Wednesday, 16 November 2016

My Hafiy -- 2

Assalamualaikum


Jarang akak crita tentang Hafiy
apetah lagi ayah dia--
tetiba hahah


So meh la akak crita tentang dia
mana tau esok-esok ni dia baca
tak der la dia persoalkan knp cerita tentang dia kurang
dah mak kau pun sendu.. gemuk plak tu -_____________-
blog jarang-jarang buka
lagi mau tanya?


so mcm mana hafiy sekarang?


Alhamdulillah.. membesar dengan sihat.. tapi sangat kurus.. setahun tujuh bulan just 7 kilo jer..
tp akak sangup dukung dia dari usung minyak 5 kg yang harga naik mencanak, tapi harga dlm paket rm2.50 kekal.. lupa limit seorang 2 paket jer.. ehhhhh
berat hafiy bukan takat border putih lagi dah
tahap merah terus


tak makan ker?


dia makan, tapi susu langsung tak mau.. susu hanya dicampur dalam nestem sahaja.. kalau bancuh sesaja tu
2oz pun susah nak abes.. tambah2 sejak makan solid food lagi la x nak susu.. susu mak dia nak sesangat.. tp stok mak dia limited.. mak dia harung bagi jugak..


susu murah kot?

sapeeee kateeee.. dari semurah2 susu akak try smpai semahal2nyer.. sama jer tahap keinginan terhadap susu.. tapi sebab dia minum susu kurang kan.. pedisure sanggup la bapak dia duga.. sangup renangi.. cer kalau minum susu kuat.. dari pedisure terus jadik tak sure
tapi kan.. memana doktor pun asal anak tak cukup berat.. susu pedisure la dia cadang dulu..
cuba bayangkan pada kuarga yg tak mampu dicadang susu itu jgk.. cemana la kan

ke kena amek pendekatan menteri-menteri skang ni.. susu mahal jgn minum susu.. sirap sudah..



doktor kata apa?


refer dietician saja la.. kita tgk cemana berat akn dtg.. kekerapan makan tu dah oke.. mean every day dalam 4-5 kali dia makan.. supplement pun bagi.. ada la naik sekilo ke ratus-ratus gram gitu.. katenya prem baby memang centu


berat mak dia tak nak tanyer????



hafiy da bole buat apa?


so far meniarap dan bergolek golek.. bole duduk kalau di bantu.. naik walker tu jauh la jugak peginya.. tapi konsep dia berundur jer.. istilah pantang beundur kecuali operasi dia tak guna pakai lagi
verb dia dah banyak.. mayb stay dgn mak tok dan wan kot.. so banyak becakap dengan dia..
arahan2 simple da bole terima.. suruh dia bukak mulut ker.. suruh dia tepuk ka.. dia bole faham.. paling pandai dia cakap apaaaaqqqq (mean lapar) -______-



hafiy kat umah cemana?

alhamdulillah so far ok..report card dia ada pasang surut.. selalu baru jer nak buang pin tudung balik dr keja, mak tok dia da bg report apa dia buat the whole day macam machine gun.. bertalu-talu..
anak adik hari ni tak mau tdoq.. tdoq sat sat
anak adik hari ni wat prangai makan moi tak mau
anak adik hari ni berak 2 kali dah.. punya la busuk
anak adik hari ni bole tunjuk pipi.. cepat hafiy tunjuk kat mak.. :')

begitulah



sakit demam cemana plak? lepas kuar NICU penah kena admit balik?

Sakit demam adat la kan.. kekerapan hampir sebulan sekali.. mudah berjangkit dgn org sekeliling.. tp dengan izin Allah.. sejak amek xtra vaksin pnemocacol (ejaan x tau cemana) boleh nampak dia da tak demam kerap da.. akak sugest, memana parents ada rezeki lebih, have a try.. kos rm240 (harga tak jauh beza memana tmpat pun)


tak penah kn admit lepas discharge NICU, and doktor pun quit impress jgk.. Alhamdulillah rezeki.. mayb akak da susah jaga dia ms NICU dulu.. so da besar2 ni Allah senangkan balik.. yang penting masa tgh sesusah tu.. jangan merungut.. klu ada here and there tu cecepat istigfar..



appointment dia banyak tak?


Opkos.. paediatrik, mata, telinga, neuro, cara kerja, fisioterapi , dietician, klinik kesihatan
kami gilir2 la.. mana yang boleh adjust pegi ke ari ahad tu.. tugas hasben hakak la.. dia keja penang so oke la.. tak jejas cuti akak mahupun hasben hakak..



kepala dia cemana? Yang kata ada air dlm kepala tu?

