Sunday, 30 September 2012

2 in 1

Assalamualaikum

Cerita 1
Kalau citer bab gaji, bukan kita jer yang bekerja neh suka, org tak keja hatta yang tak der kena mengena pun tumpang happy.. punya la meriah bila masuk bab gaji neh.. tak kisah la gaji ko sikit ker, banyak ka.. yang penting tiap bulan mesti singgah ziarah mesin atm tu.. so bagi memberkati gaji aku yang secoet tu aku bwk mak ayah makan kat Alor Star Mall.. macam biasa ayat mak ~ kita p makan tang lain la dik.. mahai neh satg.. makan tak tara mana pun (Oh My Mum)

dari kiri : kueyteow + air soya cincau= rosak perut dan tekak.. kalau kombinasi menu neh aku memang fail.. ekceli food tu sedap tp drinks aku salah.. rasa mual.. kalau aku amek air masam2 sket ase lagi elok kot
air kosong + cendol = jimat.. hehe.. ayah aku nak makan itu.. biarin aja.. katanyer baru pas makan knuri tahlil so nak makan lite2 jer..
white coffe + prawn mee = sedap.. sebab at last aku tukar dishes ngan mak aku.. ke memang aku neh jenis dengki tgk menu org len sedap dari aku T__________T
 ader ala2 poster Untuk 3 Hari tak? bab2 nak cilok serah saja

Cerita 2
Bebaru neh kat PISA ( aku x sure apa nama penuh dia tp kat Penang) ade wat PC Fair.. Adik ipar aku Mie nak beli hard-disk.. so kami berjemaah 4 ahli rombongan pegi la ushar2 Hard disk aper yang seswai.. kalau di Penang, pameran PC Fair ker henpon ker memang meriah ala2 Jom Heboh.. 

nak dijadikan cerita, ketua jemaah rombongan a.k.a laki aku tenampak lak port untuk sesapa nak derma darah.. dgn selamba dia berkata ~ Mie.. pasneh cari hard disk kita derma darah nak.. da lama kita tinggal derma darah neh..

Kemain semangat laki ahkak.. kalau aku bukan takat nak derma darah aku pikir limaplohlima kali..nak test darah ujung2 jari pun aku risau.. tapi memang ditakdirkan aku tak bole derma darah.. aku tak kejam wehhh.. aku da penah test  nak derma darah.. alih2 kakak misi cakap darah aku neh jenis cair.. so x der pekdah nak derma.. ok fine.. aku kasik darah aku kat nyamuk jek..


itu adik ipar aku..kembang kucup nak derma darah.. 
aliran darah adik ipor aku lambat sket mengalir.. SALAH cucuk katenyer
amboi2 akak baju merah.. ko cucuk tu ANAK ORANG eh.. bukan ANAK PATUNG
pastu buat2 pelik lak asal lambat sangat nak cukupkan 1 pain darah.. orang nak derma pun da cukup baik tau..
 Jenis darah : B..Bangsawan.. Ko ader?

Ini ler Ketua Jemaah yang semangat nak derma darah tu.. Ayat2 laki aku time derma darah neh macam besalah giler kalau dia tak derma darah.. Tak paham aku.. Kalau la rakyat Melesia sesemangat laki aku ngan adik ipor.. nta2 Melesia da jadi hub derma darah paling terbesar di Asia.. 

Sepanjang 20 minit laki aku derma darah tu, tak der makne nyer aku nak duduk kat kerusi menunggu.. aku stay sebelah laki aku.. punya la hover.. itu baru ciri-ciri laki aku derma darah okeh.. kalau dia kata nak derma  organ mau aku pitam bangun pitam bangun

Tuesday, 25 September 2012

Taklimat Kitar Semula di SMK Tokai, Pendang

Assalamualaikum

Siapa perasan dekat side bar aku sumer berkaitan kitar semula.. tapi x der lak aku gtau aper niat dan tujuan aku kategorikan sedemikian rupa.. ewahhh ayat.. ekceli, itulah antara agenda tempat aku keja skang neh perjuangkan.. Perjuang oke.. KITAR SEMULA FIKIR DULU SEBELUM BUANG
Dari nak bejuang dengan Amb*ga LGBT yang x der pekdah, baik pejuang Kitar Semula neh.. Negara pun bersih, duit pun bole dapat..

Adat la kan.. benda baik neh, kalau nak di suruh susah kemain.. Boleh tengok Tong Kitar Semula tu.. bukan main suke hati jer nak sumbat itu ini.. sesak perut tong tu dengan macam-macam benda.. kesian cik tong 3 warna tu..

