Sunday, 29 September 2013

continue.... Cerita Magis di Langkawi

Assalamualaikum

Promo episod lepas
................... Tiket Not Valid (gedik angat nak promo)

Bila di semak kedua-dia pc dan kuar ayat yang sama NOT VALID aku ngan laki aku terus ke kaunter air asia.. kita mintak akak air asia lak tlg check.. mane tau magik dr tangan orang cantik yang tekan tetenguk tiker flight ada jer kan 
sekali betol la, tiket tak der pun, last rekod just ada untuk kitaorg pegi aritu jer

gelabah la si lakik binik neh
laki aku tepon kawan dia tanya itu ini, nada tu ada picing meneran jugak
ye lahh
duit dia banyak abes da untuk 1st flight, mana kawan tak hangin untuk balik pun kes sama jugak berulang

laki aku cakap, sy bg awak masa setengah jam dan pikir cemana kitaorg nak balik on da same date.. tambah menyayat hati kalau nak beli tiket ondaspot air asia langkawi -penang da abes pulak, x der 1 seat pun yang tinggal

laki aku da call adik dia Mi mintak ke kaunter dengan tujuan nak menyebarkan 30% kekusutan yang melanda kami laki bini.. dlm pada itu, kami tiga org jump to other kaunter mcm MAS, FIREFLY, BERJAYA AIRLINES kalau-kalau ada direct flight langkawi -penang

jawapan-jawapan sendu jer la yang tinggal.. semua perlu melalui KL dulu baru la ke penang.. mengikut amarah si suami aku neh, nak jer dia amek tiket cenggitu, biarla agen menanggung rugi, tapi aku ngan adik ipor menentang keras..

motip sangat la tetiba sume teconggok kat KL lak kan da la mencecah sampai rm3000 henget buat agen tak nak tanggung??? ada jugak yang mengulupur nant

tak lain tak bukan feri jer la pengangkutan terakhr pilihan kami, da menjadi isu nak turun mana lak.. aku cakap kita turun jetty kuala perlis.. sebab optional lain adalah turun penang or kuala kedah

selaku wakil persatuan mabuk laut semalaysia, seharusnya aku menolak mentah-mentah nak turun kuala kedah apetah lagi penang, dengan ombak petang yang bergulung-gulung nant ada jugak yang dilambung atas bumbung tak turun-turun

apetah lagi nak bawak mak mentua aku yang tak penah naik feri cenggitu,
kena consider jugak.. setelah kata putus diambil barulah kami membawa perkhabaran duka neh kepada mak and ayah

terkejut bukan kepalang la diaorag.. mak mentua aku nampak down sangat.. ye la.. isau dia kitaorg tak bole balik aritu jugak.. so lepas da gtau sume solusi-solusi yang aku laki aku n adik ipar pikir dalam mesyuarat tegempar td maka Board of Director a.k.a pak mentua aku pun besetuju balik naik feri

sampai jer kuala perlis, kitaorang amek van balik penang.. sebelum tu cicirkan aku kat alor setar dulu.. dlm van tu mcm-mcm emosi ada
sedih, cuak, tekejut semua ada.. tak kurang jugak macam cerita lawak..

macam mana tak lawak.. time marah-marah bole laki aku amek keputusan nak ke Kolumpo.. dah kenapa.. tak ke merentas kawasan sangat tu.. da la kena transit dekat-dekat 3 jam kat KLIA baru bole dpt ke Penang.. adoiii la..

percutian yang tak dapat aku lupakan.. percutian yang membawa kami merasa kenderaan di  udara, air dan darat.. tinggal tak der kapal selam jer.. kalau ada nak juga aku merasa..

kesimpulannya jgn pecaya penuh pada org yang tlg2 booking utk kita.. kena selalu semak ngan flight jugak.. kalau tak memang bole jadi Magis.. Beli tiket flight tapi kau duduk dalam feri.. nak mintak turun ke penang,tapi kuar-kuar kau kat perlis..

magis bukan????

sebelum terlupa
sapa-sapa nak sewa keta ke Langkawi bole amek no.contact
0175312728 zam.. dia ada wat pakej utk ke pulau pulau di Langkawi jugak

