Utara
Kereta huyung-hayang
19 Mac 2012
ALOR SETAR-Seorang polis berpangkat koperal maut, manakala dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) cedera dalam kejadian langgar lari apabila sebuah kereta merempuh dua motosikal, petang kelmarin.
Saksi, Mohd Haikal Abdul Hadi, 30, berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang.
Dia sempat menyaksikan sendiri kemalangan maut melalui cermin sisi motosikal berkuasa tingginya selepas memotong dua motosikal berkenaan.
“Sebelum kejadian, saya lihat kereta Perodua Kancil berwarna perak dipandu dalam keadaan huyung-hayang seperti dipandu orang mabuk, sebelum merempuh motosikal dinaiki anggota polis di depannya.
“Dua pelajar yang menaiki motosikal di belakang mangsa tidak sempat mengelak sebelum turut terjatuh.
“Saya secara kebetulan dalam perjalanan ingin ke tempat kenduri.
"Bagaimanapun, saya ambil keputusan berpatah balik ke tempat kejadian.
"Ketika itu, ketiga-tiga mangsa masih berada di atas jalan, sementara pemandu kereta yang merempuh mereka melarikan diri,” katanya kepada media, di hadapan Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini kelmarin.
Haikal turut terkilan dengan sikap individu yang kelihatan cuba membantu dua pelajar perempuan terbabit yang cedera, tetapi rupa-rupanya mengambil kesempatan mencuri telefon bimbit dan wang mereka.
Sementara itu, rakan kepada pelajar berkenaan, Mohd Izat Ahmad Subri, 20, berkata, kawannya Nor Liyana Hassan, 20, menunggang motosikal jenis Honda Wave bersama Anis Nasuha Zohad, 23, adalah pelajar tahun dua, semester empat, Diploma Pengurusan Hotel, di Kuin.
“Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Tandop setelah selesai membeli barang untuk persediaan kelas memasak keesokan harinya di Jitra.
“Nor Liyana mengalami kecederaan di bahagian muka dan bahu, sementara Anis cedera di tangan. Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan susulan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Hamerudin Sidek, 50. Beliau ialah anggota yang bertugas di Balai Polis cawangan Anak Bukit.
“Kita masih menyiasat punca kejadian dan meminta kerjasama orang ramai supaya tampil menghubungi polis untuk menjejaki pemandu kereta yang melarikan diri,” katanya.
Menurut rakan sekerja, Hamerudin dipercayai bertugas di balai polis berkenaan dalam tempoh tiga tahun dan semasa hari kejadian arwah tidak bekerja.(Sumber: Keratan Akhbar Sinar Harian)
Innalillah hiwainailahirajiun...
tu yang mampu aku lafazkan saat aku dapat perkhabaran berita kematian Pak cik Amer.. Aku kenal rapat dgn arwah lebih2 lagi wife dia.. kami pernah berjiran di Berek Polis Jalan Kolam Air kira-kira 9 tahun dulu (kini berek yang lama telah tiada digantikan dgn berek dan balai y baru)
Sedih dgn apa yang berlaku, kemalangan akibat kecuaian dari pihak yang lain. telah meragut nyawa org yang tak bersalah..moga arwah ditempatkan di dalam golongan org yang beriman..
takziah pada isteri arwah mak cik zaleha a.k.a mak cik Z serta anak Hakim.. Semoga tabah mengharungi hari2 mendatang..
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment