak de kena mengena tajuk dgn isi
ABAIkan --

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...