Tuesday, 29 November 2011

Kota Singa - Day 2

salam

Untuk hari kedua kami di sana, tak banyak tempat yang kami pegi.. sebab dari jam 9am-4pm kami laki bini kena jaga booth.. da tetibe aku jadi warga kerja Penang Port.. tp aku edar2 pahmplet jer.. cakap omputih  sket2,  tu pun yang sedia hafal dlm kepala.. jujurnya aku mmg cuak bila memerlukan aku spekang.. zaman uitm bkn x penah tp tu la.. setakat nak present di depan mmg aku hafal la kan.. so laki aku la yang back up.. bukan aper bila da booth mengenai cruise mana la aku tau segala term2 yang biasa diaorg pakai.. so kita layan pic je lah eh..
cruise shipping asia registration

ruang kelihatan sesak sebab ader 2 lagi pameran yang berlangung pada hari yang sama

antara 1st visitor yang datang lawat booth.. she's from korea

visitor from china

  
visitor from malaysia mewakili booth tourism malaysia  and from left adalah en kamarudin my hasben bos
untuk hari pertama berada di booth, berbagai2 persoalan, pertanyaan yang berlegar2 dalam kepala kami laki bini.. ye la.. dis is my 1st time so were my hasben.. ok ke tidak.. ramai ke orang..nak cakap aper.. macam2 lah.. smpai la jiran booth kami from uk datang betandang.. nama dia joe dawson.. nanti aku letak pic dia.. memula kami hanya berbalas senyuman jer tapi dia dlu say hello pd booth kami.. bagus lak mat salleh neh..
 

1st day yang memberi banyak ilmu.. 1st day yang menemukan kami kepada pelbagai manusia dari pelbagai negera dengan pakej latar belakang yang berbeza.. 1st day yang membuka minda..1st day yang penuh keterujaan..

jam menunjukan 12.30 tgh hari.. aku da buat muka bekerut2 dekat laki aku menandakan aku perlu makan.. dengan direction yang diberi oleh guard tu kami laki bini g la makan kat foodcourt yang diberi nama RASAPURA.. juz dalam marina bay sand punya building jugak.. jalan punya la jauh smpai laki aku cakap mau kita lapar balik neh bila da pusing ke booth.. itu aku akui.. lenguh aku jalan.. tp kami disajikan dengan pelbagai shop lot yang menarik yang memang tak mungkin kami beli apa2..hahah seperti kedai ini..

#


ini.....

dan banyak lagi..

jalan punya jalan smpai la kami di RasaPura yang penuh sesak.. mayb waktu lunch + satu-satunya yang sedikit murah.. tp kami laki bini macam tak sanggup lak nak makan pada awalnyer memandang nasi beriani beharga $9.50 bersamaan RM23.75 (Jumlah 2 hari makan di malaysia).. tp demi memberi tenaga so kami pasrahkan jugak.. abang ase rindu nak makan di umah tak?? ngomel aku sambil makan dengan penuh selera + pastikan x da sebutir nasi pun aku tinggal haha

ni suasana tempat makan dia dan sepanjang jaga booth kami laki bini makan di sini sahaja.. sbb harga around $9-10 dan kami makan sehari sekali.. malam sebat megi..
kami mmg booked kedai ni saja sbb kehalalan dia tak diragui

waiter + chef dia chinese..

mostly pelanggan dia mmg chinese lah..


kami tutup kedai a.k.a booth dalam jam 4.30 petang.. itu pun setelah lebih 10 kali aku tanya hasben aku .. boleh balik tak lagi bang?.. rasa2 da tak ramai orang kot?.. jom laaaaa balik.. haha.. siyes aku boring.. tapi laki aku neh intergriti dia sangat tinggi.. so tepaksa la aku ikot.. kalau aku la.. ase2 3.30 petang tu da mana2 tempat aku pusing.. tutup.. siap tulis lagi PLease Come tOMORROW hehe

masa balik hasben aku cakap kita jalan sahaja.. mmg tak jauh mana pun.. sbb pemandangan di sana sangat cantik sedar2 jer da di depan hotel.. sangat asyik hehe.. sepanjang walking distance tu sempat la aku snap pic klik..klik.. di setiap ceruk.. macam di bawah ni.. opsss sebelum telupa.. di hari ini la akan tenampak aku berpakaian kurung sehingga seterusnya hahah..



