Assalamualaikum
Percutian yang dirancang dan ditakdirkan mengikut plan asal sangat mengujakan.. betol tak??
contoh kau bajet makan sehari 50 henget dan tetiba kau makan harga 47.50 sen sehari, opkos la suka kan.. at least baki 3 henget tu kau da bole buat modal beli keychain kat anak jiran..
itu bab makan, cer kalau perbelanjaan yang lebey besar.. macam bajet hotel ker, transport ker.. kalau dapat lebey murah lagilah teruja.. rasa percutian sangat bermakna
akan tetapi
tahukah anda bahawa percutian yang gagal mengikut plan asal adalah
LEBIH MENGUJAKAN dengan syarat kau ada duit lebey hahahaha
plan nak ke langkawi da lama dan idea asal adik ipar aku
nak bawak mak ayah nek katerbang katenya
aku gelak je la sebab naik flight dr penang-langkawi kau ase brapa minit sangat
dia cakap nant kalau lama sangat isau mak ayah tak bole duduk dlm katerbang
so perjalanan pendek neh as a test for both mak ayah
flight tiket sume laki aku yang handle thru ofismate dia
opismate laki aku neh agen airasia so dia bole booked dgn harga yang paling murah (katenyerlaaaaa)
nak dijadikan cerita, on da date yang we oll patot betolak, laki aku dapat call dr kawan dia.. by that time is 12.30 tgh hr (jumaat) cakap tiket ada prob..
laki aku da cuak sbb suppose kami bertolak jam 4.30 ptg pd hari yang sama dan nak check in around 2.30 pm
kwn laki aku ckp pegi air asia dan beli tiket baru dengan DUIT SENDIRI and all the losses akan ditanggung oleh company dia sepenuhnya
just imagine beli tiket on the spot naik flight.. berapa yang perlu laki aku spend utk 6 orang..
its about rm1077 sehala yer kawan-kawan sekalian, itu pun seat ngam-ngam ada 7 jer.. kalau la tak der, alamat yang tepilih je la sampai langkawi tu
kawan dia neh msg bagai la say apolagize sume dan akan berjanji akan byr balik lebihan tambang..... again berjanji untuk perjalanan pulang langkawi-penang supposed to be
NO PROBLEM
settle bab nak bertolak dan kami selamat sampai setelah temengah2 kat airport td.. sesampai nyer kat sana keta sewa siap menunggu dan alhamdulillah keta sewa in very good condition.. akhir entry i will give nama agen keta sewa neh.. very good man..
sepanjang di langkawi everything goes smoothly.. tp dalam diam ada sowang hamba Allah neh dalam kebimbangan which is laki aku.. aku tak sure berapa lama laki aku cover isau dia tu sampai la aku perasan dia tak lepas pegang fon dia.. selidik punya selidik rupanya laki aku dah msg kwn dia nak nombor booking flight utk balik tp smpai sudah dia tak reply..
ahhhhhh sudaahhhhhhhhh...not again.. aku respect la laki aku neh.. depan mak ayah dia belagak tenang gila.. padehal isau dia tu aku jer yang tau
da malam sket baru la kawan dia reply msg beserta no booking
time tu baru bersinar muka laki aku neh..
pagi ahad tu kami sambung berjalan lagi area chenang dan mak ayah mentua aku ckp lepas neh kita lepak je la kat airport sampai time nak balik
diaorg da tak larat nak berjalan.. so fine la.. kami as anak-anak neh menurut jer sebab kesiankan diaorg.. ye la.. lenguh all dat... kitaorg faham
jom ikut abg sat.. kita print tiket
okeh..
sambil melangkah meninggalkan tempat yang mak ayah and adik2 tgh duduk
sampai depan pc laki aku masukkan no booking
the bla..bla..bla.. IS NOT VALID
aku da tak nampak ayat panjang lebar da..
aku nampak NOT VALID tu ase nak rebah da
Ya Allah dugaan apa lagi neh
*
*
*
bersambung
(kasik can la aku nak bajet slot akasia)
No comments:
Post a Comment