So far alhamdulillah.. kesan dia bole nampak bila dia lambat dari segi perkembangan Hafiy saja la.. lain2 sume ok..
doktor kata ada kes dia baik terus.. ada kes kalau tesumbat, kena tukar tiub.. akak harap baik terus la.. hafiy neh akak tgk dia mcm bapak dia plak.. tinggi semacam.. so kalau tiub dlm badan dia tu da pendek.. kemungkinan besar kn operate utk tukar tiub..

eh.. x nak pikir bole.. huhu



harapan hakak pada anak akak?

Nak dia bole urus diri sendiri sudah.. wawawawa
boleh makan sendiri--
bole mandi sendiri--
bole cari kerja--
untuk diri dia sendiri
sebab hidup zaman serba mencabar kena buat sendiri.. hidup atas pertolongan org lain even sedara mara sendiri pun belum tentu baik..

contoh pak cik boleh kawen dgn mewah atas harta anak2 buah yang yatim piatu.. ehhhh apeni-- apeni--



bila hafiy nak ader adik?

Termenung sambil scroll iphone7 : read asus
insyaAllah.. tahun depan kita ingat nak merancang dgn serius..
doakan (sambil ketawa terbahak-bahak.. motif sangat)



harapan hafiy pada mak dia bagaimana?

Kasar sangat soalan ni..
hafiy nak mak sihat so that bole tenguk perangai tak semengah hafiy ni
hafiy nak mak kurus sket so that hafiy tak perlu nak jelaskan ini mak hafiy bukan peti ais 2 pintu
hafiy sayang mak even mak kadang2 so annoying.. hafiy da setahun 7 bulan.. tp kadang mak bedung hafiy pastu cakap my baby.. my baby..
jangan paksa hafiy cakap sayang mak sehari patploh juta kali
hafiy nak mak rajin skek so that hafiy bole makan sesedap selain dr moi letak ubi,carrot dan ayam
jemu dah.. hafiy nak yang tahap2 babyeatbyjustlixa tu jer


terakhir, harapan ayah hafiy pada mak hafiy?

Jawab soalan atau terjun jambatan--

Sunday, 30 October 2016

Pawana Jerai Resort, Ruat Yan

Assalamualaikum

Happy Deepavali to All Indian's Friend
Kehmain All
padahal kawan india sorang tu jerk
si Anbananthan
Serunuk dia.. beraya dengan orang baru.. i mean dia ader newborn
bukan wife baru ke apa
nak nak plak anak lelaki.. kehmain suka dia
siap buat kenduri bagai
makan pagi ditaja 1 pejabat
pejabat kami 10 org je pun.. tak taja memang mendapat la

ehh
melalut plak
pagi neh akak mai ofis dari Yan
becuti sana
Becuti????
bukan keja dekat yan ker

matakeatas###

kekdah dia family inlaws nak bercuti
tapi kenot go jejauh
sebab hakak keja
cuti tgl 4 hari je smpai hujung tahun
mmg kritikal
so x dapek pegi jauh..
jom kita ke yan sana

bajet bole memancing ke bakar2 ke
Nanhadoooo
dr tengah hari bawak ke malam
hujan
ada hikmah betulnya
kalau x hujan
kompem orang ramai kat resort tu
sebab konsep resort dan cafe

sah sah orang ramai
istilah menenangkan fikiran tak tercapai nanti 
bila da hujan
terus jadi padang jarak padang terkukur
x da org mai cafe pun
ekekekke

so kami semua ke Pawana Jerai Resort
Daerah Yan
Gugel la eh cemana nak ke sana
akak da memang tau kawasan Yan
klu akak kata mudah nak cari
kena cemuh plak nanti

Akak rasa baru lagi chalet dia
sikit ja room dia
ada 3
ekekekek
so pepandai la bajet cemana nak atur ke anggotaan memasing
selesa
bersih
luas
makanan sedap

akak bagi 9 bintang di angkasa
bole tgk di fb
tu akak da bagi link dia di bawah

pawana jerai resort

ini bagi orang yang bebenar nak dapat ketenangan tau
haaa bole datang sini
tapiii 
kalau da jenis ber hu ha hu ha
nak hiburan
window shoping ke apa
datang sini bole mereput
sebab mmg jauh dgn kesibukan kota ka apa
kota? kedah tak der sampai tahap kota metropolitan
dia tahap bandaraya jer
kota sarang semut ada

bole layan pic di bawah
semestinya cilok dari orang lain
adik ipor la senang citer

sejak sejak kertu memang x suka begambar
dlm arti kata yang lain
x der confident diknon
badan sarat dengan muatan lemak

kbye




Sunday, 16 October 2016

"Nanti rindu semua ni...

