Assalamualaikum
2014,
Terima kasih untuk tahun ini
Ujian dan dugaan silih berganti
Alhamdulillah.. aku rasakan tahun yang indah bagi aku
Tahun yang tak mungkin aku lupa
tahun yang banyak memori
tahun yang menyimpan suka dan duka
2015,
Selamat datang
kami buka buku baru
kami buka lembaran baru
semoga buku-buku kami ini
akan lebih biru dari merahnya
Hanya mahu yang terbaik dan sentiasa berdoa untuk kebaikan.. Moga sentiasa direstui oleh-Nya
Wednesday, 31 December 2014
Harapan dan Air Mata - 5
Assalamualaikum
Tahun 2014 - Harapan dan Air Mata
Fanis,
Tahun neh fanis rasa fanis lebih baik, fanis kira. Kan tahun lepas fanis cakap dekat hasben yang kita perlu bercuti sekali dalam setahun, tapi atas rezeki Allah kita bercuti lebih dari sekali.
Selain ke Langkawi, kita berjalan ke langkawi lagi hahaha.. sebab kali neh kita bawak mak ayah dan adik2 bersama.. then kita ada ke Seremban, kita ke Lumut dan last destinasi kita ke pantai timur..
Power of planning, doa, rasa syukur membuat kita dapat lebih apa yang kita hajatkan
alhamdulillah
Treatment kita lalui macam biasa, dan disebabkan kita adalah IVF listed, kita hanya di pertemukan dengan pakar sahaja, dan katanya doktor O&G terbaik di Kedah.. Ya Allah.. aturan-Mu terlalu indah
Kita lebih tenang, kita ikut saja apa step, Alhamdulillah, dari segi duit pun kita tak da masalah
pertama simpanan abang dan kedua fanis dapat duit KWSP hasil sah jawatan sebagai penjawat awam, even tak banyak mana, tapi cukup untuk treatment kita
Bulan 6 tahun ini kita dapat tarikh utk IVF dan akan dijadualkan pada bulan 4 tahun 2015, senarai waiting adalah panjang dan hanya pada waktu itu sahaja giliran kita..
abang banyak ingatkan fanis, dont ever ask about nak pecepat tarikh atau nak lewatkan tarikh, sebab kita perlu mulakan IVF dengan adil sebab ini semua akan ada kesan dia..
Allah kata bulan 4, 2015 so just wait the date to come.. tak yah rushing sebab mana tahu kita dikurnia anak tanpa perlu ivf, dan abang tak nak kerana kita terlalu mendesak, kita da tindas orang lain yang lebih memerlukan IVF, mayb sebab usia pasangan atau sakit sakit yang lain
sejak dari tu, appointment kita dikurangkan sebab tahun 2015 baru nak IVF, so doktor akan fokus tahun 2015..
tapi, ada seorang doktor lain (bukan pakar) cakap why not uols try another IUI? Mana la tahu, jadik ker.. tapi date IVF kita still tunggu..
tapi, ada seorang doktor lain (bukan pakar) cakap why not uols try another IUI? Mana la tahu, jadik ker.. tapi date IVF kita still tunggu..
so atas saranan doktor plus da penah rasa IUI tu macam mana, kita amek keputusan nak cuba lagi sekali
lagipun cost rm120 tidak membebankan kita.. kalau jadi IUI so tak yah IVF yang lebih memakan masa dan kewangan
dan kita pun tunggu waktu untuk 2nd IUI.. masa tu rasa bedebar jugak,, ye la.. fisrt time tak tau rasa macam mana kan, ingat sakit biasa-biasa saja.. sekali da lalui, kiraaaaaaaaaaaaa ok la.. tipu la tak sakit, tapi still bole terima
bila nak wat yang 2nd IUI neh, terus rasa gerun, tapi still nak buat :)
Allah lebih mengetahui segala-- Dia tahu apa yang terbaik buat kita
bila hampir ke tarikh IUI, kita dimaklumkan doktor, ubat yang sedang kita makan tu tak respon pun dengan badan kita.. tahap kesihatan kita tak mengizinkan kita teruskan IUI, sebab chances still sama
even masa tu kita sangat down, tapi kita masih pujuk satu sama lain, yang ujian neh mesti ada hikmah--
lagipun IVF still akan bejalan seperti biasa--
satu hari tu, fanis ke hospital, abang tak dapat temankan sebab abang ada keja, dan fanis pun oke ja pegi sowang sebab appointment neh just pemeriksaan biasa dan tak melibatkan abang
bila fanis masuk bilik treatment tu, fanis jumpa doktor yang lain, sebab doktor pakar tgh ada ot dengan patient..
