Bismillahhirahman nirrahim
Assalamualaikum
Lama sangat da aku tak coret apa-apa kat sini
sungguh aku terlalu rindu, tapi atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa hibernate sebentar
Kali neh cerita aku memang panjang.. kalau rasa citer aku makin lembap macam citer bila hati berbicara tu,
bole lah jump entry aku neh.. hahah :)
okeh, aku rasa nak wat entry sempena tajuk harapan dan air mata neh macam bentuk surat, dari aku untuk aku.. so sapa yang nak baca jangan konpius okeh..
opkos cerita aku neh akan diolah edit sedikit sebanyak, sebab ini citer berkait rapat dengan keluarga, kalau bukan kita yang menjaga nama baik keluarga sendiri, siapa lagi.. bole eh..
lets the story begin..
Tahun 2010- keja baru setahun jagung di kl, umur 24, status tunangan orang
Fanis,
Tahun neh tahun yang manis, sebab baru bertunang, ikatan pertunangan yang setahun tu rasa macam berpuluh tahun.. heheh.. pantang ada pertukaran penempatan. sebok je nak tukar.. nak duduk dekat dgn encik tunang katanyer..
tapi macam biasa tak penah pun lulus, takat alasan saya nak kahwin memang di tolak mentah-mentah.
persiapan nak kawen tu tiap-tiap bulan buat.. gaji jer beli barang sikit2.. kalau ada jemputan kawen suka nak pegi.. sebab boleh tengok konsep la, amek idea la.. ingat tak?
bacaan tentang hubungan suami isteri pun di pertingkat, keh..keh.. kalau akak-akak kat opis mengusik bab malam pertama nahhhh kehmain malu.. tapi duduk jugak nak dengar citer.. :)
masa tu rasa simpati jugak pada akak senoir kat ofis yang belum ada anak.. ada jugak risik-risik sebab musabab nyer.. dan rata-rata adalah masalah orang perempuan
period tak stabil, sengugut dan macam2 lagi
Fanis,
Ingat tak, kalau bulan puasa jer mesti berjanji dengan pipah nanti masing2 set hari kalau2 dua-dua period boleh kuar jalan tar dengan senang hati.. shoping tanpa perlu menahan lapar dan dahaga..
tapi.... balik-balik fanis jer yang tak period-period.. kalau period pun mesti berselang tempoh yang lama dari tarikh sepatutnya
dan bermula dari aritu, fanis mula mencari punca, cara rawatan dan blog adalah peneman paling setia.
semakin lama fanis membaca semakin fanis rasa gelisah dan fanis tahu tentang CYST,PCOS, tu sejak fanis anak dara lagi.
fanis risau if fanis tergolong dalam golongan tu..
No comments:
Post a Comment