Tuesday, 17 May 2016

Hidup Biar Ada Rasa Sabar

Assalamualaikm,

cara tajuk kira nak dakwah jer dia skang neh ekekek
tak per la mana tahu
masuk program DA'I ker akak nanti
 populer akak

Bebaru neh sapa tgk viral kat facebook
yang kaki mak dia cedera, then dimaki-maki kata doktor tak rawat bebetol
pastu sebelum neh jugak, ada budak neh merempan cakap kaki mak dia
dijahit macam kain guni

lepas tu malu sendiri sebab kaedah yang doktor amek adalah kaedah yang betul dan mengikut SOP
tak ker malu kalau centu, kau dah maki doktor yang selamatkan nyawa family kau kot

hah kalau pandai sangat, pegi  la buat sendiri, tenguk elok ke tidak jadiknya
cuba la ada rasa sabar skek
hahhh kau baru masuk tajuk, perenggan ke tiga, kalau paper karangan BM neh hampir fail dah neh
dah nak kuar tajuk

jadi apa jua yang doktor amek tindakan ke atas kita or family kita
pls pls pls pls pls
tanya dulu kenapa, mengapa,bila, bagaimana
tanya lah sepuas hati anda semua sebelum nak tempek tempek dalam fesbuk
tidak la para doktor perlu mengadap blaja betahun tahun kalau simply dia buat sesuka hati kat patient
end up dibuang kerja atas kecuaian
mayb certain kes ja kot kalau nak jadi pun

ingat lagi masa hafiy 109 days kat NICU
baidewey 109 days will be the number that will remain in my mind until death 
sobssssss

kawan akak ada nasihat,
ingat eh fanis, kau jangan nak melatah sangat kalau doktor buat apa2 kat anak kau.
kita neh bila orang da stat sentuh anak kita, buat tak betol sikit cepat jer melenting
tambah2 kita yang susah anak neh, kau sabar banyak2, dan cuba redha
(basha, 25 april 2015)

 masa tu akak betul2 tak faham lagik ckp si Basha neh sebab masa tu hafiy baru hari ke 5 dalam NICU
sekali bila da lama skek dalam tu baru la akak faham apa erti sabar yang sebenar

bila masuk NICU, check pampes anak, selebek tahik
bila pegang tangan anak, tgk2 lebam merata kesan amek darah
bila pegi bed anak tenguk2 kain bedung da tutup kepala
bila doktor cakap anak kena puasa 6 jam sebab operation, alih2 operation batal x jadik buat
bila masuk tgk anak, anak tengah nanges separuh nyawa, tp nurse kat sebelah buat dunno make repot

kau rasaaaaaaa?????????

masa tu sabar akak banyak teruji, tapi bila ingat balik ayat keramat kawan akak, akak cuba untuk bertahan tidak melenting membabi buta

bila akak amati betul betul akak tenguk nurse dan doktor hampir tidak duduk langsung
ada doktor yang kerja 24 hours non-stop, nurse yang sekejap terlarik sana sini
bukan 10-20 baby yang kena diaorang tenguk, akak rasa seratus lebey ada la kot , dalam NICU ada 5 seksyen tak silap, kata la 1 seksyen 20 baby, hah betul la, ratus kot
staff yang handle tak sampai 30 orang 1 shift

kalau kita pun belum tentu mampu
belum campur nak layan karenah patient dan family patient tu lagik
 
 kita neh sudahlah tak der ilmu banyak mana, jadi bidang yang doktor dan nurse tahu tulah yang kita perlukan untuk bantu family kalau sakit, kalau dah tak boleh sabar, tunggu lama sikit nak melenting
pergi la carik mana-mana pusat perubatan yang terbaik yang boleh penuhi kehendak anda
takut-takut tak mampu jer dik
 
 penah satu hari masa tengah tunggu hafiy, sorang nurse tengah tukar bedsheet sorang baby, tengah2 dia bersihkan babycoat tu dia tenguk akak sambil kata- mak baby ni la yang maki kami (geng nurse) dalam facebook dia, kata kami buat kerja tak betul, buat naya anak dia

rasa-rasa masih ada ikhlas ker nurse nak treat  baby tu dengan penuh kasih dan sayang?
kalau dia ikhlas dia tak de nak meluah depan akak, beter buat jer diam-diam
ini nurse tu sambil handle baby, sambil dia meluah perasaan
sebagai manusia biasa, tak banyak sikit mesti dia terasa
 