Thursday, 26 September 2013

Cerita Magis di Langkawi - Part 1

Assalamualaikum

Percutian yang dirancang dan ditakdirkan mengikut plan asal sangat mengujakan.. betol tak??
contoh kau bajet makan sehari 50 henget dan tetiba kau makan harga 47.50 sen sehari, opkos la suka kan.. at least baki 3 henget tu kau da bole buat modal beli keychain kat anak jiran..

itu bab makan, cer kalau perbelanjaan yang lebey besar.. macam bajet hotel ker, transport ker.. kalau dapat lebey murah lagilah teruja.. rasa percutian sangat bermakna

akan tetapi
tahukah anda bahawa percutian yang gagal mengikut plan asal adalah
LEBIH MENGUJAKAN dengan syarat kau ada duit lebey hahahaha

plan nak ke langkawi da lama dan idea asal adik ipar aku
nak bawak mak ayah nek katerbang katenya
aku gelak je la sebab naik flight dr penang-langkawi kau ase brapa minit sangat
dia cakap nant kalau lama sangat isau mak ayah tak bole duduk dlm katerbang
so perjalanan pendek neh as a test for both mak ayah

flight tiket  sume laki aku yang handle thru ofismate dia
opismate laki aku neh agen airasia so dia bole booked dgn harga yang paling murah (katenyerlaaaaa)

nak dijadikan cerita, on da date yang we oll patot betolak, laki aku dapat call dr kawan dia.. by that time is 12.30 tgh hr (jumaat) cakap tiket ada prob..
laki aku da cuak  sbb suppose kami bertolak jam 4.30 ptg pd hari yang sama dan nak check in around 2.30 pm

kwn laki aku ckp pegi air asia dan beli tiket baru dengan DUIT SENDIRI and all the losses akan ditanggung oleh company dia sepenuhnya
just imagine beli tiket on the spot naik flight.. berapa yang perlu laki aku spend utk 6 orang..
its about rm1077 sehala yer kawan-kawan sekalian, itu pun seat ngam-ngam ada 7 jer.. kalau la tak der, alamat yang tepilih je la sampai langkawi tu
kawan dia neh msg bagai la say apolagize sume dan akan berjanji akan byr balik lebihan tambang..... again berjanji untuk perjalanan pulang langkawi-penang supposed to be 
NO PROBLEM
 
settle bab nak bertolak dan kami selamat sampai setelah temengah2 kat airport td.. sesampai nyer kat sana keta sewa siap menunggu dan alhamdulillah keta sewa in very good condition.. akhir entry i will give nama agen keta sewa neh.. very good man.. 

sepanjang di langkawi everything goes smoothly.. tp dalam diam ada sowang hamba Allah neh dalam kebimbangan which is laki aku.. aku tak sure berapa lama laki aku cover isau dia tu sampai la aku perasan dia tak lepas pegang fon dia.. selidik punya selidik rupanya laki aku dah msg kwn dia nak nombor booking flight utk balik tp smpai sudah dia tak reply.. 

ahhhhhh sudaahhhhhhhhh...not again.. aku respect la laki aku neh.. depan mak ayah dia belagak tenang gila.. padehal isau dia tu aku jer yang tau
da malam sket baru la kawan dia reply msg beserta no booking
time tu baru bersinar  muka laki aku neh.. 
 
pagi ahad tu kami sambung berjalan lagi area chenang dan mak ayah mentua aku ckp lepas neh kita lepak je la kat airport sampai time nak balik
diaorg da tak larat nak berjalan.. so fine la.. kami as anak-anak neh menurut jer sebab kesiankan diaorg.. ye la.. lenguh all dat... kitaorg faham

jom ikut abg sat.. kita print tiket
okeh.. 
sambil melangkah meninggalkan tempat yang mak ayah and adik2 tgh duduk

sampai depan pc laki aku masukkan no booking 
the bla..bla..bla.. IS NOT VALID
aku da tak nampak ayat panjang lebar da..
aku nampak NOT VALID tu ase nak rebah da
Ya Allah dugaan apa lagi neh
 
*
*
*


bersambung
(kasik can la aku nak bajet slot akasia)