sebelum ke sana bekali aku cakap ngan hasben kita perlu ke Merlion.. sbb disitu letaknya mercu Singapore.. dan bukti kukuh kita ke Singapore.. sampai di singapore pun aku masih ingatkan hasben aku.. haha.. so bila tgk map + google.. kami hanya perlu berjalan sahaja ke sana.. jauh tak jauh belakang kira.. sbb klu naik teksi 5 tapak bejalan pun dia sanggup antar huhu.. memandang kan kami bercuti dengan penuh ekonomi so kami berjalan.. hasben aku kata kalau kita bejalan baru ase feel sket + beley tgk mcm2 benda..

lepas maghrib kami pun berangkat ke Merlion.. Alhamdullilah.. sekali lagi kebijaksanaan laki aku terselah.. dia main agak2 jer sebenarnyer hala tuju kami ke merlion.. tp kami selamat sampai ke destinasi.. 1 yang aku puji di Singapore, kami laki bini ase secure je bila jalan2.. x de rasa nak takut nak kena rompak ker.. nak kena seluk poket ker.. ok jer.. adegan2 melepak lak amat sedikit yang kami nmpak.. tu pun hanya certain area jer..

bejalan lebih kurang 25 minit kot smpai la kami di kepala singa neh...
 
mercu tanda singapore

muka gembira hajat terlaksana

pemandu pelancong heheh
canti tak???? ^-^

sangat cantik...

y lampu belah kanan ase2 rosak..
dan kami jugak bertuah sebab dapat lihat pertunjukan lampu.. sbb kalau km lambat sket mmg x dapat tgk.. waktu pertunjukan pd jam 8.00 mlm sekali dan 10.00 sekali.. pertunjukan lampu dia mcm di atas tu..

kami balik hotel around 9.00 pm camtu.. sambil2 tu sempat la beli jajan sket wat kudap-kudapan n kami singgah di shoping mall nama dia Little John.. tak beli apa sangat pun.. mcm biasa sebab mahal ..

dats all for da day 2 di Kota Singa.. nant sambung lagi okies.. babai..

Monday, 28 November 2011

Kota Singa - Day 1

salam
Akhirnya material da cukup untuk aku post entry tentang Kota Singa a.k.a Singapore.. sebelum nak bercerita lebih panjang dan lebarnya sedikit perihal tentang post ini adalah

1- ini cerita basi sbb berlaku pada 15-18 November 2011
2- previous post Step Closer to November Vacation & Him adalah berkaitan
3- jalan2 kami ke Singapore ala2 rombongan cuti sekolah selepas tamat UPSR dimana sesetengah pakaian perlu berseragam sekolah.. so apa y bakal kelihatan lepas neh adalah aku berpakaian baju kurung dan laki aku pakai uniform.. tak pun half uniform..motif?? incik hazwan kite neh ke sana ats urusan keja.. so tepaksa la aku pun turut sama berpakaian kerja sob..sob..

15 November...
penah tak korang bila mak ayah cakap  'along, angah adik esok kita g bekelah..pagi2 kena siap tau'.. dan TETIBANYER... tanpa disuruh2 esok tu bangun awal tanpa mak ayah  perlu ketuk pintu bilik bagai nak runtuh seperti selalunya atau malam tu korang confirm tak boleh tido hanya menanti pagi menjelma?? penah?? hehe.. itu la aku.. malam tu mmg tak boleh tido.. mana tak nyer tak sabo2 nak g jejalan.. hahahah.. nak naik flight lak tu.. buat petama kali

so pagi tu seawal 6 pagi aku da bangun.. final check barang2 takut ader yang tetinggal.. dalam jam 8.00 pagi adik ipar aku anta kami laki bini g airport penang.. flight dijangka berlepas jam 10 pagi.. pentingnya pegi awal neh sbb nak settle semua luggage dan tiket.. Alhamdullilah semua oke so tggu nak naik flight jer..pengalaman aku naik flight confirm2 la xcited kan.. aku suka tgk pramugari ngan pramugara.. slalu tgk dlm Awan Dania ja..perjalanan kami amek masa 1 jam.. sedikit info, if kita nek flight then kita g tempat bukan negara kita, perlu di isi borang.. aku lupa nama borang tu. ats flight nant akn diberi.. so jgn nak ngelat x nak amek isi lak..penting bila smpai di sana pihak imigresen nak tgk..bukan aper aku masa pramugari bg aku cam tak mo amek.. tau kenapa??? sbb aku igt tu borang soal selidik kepuasan pelanggan.. hahahahahaah jakun kan..
        
