Oke secara ringkas aku buat IVF di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar
Buka fail pada tahun 2012
CAJ YANG DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI DI HOSPITAL KERAJAAN SEPERTI YANG TERTERA
JANGAN DI BANDING DGN HOSPITAL KERAJAAN YANG LAIN
SEBAB AKU PERNAH COMPARE DENGAN KAWAN AKU
HARGA RAWATAN MEMANG BERBEZA
HARAP MAK LONG :)
Bila sesuai buka fail untuk rawatan di O&G
Pasangan yang telah berkahwin selama 2 tahun ke atas atau seangkatannya dengannnya
kalau pernah ada baby tp utk 2nd child susah dapat plak, hospital bole consider
tapi mostly suma yang penah aku jumpa di O&G utk first timer macam aku
Macam mana nak mula?
Sila amek surat reference dari mana-mana klinik kesihatan terhampir, terhampir maksudnya dalam qariah kawasan yang anda tinggal..
cakap nak buat surat rujukan utk rawatan kesuburan di hospital
kalau surat reference dari klinik swasta pun no hal cuma yang beza (kalau x silap aku la)
surat rujukan klinik kesihatan kn byr kat hospital semasa pendaftaran - rm5 utk pertama kali shj
surat rujukan dari swasta kn byr kat hospital semasa pendaftaran- rm 30 utk pertama kali shj
sesapa yang ada GL (y keja gomen tahu) sila bawak GL- so next treatment da tak payah bayar rm 5 (pendaftaran)
kalau keja swasta tiap kali treatment bayar rm 5 (pendaftaran)
Semasa rawatan, ada bayaran tak?
Seingat aku sepanjang rawatan tak der apa-apa bayaran.. kecuali pada yang keja swasta memang kena bayar rm5 untuk pendaftaran.. lain-lain aku tak pasti sebab aku guna GL..
hasben kena lalui pemeriksaan sperma ada la kot dalam 3 kali sepanjang tempoh treatment, TIADA BAYARAN.. tapi ini kena semak, macam aku kata aku guna GL.. tak pasti kalau yang tiada GL macam mana.. kena bayar atau free jugak
yang pasti kat swasta pemeriksaan sperma memang rm 50 dan keats
Rawatan IUI?
sebelum IVF aku kena wat IUI.
Suka di ingat kat sini, doktor tak kan simply buat IVF pada semua pasangan
yang bebetol memerlukan sahaja yer akan terlibat, dun ask kat dokter bole tak saya nak wat IVF terus.. no..no..
ada banyak cara before IVF.. doktor will know best apa yang sesuai utk kita..
so masa nak wat IUI aku kena charger rm 120 (bayaran utk glove khas semasa IUI, sebab tak der powder apa nta)
Ubat semua free
Rawatan IVF
Da failed IUI baru doktor suggest IVF, tu pun kalau pasangan yang kurang masalah doktor sebenornyer akan cuba lagi IUI sekurang2nya 3-4 kali
ini caj sepanjang rawatan IVF. Caj ini TIDAK TERMASUK UBATAN SUNTIKAN
nampak tak harga rm 1200 di potong tu?
IVF dan ICSI adalah rawatan yang lebih kurang jer, TAPI ICSI teknologi lebih terkini dan peratusan lebih tinggi. alang2 harga dia tak different sgt, beh kurang rm400, so doktor buat ICSI terus.
Paham eh..
so dalam rm850 ( item no 1 + item no.2) yang kat ketas tu ada tulis } 850
aku dapat sekali jarum suntikan di bawah ini :-
suntikan ini bergantung pada tubuh patient, sebab bentuk dia macam pen, so aku gelarkan dia pen tanpa dakwat hehe.. atau nama betul dia GONAL-F 300 iu/0.5ml
tak silap aku, aku dapat dua pen, setiap pen ada 300 iu/0.5ml..
macam badan aku, 1 pen aku guna dalam 3 kali suntikan
ada orang guna 2 kali jer
ini yang cakap BERGANTUNG pada badan
Tujuan suntikan ini utk stimulate telur atau bahasa mudah nak bantu telur besar
so sekiranya selepas cucuk pun, telur tak bagi respon, maka dos ubat perlu ditambah
bila da tambah dos, duit pun kena tambah la, sebab nak beli pen lagi.. doktor kata harga 1 pen dalam rm300
aku pakai pen neh untuk 5 hari so 5 malam cucuk kat perut
cara pakai akan diajar oleh nurse
yang aku blaja letak 2 jari di tepi pusat tak kesah atas bawah kiri kanan, dan cettttttt cucuk
continueeee nanti oke.. ada check - up arineh, so nak gerak da
babai
21 comments:
Saya dah pun buat rawatan iui sebanyak 2 kali di HSB ... Then masih xberjaya... Nak tanya bila sepatutnya saya teruskan ngan IVF sebab selepas iui kedua doktor suruh tunggu ... Kita yang patut call atau hospital yang akan maklum kita ... Tq
Salam,
Setahu saya, IVF hanya akan di cadangkan oleh doktor, bukan atas permintaan pesakit..