Antara program PPSPPA adalah mengadakan taklimat di skola-skola.. Thanks bebanyak kat SMK Tokai, Pendang sebab sudi memberi feedback tuk buat program neh.. Banyak skola yang kami antar surat tuk wat taklimat, tp skola neh la y sudi terima kehadiran kami (lap air mata)

Sesampai jer kami (incik Ali, Kak Fizin n aku) kat skola, Cekgu Asma yang handle kitar semula sambut kami.. Thanks for da warming welcome.. owh x lupa cekgu Hajar..

Alhamdulillah sume bejalan lancar, taklimat di sampaikan oleh incik ali, n QnA session aku take over.. kalau aku y take over memang taklimat tu da jadi funfair.. suke hati aku nak wat aper pun.. bg bebudak njoy sket..

Malas citer.. tengok pic suda.. Maafkan saya.. ini gaya aku malas citer da lebey 80 patah perkataan.. kalau aku rajin.. bole wat tesis da gamak nyer

 the boys
 the girls
 form 1,2 n 4 boys n girls
 the incik ali
 ape la akak depan neh merepek neh?

 the giant girl




 the cekgus

from left cekgu asma, cekgu hajar me, kak fizin n incik ali


Sunday, 23 September 2012

Cerita dari bendang

Assalamualaikum

Lokasi : Kg Kepala Parit, Tokai
Kategori : Kawasan Kampung

Hari neh nak cerita dari bendang .. tau aper bendang? Bendang tu kawasan sawah padi (x kan nampak pokok padi sebab bukan musim dia)

Bagi orang-orang bandor.. x kan nyer jumpa tapak sawah neh tengah2 Key Ell mahupun  tengah Penang (sebelah pulau).. sebab kawasan sume tumbuh ngan pokok bangunan sahaja..

Al-kisah, pak mentua aku kalau mai umah aku, antara benda yang dia x kan lupa selain medicine kit adalah pukat jala.. nun dari Penang dia usung.. sebab bab2 memancing memang tesemat dalam diri.. Nama pun stay pulau kan tp tak stay bendang..  Maka nak test skill di bendang lak..
Dimanakah bendang neh? just jalan kaki dari umah aku shja.. tapi kami x jalan pun.. haha.. sayang lelemak kekdahnyer..


depan tu bukan sungai yer adik2.. tapi tapak sawah yang digenangi air


 kelisa megah di tengah sawah..

 pak mentua aku dgn pukat jalanyer.. tarik ayah..tarik..

 nak antar masuk paper.. agak2 menang brapa henget? seni tak..seni tak..

 penyeri bendang.. amin n athirah



                                         penyeri parit bendang T_______T

 sekawan? sekumpulan ? selembu?

 ader niat nak tahan budak tu.. nak pinjam beskel dia..
  hi.. im sapi

 spek mata sapa mahal skang neh.. cakap..cakap.. hehe

 walaupun minatang neh serah diri di pukat jala.. kami totap tidak pandang

itu y aku cakap x de pokok padi.. skang musim bajak sahaja

Thursday, 20 September 2012

Bagaimana pula kita

Assalamualaikum

Aku tak  penah tahu tentang blog Warkah Buat Isteri sehingga ada terpapar dlm paper.. kadang2 aku jenguk jugak blog neh sambil berdoa wife si Abil neh sembuh dan kalau aturan hidupnya akan begitu, aku doakan si Abil neh tetap pendirian nak jaga wife dia.. bak kata orang tua-tua itu "habuan" buat si suami.. Sama-sama kita doa moga ada sinar pada diaorg hasben n wife

Itu Fauziah.. mendapat suami setabah dan sesabar itu.. bagaimana pula kita? waktu senang segalanya indah.. di kala ujian mendatang mcm mana pulak nasib kita..

Bahagia Sampai Syurga

Bagi aku yang sedia kememeh neh, aku amat mementingkan sokongan dan perhatian.. Tak kira lah perkara itu kecil atau besar, kesannya pasti ada.. Mungkin kita anggap perkara itu biasa2 buat kita, tetapi tidak biasa buat yang lain.. Sokongan dan perhatian akan membuatkan seseorang itu akan rasa sentiasa di sayangi dan dihargai.. Tidak perlu wang ringgit yang banyak, dengan genggaman erat tangan suami/isteri  mampu melahirkan rasa ketenangan, dan rasa selamat pasangan.