muka xcited nak g jejalan.. n passport aku tu.. hehe

yeayyy da sampai


selepas sejam sampai la aku di Changi Airport.. smpai di sana terus kami amek cab menuju ke hotel Pan Pacific Singapore.. perjalanan mengambil masa 20 minit shj.. 1st impression aku kat Kota Singa neh.. betol la mmg bersih dan tidak ader jammed cam kat KL tu.. tp laki aku cakap mayb bukan peak hour.. so disitu ader logiknyer.. smpai jer hotel terus laki aku g register & pihak hotel cakap bilik akn sedia dlm 1 jam lagi.. so laki aku pun decide terus nak g tempat convention dgn semua luggage kami tggl kat lobby hotel.. Cantik kan bang hotel neh..? kata aku ngan penuh keterujaan..nasib baik company bayaq ja neh.. mana mampu kita nak dapat hotel mcm ni.. semalam $300++ balas laki aku.. senyum kambing la kami laki bini..penuh syukur..
dlm neh la ader convention sebelah dia shoping compleks..
sebelum decorasi

booth yang da siap

2nd place kami g Marina Bay Sand tempat dimana berlangsungnya Convention.. aku tolong hasben aku siapkan booth.. tak lama pun around 45 minit jer da siap.. lepas tu terus kitaorg gerak g Universal Studio..
untuk ke Universal studio hanya amek lebih kurang 15 minit saja..



kawasan wajib tangkap gmbar



pemandangan neh adaptasi dari new york city


direction sekitar universal studio




Universal Studio adalah tempat rekreasi yang sangat sesuai untuk semua.. sangat cantik + happening + banyak tempat nak lawat + pengalaman yang sangat best.. harga nak masuk adalah $66 seorang.. memang mahal tp bebaloi sebenarnya.. lagipun kat negara Asia Tenggara ni ader satu jer.. harus di lawati.. kami di sana dari jam 2.00 -5.00 petang.. itu da dikira paling pendek masa di ambil.. coz rata2 yang pegi sana dr 10.00 pagi iaitu waktu mula operasi until 7.00 mlm tamat operasi.. abes round 1 universal studio pulang la kami laki bini bersuka ria dengan tak abes memuji2 tempat tu.. balik tu sempat la beli souvenior kat family.. 1 perlu di ketahui aku g sana adalah bukan time cuti sekolah mahupun weekend days bagi kedua2 negara Malaysia dan Singapore.. so tak perlu beratur panjang nak dapatkan tiket..visitor pun tak sesak mana.. selesa jer nak berjalan + tak perlu tggu turn lama..berdasarkan pengalaman org lain klu weekend n cuti sekolah, nak beli tiket masuk pun memerlukan stengah hari.. dasyat kan.. hehe
kalau katil neh leh lipat2 macam toto lame da aku usung balik msia

mabeles kan....


dari Universal Studio kami pulang ke hotel.. time tu lebih kurang dalam 6.30 petang.. masuk jer bilik hotel.. Waaaaahhhhhh.. cantiknyer.. suke nyer aku.. hehe..
hanya 1 pic ni jer membuktikan aku ke sana sbb ramai sgt org kot so malas nak amek pic byk2~cek malu nak posing haha

dan aktiviti last pada hari pertama di Singapore kami ke Bugis Street lepas maghrib.. dekat sini sapa nak pegi mmg dicadangkan.. harga murah dibandingkan dengan tempat lain , aku kira.. sbb tempat yang aku stay neh ala2 mcm tengah KLCC so mmg banyak shoping kompleks tp harga mahal.. dalam dikelilingi banyak shoping kompleks standard, tetibe ade Jalan TAR atau Petaling street yang harga lebih murah.. so kira Bugis Street mcm tu la.. kiri kanan shoping kompleks yang high class.. tp kat Bugis Street affordable.. byk kami beli brg kat sana.. sebab itu la yang termampu hehe..