doktor tu bukak laporan.. dia sekadar basa basi dengan fanis.. sebab fokus dia lebih kepada fail pesakit..muka dia nampak lain..
sekejap yer.. saya cuba hubungi doktor XXX-- fanis just angguk
doktor XXX saya nak refer patient fanis neh.. based on report neh dia dan hasben bla..bla..bla..bla..
fanis tak faham sangat sebab terma medic kan..
oke2.. dis year? secepat mungkin.. oke2.. nanti saya gitau dia -- doktor tu still becakap on phone
oke mcm neh puan fanis, seem there is a problem sket, kita akan jalankan IVF secepat mungkin pada awak
so bila period, terus called kita dan we start the treatment..
ingat yer, first day period, called kita terus
lagipun IVF still akan bejalan seperti biasa--
satu hari tu, fanis ke hospital, abang tak dapat temankan sebab abang ada keja, dan fanis pun oke ja pegi sowang sebab appointment neh just pemeriksaan biasa dan tak melibatkan abang
bila fanis masuk bilik treatment tu, fanis jumpa doktor yang lain, sebab doktor pakar tgh ada ot dengan patient..
doktor tu bukak laporan.. dia sekadar basa basi dengan fanis.. sebab fokus dia lebih kepada fail pesakit..muka dia nampak lain..
sekejap yer.. saya cuba hubungi doktor XXX-- fanis just angguk
doktor XXX saya nak refer patient fanis neh.. based on report neh dia dan hasben bla..bla..bla..bla..
fanis tak faham sangat sebab terma medic kan..
oke2.. dis year? secepat mungkin.. oke2.. nanti saya gitau dia -- doktor tu still becakap on phone
oke mcm neh puan fanis, seem there is a problem sket, kita akan jalankan IVF secepat mungkin pada awak
so bila period, terus called kita dan we start the treatment..
ingat yer, first day period, called kita terus
fanis hanya mengangguk.. arahan tu macam dengar tak dengar saja.. Ya Allah ujian apa lagi neh
sambil melangkah keluar bilik doktor pandangan fanis rasa kosong sangat
fanis cepat-cepat keluar hospital, cari sudut fanis capai telefon
fanis - abang!!! fanis mengogoi nanges.. tak tertahan sedih tu, da la sorang sorang kan
suami - awat neh?? awat neh?? cakap pelan-pelan abang tak paham
fanis - kita kena buat IVF dalam masa tedekat
suami - bila tu?
fanis - period ja terus tepon depa
suami - bulan neh da period?
fanis- belum, tapi orang rasa da tak lama.. bulan neh belum period
suami - jangan duk menangis, la ada mana? p balik dulu, satg kita bincang lain
dalam keta fanis tak henti-henti menanges
hairan kan kenapa perlu bersedih bila ada peluang untuk percepat IVF
pertama --
persediaan..sepatutnya kami ada lebih kurang 6 bulan untuk ready for IVF tapi kami ada masa tidak sampai sebulan pun, selalunya orang yang da tau bila IVF akan dibuat, amalan ibadat dipetingkat, hubungan dengan Allah dipekukuh, maklumlah selama neh, sembahyang 5 waktu jer yang kita buat pun, sunat-sunat neh ke-laut dan yang paling utama pesediaan mental.. bukak la mana-mana blog, mana-mana artikel semua mention benda yang sama, persediaan mental memainkan peranan penting..
