Wednesday, 21 January 2015

Harapan dan Air Mata - 6 (Akhir)

Assalamualaikum

Tahun 2014-  Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan

Fanis,

Sepanjang proses IVF fanis hanya berendam air mata.. huhu.. tak mudah sebenarnya setiap proses tu.. Penuh dengan emosi especially part yang nak menyuntik diri sendiri..

Padahal tak sakit pun, tapi sebab nak suntik diri sendiri tu perasaan "seriau" tu jangan cakap la.. kalau abang ada, tolong buatkan, fanis bole sengih-sengih lagi, tapi bila part suntik sendiri tu memang drama, tambah2 dua suntikan terakhir sebelum proses operation..

Fanis tak akan lupa sampai bila-bila, dan setiap kali suntik diri sendiri tu fanis hanya mampu berdoa semoga usaha ini Allah akan berikan 1001 hikmah dengan pelbagai cara.

Prosedur Ovum Pic Up (OPU) proses dimana kena bius dan telur pasangan perempuan akan di ambil sebanyak mungkin oleh doktor.. 

Kita perlu daftar wad jam 7 pagi-- semalaman fanis tak tidur, macam tu jugak abang.. tidur pun hanya tidur-tidur ayam.. penyembahan diri pada subuh hari dengan sepenuh-penuh hati mengharapkan yang terbaik buat kita..

subuh yang syahdu..subuh yang dingin kita meredah pagi pergi hospital ditemani mak.. sampai di hospital, fanis kena serah diri dan kita berpelukan agak lama memberi semangat sebelum abang settlekan part IVF yang lain..

masa diusung masuk dalam bilik operation perasaan sebak jangan cakap.. setiap nadi yang bergetar hanya doa yang tidak putus2 dalam hati mohon dipermudah dan telur yang dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak memastikan proses IVF yang akan datang lebih mudah..

selesai dibius fanis da tak ingat apa2 melainkan setelah di gerakkan oleh nurse mengatakan prosedur sudah selesai.. buka mata nampak abang dan mak-- hidup aku rupanya :)

kesan operation fanis sakit dibahagian perut dan sukar nak bergerak.. tgh hari baru nurse datang periksa memaklumkan sepanjang 1 jam operation perut fanis ditekan sekuat boleh untuk mengeluarkan telur dan alhamdulillah fanis dapat keluarkan 12 biji telur which were a big success.. doktor boleh pick telur yang cantik untuk next prosess dan baki boleh simpan untuk next babies insyaAllah

pertemuan dengan abang selepas operation macam pertemuan yang tak jumpa 10 tahun.. sebak.. hahah.. hanya kita yang faham perasaan tu.. sebuah pengharapan yang sukar dirungkai..

petang-petang sikit awak da boleh keluar, lagi 5 hari kita akan telefon untuk proses ET (embrio transfer).. berdoa semoga embrio awak dalam keadaan yang baik.. kata doktor yang buat rondaan petang..

dalam tempoh 5 hari hanya doa yang kita titipkan berdoa "bakal bayi" kita berada dalam keadaan yang paling baik.. embrio akan digredkan sebagi gred 1,2,dan 3 :)

puan fanis, hari isnin kita nak buat ET dekat puan, mai hospital 8.00 pagi nah.. kalau boleh kencing siap2, satg masa transfer kita nak pundi kencing penuh.. telefon seorang nurse pada suatu pagi

alhamdulillah, embrio membesar ikut mcm spec yang doktor nak, dan esoknya abang pun bertolak dari penang ke alor setar together dengan mak ayah dan adik2 heheh.. sokongan moral tu.. alhamdulillah

proses ET juga 1 proses yang mendebarkan dan penuh sebak.. 2 embrio dari gred 1 akan dimasukkan ke dalam rahim fanis, dan mula dari hari itu fanis sudah di kategorikan sebagai "mengandung"

oke fanis, kita masukkan embrio dalam rahim fanis sekarang.. doktor doakan semoga anak2 ini menjadi anak soleh dan solehah-- air mata fanis mengalir laju saat itu

awak kena berehat dulu dalam stengah jam.. kata sorang nurse atau lebih mesra dipanggil kak mi..
macam mana kak mi tengok embrio saya tu? ada chance tak-- tanya aku penuh harap

kak mi rasa InsyaAllah jadi ni.. pertama embrio dari gred 1, kedua dari 11 pasangan yang buat kat sini bulan lepas hanya 2 pasangan yang failed.. doa banyak2

tima kasih kak mi, tima kasih banyak

sama-sama.. ingat pakai ubat crinone tu.. itu bagi rahim kuat, ubat tu mahai.. nanti kena beli sendiri
makan minum, pergerakan jaga.. sampai la awak kompem mengandung tunggu tempoh 2 minggu

dalam tempoh 2 minggu kadang2 fanis rasa macam nak tunggu ajal menjemput.. seksa nya la rasa.. tiap hari masa begitu lambat berlalu--

sampai la satu hari

dari pagi sampai petang fanis muntah tak berenti
tak boleh makan
kalau makan pun untuk membantu fanis muntah supaya tak sakit sangat
makan muntah yang berulang sampai fanis rasa diri lembik macam agar-agar

kita p hospital la dik-- kata mak yang mula risau
fanis setuju dan fanis dgn ma ke hospital pagi tu

kenapa neh? tanya beberapa nurse yang memang sudah cam sangat dengan patient IVF mereka.. selalu IVF patient memang dikenali sebab kami berurusan bertahun lama..

muntah tak berenti-- kata fanis lemah

fanis, why dear? tanya doktor.. nampak pucat sangat neh
saya muntah tak berhenti doktor
awak boleh janji dengan saya awak akan minum banyak air.. kalau tak saya akan masukkan awak ke wad
boleh doktor -- kata fanis dengan yakin.. stay hospital? a big NO huhu
kita akan amek ujian darah lebih awal.. nanti awak da tak payah mai
oke doktor tima kasih

fanis tahu ujian darah tu utk tahu fanis mengandung atau tak.. rasa takut plak nak bg darah.. fanis tak sanggup nak hadap berita yang selain dari positif :(

1 hari ubat fanis da abes.. fanis perlu maklumkan pada pihak hospital sama ada fanis kena continue atau tidak.. masa tu even dalam hati nak tanya keputusan darah.. fanis rasa tak terluah pun..

hello saya fanis patient ivf pada tarikh bla bla.. ubat saya hampir abes perlu ke saya beli dan continue? kata fanis 

fanis yer.. kena beli sebab nak sapot kandungan awak.. awak mengandung - kata seorang misi dihujung talian
apa???? saya.. saya mengandung? ujian darah da keluar ka -- tekejut !!!
dah2.. farhainis malek kan.. buat ET pada bla..bla..
ya..ya.. fanis tak boleh cakap da.. sebak..
kompem mengandung.. tapi jgn happy sangat sampai tenampak heart beat baby
macam2 boleh jadi.. doa banyak2

Ya Allah.. Ya Allah..
fanis telefon abang menanges tersesak2.. hanya ucapan syukur yang keluar dari mulut kita

Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan--

2014-- terima kasih atas perjalanan ini.. perjalanan yang penuh suka duka :')

1 comment:

Unknown said...

:) alhamdulillah

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...