tamat la citer Kota Singa Day 1 aku.. klu ikot hati nak jer semua pic aku campak dalam blog neh.. tp aku isau kang x pasal2 meletop pc yang tertulis HAK KERAJAAN.. x pasal2 kn ganti.. nanti kan sambungan Kota Singa aku seterusnya.. stay tuned

Thursday, 24 November 2011

uncle.. ni 1 berapa ringgit?

salam
aku ~ uncle.. ni 1 berapa ringgit?
tauke kedai~ RM15.. lu mau angkat brapa?
aku~ dua saja.. kasi diskaun la tauke..
tauke~ lu punya pasat.. gua kasi 1 RM13.. sekijap.. gua kasi bungkus..
aku~ lu baik la tauke.. tenkiu aa..

Agak2 bahagia tak kalau nak beli kamera dengan tawaran sebegitu? wawawawa.. hakikatnya tidak.. sob..sob T_T.. bila la aku nak dapat kamera yang cenggini.. sila saksikan gambar rajah dibawah beserta keterangan nyer..


Selari dengan permintaan konsumer yang berhadapan situasi sebegitu, pengeluar jenama kamera terkemuka, Olympus (Malaysia) memperkenalkan rangkaian produk terkini mereka melalui siri PEN.
Bermula pada Jun 2009, syarikat tersebut telah mengumumkan model PEN E-P1, sejenis kamera digital dengan lensa boleh tukar menggunakan sistem Micro Four Thirds (MFT).
Tradisi PEN diteruskan dengan pengenalan model E-P2 dan E-P3 yang memiliki keupayaan tambahan seperti pencari pandangan (viewfinder) elektronik resolusi tinggi dan Art Filter.
Sepanjang tahun 2010 juga, rangkaian Olympus PEN Lite E-PL1, E-PL2 dan E-PL3 yang lebih ringan dan kompak menemui peminatnya. Ia diikuti dengan model Olympus PEN Mini E-PM1 yang dilengkapi flash, video HD dan ciri skrin sentuh. ( DIPETIK DARI AKHBAR KOSMO ONLINE)
AKU NAK SATU..I WANT ONE

aku nak kamera digital da lama.. bukan tak penah ada.. tp zaman diploma punya..tahun 2004.. ko bley pikir bentuk dia tak? yang kecik + guna bateri 3A.. pastu klu nak beli bateri harus cap Enegizer, kalau cap TESCO memang tak idup la kamera tu..walau beli secara pukal sekalipun..  so skang , da memana ntah aku letak.. kali terakhir aku pakai tahun 2009 tak silap aku..

nak beli DSLR memang la tak mampu.. kalau tetiba aku g beli.. confirm ayah aku selongkar almari dia cari geran tanah dusun.. mana tau kalau2 g jual tanah dia.. tak pun.. mak aku belek tengkuk or tangan dia..kalau2 aku curik rantai emas mak aku waktu mak aku tido..FUhhhhhh...

sabar lah wahai hati.. bila tiba masanya pasti kau akan miliki-bluekkkk- huhu  kalau tak kerana teori management aku blaja dlu2 mengatakan dahulukan keperluan baru kehendak harus aku da rembat walau satu.. tak kisah apa jenama janji up to date hua..hua..

ape yang penting.. usahalah ape yang patot.. ikat perut ka.. jual barangan terpakai ker.. gadai rantai mak ker  ape2 ah.. dari sumber yang tulus mulus hehe..

Tuesday, 22 November 2011

respons at ... Him

salam..
1st of all thanks to Zahliana.. zah baca post entry aku tentang HIM.. hehe.. siap tipon aku lagi.. nway thanks Zah ats compliment anda.. actually Zah punyer cik abang pun bley tahan jugak suwit dia.. ntah zah perasan ke tidak hahah...

Pertama
masa wedding zah adalah sama date ngan zah g induksi so spend time zah ngan hasben dia adalah ciput tp hasben dia stay ok jer.. siap antar lg kan.. am i rite zah?