Wednesday, 18 September 2013

Cerita disebalik pokok sawit

Assalamualaikum

tiap kali aku tengok knot 50 henget neh, kompem aku rindu Mah (Hasmah) rumate aku di KL dulu.. Nama jer kampung dia di Yan tempat aku keja skang neh.. tapi hampeh nak jumpa.. ye la..masing-masing ada komitmen

so apa cerita disebalik knot 50 henget neh

situasi lepak-lepak di umah sewa, masing-masing tunggu time nak masuk tido ja

Mah ~ hang cuba tengok duit neh
Aku ~ oke, tengok da
Mah ~ hang nampak pokok sawit tu kan.. hang teror cuba cari gambaq orang kait buah sawit
Aku ~ Ishhh.. ada ka? tak dak pun..
(sambil belek-belek duit tu bebetol dekat mata, skali pakej suluh bawah lampu semua)
Mah ~ ada dak???
Aku ~ merapu mana ada..
Mah ~ memang la tak dak.. hang pun nak masuk lena da, dia pun sama la.. larat nak kait buah sampai malam ( sambil gelak guling-guling)
Aku ~ Mahhhhhhhhhhhh

 kiri - zila, bedah dan Mah

sume neh x-rumate aku
rinduuuuuu semua
:'(

Tuesday, 17 September 2013

Wedding's

Assalamualaikum

Selamat Hari Malaysia buat semua.. so semalam cuti buat ape???? 
bagi yang cuti besambung tu bole la jenjalan tak.. aku neh ahad keja, isnin cuti.. tak de makna nak jenjalan sangat.. lagi pun sabtu ari tu we olss ke Parit Buntar ader wedding sedara..

memandangkan wedding neh keponakan sebelah mak, haruslah laki aku ada gak.. cuma aku from a.star, laki aku from penang.. diparit buntar bertemu jua..

bg yang tak tau aku ngan hasben neh pjj..penat jgk aku nk menjawab.. eh??? tadi hasben mai tak nampak pun.. eh??? hasben balik awat tak ikut skali..  hohoho..

minggu neh perancangan mmg camtu.. aku jmpa hasben kat umah knuri sajo.. besides we all da jmpa last week.. alahhh citer berger abg burn tu.. kira laki i sogok da lettew.. tak de la aku merempan-rempan kat dia tak balik minggu neh..

here some of the pic.. congratulation to Aryanti and hasben.. semoga berkekalan hingga syurga :)

 olohh..olohh.. tetiba tingat kitew tawen dulu..


me and mak buah.. suka panggil beliau mak buah.. dia tak kasik aku panggil dia mok cik..hua..hua.. umo kitaorg beh kurang jer.. tp disebabkan pangkat yang besilang pilang tu, tetibe dia jadik tua.. maap mak buah..

me and patehah (kazen)
 bunda
mak cepat adik nak tangkap gambaq..berdiri..bediri..
sat.. terus pose mengiring
aikkkkkkkkk hahahahaha
nak jugak nampak kuruih

hamboih hamboih mak.. da pandai posing retis

 aku ke Parit Buntar tumpang ngan paknjang (abg mak) plus anak2 beliau sebab umah paknjang ngan umah aku ala-ala sekariah gituh
kiri- maknjang, mak,tehah n athirah


blakang tu amin yang tgh berusaha nak bg nampak lesung pipit..
podacit


Wednesday, 11 September 2013

Menyayangi rakan sejenis

Assalamualaikum

Tajuk kira nak propa je eh.. hahaha.. jangan pikir jauh sangat.. aku normal lagi.. kasih sayang ku utuh buat yang bernama Hazwan bin Azhar dan dia lelaki hahah.. jangan nak ragu sangat bole muehehe

begini
aku neh kalau ader seketol 2 notification kat fb pun da cukup buat aku teruja, nak-nak lagi ader notification kat private message, lagi lah tekinja-kinja aku nak mengetahui isi dalamnya dan sapa penghantarnya

so semalam aku bukak fb da lewat petang sebab aku kan ader kursus
sekali notification aku da lebey dari 5
eh???????????
teruja neh dengan pantas aku meng-klik notification tu
skali kuar nahhhhhhh

karangan thesis di wall fb

punya la panjang bonar karangan minah neh.. siap berindu-rinduan tu yang tak menahan tu, tapi dats normal for me and pipah

laki aku siap cakap kalau aku tak kawen ngan dia kompem dia pikir aku and pipah ada special affair
gilossss

aku ase sedikit sebanyak hubungan aku dengan rakan-rakan perempuan neh ada kaitan dengan bulan kelahiran aku dat is Januari
dikatakan Januari neh setia 
puiiiii

