Monday, 17 September 2012

Cabaran

Assalamualaikum

seminggu sudah rutin harian aku agak mencabar.. penat usah di tanya.. kehulu kehilir membawa agenda.. sangat ;p

cenggini.. 4 bulan sudah aku dipilih sebagai kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif Kreatif) benda alah neh kalau ko tanya memana penjawat awam confirm diaorg tau.. dan memasing menolak satu sama lain utk melibatkan diri dlm kumpulan neh..

 ini 4 bulan suda.. semangat ketika itu sahaja..

ko bayang dlu2 time studi lecturer bagi assigment.. suka? tak kan.. gitu la konsep KIK.. kena cipta produk (tangible or intangible), dokumen kan, slidekan dan presentkan.. 4 bulan suda juga kami telah diingatkan bahawa selepas raya Konvensyen KIK akn bermula.. tetapi melayukan mudah lupa..

beh kurang 3 hari nak KIK baru kumpulan kami gelabah macam lipas kena sembuq ngan shildtox..KIK berlangsung pd 11hb dan 12hb (selasa & rabu) sume benda baru nak buat.. time2 neh masing-masing da berfikir luar dari kotak pemikiran..

aku-     li, kak fanis ase kan, kalau bole nak ja pejam mata pastu celik da ari kames
fadzley- sya pulak kak fanis kalau bole celik2 ja hari pencen saya

melampau betol.. even dalam tekanan kami masing2 bole gelak2 lagi.. nampak mcm tak serius bekerja, hakikatnya cuba utk tidak terlalu tertekan..

merasa la kami ahli2 kumpulan KIK balik dari opis selepas kol 6..

on da way kami bertolak ke KL, kami diberitakan kump KIK dr Kedah kena present no.2.. apekah..apekah..apekah.. time tu ase2 nak patah balik pun yer.. suda la persiapan ala kadar, kena bentang no.2.. masak la kami kena sembur dgn panel

hari dinanti telah tiba.. aku selaku presenter bersama ketua kumpulan en azmi makin terasa debarnya.. jam 10.30 pg persembahan kump 1 akn bermula.. di ikuti kump USG (Utara Smart Group) smart sgt.. hehe..

kump pertama da cukup saiko.. panel juri tanya soalan mmg byk dah merangkak2 kump 1 nak menjawab.. berdoa shja kump kami tdk di soal bertubi2.. kalau soal jugak kami jamu panel dgn asam kelubi..

Alhamdulillah.. sumer berjalan lancar.. soalan dari panel kami "goreng2" sesedap rasa.. tidak masin, tidak tawar.. asal sedap di tekak panel juri , itu suda memadai..

sampai di sudut pameran kami kembali resah.. meja jiran dikiri kanan indah berhias.. segala prototaip di pertonton.. bunga nya, bannernya, sudut info nya penuh di tampal kertas dan kadbod..

kumpulan kami? kain meja disumbangkan oleh KIK dr kumpulan Perlis (ini lah erti sebenar negeri jiran) hiasan bunga di cilok dari kaunter receptionist.. aku menggunakan keramahan aku selaku ex staff di HQKL.. info2 perbentangan kami ke bhgian korporat untuk print..

terbaek bukan.. hari ke 2 keputusan di umumkan.. kami memang tidak menaruh apa2 harapan setelah melihat kumpulan selepas kami hebat2 belaka.. doa kami hanya 1.. asal tidak mendapat tempat terakhir suda la..

kami tempat ke 5.. oke wat?????? pulang dengan rasa bangga.. we re deserved it.. kalau pun ader tmpat 1-3 kami isau kami difitnah kelak.. mana tahu dikatakan kami sogok panel dengan asam kelubi.. 

nant nak telefon ketua kumpulan.. minta beliau membuat surat pembubaran KIK.. supaya kami bole senang lenang thn hadapan.. memberi peluang kpd yang lain utk membina kumpulan.. yang bole memberi harapan..
 barangan tajaan : kain alas meja dari Kump KIK Perlis, Bunga dari Bhg. Korporat

 pameran jiran yang saiko kumpulan kami =,=

 dari kiri ahli KIK Kedah.. aku, ilza dan hasyir di belakang.. yang ngantok sgt tu dr Perlis.. Nida
 me n Pengarah Kewangan a.k.a ex boss aku hehe
 panel melawat pameran kumpulan 1

 pameran jiran yang lainnya.. see.. saiko bukan?


 sesi mengoreng bermula.. hasyir dan ilza sedang entertain panel


No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...