kalau dibuat dalam tempoh stress macam mana badan nak respon dengan baik.. bila badan otak stress, hormon hormon tertentu tak keluar dan terganggu..
kedua --
masa.. tahun ini memang fanis tak amek cuti dengan benda yang tak perlu.. semua sebab nak kumpul untuk di bawa tahun 2015.. memang kalau boleh tahun 2015, banyak nak rest.. contoh sebelum IVF nak cuti, lepas ivf nak cuti, memang plan nak tenang-tenang la.. skali bila da dipecepat, jumaat sabtu pun fanis masuk ofis, pulun buat keja sebelum nak becuti panjang.. ye la setiap treatment IVF neh tak bole jangka.. tetiba ja hospital boleh telefon, tarikh2 yang dapat untuk appoinment hampir sekerap setiap minggu..
ketiga--
selepas IVF.. Hasil dari IVF hanya bergantung penuh pada Allah.. dengan izin Dia jua-lah fanis dapat mengandung atau tidak.. secara logik nya jika kita buat persediaan yang baik, persediaan mental yang kukuh, buruk baik dari IVF InsyaAllah kita akan terima.. sebab kita betol-betol bersedia dan hanya tawakal sahaja
tapi bila dijalankan tanpa persediaan dan dikhuatiri bila IVF tak berjaya, peratusan kita nak salahkan orang lain, nak salahkan diri-sendiri tu tinggi.. sebab keadaan berlaku dengan begitu pantas.. contoh la.. doktor la neh suruh buat cepat, kan da tak jadi.. duit pun abes.. peratusan tak redha tu boleh capai tahap 80%
dan fanis akui fanis jalankan IVF PADA TAHUN INI dalam keadaan fanis cukup stress
Monday, 29 December 2014
Harapan dan Air Mata- 4
Assalamualaikum
Tahun 2013- Kebangkitan kami
Fanis,
Alhamdulillah, tahun 2013 adalah tahun kebangkitan.. Macam nak bejuang jer gayanya.. tapi betul la, bejuang untuk permata hati..
Masa hujung tahun 2012 tu, beberapa perancangan telah di rangka, masa tu memang nekad lah senang citer.
Kena ada perubahan dalam hidup dan no more sedih-sedih lagi
sebab usaha dengan hospital sedang berjalan kan, so nothing to worries.. just follow the flow~
Pertama- Kita pergi bercuti selepas abes treatment kita yang pertama dengan doktor..
Langkawi pilihan destinasi masa tu
Happy nye la.. dan ingat tak fanis nak abang (suami) berjanji setiap tahun mesti kena ada 1 percutian
Alasan nyer, tak pegi bercuti pun duit abes, bercuti pun kompem2 duit abes
so better pegi la bercuti
selain dapat cari suasana baru, bercuti umpama upgrade semangat dan hubungan hasben and wife
Masa tu kalau dapat berita tentang kawan2 yang nak dapat baby da tak terasa apa
rupanya mind set tu penting
Kadang bila tengok orang lain yang bertahun lebih lama with no baby nampak relaks jer, terpikir, apa diaorang neh tak sedih ke
tapi bila sendiri yang alami -- baru tahu, feeling tak seburuk yang disangka
sebab redha adalah segala-galanya, macam mana kita tuned sesuatu benda menjadi positif
InsyaAllah it will turned out beautifully
Masa tu segala bala ubat da tak teringat nak makan sangat, lebih2 supplement tahun 2012 tu abeskan jer
Jiran ka, kawan-kawan, sedara-mara ka suggest supplement apa pun , just dengar bagai angin
tak menolak tak jugak menerima-- anggap saja mereka amek berat kat diri neh
Memang feel tu lain sangat, sebab masa tu fokus hanya pada hospital punya treatment, orang bagi ayaq penawaq kita minum saja.. ayaq sejuk kan.. apa ada hal kahhh..kahhhh
kalau orang nak pegi mekah kita minta didoakan semoga murah rezeki itu ja
Kita tak penah missed even one single appointment.. sebab masa tu kita pikir kalau kita tak berat nak ikut apa yang doktor suruh, 10 kali doktor pun tak hingin nak tolong kita--
Alhamdullilah we were very comitted towards da appointment
Cabaran????
