Tuesday, 26 February 2013

Dhuha

Assalamualaikum

Pengisian Rohani

Doa Dhuha
Lirik dan Maksud Dhuha
Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Lirik dan Doa dari : Unic

Monday, 25 February 2013

Sket je eh

Assalamualaikum

ari neh nak citer sket je eh
sebab iolss is fasa-fasa domam
sebab baru sampai dari seromban, nismilan
orang badan lembik mmg cmneh
travel jauh sket da kejung nak pitam sume

hutang dekat blog da meningkat kpd 2 entry
1- pertunangan azfar
2- mirah selamat bersalin

nanti kita bayar hutang okeh

jumpo laie


#####
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo
Siaplah jang oi
Kobau tu tak boghi makan lai


Wednesday, 20 February 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum

Aku penah citer tentang  HIM dan aku rasa aku nak citer tentang him sekali lagi.. ke lagi sekali.. ader beza ker? apa  pun perbedaanya, aku tak akan retype semula.. lenguh jari.. hik..hik..

mana tau kalau dia senang hati dengan entry neh, tak ker ahli syurga aku nanti?? wakaka.. verangan

begini..
pada suatu hari, aku suarakan hasrat aku nak buat treatment kesuburan di hospital memandangkan kami da 2 tahun berkahwin.. membayangkan umo  masing-masing da tua, maka perlu disegerakan.. mana yang berpenyakit boleh dirawat.. lambat cepat proses belakang kira..

kalau da umo nak jejak 30 tahun dan keatas baru nak start treatment, takut nanti masalah lain timbul.. produktif seorang wanita akan bekurang selepas berusia 35 tahun tetapi lelaki sebaliknya.. kilang mereka long last selagi tiada masalah kesihatan yang kritikal.. perempuan neh kilang dia cepat shutdown.. paham? tak faham tanya operator pengeluaran wanita dikilang berhampiran..

melalui pembacaan aku tentang pengalaman orang lain, antara sebab rawatan tidak berjaya disebabkan tiada support dari pihak suami.. dan jujur aku sangat takut akan perkara itu.. personnally im asking my hasben due to this problem.. and his answered is ego.. and again im asking.. kenapa bang..? ye lah.. tecabar la.. mean tak jantan all that

dan jauh di sudut hati, aku sangat beterima kasih pada HIM kerana ironinya dia da jatuhkan ego dia demi aku..

Ya Allah..
Lindungilah lelaki ini..
Dari setiap apa jua perjalanan hidupnya
Berkatilah kehidupan kami
Ringankanlah ujian untuk kami
Untuk terus hidup dalam naungan-Mu 

Terima Kasih
Cinta Matiku- Hazwan

Monday, 18 February 2013

Tepuk dada, apa dada jawab

Assalamualaikum

Nak gitau, akak baru balik dari pejabat pos
time parking lagi hati bebisik.. ramai neh

skali betol..
no akak 1096.. no tertera adalah 1044
panjang lagi

maaf na.. blackout plak
sila tunggu 20 minit
1 suara berkumandang dari dalam kaunter

huh
tunggu ke tak..
sambil kira org yang kuar dari pejabat pos
melangkah sambil membentak
kesian

ambek no neh.. kak nak balik da # sambil selit no celah jari
ha???

sembunyik-sembunyik tenguk no
buat jahat kena sorok

no.1066
nak potong line ke tak

tepuk dada
apa dada jawab

Sunday, 17 February 2013

Housemate

Assalamualaikum

minggu lepas tengah buat keja, aku dapat msg dari Mah, ex-housemate aku..

mah : ang keja kan arineh (merujuk hari Selasa sbb most negeri cuti CNY)
aku  : keja.. awat?
mah : aku nak p tenguk ang, aku nak p borong din
aku  : oke..oke.. habaq kat aku klu di bwh

teharu okeh, tahap nak cium pipi mah.. tak sangka lak bila aku turun tu bukan takat mah ja ader, syam ngan bedah pun ada skali.. reunion suda!!!

nostalgia

kalau da kata gaji d kl tu cukup-cukup mkn jer, jgn la mimpi nak duduk slesa sewa 2,3 orang.. mau ragut rumput nanti hujung bulan.. kalau dapat murah pun, kompem-kompem lrt, komuter jauh.. mcm aku dulu, umah rm700 (2 bilik 1 toilet) stay 6 org.. tu pun da syukur sgt sebab transport mudah, nak-nak ke opis just 1 stesen jer.. 

privacy neh jgn citer la.. banyak tak der dari ada.. celah mana nak dtgnyer privacy klu umah baik sket dari bangla keja kontrak tu, tp dlm pada ketidakselesaan, macam-macam aku blaja.. Syukur!!

