Sunday, 16 October 2016

"Nanti rindu semua ni...

Assalamualaikum

"
"Biaq la kat depa..
Nanti rindu semua ni..."

kata mak akak semalam bila ayah akak a.k.a tok wan asyik melarang cucu-cucu tengah melasak bermain

akak perati jer situasi masa tu

"kita nak ka depa sakit telantaq, baru depa nak duk diam"

Akak menambah lagi

Kekadang akak rasa nak marah juga bila bebudak yang tgh main dimarah marah
bukan tak bole tegur, tegurlah sesuai usia dia
tetapi....
as long tak datang kecederaan
tak merbahaya
dalam pemerhatian orang dewasa yang berakal

biar la

nama pun BUDAK
Faham tak..BUDAK.. kalau BUDAK tu duduk proper, baca sokabar, tune tv aljazera
HAAA itu risau

Anak akak setahun enam bulan
klu ikutkan.. bukan takat berjalan.. dah belari pun
tp sebab hafiy ada komplikasi masa lahir, he cant even merangkak
faham tak perasaan seorang ibu bila orang da stat tanya "anak da boleh apa da"
tak yah la orang, check up bulanan di kk pun akak runsing nak menjawab

eventough doktor cakap awal awal lagi, anak akak akan lambat serba serbi
tapi jauh sudut hati, akak nak anak akak macam kanak2 seusia dia
berjalan berlari

so bila hafiy tunjuk perkembangan yang sikit-sikit ni
belinang air mata akak
syukur sangat
cikgu fisio dia kata, dia antara tercepat dikalangan budak yang lambat

akak menanges masa dia mula nak capai barang
masa dia almost 8 month
baru gapai tahu
akak da menanges bagai

tapi akak tahu
anak akak jaaaaauhhhh lebih beruntung dari anak-anak yang sakit terlantar
tak bole nak gerak2
paling sedih yang memerlukan organ ganti
kalau ada wang berjuta pun, tak der spare part yang nak ganti
pun tak guna

please la
jangan cepat sangat nak "tangan"kan budak yang melasak
jangan murah suara sangat nak tengking melarang itu ini
ada cara
pandai tackle budak

jangan nant bila da marah tekeluar hambur sana sini
diangkat Allah sebutan yang keluar dari mulut mak ayah
baru nak menyesal

hargai anak yang sedang melasak
sebab itu la petunjuk anak kita membesar dengan sihat
petunjuk dia tak berbeza dengan budak lain
petunjuk itu adanya perkembangan

Allah nak duga cukup mudah
berapa banyak kes yang dekat rehabilitasi kanak-kanak dapat treatment
adalah kanak-kanak yang NORMAL lahirnya
yang langsung tak menunjukan sakit
yang sangat fasih lidah dan ligat tingkah lakunya

hanya kerana SERANGAN STROK SAHAJA
kini kanak-kanak tu berkerusi roda
di ikat badan pada papan untuk latih berdiri
menanges marayu mintak abeskan sesi
si ibu melihat cekalkan hati
sebab tahu untuk anak jua kemudian hari

hargai masa anak sedang melasak
sebab kita tak kan tahu jodoh kita dan anak sampai bila



No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...