Gently reminder buat aku dan yang lainnya.. Usahakan memberi sokongan kepada pasangan.. tunjuk rasa simpati atau perhatian pada setiap keluh kesahnya..Tiada yang lebih membahagiakan selain mendapat sokongan dari yang tersayang..






Monday, 17 September 2012

Cabaran

Assalamualaikum

seminggu sudah rutin harian aku agak mencabar.. penat usah di tanya.. kehulu kehilir membawa agenda.. sangat ;p

cenggini.. 4 bulan sudah aku dipilih sebagai kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif Kreatif) benda alah neh kalau ko tanya memana penjawat awam confirm diaorg tau.. dan memasing menolak satu sama lain utk melibatkan diri dlm kumpulan neh..

 ini 4 bulan suda.. semangat ketika itu sahaja..

ko bayang dlu2 time studi lecturer bagi assigment.. suka? tak kan.. gitu la konsep KIK.. kena cipta produk (tangible or intangible), dokumen kan, slidekan dan presentkan.. 4 bulan suda juga kami telah diingatkan bahawa selepas raya Konvensyen KIK akn bermula.. tetapi melayukan mudah lupa..

beh kurang 3 hari nak KIK baru kumpulan kami gelabah macam lipas kena sembuq ngan shildtox..KIK berlangsung pd 11hb dan 12hb (selasa & rabu) sume benda baru nak buat.. time2 neh masing-masing da berfikir luar dari kotak pemikiran..

aku-     li, kak fanis ase kan, kalau bole nak ja pejam mata pastu celik da ari kames
fadzley- sya pulak kak fanis kalau bole celik2 ja hari pencen saya

melampau betol.. even dalam tekanan kami masing2 bole gelak2 lagi.. nampak mcm tak serius bekerja, hakikatnya cuba utk tidak terlalu tertekan..

merasa la kami ahli2 kumpulan KIK balik dari opis selepas kol 6..

on da way kami bertolak ke KL, kami diberitakan kump KIK dr Kedah kena present no.2.. apekah..apekah..apekah.. time tu ase2 nak patah balik pun yer.. suda la persiapan ala kadar, kena bentang no.2.. masak la kami kena sembur dgn panel

hari dinanti telah tiba.. aku selaku presenter bersama ketua kumpulan en azmi makin terasa debarnya.. jam 10.30 pg persembahan kump 1 akn bermula.. di ikuti kump USG (Utara Smart Group) smart sgt.. hehe..

kump pertama da cukup saiko.. panel juri tanya soalan mmg byk dah merangkak2 kump 1 nak menjawab.. berdoa shja kump kami tdk di soal bertubi2.. kalau soal jugak kami jamu panel dgn asam kelubi..

Alhamdulillah.. sumer berjalan lancar.. soalan dari panel kami "goreng2" sesedap rasa.. tidak masin, tidak tawar.. asal sedap di tekak panel juri , itu suda memadai..

sampai di sudut pameran kami kembali resah.. meja jiran dikiri kanan indah berhias.. segala prototaip di pertonton.. bunga nya, bannernya, sudut info nya penuh di tampal kertas dan kadbod..

kumpulan kami? kain meja disumbangkan oleh KIK dr kumpulan Perlis (ini lah erti sebenar negeri jiran) hiasan bunga di cilok dari kaunter receptionist.. aku menggunakan keramahan aku selaku ex staff di HQKL.. info2 perbentangan kami ke bhgian korporat untuk print..

terbaek bukan.. hari ke 2 keputusan di umumkan.. kami memang tidak menaruh apa2 harapan setelah melihat kumpulan selepas kami hebat2 belaka.. doa kami hanya 1.. asal tidak mendapat tempat terakhir suda la..

kami tempat ke 5.. oke wat?????? pulang dengan rasa bangga.. we re deserved it.. kalau pun ader tmpat 1-3 kami isau kami difitnah kelak.. mana tahu dikatakan kami sogok panel dengan asam kelubi.. 

nant nak telefon ketua kumpulan.. minta beliau membuat surat pembubaran KIK.. supaya kami bole senang lenang thn hadapan.. memberi peluang kpd yang lain utk membina kumpulan.. yang bole memberi harapan..
 barangan tajaan : kain alas meja dari Kump KIK Perlis, Bunga dari Bhg. Korporat

 pameran jiran yang saiko kumpulan kami =,=

 dari kiri ahli KIK Kedah.. aku, ilza dan hasyir di belakang.. yang ngantok sgt tu dr Perlis.. Nida
 me n Pengarah Kewangan a.k.a ex boss aku hehe
 panel melawat pameran kumpulan 1

 pameran jiran yang lainnya.. see.. saiko bukan?