Assalamualaikum

"
"Biaq la kat depa..
Nanti rindu semua ni..."

kata mak akak semalam bila ayah akak a.k.a tok wan asyik melarang cucu-cucu tengah melasak bermain

akak perati jer situasi masa tu

"kita nak ka depa sakit telantaq, baru depa nak duk diam"

Akak menambah lagi

Kekadang akak rasa nak marah juga bila bebudak yang tgh main dimarah marah
bukan tak bole tegur, tegurlah sesuai usia dia
tetapi....
as long tak datang kecederaan
tak merbahaya
dalam pemerhatian orang dewasa yang berakal

biar la

nama pun BUDAK
Faham tak..BUDAK.. kalau BUDAK tu duduk proper, baca sokabar, tune tv aljazera
HAAA itu risau

Anak akak setahun enam bulan
klu ikutkan.. bukan takat berjalan.. dah belari pun
tp sebab hafiy ada komplikasi masa lahir, he cant even merangkak
faham tak perasaan seorang ibu bila orang da stat tanya "anak da boleh apa da"
tak yah la orang, check up bulanan di kk pun akak runsing nak menjawab

eventough doktor cakap awal awal lagi, anak akak akan lambat serba serbi
tapi jauh sudut hati, akak nak anak akak macam kanak2 seusia dia
berjalan berlari

so bila hafiy tunjuk perkembangan yang sikit-sikit ni
belinang air mata akak
syukur sangat
cikgu fisio dia kata, dia antara tercepat dikalangan budak yang lambat

akak menanges masa dia mula nak capai barang
masa dia almost 8 month
baru gapai tahu
akak da menanges bagai

tapi akak tahu
anak akak jaaaaauhhhh lebih beruntung dari anak-anak yang sakit terlantar
tak bole nak gerak2
paling sedih yang memerlukan organ ganti
kalau ada wang berjuta pun, tak der spare part yang nak ganti
pun tak guna

please la
jangan cepat sangat nak "tangan"kan budak yang melasak
jangan murah suara sangat nak tengking melarang itu ini
ada cara
pandai tackle budak

jangan nant bila da marah tekeluar hambur sana sini
diangkat Allah sebutan yang keluar dari mulut mak ayah
baru nak menyesal

hargai anak yang sedang melasak
sebab itu la petunjuk anak kita membesar dengan sihat
petunjuk dia tak berbeza dengan budak lain
petunjuk itu adanya perkembangan

Allah nak duga cukup mudah
berapa banyak kes yang dekat rehabilitasi kanak-kanak dapat treatment
adalah kanak-kanak yang NORMAL lahirnya
yang langsung tak menunjukan sakit
yang sangat fasih lidah dan ligat tingkah lakunya

hanya kerana SERANGAN STROK SAHAJA
kini kanak-kanak tu berkerusi roda
di ikat badan pada papan untuk latih berdiri
menanges marayu mintak abeskan sesi
si ibu melihat cekalkan hati
sebab tahu untuk anak jua kemudian hari

hargai masa anak sedang melasak
sebab kita tak kan tahu jodoh kita dan anak sampai bila



Tuesday, 23 August 2016

Kemerdekaan Cara Aku

Salam semua,

Lama akak tak hapdate, itu je la ayat pembukaan dari memula bekecimpung dalam arena blog..
orang beblog, kau pun nakkkk jugakkk
tak sudahhh blog pun sendu saja

senang cita syok sendri kekdah dia

bulan ogos bulan kemerdekaan
dah ayat karangan buku plak
tak pelah
tapi bulan kemerdekaan tahun neh akak berjuang lebih dari selalu

bejuang di medan highway
kalau rasa tetiba plus utara selatan annouce kutipan bulan neh naik mendadak
itu dari sumbangan ahkak la

mau nyer tak
awal bulan hari tu  akak kursus kat INTURA located at Sg. Petani
sebelum ada hafiy, memang akak akan menginap tdoq kat sana
tahap servis INTURA macam hotel kot
bilik selesa, makan tip top, fasiliti banyak
FREE pulak
sapa yang tak nak