banyak perkara kena consider kalau kau menyewa reramai neh, dan aku pecaya klu sesiapa yang ada baka-baka hj bakhil tu, better jgn sewa reramai.. sewa reramai potensi nak berkongsi barang adalah tinggi.. jgn tekejut kalau arineh beli megi 5 bungkus esok da lesap.. kompem kau tak sanggup..abes lama sebulan, tu pun sebab ase sayang duit bulan tu kau da bayar..

itu belum masuk aspek kebersihan.. yang neh bole bawak gaduh.. tak mustahil kuar umah sewa semata-mata sebab aspek kebersihan.. aku penah alami benda alah neh, tapi lom sampai tahap nak bepindah.. pendam jer perasaan, cuba befikir secara rasional.. deposit, kwn baru, angkut brg,sewa lori, enviroment baru.. dats da reason !!!

jgn la citer dgn aku bekira kudrat or wat not.. tp kalau kau la hari-hari angkut sampah buang, kau la cuci toilet, kau la sapu sampah, kelaut ikhlas tu dik non..  selagi tak cakap, selagi tu la tak de tepikir nak buang sampah..

ape pun, my osmate is the best ever.. cemana pe'el pun leh layan lagi.. sebab aku penah jumpa umah sewa y osmate sndiri pun tak kenal.. bakul sampah sampai 3,4 jenis..motip?? sendiri punya sampah..sendiri buang.. tu tak masuk bekas bwg, botol minyak segala.. bejenis-bejenis.. setiap 1 mewakili seorang penyewa..

giler ahhh

kesimpulan, duduk umah sewa memang happening bagi housemate yang ader hati perut.. macam adik-bradik lain mak bapak asing gitu.. bab sentap-menyentap tu adatlah.. jangan amek hati sgt.. kalau kita pandai bawak diri, pandai hormat org, tak de nak bekira keja, insyaAllah, memana kau dicampakkan kau bole hidup..

miss all my ex-osmate.. lebiew







Thursday, 14 February 2013

The Expired Story ~ Blackout

Assalamualaikum

episod akhir

Akhirnya sampai jugak kepada last episod ye dok.. tahniah kepada diri sendiri.. Sebenarnya tak der benda sangat pun sampai nak kecoh kat blog, tp disebabkan benda neh pestime jadi kat aku kan, so tingin jugak nak citer..

alkisah, aku ngan mak beli barang kat Alor Star Mall , dalam pacific.. time tu orang bole tahan ramai sebab persiapan raya cina.. masa di kaunter nak bayar tetiba 1 mall tu blackout dan berlaku jeritan secara serentak

aku kan minah gelabah, terus kejung, pegang tangan mak aku.. ader kot bergelap dalam 2 minit, lepas tu lampu emergency menyala la sket membantu mententeramkan situasi

kelam kelibut staff cashier dekat sana nak betulkan semula keadaan.. Alhamdulillah, lebih kurang 10 minit keadaan kembali seperti biasa

mari kita pikir dalam tempoh 10 minit apa bole berlaku

1- kecurian..
zaman sekarang, orang tak jujur tu lebih banyaaaaakkkk dari yang jujur.. dlm tempoh 10 minit kurang-kurang barang-barang kecik neh simply bole masuk dalam kocek tak pun handbag.. tak perlu ramai.. kalau 15 org buat hal macam tu pun da cukup buat mall tu rugi

2- penculikan
nauzubillah.. minta dijauhkan.. anak-anak bila da gumbira masuk mall mana nak pegang tangan mak ayah neh.. bekeliaran la keje nyer.. mak ayah neh lak, kalau nampak kelibat anak sipi-sipi pun no hal lagi.. andai ada individu busuk hati time tu.. cemana la kan.. ehh... jangan la pikir

3- kerugian
kompem tauke pacific tu merasakan tahun ular neh membelit rezki dia.. ke bole cover insurans??? hahah.. tak pasti la kan.. sabar aa tauke.. ini jam saja maaa.. hali-hali lu bikin untung wattt

4-perpeluhan berlebihan
hanya melibatkan technician je kot.. jenuh la nak menjawab kat org atasan.. kurang-kurang notis betulis tu kompem da.. berkarang la dik non.. selagi alasan munasabah tu kira bole lah




Wednesday, 13 February 2013

The Expired Story ~ My Malaysia Beautiful Day

Assalamualaikum

Masa memula dimaklumkan tentang benda alah neh aku ngan kak fizin cuak gila.. arahan mula dari ibu pejabat kedah, cawangan guar chempedak kena handle porgram neh serentak di Yan dan Pendang.. 

