Assalamualaikum
Kalau cakap bab tikus neh tengah taip pun da rase geli geleman.. dan - dan tepikir tikus yang belari tetonggek tonggek kat longkang kat kedai mamak yang kita makan roti canai ngan teh tarik yang sedap nak mampss tu.. muehehe
jangan tepedaya dengan cik ti neh.. kena sebut cik ti yer.. kalau sebut nama penuh nant lagi banyak cik ti neh kat umah.. kannnnn.. khurafat sangat
demi kesejahteraan mashalahat (ayat) bebaru neh ada kempen perangi tikus secara besar-besaran.. kompem tikus konpius.. apa kejadah aku popular sangat neh.. 1malaysia plak tu.. siap pelancaran bagai.. sekali dgn tshirt ada lambang tikus.. keh..keh..keh
program neh berlangsung secara serentak di semua negeri yang terlibat dibawah kelolaan PBT dan Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan.. fuhhhh penat nak taip nama majikan sendrik
bertempat di Kawasan Peranginan Titi Hayun Yan, aku ngan bebudak opis pegi la beramai-ramai secara paksarela.. aktiviti dia simple jer.. g daftar amek tshirt sapu seba sket dapat makan cabutan betuah.. da settle.. tp disebabkan kitaorg kena jg booth so x der makna nak mencakar cakir (cakir?) kat kawasan tu.. lepak booth suda..
semoga dengan kempen ini menaikan kesedaran sivik tikus-tikus untuk tidak kencing di merata-rata :)
warga kerja import khas dr PLKN.. adik-adik sapu yer.. akak-akak memerhati sajo.. kalau bekenan bole lantik jadi adik angkat.. wakaka
No comments:
Post a Comment