sebab doktor yang mengetahui tahap kesihatan kita..
pada pendapat saya, puan masih ada harapan utk mengandung secara biasa, sebab tu doktor belum cadangkan IVF..
puan beruntung sebab kesihatan puan dan pasangan masih ok.. da berapa lama kawen?
saya doakan puan juga akan ada rezki anak nanti..
amin
Assalamualaikum. Nk tanya , sy keje goverment.dh ada rekod di hospital tu. Klo sy nk ambil surat rujukan dr swasta utk ke hospital kerajaan ..nnt kos rawatan iui kena byr x? Sbb leceh nk gi klinik kesihatan...
Assalamualaikum. Klo sy ambil surat rujukan dr swasta utk refer rwtn kesuburan di hospital kerajaan..nnt kena byr x utk iui misalnya? ..sy kat selangor klo klinik kesihatan mmg ramai orgnya
Salam,
Rawatan IUI di Sulatanah Bahiyah memang kena bayar walau pun puan keja dengan goverment.
Bayaran ini untuk pihak HSB membeli alatan, tak silap saya beli glove khas bagi tujuan rawatan ini.
salam..sy nak tnya kalu dah ada anak 2 tapi memerlukan IVF untuk anak seterusnya adakah boleh buat IVF di hospital gomen? Menurut kawan saya, untuk hospital gomen hanya terbuka untuk pasangan tiada anak dan untuk punya anak sorang saja (sukar mendapat anak kedua).
Berapa lama ya total duration from the day puan bawa reference letter until the ICSI? Terima kasih.
Salam
Umur saya dan suami tahun ni 34 tahun..usia perkhawinan kami dh 5 tahun.
Saya pernah buat rawatan dihospital swasta proses hsg n rwtn kesuburan air mani suami...mase tu doc tu ckp kami dua2 ok.tpi tahu la kan rwntn hospital swasta mahal utk teruskan iui mahal.lepas tu stop xpegi hospital tu sbb masalah kewangan..pada 2012 saya dn suami hidup berasingan sbb suami ditukarkan di daerah lain..suami balik hari jumaat ptg n pegi keje pagi isnin setiap minggu...Dalam bulan Julai 2015 saya ada pegi klinik kesihatan kerajaan mohon surat utk rujuk kepada klinik pakar O&G.saya pun pegi dan fail dibuka..temujanji pertama doc tanye sejarah kita..kebetulan mase temujanji pertama period sya hari ke 4...so doc minta dtg hari 9 utk ambil darah n minum air gula...temujanji seterusnya doc bgtahu keputusan darah saya ok..lepas tu doc minta tgk result buat hsg kat hspt swasta.suami sya plak diminta utk buat ujian kesuburan sperma..masa consultation dgn doc masa tu sya hari ke 11..doc check telur ovum sya dh membesar katanya...so sya dinasihatkan utk bersama dgn suami 3 or 4 hari berturut-turut...dengan harapan ade lah rezeki kami...bulan berikut sya dtg period..lepas tu temujanji berikut nyer doc nasihat supaya berusaha lagi memandangkan kami tinggal berasingan..tapi sya n suami mmg merancang cuti kami semasa sya subur bermula hari ke 9 hingga hari ke 14..tiap-tiap bulan kami berusaha kuat untuk mendapatkan zuriat..sampai la temujanji sya pada 29 Januari 2016.Doc yg consult sya pada hari cuba teliti sejarah sya.....dan dia mengatakan saya dan suami tiada masalah...dan dia juga mengatakan telah membuat pengesahan kes sya ni dgn doc pakar yg lebih senior kes sya ni xde masalah.cuma xde rezeki. Dan doc tu ckp kes sya boleh dissmis or selesai.sya kesal dgn tindakan doc tu.sya mohon dgn doc tu supaya kes sya ni dirujuk dihospital besar untuk proses iui.ini kerana kos iui di hospital kerajaan lebih murah.tetapi doc mengatakan sya xperlu buat iui sbb sya n suami normal kenape perlu buat iui.lgi sya xbleh buat iui sbbnya sya n suami tinggal berasingan.mmg sya betul2 kesal dgn tindakan doc tu..tpi ape bleh buat..mmg dh tersurat kes sya di klinik O &G dihospital kerajaan dikeluarkan..skrg ni sya n suami masih berusaha untuk dapatkan zuriat kami..doakan kami ye...