tapi sejak kewujudan hafiy, akak kena la berkorban skek
ulang alik dari alor setar,
dua dua pun memerlukan satu sama lain cececewahhh
tido harus la peluk sesama bonding gituhh
sejam jugak la sehala
dengan tol dan minyak lagi
tima kasih la kepada kanda sayang, memayungi dinda lebih bulan neh
topkan minyak suma utk membantu dinda di medan highway

nak jadi cerita
hujung bulan neh plak akak bejuang di medan highway lagi
Allah
terasa macam nak berselirat dah urat jemurat, tulang belulang neh
sebab akak kena berulang dari ofis ke penang plak

sebabnya---

abang dan kak ipar akak diuji kehilangan orang tersayang
sebelum ayah kepada kak ipar meninggal dunia, abang dan kak ipar take turn jaga arwah di hospital
so anak-anak depa tak da sapa yang jaga
so mak akak yang menjaga hafiy menghulurkan bantuan utk payung the cucus sementara waktu

kebetulan anak2 abang baru lepas kena demam campak
plus hafiy plak  tengah demam
end up mintak tok dan wan sebelah mertua payung anak akak plak

dua dua pun demi kemashalatan semua
supaya tidak terbejangkit one to each other--

InsyaAllah today last day akak berulang alik dari penang
malam neh da boleh balik alor setar

dalam hal ceni kena ada bertolak ansur
berkorban sorang sikit--

abang dan kak ipar berkorban jaga ayah yang sakit
anak2 depa berkorban rindu sebab kena tggl sementara dgn mak tok
mak tok lak berkorban tlg jaga the  cucus plus rindu pada hafiy yang selalu dia jaga ekekekek
akak *flipstudungghedot bekorban ulang alik
laki akak berkorban wang ringgit payung akak ulang alik hway ~ thanks yayah!!!
family in law tolong jagakan hafiy- muahciked

Allah tengok hasil pengorbanan kita
Allah akan balas dengan cara yang tak disangka-sangka
Percayalah

Selamat Hari Kemerdekaan Semua
From The Cucus and  Hafiy




Tuesday, 14 June 2016

Hang ada apa? Aku Ada Pilot Shaker Pencil

Assalamualaikum

Apa habaq semua??? Selamat berpuasa
Akak baru pegang puasa hari neh .. ekekekekekek

berganti la kiter yer..

da bayar zakat??
da bayar fidyah??

lekas lekas kan oke
ramai yang memerlukan zakat fitrah neh
buat tampung belanja raya
kita yang istewi istewi neh bole lah ingatkan cik abang memasing

laki ahkak done katenya
alhamdulillah

fidyah ahkak jer hari rabu neh baru nak bayaq
nak bawak anak teruna pi hospital
kita sekalikan terus cari kaunter zakat

oke tak der nak citer apa sangat pun
td ni ha skroll facebook
di kala kerja krik krik krik *mata ke atas*
sesedang skroll tu akak tenampak benda alah neh
kat fanpage himpunan cerita lawak ke pebende ntah
apakahh ittueww

PILOT THE SHAKER

bila akak nampak jer ini, tersenyum simpul akak, menitik nitik air mata *tu tipu
Ya Allah, sapa yang bebudak baya2 akak umo 30 an neh tau lah
betapa gemilangnya rasa bila dapat memiliki pensel shaker neh
akak ada pensil neh masa tahun 2001 dan tau tak
sampai sekarang pensil neh ada...

nostalgia sangat pensil neh dan sampai skang akak ingat lagi kronology cemana akak dapat pensil neh

masa tu akak fom three, kat smkak, stay hostel
akak memula tengok kawan akak pakai, nama dia kauthar
nampak best sesangat, terasa kalau guna pensil neh, automatis tulisan jadik cantik gile setanding times new roman, tak pun lucida handwriting,
microsoft ofice dedulu jenis tulisan ada brapa jenis jer pun, then lucida tu kira tepaling cantik dan sering kali di pilih oleh pelajar2 sebagai tulisan  kulit depan folio sejarah yang di print kat cc -_____-
sepesen jer kannnn.. cekgu pun muak dah..
oke sambung2

si kauthar neh da guna pensil neh masa fom two, akak dapat memiliki pensel tu fom 3
gila bapak akak sabar tggun setahun baru dapat pensil tu

so cemana akak dapatkannya
Mak akak yang belikan
tahu harga berapa? lebih kurang lapan henget jer punnnnn
setahun akak pendanm keingginan, even lapan ringgit jer, tapi family akak bukan ongkaya
lapan ringgit tu macam2 bole beli bebanding pensil nan sebatang tu

satu hari akak dengan mak akak pegi popular kat city plaza alor setar
port wajib bebudak skola
masa pusing kat tempat pensil yang bebanyak tu
akak gtau mak akak, akak teringin nau la nak pensil tu..

