Tahun 2012- Tahun suram
Fanis,
Tahun 2011 tahun yang indah dan fanis selalu berangan tahun yang mendatang lebih indah.. bertukar status memang sesuatu yang membanggakan sebab fanis antara orang yang bertemu jodoh lebih awal berbanding kawan yang lain.
fanis ingat tak roommate time Uitm dulu penah sampai nak past boifren dia kat fanis.. sebab dia kata dia tak tau nak pilih boifren yang mana dan fanis pun tak da boifren.. Ya Allah, even masa tu dia rasa itu as a "joke" tapi fanis rasa "joke" tu terlalu pedih..
Tapi dengan izin Allah, fanis lebih dahulu bertemu jodoh, dan alhamdulilllah berkekalan sehingga kini..
So apa jadi dengan tahun 2012, tahun kedua berkahwin dan fanis dan suami masih berdua..
Masa tu kenduri kawen
Reunion budak sekolah
kursus / program / event anjuran ofis
Raya time
kalau boleh semua tak mau attend..
sebab soalan hanya berkisar anak..anak..anak.. : (
Sapa la yang tak mau anak kan.. semua orang pun nak
Jawapan fanis time tu masih sama.. belum ada rezeki..
itu paling berlapik dah..
kalau tak fanis selalu cakap.. kalau anak tu umpama tepung dan bole diuli sehingga jadi bayi yang paling comel
fanis orang pertama yang akan buat
tahun 2012 jugak menyaksikan 2 orang kazen berkahwin dan dengan izin Allah kazen fanis mengandung selepas beberapa bulan berkahwin..
Sungguh fanis antara orang yang bahagia menerima perkhabaran tu, tapi air mata neh bagai tak dapat dibendung bila selalu memikirkan bila pula peluang fanis..
masa tu keluarga terdekat dah pun mula bersuara untuk berubat dan hakikatnya setiap cadangan dari keluarga fanis terima dengan perasaan yang cukup sedih..
walau kadang rasa tak bersedia, fanis pegi jugak berubat.. pertama bertemu mak cik (doktor kampung) untuk dapatkan air penawar dan 1 lagi ke klinik yang doktor tu pakar semua bidang.. fanis is confius.. hahaha.. kesuburan pun dia.. nak kurus pun dia.. kencing manis pun dia..
tak sudah ulang amek ubat di klinik tu just 4 kali sahaja keh..keh..
mak fanis, suami dan kwn2 rapat sangat membantu time tu.. mengharungi har-hari yang sukar
ye lah.. da pegi berubatkan.. harapan tu kalau boleh da berubat esok-esok tu jugak nak mengandung :)
oh lupa.. blog masih lagi pilihan sumber rujukan.. terutama dari blog TTC :) dan fanis terbaca kat 1 blog neh untuk dapatkan rawatan kesuburan perlu menunggu sehingga perkahwinan genap 2 tahun dan akan dirujuk kpd pakar
thanks pada blog TTC.. memang sangat berguna.. membantu menjawabkan segala kekusutan kat kepala neh.. Berkat bacaan dan pertanyaan fanis seakan menemui cahaya bila ada ada penyelesaian pada masalah fanis neh.. kebetulan da berkahwin genap 2 tahun lagi semangat berkobar-kobar
tahun 2012 jugak fanis mula mengenali buah zuriat, product shaklee, debunga kurma, lumiglow ( ttc tau sgt produk neh)
kalau boleh semua nak di telan, nak di cuba
tapi suami sangat membantu dengan kata-kata miracle --> releks sket bole..
2 comments:
fanis...
huhu...
sedih pulak baca...
apa yang is boleh gitau kat fanis, rezeki anak ni, Allah lebih mengetahui waktu yang terbaik untuk kasi amanah tu~
so enjoy berdua.. sebab stress melambatkan proses tu...
k.. jgan sendih2! muah! (^____^)
sayang fanis
Salam is,
Thanks for the comment
kami baik-baik saja
Sayang is dan anak-anak juge :)
Nantikan pengembaraan fanis dalam harapan dan air mata untuk episod yang lebih mencabar hehe
Post a Comment