Tuesday 16 October 2012

Rombongan

Assalamualaikum

Setelah hari yang dihitung berkunjung tiba, maka pagi2 lagi aku dengan mak gigih menyiapkan bekalan ke Bukit Bendera.. lagak kami bagaikan berpegian berkurun lama.. sedangkan destinasi hanya sekangkang kera..

Bas tiba jam 8.30 pagi, sepatutnya 7.45 pagi  kami sudah berlepas..seperti biasa bas rombongan tidak akan hadir tepat pada masanya.. sumpahan kum kum mungkin..

Ruang bas yang selesa dan standard melupakan seketika hangin aku sebentar tadi akibat penantian yang penuh seksa.. bila bersama kids dun sangka ko boleh besenang lenang duduk dengan aman.. ko bole tengok betapa eksaited nyer bebudak dalam bas.. yang comel berbaju merah tu adalah jiran seat kami.. yang separa comel tu lak aku dan mak (nak gak tulis comel)




segala gambar di atas adalah di Bukit Bendera.. aku andaikan sahaja (andai oke) aku berimej sedikit remaja.. tahu berapa hari aku pikir nak pakai apa?  3 hari kot.. motif???? aku tidak akan mengizinkan sesapa di dalam bas itu bertanya yang mana satu anak hang? faham skang...

aku agak riang semasa d sana selari dengan ahli-ahli budak tadika.. ye la.. tempat yang tak penah kita p kan.. opkos keterujaan tu ditahap paling maksima.. 2 jam berada di atas bukit bendera cukup buat aku pusing hampir keseluruhan tempat.. ader 1 tempat yang aku anggarkan ada 100 anak tangga..
begini  dialognya

adik p la naik
mana? tangga tu.. tak mau lah
p la naik.. bila lagi nak naik atas tu..kot2 ada tmpat menarik
x pe la.. mak bukan nak naik pun.. satg mak duk bawah sowang lak (solehah)
hakikat sebenar.. malas aku nak menapak tangga y byk tu.. sayang lemak..

tong pos neh bukan sebarang tong pos.. tong pos neh milik Puteri Victoria.. usia hampir 200 tahun.. bak kata pemandu buggy lu nak antaq itu sulat bole.. tapi tak sampai-sampai lorrr.. klaka..klaka..klaka

aku ada amek pic ngan apek tu.. sebab dia ramah + hampir 63 tahun kat atas bukit bendera tu.. so jangan la ko nak mempertikaikan sebarang fakta tentang bukit bendera.. kalau ase2 nak kena campak dari atas bukit.. silakan

info tiket: RM8.00 dewasa
                RM4.00 kanak-kanak
                Harga rombongan lebih murah


pas turun dari bukit bendera.. perut pun minta di isi.. so kami berkelah reramai kat tepi pantai tanjung bungah.. bebudak tu aku tak pasti time bila diorang tak main.. guna bateri enegizer gamak eh..

kemudian kami ke Toys Museum..

pasti tertanya-tanya (sendiri tanya sendiri jawab) kenapa sekeping je aku letak pic neh.. sebabnyer konsep indah khabar dari rupa telah di gunapakai oleh toys museum neh..

honestly memang tak de apa yang nak dibanggakan.. mayb  aku neh bukan peminat toys.. aku ase aku lebey eksaited kalau pegi kedai mainan kat mall tu.. 
tak berbaloi dengan harga dia.. RM15 (dewasa) RM8(kanak-kanak)

nasib ler kitaorg neh kategori rombongan.. so harga dia murah sket.. still feeling not worth it..

mostly kalau cari kat internet mesti dia letak situated at Tanjung Bungah.. yer itu dulu.. skang da berpindah ke Teluk Bahang.. Tak jauh dari tempat asal.. nant if nak g (tak dicadangkan) google alamat Teluk Bahang.. Ngerti??

last destination Pasar Chow Rasta.. nape x der pic???? haha.. sebab laki aku da selamat culik aku dari mak aku.. so teda cerita.. 

adik.. rombongan perkep nak p kelantan.. nak join?
bila?
bulan 11.. rm150 stand by
no..no..no.. ada agenda bulan 12 nanti.. so tiada peruntukan di situ

mak aku nehhhhhhhh..

No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...