Assalamualaikum
Selamat Hari Ibu Pada Semua Wanita di Luar Sana
Ya pada semua even they dont have one :)
sebab secara semula jadi perempuan akan ada naluri keibuan
Allah da letak dah pada setiap wanita
Percayalah !!
Tahun ni tahun kedua bergelar mak
Allah.......... nikmat yang hampir tak dapat dirasai
Tapi Allah kesiankan akak
Dia bagi
tapi kena usaha nah
Ikhtiar--
Hafiy dah setahun, alhamdulillah
tapi still kenot jalan lagi, merangkak pun belum-- take ur time sayang, mak tggu hafiy
sempena hari mak neh kita imbas skit la
sebenarnya tak suka nak bukak kitab lama neh
sebab drama air mata jer pun selama 109 days
apa tu 109 days?
anak akak kat NICU-- Allah
masa tu x tau nak luah kat sapa, hari hari pun berendam air mata
anak akak prem but together with da risk yang baby prem akan alami
dia cenggini
kalau anak lahir tujuh bulan dia ada dua
sama ada anak kau sekadar prem then just nak tggu berat jer then ok fine
just tggu so by the weight 1.8kg da bole discharge
second
prem tapi dia sedut semuaaaaa masalah bayi pramatang
cth paru2, jantung, hydrocephalus, ivh bole menyebabkan cerebral palsy , pernafasan- U named it
Allah nak uji, anak akak yang kedua neh
sebab prem si dak hafiy neh dia betul2 baru siap dalam perut
tau2 nak kena kuar
so dia really2 fragile, lemah sgt
sebulan pertama hafiy di NICU akak dgn hasben mmg ulang alik ngadap doktor
bagi kami, kalau doktor tak pangel tu, kira condition anak ok lah
tak berani nak tanya pangel doktor condition anak
kadang terfikir biar dari tak tau dari tau
selama 109 dua operation hafiy kena lalui
1st nak masukan omaya ( tak tau nama penuh )
2nd buat shunt
dua dua neh sebab ada lebihan air dalam kepala
dua -dua operation neh seolah meragut nyawa mak dgn ayah dia skali
selagi tak kuar operation theather selagi tu rasa nyawa akak tersekat :(
haihhhh macam2 perasaan selama109 days
asa nak senyum pun tak mampu
3 perkara paling tak bole lupa selama 109 days tu
1- doktor pangel utk decide sama ada nak teruskan hayat anak atau nak lepaskan dia secara pelahan
sebab ada satu hari tu anak stop breathing dan Allah tiupkan kembali nyawa pada hafiy
anak da terkulai biru dah time tu, tapi dgn izin Allah, doktor and team dapat selamatkan dia. doktor kata
perkara nih bole berlaku lagi so if dat hapen again, paed team akan ikut based on parent wish.
apa yang akak dan hasben decide that time-- kami akan lepaskan hafiy
keputusan terpaksa dibuat dalam masa sehari sahaja sebab doktor nak tau decision parents a day after
kejadian tu.. masa nak buat kata putus tu, kami laki bini menanges sepanjang malam huhuhuu
~ mata bekaca-kaca dah neh, tggu nak derai ja, tu y malas bak rekol tu~
2- perkara kedua baby meninggal depan mata, yang si mak neh meraung raung dah
Allah tak tau nak respon macam mana melainkan akak menanges, menanges dan menanges peluk anak
anak akak, cium baby yang meninggal tu , peluk mak kpd arwah baby berulang kali
tak tau brapa kali-- tapi seingat akak byk kali sbb tak tau nak wat apa.. menanges ja bengkak mata2
3- sebelum nak discharge doktor gtau anak akak bole jadi sebarang kemungkinan
i want to tell u, due to IVH ( gugel sendiri, akak tak arif nak xplain) yang anak you he
might be blind, he might deaf, he might cerebral palsy he might not walk, he might lay down,
he might bla--bla--bla..
masa tu akak rasa badan akak terapung ja, suara doktor macam desiran angin, akak rasa
melayang, jiwa kosong,
akak dan hasben rasa macam kaki lembik, nak jalan rasa tak mampu
1 pesanan doktor yang kami pegang, ini adalah ramalan kami as a doctor dan apa y kami belajar,
ada satu kuasa lagi di atas kami, yang akan menentukan semua
Alhamdulillah, banyak yang Allah padam dari banyak2 list yang doktor bgtau tu
hafiy boleh melihat , hafiy boleh mendengar, setakat ni belum declared as cerebral palsy
tapi delayed in movement sebab event da setahun tapi banyak perkara belum boleh buat lagi. take your
time dear.
Sempena hari mak ni, akak harap akak boleh jadi mak yang terbaik. Bila Allah da izinkan satu nyawa berada dalam rahim akak setahun yang lalu, akak rasa tak da benda lain da yang akak nak minta.. cuma nak minta Allah jaga hati akak supaya sentiasa bersyukur dan jaga/improve menjadi yang lebih baik.. tu jer. lain-lain besyukur sgt dah.
Hanya mahu yang terbaik dan sentiasa berdoa untuk kebaikan.. Moga sentiasa direstui oleh-Nya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fairuz Rahman
Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...
-
Assalamualaikum aper itu Ujian Menaip 18 p.s.m? kalau pernah isi form keja gomen mesti penah tejumpa satu kolum tanya kederasan menaip: .....
-
Assalamualaikum Oke secara ringkas aku buat IVF di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Buka fail pada tahun 2012 CAJ YANG DITULIS BERD...
-
Assalamualaikum, entry kali ni aku akan guna loghat utara sepenuhnya bagi membangkitkan jalan cerita~ pagi kemarin Athirah mai umah mak me...
2 comments:
Assalamualaikum,
Saya tiba di blog ini kerana mencari kos IVF. Saya 38 tahun dan dah 3 tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Apa2 pun bersyukur pada Nya yang kita masih sihat dan masih mampu untuk beribadah. Alhamdulillah.
Semoga puan dan suami tabah menghadapi dugaan Allah, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat olehNya (Amin..) dan Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Fighting!^^
Salam puan Arabic student,
Terima kasih sudi membaca blog saya yang tak seberapa, Puan pun macam saya juga dulu, mengali info sebanyak mungkin berusaha utk dapatkan anak.. percayalah ini semua adalah usaha yang dipandang Allah..
Saya doakan puan akan bergelar ibu suatu hari nanti, dan terima kasih atas doa puan kepada saya dan kuarga.. semoga kita sama-sama mendapat manfaat di atas segala ujian allah ini.
Post a Comment