Kedua
hasben zah kalau datang KL jer haruslah memegang jawatan sebagai Supir sbb nak g antor amek bini dia pegi keja.. pastu time balik keja jer kdg2 delay si Zah neh.. sempat gelak2 lagi n tanpa ase seba salah Zah cakap..  ~ hasben aku tnyer aku kat mana.. aku cakap aku odw da~
tp betolnyer Zah neh stesen kerinchi pun lom dia jejak lagi... tggu la hasben si Zah neh dgn penuh yakin + sabar y wife terchenta dia neh da On The Way... Zah, jgn nak deny ngan fanis oke.. ini kenyataan kan.. cepat g minta ampun kat cik abe

Ketiga
Sampai skang diaorg PJJ.. mcm gak aku..Tp hasben memasing da cam redo lak wife diaorg2 neh jauh.. aku neh kira ok la Penang-Kedah.. cam Zah KL- Serdang (bukan kat UPM tu).. sekali sekala jer jumpa..  tol tak Zah? hehe
 
tu je kot nak leh citer tentang Zah n Hasben.. kang lebey2 kena saman nanti.. da la tak bagi royalti pun kat Zah n Hasben.. kan..kan.. haha..

(Zah adalah opismate aku dan kami rapat sepanjang aku di HQKL.. mayb kami senasib waktu tu, bila hasben memasing jauh d utara.. so byk citer jugak aku share ngan dia neh)

Sunday, 20 November 2011

Him

salam..
aku nak citer tentang Him.. sebab keterujaan aku pada him lebih tinggi lagi dari citer aku ke Singapore bersama Him.. citer trip ngan Him aku citer kendian.. material pun lom cukup.. so tangguh dulu..
bersama Him  hampir  seminggu buatkan aku banyak tak tahu tentang dia.. sebabnyer.. kami stay asing.. weekend jer jumpa..so bila da dapat stay sekali dan berdua saja aku macam baru nak kenali Him..

aku sangat impress bila semua barang2 nak g trip dia tolong kemaskan.. masukan baju barang2 keperluan everything.. patotnya aku.. tp Him da wat.. aku macam ~eh mamat neh.. kemas lak dia susun baju dalam beg sbb luggage tak besar la sangat.. tp Him leh susun baju2 aku ngan dia bg cukup2..

dlm flight aku agak cuak sbb br 1st time.. tp aku secure bila Him ada sebelah.. Him soh aku telan banyak air liur ok aku buat.. dlm flight dia banyak citer tntang do n donts dlm flight.. Him cakap sementara flight nak terbang mayb ase gayat sket.. so aku mentally prepare.. Alhamdullilah.. aku oke jer.. tp sedikit pening.. Him lak macam reda jer bila kepala berat aku lentok kat bahu dia..

smpai singapore aku ngan Him g hotel pan pacific  -->  marina bay sand tuk prepare booth ---> universal studio..

Him kurang suka benda gayat cth cam roller coaster tu.. kat Universal Studio aku tingin nak naik benda alah tu.. Him x mo.. dia soh aku naik sowang.. tp aku sangat harap Him naik skali.. ok Him ikut jer.. bila da naik.. aku lak yang ase takut.. lengan Him aku pegang erat.. aku takut.. aku ase Him pun sama.. bila turun jer dr roller coaster tu.. muka Him pucat.. masa tu.. aku ase aku cam penting diri.. Him masih senyum2.. sebab aku dia layankan jer..
di hotel.. sebab aku macam jakun habis semua dalam bilik hotel aku godek2.. him tak wat aper2 melainkan amek pic dan aku ase dia baca ape2 yang tetulis dalam hotel tu.. pertama Him cari arah kiblat.. melalui pengetahuan dia, dia dapat agak mana kiblat dlm hotel tu berdasarkan kedudukan matahari.. tp rezeki Him.. rupanya pihak hotel ader letak siap2 arah.. tak sangka lak dalam hotel besar di singapura yang rata2 pekerja bukan islam ader gak petunjuk arah.. aku buka peti ais.. aku teruja bila tgk ader botol wain yang sangat comel.. aku amek botol tu belek2 letak semula.. pastu gerak g mandi.. Him panggil aku kuar semula dari bilik air..~ td kuarkan btol ni kan? Him tanya.. aku angguk.. skang da kena bayar.. Him sambung lagi.. Hah?? kenapa.. bukan minum pun.. tp disebabkan Him  alert dengan semua benda Him ada bc note yang tulis dekat pintu peti ais.. Kesemua holder wain adalah automatik.. once u take out from the holder consider consume in 30 second.. aku da cuak.. Him da bising dekat aku.. tp HIm jugak la y turun g lobby cakap ngan receptionist yang aku tak sengaja take out botol tu..masa tu aku sangat berterima kasih kat Him.. sbb kalau dia tak cakap Him akan kena bayar $15= RM37.50.. tenkiu Him