OPKOS banyak-- tak tersenarai rasanya
Antara yang tak dapat lupa masa first time buat IUI-- sakit tu tolak tepi, tak sakit bukan berubat namanya
tapi emosi tu Ya Allah
Penantian satu penyeksaan
"Saya da settle jalankan IUI dekat awak, hasil dia dapat tengok dalam tempoh seminggu, berdoa semoga awak mengandung"
Doktor kata seminggu tapi SEMINGGU itu serupa SETAHUN nak tunggu result
Dan fanis menanges semahunya bila satu pagi fanis ke toilet dan fanis ada nampak tompokan merah kat pakaian dalam-- tahulah fanis IUI tu GAGAL
" i tengok patern u bedua aaaa macam kena buat IVF" kata pegawai embrio berbangsa cina kat kita satu hari sewaktu kita selesai jumpa doktor
dan masa tu kita cari satu sudut paling jauh dari bilik doktor dan kita melepaskan perasan yang paling sedih sambil kita genggam jemari.. walaupun hingar bingar kat kawasan menunggu tu, tapi fanis rasakan tempat tu terlalu sunyi--
kita tak bercakap tapi melalui genggaman tangan kita seolah-olah sedang menyalurkan semangat kita pada satu sama lain, dan tak ingin berhenti berusaha--
masa tu jugak kita bersetuju untuk IVF dan kita amek keputusan kita tak akan betangguh waktu walau sehari
no more time nak fikir dulu
no more time bincangkan masalah duit
no more time fikir komitment
and we definately say YES to everything suggest by the specialist
duit bole cari--
masa bole atur
komitment bole bagi
bring it on --
we have no fear
2013-- cepatnya masa awak berlalu
Sunday, 21 December 2014
Harapan dan Air Mata-3
Assalamulaikum
Tahun 2012- Tahun suram
Fanis,
Tahun 2011 tahun yang indah dan fanis selalu berangan tahun yang mendatang lebih indah.. bertukar status memang sesuatu yang membanggakan sebab fanis antara orang yang bertemu jodoh lebih awal berbanding kawan yang lain.
fanis ingat tak roommate time Uitm dulu penah sampai nak past boifren dia kat fanis.. sebab dia kata dia tak tau nak pilih boifren yang mana dan fanis pun tak da boifren.. Ya Allah, even masa tu dia rasa itu as a "joke" tapi fanis rasa "joke" tu terlalu pedih..
Tapi dengan izin Allah, fanis lebih dahulu bertemu jodoh, dan alhamdulilllah berkekalan sehingga kini..
So apa jadi dengan tahun 2012, tahun kedua berkahwin dan fanis dan suami masih berdua..
Masa tu kenduri kawen
Reunion budak sekolah
kursus / program / event anjuran ofis
Raya time
kalau boleh semua tak mau attend..
sebab soalan hanya berkisar anak..anak..anak.. : (
Sapa la yang tak mau anak kan.. semua orang pun nak
Jawapan fanis time tu masih sama.. belum ada rezeki..
itu paling berlapik dah..
kalau tak fanis selalu cakap.. kalau anak tu umpama tepung dan bole diuli sehingga jadi bayi yang paling comel
fanis orang pertama yang akan buat
tahun 2012 jugak menyaksikan 2 orang kazen berkahwin dan dengan izin Allah kazen fanis mengandung selepas beberapa bulan berkahwin..