mak, adik teringin nak pensil picit neh, dia kena goncang, paih tu mata pensel dia kuaq
mana? berapa ringit
mahai mak, rm 8
ambil lah adik, mak belanja, kalau kata dengan pensil tu bule buat semangat adik nak belajaq

tu antara dialog2 yang tersempat dirakam dalam kotak pikiran akak
bila pikiaq balik, neh la mak mak
kalau dengan anak bergadai semua

disebabkan akak nak dapat pensil neh susah, akak memang jaga betul
sayang sangat kat pensil neh
cuma 1 hari hilang penutup atas pemadam tu
sebab kecik dan mudah tanggal
akak down sangat, sehari dua jugak baru akak pulih

banyak kali cubaan hilang pensil neh, sehabis cuba akak carik sampai jumpa
alhamdulillah, jodoh kami berkekalan sampai hari ini, da 15 tahun
dalam tempoh 15 tahun neh, ke mana pun akak pergi akak bawak
tengok betapa setianya akak
pensil tu da tenguk bepuluh2 exam, asingment, coretan makian kat ketas assingment, coretan pedajal kawan
sume pun bersama pilot shaker
jatuh bangun akak, kalau pensil tu bole cerita
rasanya beratus episod da, kalah sinetron bawang putih bawang merah, yang dedulu orang gila follow sangat sampai mak cik jiran semua pun senyap beteleku kalau jam 3 petang kat tv3

tq pada mak akak yang mereliasasikan impian akak
sampai skang ingat jasa mak
sebab tu kalau dengan mak neh, akak selalu kalah
benci tau
penat cemana pun kalau mak ajak pegi memana seret jugak kaki neh
tak sampai hati

cuma satu ja akak perasan
sejak guna pensil shaker tu
tulisan akak tak penah berubah dan betambah buruk tekadang tu
ekekkekekekke





Tuesday, 17 May 2016

Hidup Biar Ada Rasa Sabar

Assalamualaikm,

cara tajuk kira nak dakwah jer dia skang neh ekekek
tak per la mana tahu
masuk program DA'I ker akak nanti
 populer akak

Bebaru neh sapa tgk viral kat facebook
yang kaki mak dia cedera, then dimaki-maki kata doktor tak rawat bebetol
pastu sebelum neh jugak, ada budak neh merempan cakap kaki mak dia
dijahit macam kain guni

lepas tu malu sendiri sebab kaedah yang doktor amek adalah kaedah yang betul dan mengikut SOP
tak ker malu kalau centu, kau dah maki doktor yang selamatkan nyawa family kau kot

hah kalau pandai sangat, pegi  la buat sendiri, tenguk elok ke tidak jadiknya
cuba la ada rasa sabar skek
hahhh kau baru masuk tajuk, perenggan ke tiga, kalau paper karangan BM neh hampir fail dah neh
dah nak kuar tajuk

jadi apa jua yang doktor amek tindakan ke atas kita or family kita
pls pls pls pls pls
tanya dulu kenapa, mengapa,bila, bagaimana
tanya lah sepuas hati anda semua sebelum nak tempek tempek dalam fesbuk
tidak la para doktor perlu mengadap blaja betahun tahun kalau simply dia buat sesuka hati kat patient
end up dibuang kerja atas kecuaian
mayb certain kes ja kot kalau nak jadi pun

ingat lagi masa hafiy 109 days kat NICU
baidewey 109 days will be the number that will remain in my mind until death 
sobssssss

kawan akak ada nasihat,
ingat eh fanis, kau jangan nak melatah sangat kalau doktor buat apa2 kat anak kau.
kita neh bila orang da stat sentuh anak kita, buat tak betol sikit cepat jer melenting
tambah2 kita yang susah anak neh, kau sabar banyak2, dan cuba redha
(basha, 25 april 2015)

 masa tu akak betul2 tak faham lagik ckp si Basha neh sebab masa tu hafiy baru hari ke 5 dalam NICU
sekali bila da lama skek dalam tu baru la akak faham apa erti sabar yang sebenar

bila masuk NICU, check pampes anak, selebek tahik
bila pegang tangan anak, tgk2 lebam merata kesan amek darah
bila pegi bed anak tenguk2 kain bedung da tutup kepala
bila doktor cakap anak kena puasa 6 jam sebab operation, alih2 operation batal x jadik buat
bila masuk tgk anak, anak tengah nanges separuh nyawa, tp nurse kat sebelah buat dunno make repot

kau rasaaaaaaa?????????