 sesi mengoreng bermula.. hasyir dan ilza sedang entertain panel


Monday, 3 September 2012

Fikir Sejenak

Assalamualaikum

Aku tak pasti kenapa perlu aku memikirin lagi suasana masa aku bercuti di Pantai Merdeka. Actually aku tak detailkan suasana sebenar aku jejak tapak kaki ke sana dalam previous entry. Sebab rasa tak de kena mengena dengan aku pun.. tapi tetiba perasaan nak bercerita tu tinggi pulak.. Begini kisahnyer (sambil pegang dinding membelakangkan kemera) 

aku tak pernah tahu keadaan Pantai Merdeka sgt happening bila sambutan Kemerdekaan.. aku hanya membayangkan orang yang mungkin sedikit ramai ( sikit ke ramai) sbb masing2 nak amek kesempatan cuti 3 hari.. tapi sampai-sampai aku kat sana orang memang ramai gila.. siap ader karnival bagai..

tak pe la.. masing2 nak meraikan kemerdekaan kan.. Well.. we are Malaysiaan.. semangat tu biar tinggi tak per.. walau bagaimana pun (penanda wacana sgt) aku begitu sedey dengan keadaan anak-anak muda dekat situ (itu yang kata x da kena mengena sbb aku da tua..tua) dengan para gadis nya.. buat kan aku rasa cukup "tesiksa" 

maaf kan aku kalau aku salah judgement hanya sekali imbas pandang.. tapi dari pandangan orang tua ini amatlah tidak manis kalau hanya ader 2 atau 3 orang perempuan shj di dalam kelompok para lelaki bermotosikal yang lebih dari 10 org.. aku pulak tumpang susah hati kat bebudak perempuan tu..

aku tahu para rempitan neh ader yang baik.. tapi yang tak bahik tu.. caner.. keselamatan gadis2 yang bonceng tu.. selamatkah?  aku terbayang kan kalau cerita-cerita dalam berita, suratkhabar yang tak elok jadi kat gadis-gadis neh.. alahai.. mohon dijauhkan..

pada gadis2 di luar sana jagalah keperibadian mu.. jaga diri sebaik2 nya.. serahkan diri kepada yang selayaknya (suami).. sebab apa yang aku lihat masa tu amat-amat menakutkan..

carilah pasangan yang benar2 bole menjaga diri dan maruah kita.. macam laki ahkak.. macam yer.. bukan pilih laki ahkak.. wakakaka


laki ahkak menjaga tangan-tangan wanita supaya tak terjadi macam cerita ragut bebaru neh.. ko tenguk 2 handbag dia galas.. beg aku ngan mak mentua.. hehe.. itu y di kata bole jaga diri kita bukan diri dia.. eh? 


Merdeka Di Pantai Merdeka

Assalamualaikum

Semangat ahkak fanis neh sambut Merdeka yer tahun neh.. Sangat patriotik :)
pasneh jangan tanye kenapa ringtone tepon aku lagu "Jalur Gemilang"  tak pun "Untukmu Malaysia" ker "Bahtera Merdeka" klasik sket.

Butir-butir percutian adalah seperti berikut :-
(tak pembantu tadbir ar kalau ayt x ikut format surat)

Lokasi: Pantai Merdeka, Kedah
Tarikh: 31 Ogos - 1 September (sebulan yer percutian neh)
Penginapan : Joran Homestay (3 bilik tanpa a/cond,ruangtamu,balkoni,dapur)
Ahli rombongan: aku + laki aku
                          : Mentua (ayh, mak, wawa,mi)
                          : pak njang (hasben + wife beserta 4 anak-anak)
Halangan  : Air x dak bermula jam 4ptg -12 mlm pd 31/8/2012 (apekah)
                   Laut x bole mandi sebab air surut (apekah ader lg erti percutian    
                   bagiku)

Lampiran dan keterangan:

 suasana matahari terbenam credit pic to hazwan ( konon seni ar neh)

 bakor2 time..

 santai bersama kaki pancing

 sesi penyusutan wang

ahli rombongan

 ruang tamu dan sebahagian bilik

kami telah berjanji andai salah seorang dari kita tidak kurus maka biar lah kita sama-sama kekalkan bentuk badan sedia ada

                                     

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...