aku pun ase sedikit sebanyak aku ada sifat tu sebab aku neh jenis kalau bekawan dengan yang itu... ituuuuuuuuuuuu je la
susah nak kawan ramai-ramai sangat

time skolah rendah aku kawan ngan sowang budak neh nama Afiza binti Akashah John, skang lanjut pelajaran PHD di UM.. kami neh da macam belangkas sebab ke mana pun kompem bedua.. ditakdirkan waktu sekolah menengah kitaorg da tak 1 skola  sebab dia bijok sket dari aku
so dia dapat tawaran ke Sultanah Asma.. by da time fiza di sana, dia pun dapat rakan baru name Sana (skang da doktor budak neh).. si Sana neh siap tanya ngan Afiza apa yang aku buat kat fiza sampai kitaorg neh close gila-gila time skola rendah so dat dia pun nak wat same thing kat Afiza... sweet tak??? hahah

skolah menengah lak BFF aku is Zati Hanani bt Kamarudzaman..skang cekgu di sarawak..skolah menengah tak der istilah belangkas ke hape sebab aku ngan zati kelas tak sama.. tapi what make us very close is we have time to each other time susah or senang.. aku ngan dia no secret at all smpai skang.. susah senang dia sume aku tahu.. camtu gak aku ngan dia..

dekat uitm BFF aku nama Liyana Kaiyisah binti Khiruddin now jd asst. company secretary kat KL (eh apesal kawan2 aku sume hebak neh) aku ngan yana seuitm for 5 years dr zaman dip smpai degree.. kalau aku kemana-mana tanpa dia semacam aku jalan smbil zikir
yana mana? 
yana kat bilik
yana mana?
yana ada klass
yana mana?
yana ntah kemana-mana

zaman keja tu ha si pipah kaki drama yang wat thesis kat wall fb aku
cemana dia cerita kat wall aku begitulah kami dahulu
itu baru yang public nampak
yang dlm pm message dlm wechat pun sma jugak

skang yang bakal trima nasib sama is kak pijin hahaha
tp alhamdulillah
aku suka macam neh
saling menyanyangi satu sama lain, ukhwah kuat sampai bila-bila
aku sayang semua kawan-kawan aku dunia akhirat
tak de la aku tak mention nama kat sini bukan kawan baik aku
bukaannnn
cuma yang ada nama di ats di have special place in my heart

sapa nak muntah 
sila sila jangan malu 

hahahaha

Kebergantungan kita pada Allah

Assalamualaikum

Sejak dua menjak neh entry aku penuh tarbiah 
nampak tak..nampak tak hahaha
Alhamdulillah kita cuba berubah perlahan-lahan

biar perlahan dari tak der
satu benda aku nak improve now is awalkan waktu solat
lagi jam tak tunjuk 6.30 ptg selagi tu aku liat bebenor nak buat asar
tu tak kira maghrib lagi
Allahuakbar
dosa apakah yang aku buat
:(

satu lagi nak kongsi
kebergantungan kita pada Allah dan ingatan kita pada Allah kena selalu ada
buat keja secoet pun start ngan Bismillah
mudahan ada berkat plus yakin dengan setiap doa

contoh semalam
ini bukan nak puji tau
ini nak kongsi  1 nikmat Allah bagi semalam
kena tahu satu perkara amalan aku tak banyak mana
tapi Allah maha penyayang even kau culas dgn Dia pun dia tetap bagi apa yang kau nak

aku ader kursus kat hq kedah
dlm pada tu aku msg laki aku cakap aku da sampai alor setar
then dia balas ayat cmneh
tq.. abg tgh bara kat bos, kita da tlg setting sume meeting ngan client dia bole tak mai, abg kena chair meeting

benda kalau tak rancang sekecik mana pun kita gelabah apatah lagi benda besar deal client bagai, kalau aku kompem pengsan da
aku cuba reply kat laki aku mintak dia cool and yakinkan dia yang dia bole
sebab ape aku msg kata-kata semangat neh, sebab 2 minggu lagi kitaorg akan ke langkawi, eh??????? berbau ikan tak???
gurau jer.. aku ikhlas kot heheh

diakhir msg aku selitkan doa neh
rabbi yassir wala tu assir rabbi tammim bilkhoir
(pls semak balik how the spelling would be, elok nyer lagi amek dlm jawi la eh)

aku tulis baca doa neh
doa pemudah

tengah-tengah kursus still dalam kepala aku pikir laki aku
cemana la keadaan dia, ok ke tidak???