masa tu sabar akak banyak teruji, tapi bila ingat balik ayat keramat kawan akak, akak cuba untuk bertahan tidak melenting membabi buta

bila akak amati betul betul akak tenguk nurse dan doktor hampir tidak duduk langsung
ada doktor yang kerja 24 hours non-stop, nurse yang sekejap terlarik sana sini
bukan 10-20 baby yang kena diaorang tenguk, akak rasa seratus lebey ada la kot , dalam NICU ada 5 seksyen tak silap, kata la 1 seksyen 20 baby, hah betul la, ratus kot
staff yang handle tak sampai 30 orang 1 shift

kalau kita pun belum tentu mampu
belum campur nak layan karenah patient dan family patient tu lagik
 
 kita neh sudahlah tak der ilmu banyak mana, jadi bidang yang doktor dan nurse tahu tulah yang kita perlukan untuk bantu family kalau sakit, kalau dah tak boleh sabar, tunggu lama sikit nak melenting
pergi la carik mana-mana pusat perubatan yang terbaik yang boleh penuhi kehendak anda
takut-takut tak mampu jer dik
 
 penah satu hari masa tengah tunggu hafiy, sorang nurse tengah tukar bedsheet sorang baby, tengah2 dia bersihkan babycoat tu dia tenguk akak sambil kata- mak baby ni la yang maki kami (geng nurse) dalam facebook dia, kata kami buat kerja tak betul, buat naya anak dia

rasa-rasa masih ada ikhlas ker nurse nak treat  baby tu dengan penuh kasih dan sayang?
kalau dia ikhlas dia tak de nak meluah depan akak, beter buat jer diam-diam
ini nurse tu sambil handle baby, sambil dia meluah perasaan
sebagai manusia biasa, tak banyak sikit mesti dia terasa
 
aku da rawat anak kau neh, di maki maki plak
dari rasa kasih yang tahap 10 tu kurang-kurang drop jugak reading dia tu 6 ke 5 
jangan la cakap tak profesional ke apa
hati manusia neh, macam-macam

mayb post akak neh biased, cakap tak kena dengan family kau dengan kau boleh la kata
cuba kena

akak kena dah la neh yang akak boleh cakap
anak akak kena puasa 10 hari berturut-turut, sebabnya operation batal
neh budak neh dah puasa 6 jam ke atas, setitik susu tak masuk ke perut lagi
alih-alih operation batal, bukak puasa, esoknya puasa pulak
menanges akak hari-hari
kenapa la aniaya anak akak cenggini

tapi itu yang akak kata sabar, jangankan family rasa kesiankan anak akak yang asyik tetangguh neh
nurse dalam tu datang minta maaf cakap diaorang tak bole bantu
diaorang pun kesiankan hafiy time tu
 
Bila sabar, Allah pun bantu, ada bonus kat situ, operation Hafiy berjalan lancar,
procedur susah boleh jadi mudah, sebab baby terlalu kecik
apa saja boleh jadi, hafiy boleh bertahan dalam operation room tu
sebab doktor sangat risaukan dia yang sangat fragile, takut dia tak boleh survive 

bila rasa susah, ada yang lagi susah, sebab ada satu waktu tu akak lapang skek, akak tanya, kenapa ditunda anak akak neh lelama, doktor cakap punca di tunda sebab ada kes yang jauh lebih berat dari operation anak akak, masa tu doktor neuro buat surgeon kat patient baru eksiden 12 jam

see??? 
kita nak anak kita diselamatkan, satu pihak lagi jauhhh lebih berdoa moga-moga operation yang 12 jam tu berjaya, secara common sense nya, operation 12 jam , takkan lah calar kat kepala pulak kan,
haruslah bedentum juga kepala orang ekseiden tu, kalau lah akak marah marah tanpa usul periksa, nak juga anak akak didahulukan, mayb satu nyawa tak boleh diselamatkan.

