Monday, 29 December 2014

Harapan dan Air Mata- 4

Assalamualaikum

Tahun 2013-  Kebangkitan kami

Fanis,

Alhamdulillah, tahun 2013 adalah tahun kebangkitan.. Macam nak bejuang jer gayanya.. tapi betul la, bejuang untuk permata hati..

Masa hujung tahun 2012 tu, beberapa perancangan telah di rangka, masa tu memang nekad lah senang citer.
Kena ada perubahan dalam hidup dan no more sedih-sedih lagi

sebab usaha dengan hospital sedang berjalan kan, so nothing to worries.. just follow the flow~

Pertama- Kita pergi bercuti selepas abes treatment kita yang pertama dengan doktor..
Langkawi pilihan destinasi masa tu
Happy nye la.. dan ingat tak fanis nak abang (suami) berjanji setiap tahun mesti kena ada 1 percutian
Alasan nyer, tak pegi bercuti pun duit abes, bercuti pun kompem2 duit abes
so better pegi la bercuti
selain dapat cari suasana baru, bercuti umpama upgrade semangat dan hubungan hasben and wife

Masa tu kalau dapat berita tentang kawan2 yang nak dapat baby da tak terasa apa
rupanya mind set tu penting
Kadang bila tengok orang lain yang bertahun lebih lama with no baby nampak relaks jer, terpikir, apa diaorang neh tak sedih ke
tapi bila sendiri yang alami -- baru tahu, feeling tak seburuk yang disangka
sebab redha adalah segala-galanya, macam mana kita tuned sesuatu benda menjadi positif
InsyaAllah it will turned out beautifully

Masa tu segala bala ubat da tak teringat nak makan sangat, lebih2 supplement tahun 2012 tu abeskan jer
Jiran ka, kawan-kawan, sedara-mara ka suggest supplement apa pun , just dengar bagai angin
tak menolak tak jugak menerima-- anggap saja mereka amek berat kat diri neh

Memang feel tu lain sangat, sebab masa tu fokus hanya pada hospital punya treatment, orang bagi ayaq penawaq kita minum saja.. ayaq sejuk kan.. apa ada hal kahhh..kahhhh
kalau orang nak pegi mekah kita minta didoakan semoga murah rezeki itu ja

Kita  tak penah missed even one single appointment.. sebab masa tu kita pikir kalau kita tak berat nak ikut apa yang doktor suruh, 10 kali doktor pun tak hingin nak tolong kita--

Alhamdullilah we were very comitted towards da appointment

Cabaran????

OPKOS banyak-- tak tersenarai rasanya

Antara yang tak dapat lupa masa first time buat IUI-- sakit tu tolak tepi, tak sakit bukan berubat namanya
tapi emosi tu Ya Allah
Penantian satu penyeksaan
"Saya da settle jalankan IUI dekat awak, hasil dia dapat tengok dalam tempoh seminggu, berdoa semoga awak mengandung"

Doktor kata seminggu tapi SEMINGGU itu serupa SETAHUN nak tunggu result

Dan fanis menanges semahunya bila satu pagi fanis ke toilet dan fanis ada nampak tompokan merah kat pakaian dalam-- tahulah fanis IUI tu GAGAL

" i tengok patern u bedua aaaa macam kena buat IVF" kata pegawai embrio berbangsa cina kat kita satu hari sewaktu kita selesai jumpa doktor

dan masa tu kita  cari satu sudut paling jauh dari bilik doktor dan kita melepaskan perasan yang paling sedih sambil kita genggam jemari.. walaupun hingar bingar kat kawasan menunggu tu, tapi fanis rasakan tempat tu terlalu sunyi--

kita tak bercakap tapi melalui genggaman tangan kita seolah-olah sedang menyalurkan semangat kita pada satu sama lain, dan tak ingin berhenti berusaha--

masa tu jugak kita bersetuju untuk IVF dan kita amek keputusan kita tak akan betangguh waktu walau sehari

no more time nak fikir dulu
no more time bincangkan masalah duit
no more time fikir komitment

and we definately say YES to everything suggest by the specialist

duit bole cari--
masa bole atur
komitment bole bagi

bring it on --
we have no fear

2013-- cepatnya masa awak berlalu


 

 

No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...