agak2 dua jam lepas tu tak nyempat2 aku msg balik
*
*
and he said the meeting went well siap dapat yakinkan another bos tentang meeting tu.. laki aku cakap bos dia yang sowang lagi neh suka marah-marah
tapi disebabkan semalam dia tak marah maka keajaiban dunia telah bertambah menjadi 8

aku cakap dats because of the doa

yakin..yakin..yakin

Doa adalah senjata seorang mukmin


 :)

Monday, 9 September 2013

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum

hari neh nak jadi ostajah sekejap
berkongsi ilmu yang setinggi pokok taugeh
kalau da setinggi gunung 
aku kira nak kepit dengan imam-imam muda saja
baru ler enggang sama enggang
ye dok

apa ustaz tu cakap tadi dalam motivasi pagi d IKIM.fm
beliau bercakap mengenai tajuk 
SABAR

perkataan mudah di sebut susah nak praktik
so SABAR ada 3 jenis 

PERTAMA
 SABAR DALAM MENJALANKAN PERINTAH ALLAH

kenapa kena sabar dalam jalani perintah Allah? sebab kita kena disiplin diri untuk amalkan apa yang Allah suruh.. contoh solat.. tak kira dalam keadaan macam mana pun kena buat hatta sedang berperang
kalau tak disiplin maka terlopong-lopong lah solat 5 waktu kita
kalau solat pun tak jaga yang memang sangat basic yakni tiang agama
usah kita berbicara tentang hal-hal lain
gitu :)

KEDUA
SABAR DALAM MENINGGALKAN LARANGAN ALLAH

tak perlu membicarakan orang lain.. jujur aku sendiri pun payah untuk tinggalkan larangan Allah neh, contoh paling dekat adalah sifat marah
Allah larang kita marah-marah
ustaz tu cakap nak kenali seseorang tu baik ke tidak melalui cemana dia kawal sifat marah tu.. sebab marah neh mudah sangat terjadi
tak kira la kita deal ngan kawan ker, mak ayah, pasangan or sapa-sapa
sebab tu kena sabar banyak-banyak supaya kita bole tinggalkan larangan dari Allah

KETIGA
SABAR DALAM JALANI UJIAN ALLAH
  
Setiap ujian yang Allah bagi untuk dekatkan kita dengan Allah, bagaimana kebergantungan kita dengan Allah, jadi sabar itu menunjukan keimanan kita dalam menghadapi ujian Allah
contoh sakit, gagal dalam ujian/exam, tak naik pangkat, ujian dari ahli keluarga dan macam-macam lagi, ingat setiap ujian adalah mengikut kemampuan kita, dan Allah tak akan bebankan kita dengan ujian yang diluar kemampuan.. Thats Allah job.. jangan duk pertikai ke hape
paham????

sekian sahaja segmen Ostajah Fanis kali ini
Kita bertemu kembali akan datang kalau aku masih istiqomah dengar IKIM.fm pepagi
kekadang sifat menyetan dalam diri pun tinggi nak dengar lagu2 lagha sambil tepekik-pekik dalam keta
elak mengantokkkk la sangat

;)

 


Sunday, 8 September 2013

Burger Abang Burn Alor Setar

Assalamualaikum

Orang da makan burger abang bakar neh sampai naik muntah da kan.. aku jer baru yer-yer nak hapdate muehehe

lama sangat da nak carik kedai abg burn neh 
bila lalu jer nak ke Shahab Perdana (basten) tak juga aku nampak-nampak mana letak kedai burger abg burn

konpius sekejap
tgk map memang aku da bediri kat tempat lambang belon (googlemap) tu da
tapi kelibat berger pun tak nampak

disebabkan semalam memang nekad sangat
cemana pun aku nak jugak carik
 
so pas maghrib aku pusing carik kedai berger
opkos dengan laki sendrik
kalau ajak mak ayah aku
kompem makan penampor
ada yang dekat, berger yang jauh gak nak dicari