boleh eh
kita bebaskan aura positif, tambah2 yang deal hospital kerajaan, jangan di maki di marah staff hospital
sebab kau tak mampu lah kau ke hospital kerajaan, kalau mampu tak der nak register hospital kerajaan tu
 
bermula rekod akak dengan Hospital Sultanah Bahiyah tahun 2012 tak silap sampai la sekarang, akak sangatlah berpuas hati, termissed sana sini tu biasalah, kita pun tak lari dari salah dan silap
treatment bagus, layanan bagus, alhamdullillah
bersih pun bersih
makanan murah
couldnt ask for more

panjang neh entry, jangan muntah dah
tata


My Hafiy

Assalamualaikum,

Wah aktif pulak akak sejak dua menjak neh
sihat ke uollss
Akak alhamdulillah.. sihat jer.. semua pun sihat
baru-baru neh fon akak tu dah semput sesak sendat suma dah
meronta-ronta untuk di muntahkan isi dalam fon
tahap kalau selfie satu gambar terus naik emoticon data usage
so akak pun tepaksa kuar isi perut dia, kasik lapang sket
so neh akak lanjer pic anak, rajin la nak tempek, suma dalam leptop
Doakan anak akak jadi anak soleh, sesihat kanak-kanak yang lain
Doakan pekembangan anak akak sedikit cepat untuk masa hadapan dia juga
amin...
bufday hafiy setahun

Muka boring tunggu lama kat spital

ini masa akak kata - eh, ayah whatsapp kita la


Sunday, 8 May 2016

Hari Mak Yang Tacing

Assalamualaikum

Selamat Hari Ibu Pada Semua Wanita di Luar Sana

Ya pada semua even they dont have one :)
sebab secara semula jadi perempuan akan ada naluri keibuan
Allah da letak dah pada setiap wanita
Percayalah !!

Tahun ni tahun kedua bergelar mak
Allah.......... nikmat yang hampir tak dapat dirasai
Tapi Allah kesiankan akak
Dia bagi
tapi kena usaha nah
Ikhtiar--

Hafiy dah setahun, alhamdulillah
tapi still kenot jalan lagi, merangkak pun belum-- take ur time sayang, mak tggu hafiy
sempena hari mak neh kita imbas skit la
sebenarnya tak suka nak bukak kitab lama neh
sebab drama air mata jer pun selama 109 days

apa tu 109 days?
anak akak kat NICU-- Allah
masa tu x tau nak luah kat sapa, hari hari pun berendam air mata
anak akak prem but together with da risk yang baby prem akan alami
dia cenggini
kalau anak lahir tujuh bulan dia ada dua
sama ada anak kau sekadar prem then just nak tggu berat jer then ok fine
just tggu so by the weight 1.8kg da bole discharge

second
prem tapi dia sedut semuaaaaa masalah bayi pramatang
cth paru2, jantung, hydrocephalus, ivh bole menyebabkan cerebral palsy , pernafasan- U named it
Allah nak uji, anak akak yang kedua neh
sebab prem si dak hafiy neh dia betul2 baru siap dalam perut
tau2 nak kena kuar
so dia really2 fragile, lemah sgt

sebulan pertama hafiy di NICU akak dgn hasben mmg ulang alik ngadap doktor
bagi kami, kalau doktor tak pangel tu, kira condition anak ok lah
tak berani nak tanya pangel doktor condition anak
kadang terfikir biar dari tak tau dari tau

selama 109 dua operation hafiy kena lalui
1st nak masukan omaya ( tak tau nama penuh )
2nd buat shunt
dua dua neh sebab ada lebihan air dalam kepala
dua -dua operation neh seolah meragut nyawa mak dgn ayah dia skali
selagi tak kuar operation theather selagi tu rasa nyawa akak tersekat :(

haihhhh macam2 perasaan selama109 days
asa nak senyum pun tak mampu

3 perkara paling tak bole lupa selama 109 days tu

1- doktor pangel utk decide sama ada nak teruskan hayat anak atau nak lepaskan dia secara pelahan
    sebab ada satu hari tu anak stop breathing dan Allah tiupkan kembali nyawa pada hafiy
    anak da terkulai biru dah time tu, tapi dgn izin Allah, doktor and team dapat selamatkan dia. doktor kata  
    perkara nih bole berlaku lagi so if dat hapen again, paed team akan ikut based on parent wish.
    apa yang akak dan hasben decide that time-- kami akan lepaskan hafiy
   keputusan terpaksa dibuat dalam masa sehari sahaja sebab doktor nak tau decision parents a day after  
   kejadian tu.. masa nak buat kata putus tu, kami laki bini menanges sepanjang malam huhuhuu
   ~ mata bekaca-kaca dah neh, tggu nak derai ja, tu y malas bak rekol tu~

