Wednesday, 3 May 2017

Hafiy Turns Two

Assalamualaikum

Alhamdulillah alhamdulillah
Bersyukur sangat Hafiy da pun menganjak usia 2 thn 20 april 2017 aritu..
rasa mcm baru sgt bedung dan barutkan dia
Tau2 jer dah dua tahun
Cepatnya masa berlalu

Kali neh da tak da party bagai
just sambut dengan 2 family  both side
hantar makanan ke masjid
itu sajalah
langkah penjimatan.. gituh

So Hafiy da bole agak eh
tahun2 mendatang bufday celebration bertambah sendu
Nasib la kau nak, dapat mak yang tak de eksaited bagai neh
Ayah tu gagah lagi.. eksaited dia kadang boleh mak bikin panas lak

Hafiy,

Sejauh mana ketinggalan anak mak dalam tumbesaran atau skill atau sebagainya

Mak tak kisah
Sempurna anak mak tak sama sempurna anak orang lain
Macam mana keadaan Hafiy di masa depan, mak terima


Sebab hanya mak dan ayah saja tau mcm mana Hafiy bertarung hidup untuk kami
Disaat doktor sukar nak ramal keadaan Hafiy yang semakin kritikal masa tu
Mak dan ayah tak putus putus bisikan Hafiy utk kuat
dan Hafiy semampu boleh bertahan untuk kami

Terima kasih Hafiy berikan gelaran mak dan ayah kpd kami
4 tahun mak dan ayah tunggu untuk dapat gelaran tu

thanks anak

walaupun mak kau neh, jenis garang dan brutal skek
tp percayalah, saat mencoretkan tinta d atas
menitik jugak air mata mak neh hokey
tak pasti deraian air mata neh atas faktor menahan lapar sbb puasa ( still ganti even dah syaaban.. perangai sgt) atau benar2 terkesan dgn catatan di atas

meh mak trobek skek gambar Hafiy
ekekeekkeek

 incittt ja anak mak, seluar sampai dada..
masa neh siang malam Hafiy x dapat detect lg..
dan memilih malam untuk cergas dan penuh tenaga

nampak telinga dulu dr kek
secapang boleh tinga kau nak

Mak doakan Hafiy jadi anak yang soleh penyejuk mata mak dan ayah
We really want you to know
that we really love u, no word can describe how much u meant to us




No comments:

Hafiy Warded

Assalamualaikum Bulan puasa neh dalam kegembiraan ada la terselit ujian ujian kecil buat kami ujian2 neh mendekatkan kita pada Allah S...