Sunday, 29 September 2013

continue.... Cerita Magis di Langkawi

Assalamualaikum

Promo episod lepas
................... Tiket Not Valid (gedik angat nak promo)

Bila di semak kedua-dia pc dan kuar ayat yang sama NOT VALID aku ngan laki aku terus ke kaunter air asia.. kita mintak akak air asia lak tlg check.. mane tau magik dr tangan orang cantik yang tekan tetenguk tiker flight ada jer kan 
sekali betol la, tiket tak der pun, last rekod just ada untuk kitaorg pegi aritu jer

gelabah la si lakik binik neh
laki aku tepon kawan dia tanya itu ini, nada tu ada picing meneran jugak
ye lahh
duit dia banyak abes da untuk 1st flight, mana kawan tak hangin untuk balik pun kes sama jugak berulang

laki aku cakap, sy bg awak masa setengah jam dan pikir cemana kitaorg nak balik on da same date.. tambah menyayat hati kalau nak beli tiket ondaspot air asia langkawi -penang da abes pulak, x der 1 seat pun yang tinggal

laki aku da call adik dia Mi mintak ke kaunter dengan tujuan nak menyebarkan 30% kekusutan yang melanda kami laki bini.. dlm pada itu, kami tiga org jump to other kaunter mcm MAS, FIREFLY, BERJAYA AIRLINES kalau-kalau ada direct flight langkawi -penang

jawapan-jawapan sendu jer la yang tinggal.. semua perlu melalui KL dulu baru la ke penang.. mengikut amarah si suami aku neh, nak jer dia amek tiket cenggitu, biarla agen menanggung rugi, tapi aku ngan adik ipor menentang keras..

motip sangat la tetiba sume teconggok kat KL lak kan da la mencecah sampai rm3000 henget buat agen tak nak tanggung??? ada jugak yang mengulupur nant

tak lain tak bukan feri jer la pengangkutan terakhr pilihan kami, da menjadi isu nak turun mana lak.. aku cakap kita turun jetty kuala perlis.. sebab optional lain adalah turun penang or kuala kedah

selaku wakil persatuan mabuk laut semalaysia, seharusnya aku menolak mentah-mentah nak turun kuala kedah apetah lagi penang, dengan ombak petang yang bergulung-gulung nant ada jugak yang dilambung atas bumbung tak turun-turun

apetah lagi nak bawak mak mentua aku yang tak penah naik feri cenggitu,
kena consider jugak.. setelah kata putus diambil barulah kami membawa perkhabaran duka neh kepada mak and ayah

terkejut bukan kepalang la diaorag.. mak mentua aku nampak down sangat.. ye la.. isau dia kitaorg tak bole balik aritu jugak.. so lepas da gtau sume solusi-solusi yang aku laki aku n adik ipar pikir dalam mesyuarat tegempar td maka Board of Director a.k.a pak mentua aku pun besetuju balik naik feri

sampai jer kuala perlis, kitaorang amek van balik penang.. sebelum tu cicirkan aku kat alor setar dulu.. dlm van tu mcm-mcm emosi ada
sedih, cuak, tekejut semua ada.. tak kurang jugak macam cerita lawak..

macam mana tak lawak.. time marah-marah bole laki aku amek keputusan nak ke Kolumpo.. dah kenapa.. tak ke merentas kawasan sangat tu.. da la kena transit dekat-dekat 3 jam kat KLIA baru bole dpt ke Penang.. adoiii la..

percutian yang tak dapat aku lupakan.. percutian yang membawa kami merasa kenderaan di  udara, air dan darat.. tinggal tak der kapal selam jer.. kalau ada nak juga aku merasa..

kesimpulannya jgn pecaya penuh pada org yang tlg2 booking utk kita.. kena selalu semak ngan flight jugak.. kalau tak memang bole jadi Magis.. Beli tiket flight tapi kau duduk dalam feri.. nak mintak turun ke penang,tapi kuar-kuar kau kat perlis..

magis bukan????

sebelum terlupa
sapa-sapa nak sewa keta ke Langkawi bole amek no.contact
0175312728 zam.. dia ada wat pakej utk ke pulau pulau di Langkawi jugak

No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...