Sungguh fanis antara orang yang bahagia menerima perkhabaran tu, tapi air mata neh bagai tak dapat dibendung bila selalu memikirkan bila pula peluang fanis..
masa tu keluarga terdekat dah pun mula bersuara untuk berubat dan hakikatnya setiap cadangan dari keluarga fanis terima dengan perasaan yang cukup sedih..
walau kadang rasa tak bersedia, fanis pegi jugak berubat.. pertama bertemu mak cik (doktor kampung) untuk dapatkan air penawar dan 1 lagi ke klinik yang doktor tu pakar semua bidang.. fanis is confius.. hahaha.. kesuburan pun dia.. nak kurus pun dia.. kencing manis pun dia..
tak sudah ulang amek ubat di klinik tu just 4 kali sahaja keh..keh..
mak fanis, suami dan kwn2 rapat sangat membantu time tu.. mengharungi har-hari yang sukar
ye lah.. da pegi berubatkan.. harapan tu kalau boleh da berubat esok-esok tu jugak nak mengandung :)
oh lupa.. blog masih lagi pilihan sumber rujukan.. terutama dari blog TTC :) dan fanis terbaca kat 1 blog neh untuk dapatkan rawatan kesuburan perlu menunggu sehingga perkahwinan genap 2 tahun dan akan dirujuk kpd pakar
thanks pada blog TTC.. memang sangat berguna.. membantu menjawabkan segala kekusutan kat kepala neh.. Berkat bacaan dan pertanyaan fanis seakan menemui cahaya bila ada ada penyelesaian pada masalah fanis neh.. kebetulan da berkahwin genap 2 tahun lagi semangat berkobar-kobar
tahun 2012 jugak fanis mula mengenali buah zuriat, product shaklee, debunga kurma, lumiglow ( ttc tau sgt produk neh)
kalau boleh semua nak di telan, nak di cuba
tapi suami sangat membantu dengan kata-kata miracle --> releks sket bole..
Thursday, 18 December 2014
Harapan dan Air Mata - 2
Assalamualaikum,
Tahun 2011- berpindah ke ofis kedah, status isteri
Fanis,
Alhamdulillah, akhirnya fanis menjadi isteri kepada lelaki yang paling fanis sayang.. Indahnya perkahwinan tu sukar nak lafaz macam mana.. Allah..Allah benarlah setiap perkahwinan itu, terbuka pintu rezeki dari pelbagai sudut..
Dugaan kawen tu ofkos la ada.. nak menyatukan 2 kepala kan.. time becinta lain, time kawen lain.. tp alhamdulillah fanis dan suami baik-baik saja.. nak begaduh tu susah sangat.. ye la baru kawen, kedua duduk pun asing-asing.. PJJ bahasa skang neh
mana-mana pasangan yang baru kawen, kalau boleh nak cepat-cepat mengandung..bunting pelamin kalau boleh.. so tiga, empat bulan pertama tu, pantang period lewat sikit, sebokk jer nak beli pregnancy test.. masa tu tak tau pun ada yang murah.. yang boleh beli online.. so imagine eh, kalau pegi midvalley ker amcorp mall ker kadang curik-curik beli pregnancy test.. excited nak tahu.. 1 test beh kurang rm5.. tu kira paling murah dah.. almost every month beli :') hasilnya tetap NEGATIVE
period time tu pun x stabil sangat.. memang da rasa risau.. blog masih lagi menjadi teman paling setia.. waktu subur tak subur semua catat.. tapi selalu pujuk hati, fanis jumpa hasben pun jarang, pastu bila da naik bas tu, opkos la penat, ulang-alik KL-Penang , kakak-kakak ofis pun cakap, releks dulu..
Fanis,
Fanis selalu sentap bila orang-orang sekeliling da stat tanya da "berisi" ke belum.. Masa tu geram kot.. baru kawen da tanya.. itu yang menambah fanis stress.. hasben la tukang tadah telinga.. hahah.. kesian dia.. pantang ke kenuri, umah jiran, time raya lagi-lagi la.. soalan bonus dan utama..
Alhamdulillah selepas tujuh bulan berjauhan, fanis dapat tukar ke Kedah.. masa tu suka sangat.. rezeki kawen katanya.. even kedah bukan di Penang (ppsppa tutup operasi di penang) tapi lega tu Allah jer yang tahu..