aku da rawat anak kau neh, di maki maki plak
dari rasa kasih yang tahap 10 tu kurang-kurang drop jugak reading dia tu 6 ke 5 
jangan la cakap tak profesional ke apa
hati manusia neh, macam-macam

mayb post akak neh biased, cakap tak kena dengan family kau dengan kau boleh la kata
cuba kena

akak kena dah la neh yang akak boleh cakap
anak akak kena puasa 10 hari berturut-turut, sebabnya operation batal
neh budak neh dah puasa 6 jam ke atas, setitik susu tak masuk ke perut lagi
alih-alih operation batal, bukak puasa, esoknya puasa pulak
menanges akak hari-hari
kenapa la aniaya anak akak cenggini

tapi itu yang akak kata sabar, jangankan family rasa kesiankan anak akak yang asyik tetangguh neh
nurse dalam tu datang minta maaf cakap diaorang tak bole bantu
diaorang pun kesiankan hafiy time tu
 
Bila sabar, Allah pun bantu, ada bonus kat situ, operation Hafiy berjalan lancar,
procedur susah boleh jadi mudah, sebab baby terlalu kecik
apa saja boleh jadi, hafiy boleh bertahan dalam operation room tu
sebab doktor sangat risaukan dia yang sangat fragile, takut dia tak boleh survive 

bila rasa susah, ada yang lagi susah, sebab ada satu waktu tu akak lapang skek, akak tanya, kenapa ditunda anak akak neh lelama, doktor cakap punca di tunda sebab ada kes yang jauh lebih berat dari operation anak akak, masa tu doktor neuro buat surgeon kat patient baru eksiden 12 jam

see??? 
kita nak anak kita diselamatkan, satu pihak lagi jauhhh lebih berdoa moga-moga operation yang 12 jam tu berjaya, secara common sense nya, operation 12 jam , takkan lah calar kat kepala pulak kan,
haruslah bedentum juga kepala orang ekseiden tu, kalau lah akak marah marah tanpa usul periksa, nak juga anak akak didahulukan, mayb satu nyawa tak boleh diselamatkan.

boleh eh
kita bebaskan aura positif, tambah2 yang deal hospital kerajaan, jangan di maki di marah staff hospital
sebab kau tak mampu lah kau ke hospital kerajaan, kalau mampu tak der nak register hospital kerajaan tu
 
bermula rekod akak dengan Hospital Sultanah Bahiyah tahun 2012 tak silap sampai la sekarang, akak sangatlah berpuas hati, termissed sana sini tu biasalah, kita pun tak lari dari salah dan silap
treatment bagus, layanan bagus, alhamdullillah
bersih pun bersih
makanan murah
couldnt ask for more

panjang neh entry, jangan muntah dah
tata


My Hafiy

Assalamualaikum,

Wah aktif pulak akak sejak dua menjak neh
sihat ke uollss
Akak alhamdulillah.. sihat jer.. semua pun sihat
baru-baru neh fon akak tu dah semput sesak sendat suma dah
meronta-ronta untuk di muntahkan isi dalam fon
tahap kalau selfie satu gambar terus naik emoticon data usage
so akak pun tepaksa kuar isi perut dia, kasik lapang sket
so neh akak lanjer pic anak, rajin la nak tempek, suma dalam leptop
Doakan anak akak jadi anak soleh, sesihat kanak-kanak yang lain
Doakan pekembangan anak akak sedikit cepat untuk masa hadapan dia juga
amin...
bufday hafiy setahun

Muka boring tunggu lama kat spital

ini masa akak kata - eh, ayah whatsapp kita la


Sunday, 8 May 2016

Hari Mak Yang Tacing

Assalamualaikum

Selamat Hari Ibu Pada Semua Wanita di Luar Sana

Ya pada semua even they dont have one :)
sebab secara semula jadi perempuan akan ada naluri keibuan
Allah da letak dah pada setiap wanita
Percayalah !!