2- perkara kedua baby meninggal depan mata, yang si mak neh meraung raung dah
    Allah tak tau nak respon macam mana melainkan akak menanges, menanges dan menanges peluk anak 
    anak akak, cium baby yang meninggal tu , peluk mak kpd arwah baby berulang kali
    tak tau brapa kali-- tapi seingat akak byk kali sbb tak tau nak wat apa.. menanges ja bengkak mata2

3- sebelum nak discharge doktor gtau anak akak bole jadi sebarang kemungkinan
    i want to tell u, due to IVH ( gugel sendiri, akak tak arif nak xplain) yang anak you  he   
    might   be blind, he might deaf, he might cerebral palsy he might not walk, he might lay down, 
    he  might bla--bla--bla..
    masa tu akak rasa badan akak terapung ja, suara doktor macam desiran angin, akak rasa 
    melayang, jiwa kosong, 
    akak dan hasben rasa macam kaki lembik, nak jalan rasa tak mampu
    1 pesanan doktor yang kami pegang, ini adalah ramalan kami as a doctor dan apa y kami belajar, 
    ada  satu kuasa lagi di atas kami, yang akan menentukan semua

   Alhamdulillah, banyak yang Allah padam dari banyak2 list yang doktor bgtau tu
   hafiy boleh melihat , hafiy boleh mendengar, setakat ni belum declared as cerebral palsy
   tapi delayed in movement sebab event da setahun tapi banyak perkara belum boleh buat lagi. take your 
   time dear.

Sempena hari mak ni, akak harap akak boleh jadi mak yang terbaik. Bila Allah da izinkan satu nyawa berada dalam rahim akak setahun yang lalu, akak rasa tak da benda lain da yang akak nak minta.. cuma nak minta Allah jaga hati akak supaya sentiasa bersyukur dan jaga/improve menjadi yang lebih baik.. tu jer. lain-lain besyukur sgt dah.



Thursday, 17 March 2016

Tak sangka da boleh on blog

Salam,

Apa habaq semua.. Ya Allah sungguh rindu nak cerita kat blog
tapi jabatan iolss depa sekat penggunaan blog
jadi memang tak dak harapan nak tulis ka apa

neh tadi saja la tekan blog, tengok2 bole bukaa
akak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ntah ntah hari ni ja pa
saja bagi chance
sempena cuti sekolah
even tak dak kena mengena

nak cerita apa tak tau..
dah bagi buka blog tak tau nak cerita pulak

oke lah..
anak da 11 bulan , bulan 4 cukup setahun
sihat alhamdulillah
mak dia pun koi sihat tembun dengan jayanya
ayah dia ja yang menten
gambaq???
memang tak da buh dalam fb ka apa
buh zaman tok nadoq lama dulu
sekeping dua ja


sebab apa?

sebab itu la niat akak bila tau kata mengandung
jangan tunjuk sangat
bila2 sekali nak buh tak pa la
neh selagi bulehh nak buhhhhh
cerita anak dia ja la dalam fb

akak tak dak anak 4 tahun
akak tau perasaan rasa cemana
kita simpan sama rasa sronok
bagi syok kita anak beranak sudah la kan

kerja masih kerani
tak jadi ceo lagi
ekekkekekekeke

tak dak pekembangan apa sangat
duk blajaq2 bela anak ja la
yang lain-lain sama

kawan2 ada berubah
tukaq sana sini
akak mereput kat guar chempedak lagi

ada mintak p sg petani
gamak kata jabatan luluih, kak pi ja la
x luluih duk tang ni sudah

ramai yang tanya pasai kos ivf
tak pa.. hat mana akak bule reply, satg kita reply
harap depa tak blocked dah blog

kadang mintak budak ofis yang cerdik it neh unblocked blog
depa duk wat muka confius bule
dah la nak sebut unblocked blog pun jenuh
haaaaaaa tu duk cuba sebut paaa?
herot nampak dah mulut tu
ekekekkekekekekek

nant ada gambaq anak kita buhh
anak tak beza sangat pun, sebab badan dia haluih ja
susu kurang
banyak dah tukaq jenama, tapi duk tak improve sangat

nanti kena study lagi bab susu neh
jangan kecam plak kata tak fully breasfeed ka apa
akak kreok kepala satg

ok lah
ampa semua jaga diri elok-elok
gamak kata rajin akak tulis lagi

nikmah,
kalau kata u baca blog i
tq okeh
terus menantikan cerita2 sendu i
i rindu u
stay strong girl

p/s : abang (hasben) kami masih punya naluri kepada lelaki, jgn nak risau sgt


Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...