we are like WWWWHHHHAAAAAATTTTTTTT

tak cukup dengan itu, kami dimaklumkan pulak setiap daerah kena cari lebih kurang 500 penyertaan belia..

dan kami sekali lagi 

DDDOOOUUUBBLLEEEE WHHHHHAAAATTT

nak nanges pun yer, nak pitam pun yer.. sama banyak.. suka eh di ingat kat sini, kawasan kampung di yan/pendang neh, kalau dicabut sekolah dan institut kemahiran dari setiap daerah yang tinggal hanya orang tua.. ya veteran.. di ulang veteran..

anak-anak muda sume da migrate ke bandar paling tidak di Pekan Alor Star atau Sg Petani.. 

bermuzakarah la jugak aku, kak fizin n pengurus cawangan pikir cemana la kita nak handle benda alah neh.. bayangkan kami hanya 9 org staff.. nak minta tolong dari cawangan len diaorg pun sama terlibat di daerah memasing..

time bepencak silat telepon org majlis sume, kami dimaklumkan Majlis daerah lak yang handle.. kami Perbadanan hanya membantu dari segi dana.. time tu sujud syukur la kami di cawangan neh..

bertarikhkan 3.2.2013, Aku, Shai,Azi dan Maswan bertugas di Pendang, Pak lang, Anba, Kak liza n En Ali bertugas di Gunung Jerai Yan.. Kak Fizin jadi mak guard jaga opis

Program ini berjaya tak?

hehehe.. no komen



ini bukan belia.. ini lewat belia

kami pilih nak bersihkan surau kat arked pendang neh, walaupun bukan dlm kawasan list untuk pembersihan.. keadaan surau sangat berdebu dan berhabuk.. macam betahun org tinggal, sedangkan byk kedai area tu, x de sapa amek tahu.. poor surau.. semoga amalan kami yang tak seberapa diterima Allah.. 

bersambung..

promo episod seterusnya


Tuesday, 12 February 2013

The Expired Story ~ Langkawi With Love

Assalamualaikum
                                                      Episod 3

Tahun lepas, seingat aku tak da lawatan/becuti secara duet laki bini yang dijalankan.. jadi otak aku tak bekembang, statement bila balik dari becuti ilmiah sangat la otak aku neh.. nan hado..
so, bila da hujung-hujung tahun lepas aku da merempan-rempan dekat laki aku nak juga bejalan-jalan dengan dia.. tak kisah la ke mana pun, janji jalan.. konsep dia cmneh, aku tak kemana pun duit habes, kalau kemana-mana pun duit kompem-kompem abes juga..  baiklah kita bejalan..

pikir punya pikir, kata putus dibuat.. Journey to Langkawi.. set time sume sambil mengambil kira bukan cuti skola, bukan cuti kelepasan am, bukan cuti peristiwa sume.. bole save bajet.. peringatan.. LIMA D LAngkawi akan bermula  awal bulan Mac.. harga hotel, sewa akan berkali-kali ganda mahalnyer.. be prepared..

3h 2m.. cukup buat kami pusing 1 langkawi.. tidak termasuk pulau-pulau.. memang mcm tu pun perancangan.. tiada aktiviti air.. sedangkan boat ke langkawi yang besar pun aku da lalok, nak-nak boat kecik-kecik neh.. tercemar  hidupan laut dengan muntah aku nant..

berbalik kepada percutian aku tu, kami gerak ke langkawi ari Rabu sehingga Jumaat.. 30hb Jan-1st feb..

sedikit tips dari aku :-

hotel
bagi yang niat nak berjalan sehari suntuk di langkawi, better amek hotel yang biasa-biasa saja.. yang x der bekpes pun x per.. sebab mknan d langkawi murah.. x der mahal mana.. klu time cuti skola, aku x sure.. amek semalam 60-80 hengget pun oke..sebab balik sekadar tido jer.. tp klu y berfamily anak 2-3 itu lain citer.. keselesaan anak perlu amek kira sbb klu anak da mengamok nanti x cukup tdo, takot-takot sampai kesudah mak ngan anak kat bilik jer.. bapak-bapak jer jalan

keta sewa
better sblm g sna dptkan siap-siap no cntact keta sewa.. mcm aku neh, laki aku da booked ats recomendation kwn dia.. tup..tup sampai sna ckp keta sewa y mahal jer ada.. y murah-murah da abes.. hangin jugak la.. kebetulan time tu mmg ader agen keta sewa bekeliaran kat situ, so we all gamble jer.. deposit rm 100.. deposit neh wajib oke, sila bwk dwet tmbahan.. behati-hati dgn agen.. time nak sewa, mulut memang manis.. time nak hantar keta, tetiba ckp letak kunci d kaunter.. bila tanya bab deposit, buat-buat lupa.. jgn bg kunci keta selagi blom dpt deposit.. klu agen byk bunyik ckp jer.. kita buat serahan kat balai.. senang citer

payung
panas cik kak.. sedangkan aku dan laki da tua bangka pun tak tahan panas, apetah lagi bebudak.. sian deme.. beli la topi di pekan kuah tu.. tak mahal mana..