Tahun ni tahun kedua bergelar mak
Allah.......... nikmat yang hampir tak dapat dirasai
Tapi Allah kesiankan akak
Dia bagi
tapi kena usaha nah
Ikhtiar--

Hafiy dah setahun, alhamdulillah
tapi still kenot jalan lagi, merangkak pun belum-- take ur time sayang, mak tggu hafiy
sempena hari mak neh kita imbas skit la
sebenarnya tak suka nak bukak kitab lama neh
sebab drama air mata jer pun selama 109 days

apa tu 109 days?
anak akak kat NICU-- Allah
masa tu x tau nak luah kat sapa, hari hari pun berendam air mata
anak akak prem but together with da risk yang baby prem akan alami
dia cenggini
kalau anak lahir tujuh bulan dia ada dua
sama ada anak kau sekadar prem then just nak tggu berat jer then ok fine
just tggu so by the weight 1.8kg da bole discharge

second
prem tapi dia sedut semuaaaaa masalah bayi pramatang
cth paru2, jantung, hydrocephalus, ivh bole menyebabkan cerebral palsy , pernafasan- U named it
Allah nak uji, anak akak yang kedua neh
sebab prem si dak hafiy neh dia betul2 baru siap dalam perut
tau2 nak kena kuar
so dia really2 fragile, lemah sgt

sebulan pertama hafiy di NICU akak dgn hasben mmg ulang alik ngadap doktor
bagi kami, kalau doktor tak pangel tu, kira condition anak ok lah
tak berani nak tanya pangel doktor condition anak
kadang terfikir biar dari tak tau dari tau

selama 109 dua operation hafiy kena lalui
1st nak masukan omaya ( tak tau nama penuh )
2nd buat shunt
dua dua neh sebab ada lebihan air dalam kepala
dua -dua operation neh seolah meragut nyawa mak dgn ayah dia skali
selagi tak kuar operation theather selagi tu rasa nyawa akak tersekat :(

haihhhh macam2 perasaan selama109 days
asa nak senyum pun tak mampu

3 perkara paling tak bole lupa selama 109 days tu

1- doktor pangel utk decide sama ada nak teruskan hayat anak atau nak lepaskan dia secara pelahan
    sebab ada satu hari tu anak stop breathing dan Allah tiupkan kembali nyawa pada hafiy
    anak da terkulai biru dah time tu, tapi dgn izin Allah, doktor and team dapat selamatkan dia. doktor kata  
    perkara nih bole berlaku lagi so if dat hapen again, paed team akan ikut based on parent wish.
    apa yang akak dan hasben decide that time-- kami akan lepaskan hafiy
   keputusan terpaksa dibuat dalam masa sehari sahaja sebab doktor nak tau decision parents a day after  
   kejadian tu.. masa nak buat kata putus tu, kami laki bini menanges sepanjang malam huhuhuu
   ~ mata bekaca-kaca dah neh, tggu nak derai ja, tu y malas bak rekol tu~

2- perkara kedua baby meninggal depan mata, yang si mak neh meraung raung dah
    Allah tak tau nak respon macam mana melainkan akak menanges, menanges dan menanges peluk anak 
    anak akak, cium baby yang meninggal tu , peluk mak kpd arwah baby berulang kali
    tak tau brapa kali-- tapi seingat akak byk kali sbb tak tau nak wat apa.. menanges ja bengkak mata2

3- sebelum nak discharge doktor gtau anak akak bole jadi sebarang kemungkinan
    i want to tell u, due to IVH ( gugel sendiri, akak tak arif nak xplain) yang anak you  he   
    might   be blind, he might deaf, he might cerebral palsy he might not walk, he might lay down, 
    he  might bla--bla--bla..
    masa tu akak rasa badan akak terapung ja, suara doktor macam desiran angin, akak rasa 
    melayang, jiwa kosong, 
    akak dan hasben rasa macam kaki lembik, nak jalan rasa tak mampu
    1 pesanan doktor yang kami pegang, ini adalah ramalan kami as a doctor dan apa y kami belajar, 
    ada  satu kuasa lagi di atas kami, yang akan menentukan semua

   Alhamdulillah, banyak yang Allah padam dari banyak2 list yang doktor bgtau tu
   hafiy boleh melihat , hafiy boleh mendengar, setakat ni belum declared as cerebral palsy
   tapi delayed in movement sebab event da setahun tapi banyak perkara belum boleh buat lagi. take your 
   time dear.

Sempena hari mak ni, akak harap akak boleh jadi mak yang terbaik. Bila Allah da izinkan satu nyawa berada dalam rahim akak setahun yang lalu, akak rasa tak da benda lain da yang akak nak minta.. cuma nak minta Allah jaga hati akak supaya sentiasa bersyukur dan jaga/improve menjadi yang lebih baik.. tu jer. lain-lain besyukur sgt dah.



Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...