Monday 29 October 2012

Biar ini yang pertama dan terakhir

Assalamualaikum

Ini entry serius

Khamis, 25 Oktober 2012
Pagi itu seperti pagi-pagi yang lain.. bangun pagi bersiap untuk ke tempat kerja.. mak ade tinggalkan sedikit nasi goreng lebihan sahur mak tadi.. tak sempat nak merasa puasa sunat hari arafah sebab uzur..

Dalam hati ada terdetik sedikit malas untuk ke ofis.. pertama esok da raya haji mood raya melebihi mood kerja.. kedua petang itu juga aku akan ke Penang untuk jumpa buah hati tercinta..

7.12 pagi, taman bersatu simpang empat
Waktu yang aku ingat sewaktu menghidupkan enjin kereta.. monolog dalaman mengatakan aku keluar sedikit awal pagi neh..maka tak perlu tergesa2.. doa perjalanan dan doa2 sampingan didalam kereta aku baca seperti selalu.. tetapi.. lagak seperti tidak bersungguh.. selawat tidak cukup 11 kali, ayat kursi dan seribu dinar tidak dibaca mengikut makraj.. doa keatas ibu bapa dan suami aku "skip" pagi tu.. 

7.20 pagi, lokasi : simpang tiga sungai limau yan luar..
aku kemalangan.. ya.. ini kali pertama  dan biarlah yang terakhir.. Ya Allah.. ampunkan aku..ampunkan aku.. apa yang aku ingat aku cuba mengelak sebuah motor dimana  pembonceng seorang anak kecil yang duduk di bahagian raga motor.. motor yang tetiba keluar dari sebuah kedai di sebelah kiri.. dalam pada aku hilang kawalan sebuah kereta (honda stream) merempuh di bahagian belakang kereta aku..

sekelip mata..sekelip mata.. melalui pandangan cermin belakang aku perhatikan motor tadi sudah berada d atas jalan.. kereta yang merempuh belakang kereta aku juga berhenti secara mengejut..

dalam pada aku ketakutan.. aku berlari2 kecil melihat motor dan anak kecil tadi.. Ya Allah.. betapa bersyukurnya aku.. lelaki dan anak kecil itu tidak mengalami kecederaan.. biarlah kereta aku remuk seribu..biarlah kereta yang merempuh aku bederai di bumper hadapan.. asal nyawa tidak melayang..

mak ayah segera aku hubungi.. 15 minit kemudian mak ayah sampai.. perbincangan dengan semua mangsa beserta ahli keluarga terlibat dibuat supaya semua mangsa terbela..

9.00 pagi, Balai polis Yan
kes di bawa ke balai polis yan untuk diselesaikan.. mangsa adalah aku, seorang guru perempuan juga dalam keadaan menggandung (pemandu honda stream), dan pemandu motosikal beserta anak..
saman dikeluarkan ke atas pemandu motosikal di atas kecuaian keluar simpang tanpa melihat laluan jalan..

12.30 tengah hari, Taman Bersatu Simpang Empat
Suami aku gelisah menunggu.. jauh datang dari Penang semata hendak melihat keadaan ku dan kereta.. tima kasih abang.. sengaja aku suruh saja suami menanti d umah kerana suami aku belum arif jalan di kedah.. risau aku dia sesat lak di Yan nanti.. tima kasih buat adik ipar juga.. menemani suami ke alor setar..

1.20 petang, selepas zohor
aku ke Penang.. dalam keta, suami suruh aku tdo sahaja.. mungkin melihat aku masih dalam keadaan terkejut.. tapi mata enggan terlelap.. dalam hati aku panjatkan seribu kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.. mungkin Allah masih lindungi aku dengan doa yang tidak seberapa pagi itu.. doa yang tersisa..

tima kasih semua yang terlibat.. 
mak ayah yang sentiasa ada tika senang dan susahku
suami yang banyak membantu 
dan anggota polis Balai Yan yang penuh hemah..





No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...