shoping
nasihat neh dituju buat aku jugak.. survey bebetol.. mostly tshirt souvenior aku beli d pekan kuah tu.. tp bila survey di area beras terbakar, mostly brg dia lebey murah.. x jauh beza price dia, tp bg aku golongan marhen neh kira nak meratapi jugak la.. 1 lg di area makam mahsuri.. mak aku ckp murah jgk.. aku x singgah pun.. klu periuk belanga n cekelet tu ismail group n idaman suri  jadi pilihan..

gps
sapa ader sila bwk.. sangat membantu.. mcm laki aku, dia pakai sekali jer utk kenalpasti tempat, lepas tu nta memana dia campak.. signage pun byk.. dun worri

penat citer.. layan pic lak








 abang kawasan


       gambar adelah berterabur.. sila salahkan orang baju putih di atas.. #tetiba

promo episod seterusnya





Thursday, 7 February 2013

The Expired Story ~ Bowling Nite

Assalamualaikum

Episod 2

Perancangan nak main bowling suda lama, dan penglibatan sepatotnya adalah dari semua anggota cawangan PPSPPA Kedah. Malangnya perancangan hanya tinggal perancangan, maka dengan rasa kesalnya, kami cawangan Guar Chempedak yang berhati pailang neh, teruskan juga dengan misi nak bermain bowling.. Gelombang Semangat Cawangan (sambil lagi we are the champion berkumandang)

bagi tidak kelihatan lembik di saat bermain bowling, sesi pengisian perut di mulakan di sini

 Lokasi : Belakang bangunan Kedai Mamak Nasmir, 
hadapan rumah mewah Sg Petani..
 senang citer di tesco sg petani
rate makan : 5/5 sodap 
harga : berpatutan 




 Juara Longkang

KAMILAH JUARA SEBENAR
Jatuhan pin terbanyak MASWAN

Lokasi Bowling : Amanjaya Mall, bebetol di exit higway Sg petani, 
kalau dari selatan exit yang kedua, kalau dari utara exit yang pertama

bersambung...

promo episod seterusnya


Wednesday, 6 February 2013

The Expired Story ~ Bakal di Tayangkan

Assalamualaikum

Aku baru balik dari pengambaran sinetron.. Tajuk The Expired Story.. lama pengambaran kali ini.. banyak episod lak tu.. Kalau citer Setia Hujung Nyawa view rate dia dekat bejuta penonton.. aku pun apa kurang.. 0.000000000005 juta.. janji juta.. gituw

Episod 1 ~ Maulidur Rasul
Episod 2 ~ Bowling Nite
Episod 3 ~ Langkawi wif love
Episod 4 ~ My Malaysia Beautiful Day
Episod 5 ~ Blackout

amacam banyak ke tidak?

Episod 1

Aku tak penah join Majlis Maulidur Rasul kat taman aku neh, selalunya mak ayah aku jer warga tetap dan berpencen.. Alasan tiap kali mak aku ajak? Malu lah.. ok.. alasan kukuh

Tapi tidak pada tahun ini.. mungkin merasakan faktor diri da tua maka tahun neh aku join.. bertarikhkan 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H aku dan penduduk Taman Bersatu Simpang Empat sama-sama berarak sambil berselawat ke ats Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.. 


 ummi wa abi (kata maulidur rasul arab sket)

 sebelum melepas.. eh berlepas

dibekalkan ini.. sila jangan mulut jer tekumat kamit..suara tu kuar sket

 perarakan bermula
 dibekalkan ini juga.. eh?
 abi, ummi wa ana
 sampai suda masjidnyer

 al jawaher
malu tapi mahu

bersambung......

promo episod seterusnya


 bowling nite

Tuesday, 5 February 2013

Ada Apa Dengan 2


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Fanis & Hazwan
Doakan semoga berkekalan hingga syurga
SETIA HUJUNG NYAWA

Monday, 4 February 2013

Commercial breaks

Assalamualaikum

OhhhhhhhhHoooooooooiiiiiiiiiii ( pastikan baju anda bergemerlapan)

Gila lama aku tak update

janji..

minggu neh pasti ada...

cuma ambil masa

entahkan bila..


tggu saja


aku masih dalam fasa

malas tak tentu hala

bye dari aku..

setakat ini

itu saja

maaf dipinta

ntah hapa-hapa








Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...