Assalamualaikum
Sunan,
Surat ini untuk anda.. Maafkan saya jika saya tidak menggunakan khidmat posmen kali ini.. dengar kata sekarang sedang hujan.. kesian pulak dekat posmen sebab sehari dua ini dia selalu nampak pokok hujan.. harga setem skang tak murah macam dulu.. nak-nak lak kalau tepaksa mengadap akak jaga kaunter pos semata beli setem.. muka ketat semedang, macamkan hanya 7 hari saja dia tak PMS..
Sunan,
Saya akui sejak dua menjak ini emosi saya kurang stabil.. jujur tiada kaitan dengan isu Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh baru-baru ini.. Sedaya upaya saya cuba untuk mengawal perasaan malah cuba untuk berlagak kental.. saya juga selalu mendendangkan lagu-lagu rock kapak supaya saya lebih rock dan tidak terlalu sentimental tatkala saya berseorangan.
Sunan,
Hakikatnya hati dan perasaan saya sangat lembik bak agar-agar milo telebih air..Maafkan saya dengan tingkah laku saya ini.. Saya tahu Sunan kompem stress tahap gaban kan.. Malah semasa nak betarung dengan Nyi Burga Kelara Sunan tak sestress sekarang.. tapi itulah Sunan.. baik dan masih mampu betoleransi.. tima kasih Sunan..
Sunan,
InsyaAllah nanti saya pulang, dan secara automatisnya emosi saya sangat stabil.. sungguh perasaan ini bagai di petik suis lampu.. menyala sekelip mata setelah blackout hampir 2 minggu.. Tiada lagi sihir bebai yang tak sudah-sudah.. Hanya Sunan saja yang mampu menghilangkan sihir bebai saya itu.. Sunan masih ampuh untuk memulihkan semangat saya yang hilang dengan cara menghulurkan tangan dan saya akn mengucup tangan itu.. Tapi tak bemakna Sunan adalah abang kawasan..
Sunan,
Akhir kata selagi sihir ini belum hilang, sabarlah dalam melawan sihir jahat dalam diri saya.. Saya tidak bermaksud untuk mengada-ngada malah saya masih menjaga adab dan tatatusila selaku warganegara Malaysia..
Kerjasama pihak Sunan dalam perkara ini amatlah dihargai..
Sebagai manusia aku sayang padamu,
Ratu Sulaman, Kg. Punggor
No comments:
Post a Comment