Time tu siap planning nak amek vitamin, makanan berkhasiat untuk tambah kesuburan.. macam-macam tips akan di guna pakai.. nak-nak pulak dapat tahu ada few friends yang kawen sama bulan dan selepas fanis kawen da mengandung.. semangat tu lagi berkobar-kobar..
kehidupan di Kedah tak banyak berubah.. tapi bagi fanis tahun 2011 adalah tahun paling membahagiakan..
pertama kawen, kedua beli kereta, ketiga boleh bawak kereta- impian yang sangat fanis nantikan.. sebab ada jer lesen bertahun, tapi tak bawak2 pun keta.. sebab tak berani.. dan fanis buat pertama kali naik kapal terbang adalah di usia 25 tahun juga adalah tahun 2011
terima kasih Allah.. 2011 paling membahagiakan.. mengujakan..
Harapan dan Air Mata
Bismillahhirahman nirrahim
Assalamualaikum
Lama sangat da aku tak coret apa-apa kat sini
sungguh aku terlalu rindu, tapi atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa hibernate sebentar
Kali neh cerita aku memang panjang.. kalau rasa citer aku makin lembap macam citer bila hati berbicara tu,
bole lah jump entry aku neh.. hahah :)
okeh, aku rasa nak wat entry sempena tajuk harapan dan air mata neh macam bentuk surat, dari aku untuk aku.. so sapa yang nak baca jangan konpius okeh..
opkos cerita aku neh akan diolah edit sedikit sebanyak, sebab ini citer berkait rapat dengan keluarga, kalau bukan kita yang menjaga nama baik keluarga sendiri, siapa lagi.. bole eh..
lets the story begin..
Tahun 2010- keja baru setahun jagung di kl, umur 24, status tunangan orang
Fanis,
Tahun neh tahun yang manis, sebab baru bertunang, ikatan pertunangan yang setahun tu rasa macam berpuluh tahun.. heheh.. pantang ada pertukaran penempatan. sebok je nak tukar.. nak duduk dekat dgn encik tunang katanyer..
tapi macam biasa tak penah pun lulus, takat alasan saya nak kahwin memang di tolak mentah-mentah.
persiapan nak kawen tu tiap-tiap bulan buat.. gaji jer beli barang sikit2.. kalau ada jemputan kawen suka nak pegi.. sebab boleh tengok konsep la, amek idea la.. ingat tak?
bacaan tentang hubungan suami isteri pun di pertingkat, keh..keh.. kalau akak-akak kat opis mengusik bab malam pertama nahhhh kehmain malu.. tapi duduk jugak nak dengar citer.. :)
masa tu rasa simpati jugak pada akak senoir kat ofis yang belum ada anak.. ada jugak risik-risik sebab musabab nyer.. dan rata-rata adalah masalah orang perempuan
period tak stabil, sengugut dan macam2 lagi
Fanis,
Ingat tak, kalau bulan puasa jer mesti berjanji dengan pipah nanti masing2 set hari kalau2 dua-dua period boleh kuar jalan tar dengan senang hati.. shoping tanpa perlu menahan lapar dan dahaga..
tapi.... balik-balik fanis jer yang tak period-period.. kalau period pun mesti berselang tempoh yang lama dari tarikh sepatutnya
dan bermula dari aritu, fanis mula mencari punca, cara rawatan dan blog adalah peneman paling setia.
semakin lama fanis membaca semakin fanis rasa gelisah dan fanis tahu tentang CYST,PCOS, tu sejak fanis anak dara lagi.
fanis risau if fanis tergolong dalam golongan tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fairuz Rahman
Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...
-
Assalamualaikum aper itu Ujian Menaip 18 p.s.m? kalau pernah isi form keja gomen mesti penah tejumpa satu kolum tanya kederasan menaip: .....
-
Assalamualaikum Oke secara ringkas aku buat IVF di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Buka fail pada tahun 2012 CAJ YANG DITULIS BERD...
-
Assalamualaikum, entry kali ni aku akan guna loghat utara sepenuhnya bagi membangkitkan jalan cerita~ pagi kemarin Athirah mai umah mak me...