titik koordinat petama aku aim deret kedai area insaniah
tejenguk-jenguk kepala aku dr tingkap keta
aku minta laki aku benti, dengan yakin aku melangkah
tanya ngan budak juai ayam goreng
dik, kedai berger abg burn kat mana?
dengan harapan budak tu bg jawapan yang tepat lagi memberangsangkan
tak tau - senyum sungging
eh..eh rasa marah lak kitew
terus pikir positif adik neh baru beniaga empat jam lalu

oke tak per
melangkah lagi, tanya salesgirl kedai kain lak
dik, kedai berger abg burn kat mana?
salegirl 1 :
 abg burn????  
muka blur.. eh2 adik neh baru masuk keja ari neh jugak ker
salegirl 2 :
nak cari apa kak?
kedai berger abg burn 
(sebak da sebab rasa misi pencarian hampir gagal)
owhh akak p depan sket deret iman kueteow
yes!!!!!!!!!!!!!! mission completed

thanks Allah..ada gak warga mergong neh alert ngan keadaan sekeliling
ingat sume amek tahu hal sendrik jer
hukhuk

Patot la aku tak jumpa2 pun kedai abg burn neh
signage dia cinonet jer
itupun lampu signage hidup segan mati tak mau
senang citer sapa yang nak cari berger abg burn, sila google 
kedai service keta chery alor setar
kedai berger abg burn tepi tu saja..
 
shaye yang punyer
incik penaja yang punyer
shayer yang shuker
incik penaja yang pening kepale


review
berger sedap
meatball pun bole tahan 
tp kedai kena improve
banyakkkkk

Tuesday, 3 September 2013

Tanda Putera

Assalamualaikum

SELAMAT HARI MERDEKA !!!!!!!!!!!!!

mak aih da 3 hari lepas merdeka baru nak wat entry..
well....better ada dari tak der kan
berbalik kepada cerita merdeka
nampaknya sudah 2 tahun berturut-turut aku meng-ekspresi diri
ke arah kemerdekaan yang sebenar

pestime kami ke pantai merdeka pada hari kemerdekaan
kononnya nak amek angin plus memanfaatkan cuti
sekali yang dapat naik angin je la

tahun neh kemerdekaan disambut dengan cara yang lain pulak
tenguk wayang
vah..vah..vah
syabas mere bettey
di kala Lim Guan Eng tak benarkan rakyat Pulau Pinang tgk TANDA PUTERA
ada jugak kelompok-kelompok yang masih besemangat

jangan tak tau aku pegi semua skali
laki aku angkut mak apak n adik2
kosong umah kitaorg 3 jam
hehe


bagi sapa yang buta sejarah macam aku elok bonar la tgk citer neh
tak der yang sensitif sangat pun, even time aku tgk wayang tu
ader 4 org chinese tgk sama
tak der la aku dengar diaorg marah-marah ker apa kan
padehal yang aku paham bahse cine wo ai ni jer
tapi kalau da duduk elok sambil lap air mata
kira tak der isu la kan
ini aku tak tipu oke
siyes sowang chinese man neh dia lap2 mata dia
nak kata habuk masuk mata, dalam panggung kot
x der la debu-debu pasir ke apa
nak-nak lak dia lap mata part babak sedih
 ikut firasat aku kompem dia nanges la kan
mueheheheh

pada sapa yang kutuk-kutuk citer neh
tak baik tau korang
bagi aku citer neh effort dari pengarah dia bukan sedikit
nak ker  tetiba kita apply cuti amek tiket pegi oversee then org tanya 
eh, pegi becuti ker?? honeymoon second time ehhh???
tak la.. saya nak carik maklumat tentang 13 mei, saya nak temuramah org2 yang terlibat pada masa tu.. saya nak sampaikan pada masyarakat
 
tak der kan
baru cakap nak masuk muzium pun orang da cebik
neh nak buat kajian bagai
 
so bila ader buah tangan dari orang lain
terima jer la... x der la buruk nau jalan citer dia
yang merempan-rempan pasal citer neh
aku ase diaorg  tak pegi tenguk pun
 
sapa yang belum tengok
kalau da tak der d panggung
langgan la kat memana sumber yang halal
 
sebab yang tak halal neh 
besepah kat pasar malam
even citer lom tayang pun dia da sesiap copykan kan dekat kau
sian abg soul kiter
:')


Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...