Leya Faizal ~ Maaf saya tidak pasti tentang IVF untuk 2nd child, tapi masa saya pegi daftar memula dulu, memang hspital akan fokus bantuan dapatkan anak pertama dulu
Salam pn. aini,
Total duration adalah dua tahun, tanpa gagal hadir setiap kali appointment.
tekadang yang drag time tu sebab komitment suami isteri dan masalah kos juga
Salam pn. zarina ,
Terkadang kita pun buntu kan.. da usaha dikatakan tak der masalah pula..
saya percaya puan suami isteri da cuba pelbagai cara spt mkn supplemet berurut dan sebagainya..
mungkin masa belum sesuai jadi Allah tangguhkan dahulu.. perancangan Allah selalu tepat dan bersesuaian pada waktunya.
mungkin pihak puan boleh cuba di hospital kerajaan yang lain juga, atau puan bole rujuk pada doktor di hsb, nama dr.murizah, boleh cari di fb juga.. mana tahu doktor ini ada pandangan lain.
semoga membantu
Puan ...saya khawin dgn janda 2 anak ....ini perkhawinan pertama saya..tapi saya lemah kelamin....layak ke saya buat iui di hsptl kerajaan
Salam nalinisaran,
Pihak tuan/puan boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat pihak o&g
jangan risau dengan bantuan Allah dan teknologi yang canggih masa kini kelemahan di pihak suami atau isteri dapat di atasi.
Yang penting buang rasa ego tetapkan niat insyaAllah ada jalannya.
Percayalah kes-kes masalah di pihak lelaki bukanlah masalah yang terpencil.
assalamu`alaikum...
ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk,tujuannya hanyalah satu untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kebergantungan kita pada Nya.Dalam kes ini ujiannya dalam bentuk tiada zuriat.
Walo apa pun jangan pernah ada rasa berputus asa dalam diri kita utk terus berusaha dan berdoa, walo pelbagai kaedah pun kita cuba kalo Allah kata blm sampai waktunya, itu adalah hakNya. Ada yang normal tapi tetap x dapat zuriat. janganlah bersedih hati yer sekurangnya puan tak dibebankan dengan tanggungjawab berat yang Allah bagi untuk mendidik anak menjadi anak yang soleh.
Jika puan ingin mencuba kaedah pemakanan secara sihat dan semulajdi melalui pengambilan supplemnt untuk kesuburan puan bolehlah hubungi saya. Insyallah moga usaha kecil ni dapat membantu puan. Soffiah (013-4505852)
Assalamualaikum,
Saya berusia 24 tahun dan sudah berkahwin setahun sebulan. Saya disyaki menghidapi PCOS. Sekarang ni saya masih lagi tidak ape yang patut saya buat. Tetapi concern saya adalah untuk mempunyai baby bersama suami. Saya harap puan boleh share supplement ape yang sesuai. Terima kasih
Salam.....puan...sy jugak patient o&g....dlm proses ivf....cuma sy xmelalui proses iui sbb peluang prgnant utk iui 0%....jd doktor murizah mncdgkan ivf...tmbhn pula sy seorg pesakit SLE dan doktor agak bnbang utk jlnkan ivf pada saja kerana bmbang nyawa sy dan baby....tp sy pasrah....sy redha....sy harap ada rezeki sy pada tahunini..doakan sy ye....
salam sis...sy nak tanya selain bayaran yang dalam jadual hospital, ada ke bayaram atau ubatan lain yang kita kena beli sendiri?
Salam Anonymous
Adik baru kawin setahun sebulan dan masih muda.. Tahniah sebab concern awal tentang hal2 macam ni..
Klu PCOS ada kaitan dengan berat badan, selalu doktor akan minta kurangkan berat dulu.. PCOS neh susah dirawat.. kita bole kurangkan saja..
akak dulu tak amek supplement, amek pun selalu sekerat jalan ja..
klu doktor bg ubat apa2 adik makan la ikut aturan..
supplement yang akak penah consume seingat akak shaklee ja..
da masuk perkahwinan tahun kedua, bole buka rekod di hospital.. dari situ follow ja apa saranan doktor
akak doakan adik beroleh kejayaan insyaAllah
Salam Choo Sweetie,
Saya doakan puan berjaya.. Kuat semangat yer puan.. kita insan-insan terpilih untuk ujian zuriat ini.. Saya percaya dengan kepakaran dr. murzah dan team, izin dr Allah perjalanan IVF akan berjaya..
Begini, doktor selalunya akn cerita perkara perkara2 berisiko supaya kita lebih redha jika apa2 terjadi..
yakin, usaha, tawakal.. gudluck choo sweetie
Salam Muis Ismail,
Untuk bayaran selain dalam jadual memang ada
Ubat crinone la yang paling utama kena beli.. ubt utk melindungi embrio yang baru dimasukkan ke dalam rahim
masa saya beli dulu tahun 2014 - 1 kotak rm 300 tahan 15 hari sahaja
penggunaanya bergantung pada keadaan tubuh badan dan embrio ketika itu
saya perlu guna 3 cycle crinone.. mean rm900
klu doktor masih tak berpuas hati dgn embrio penggunaan crinone perlu diteruskan sehingga doktor statisfied..
so bajet crinone tak tentu pada lain-lain patient
yang lain2 tu x der apa sgt rasanya..
Post a Comment