Sunday, 30 October 2016

Pawana Jerai Resort, Ruat Yan

Assalamualaikum

Happy Deepavali to All Indian's Friend
Kehmain All
padahal kawan india sorang tu jerk
si Anbananthan
Serunuk dia.. beraya dengan orang baru.. i mean dia ader newborn
bukan wife baru ke apa
nak nak plak anak lelaki.. kehmain suka dia
siap buat kenduri bagai
makan pagi ditaja 1 pejabat
pejabat kami 10 org je pun.. tak taja memang mendapat la

ehh
melalut plak
pagi neh akak mai ofis dari Yan
becuti sana
Becuti????
bukan keja dekat yan ker

matakeatas###

kekdah dia family inlaws nak bercuti
tapi kenot go jejauh
sebab hakak keja
cuti tgl 4 hari je smpai hujung tahun
mmg kritikal
so x dapek pegi jauh..
jom kita ke yan sana

bajet bole memancing ke bakar2 ke
Nanhadoooo
dr tengah hari bawak ke malam
hujan
ada hikmah betulnya
kalau x hujan
kompem orang ramai kat resort tu
sebab konsep resort dan cafe

sah sah orang ramai
istilah menenangkan fikiran tak tercapai nanti 
bila da hujan
terus jadi padang jarak padang terkukur
x da org mai cafe pun
ekekekke

so kami semua ke Pawana Jerai Resort
Daerah Yan
Gugel la eh cemana nak ke sana
akak da memang tau kawasan Yan
klu akak kata mudah nak cari
kena cemuh plak nanti

Akak rasa baru lagi chalet dia
sikit ja room dia
ada 3
ekekekek
so pepandai la bajet cemana nak atur ke anggotaan memasing
selesa
bersih
luas
makanan sedap

akak bagi 9 bintang di angkasa
bole tgk di fb
tu akak da bagi link dia di bawah

pawana jerai resort

ini bagi orang yang bebenar nak dapat ketenangan tau
haaa bole datang sini
tapiii 
kalau da jenis ber hu ha hu ha
nak hiburan
window shoping ke apa
datang sini bole mereput
sebab mmg jauh dgn kesibukan kota ka apa
kota? kedah tak der sampai tahap kota metropolitan
dia tahap bandaraya jer
kota sarang semut ada

bole layan pic di bawah
semestinya cilok dari orang lain
adik ipor la senang citer

sejak sejak kertu memang x suka begambar
dlm arti kata yang lain
x der confident diknon
badan sarat dengan muatan lemak

kbye




Sunday, 16 October 2016

"Nanti rindu semua ni...

Assalamualaikum

"
"Biaq la kat depa..
Nanti rindu semua ni..."

kata mak akak semalam bila ayah akak a.k.a tok wan asyik melarang cucu-cucu tengah melasak bermain

akak perati jer situasi masa tu

"kita nak ka depa sakit telantaq, baru depa nak duk diam"

Akak menambah lagi

Kekadang akak rasa nak marah juga bila bebudak yang tgh main dimarah marah
bukan tak bole tegur, tegurlah sesuai usia dia
tetapi....
as long tak datang kecederaan
tak merbahaya
dalam pemerhatian orang dewasa yang berakal

biar la

nama pun BUDAK
Faham tak..BUDAK.. kalau BUDAK tu duduk proper, baca sokabar, tune tv aljazera
HAAA itu risau

Anak akak setahun enam bulan
klu ikutkan.. bukan takat berjalan.. dah belari pun
tp sebab hafiy ada komplikasi masa lahir, he cant even merangkak
faham tak perasaan seorang ibu bila orang da stat tanya "anak da boleh apa da"
tak yah la orang, check up bulanan di kk pun akak runsing nak menjawab

eventough doktor cakap awal awal lagi, anak akak akan lambat serba serbi
tapi jauh sudut hati, akak nak anak akak macam kanak2 seusia dia
berjalan berlari

so bila hafiy tunjuk perkembangan yang sikit-sikit ni
belinang air mata akak
syukur sangat
cikgu fisio dia kata, dia antara tercepat dikalangan budak yang lambat

akak menanges masa dia mula nak capai barang
masa dia almost 8 month
baru gapai tahu
akak da menanges bagai

tapi akak tahu
anak akak jaaaaauhhhh lebih beruntung dari anak-anak yang sakit terlantar
tak bole nak gerak2
paling sedih yang memerlukan organ ganti
kalau ada wang berjuta pun, tak der spare part yang nak ganti
pun tak guna

please la
jangan cepat sangat nak "tangan"kan budak yang melasak
jangan murah suara sangat nak tengking melarang itu ini
ada cara
pandai tackle budak

jangan nant bila da marah tekeluar hambur sana sini
diangkat Allah sebutan yang keluar dari mulut mak ayah
baru nak menyesal

hargai anak yang sedang melasak
sebab itu la petunjuk anak kita membesar dengan sihat
petunjuk dia tak berbeza dengan budak lain
petunjuk itu adanya perkembangan

Allah nak duga cukup mudah
berapa banyak kes yang dekat rehabilitasi kanak-kanak dapat treatment
adalah kanak-kanak yang NORMAL lahirnya
yang langsung tak menunjukan sakit
yang sangat fasih lidah dan ligat tingkah lakunya

hanya kerana SERANGAN STROK SAHAJA
kini kanak-kanak tu berkerusi roda
di ikat badan pada papan untuk latih berdiri
menanges marayu mintak abeskan sesi
si ibu melihat cekalkan hati
sebab tahu untuk anak jua kemudian hari

hargai masa anak sedang melasak
sebab kita tak kan tahu jodoh kita dan anak sampai bila



Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...