malam tu kami ke Bugis street.. kami g ngan teksi dan balik jalan kaki.. masa nak balik Him cakap kita jalan.. aku cam pelik.. aku cakap.. tau ke jalan? Him cakap masa naik teksi dia dapat agak jalan mana.. sbb di Singapore laluan terhad so even tempat tu dekat jer tp tepaksa teksi pusing jauh.. aku agak isau.. tp Him dia tenang jer.. kami jalan.. kat sini aku sangat kagum ngan Him sbb dia berani jer nak try.. dan Him amat fokus.. aku naik jer teksi dan layan pemandangan kat sana.. tp Him.. dia perhatikan semua jalan.. setiap belok.. dengan 2,3 bangunan sebagai panduan.. Alhamdullilah.. kami tak sesat.. atas kebijaksanaan Him..

aku da terbaring letih.. sbb jalan dengan banyak sejak smpai ke singapore utk 1st day di sana.. Orang sakit kaki..aku cakap kat Him..Him pun kata.. sama la.. pastu Him urut kaki aku.. aku da cam tekejut + teharu semua ada.. aku tak sangka lak Him nak wat cam tu.. huhu.. aku cuba berlagak biasa.. tp keterujaan aku kat dia bagai menggunung tinggi.. Him.. if baca entry ni.. sungguh orang asa sangat teharu.. even tak lama pun Him urut tp cukup la buat aku rasa teruja kat HIm..

masa 2nd day lak.. him nak turun bfast.. sbb bfast utk sowang so aku soh Him saja y pegi.. dia cakap ok.. next day aku lak.. masa Him besiap nak pegi bfast aku masih bemalasan di katil.. Him bgn sangat awal coz nak pegi bfast jam 7.00 pg.. Him gerak aku~abang turun dlu p bfast.. aku angguk jer.. bila dia da pegi br aku bangun.. Atas meja Him da bancuhkan air nescafe dekat aku.... wawawawawa.. kenapa la mamat neh.. huhu.. masa tu aku cam teharu lagi.. tak tau yang keberapa kalinya..

pengalaman stay ngan Him selama berada di Singapore dari 15-18 Nov 2011 sangatlah bahagia.. mayb sbb aku tak penah stay ngan Him tuk tempoh yang agak lama + kami berdua saja.. so aku banyak depend on Him.. byk lagi sebenarnya pengalaman ngan Him sepanjang  di sana.. ada masa aku citer lagi..

kami smpai penang jam 12.30 mlm Jumaat.. penat jangan cakap.. smpai d umah kami bagi souvenier pada mentua dan adik2.. tau kan caner keadaan org baru balik becuti.. kain baju yang banyak nak basuh dan barang2 yang tak tesusun?? so pagi sabtu Him gerak aku bangun subuh tu pun da hampir jam 7 pagi.. kami sama2 tebabas sbb tido dlm keadaan yang sangat letih..  lepas sbuh aku cakap ngan Him aku nak tido semula.. bila da tido balik aku smpai tak perasan jam da hampir kol 8 pagi.. aku cakap ngan Him kain baju tak basuh lagi.. dan Him cakap~ Abang da basuh dan sidaikan semua

wat else yang aku nak harapkan pada Him lagi..  benda kecik2  macam ni  la wat aku ase nak nanges.. Him adalah Hazwan.. dan Hazwan adalah suami aku.. thanks sangat.. make me happy.. girls out there.. jangan diharap benda yang besar jangan la telalu mencari kesempurnaan.. hargai apa yang didepan mata.. sayangi pasangan kita.. InsyaAllah.. kita akan temui kebahagiaan.. Amin

Sunday, 13 November 2011

blood sweet @ sweet blood --> part two

TAHNIAH
Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang.. even got a bit messy here n there.. not big deal.. 

^-^ we've still enjoy celebrating our cousin's big day ^-^

memang best + happy + penat + lega.. wal else?? hehe.. my two kazen pun da half-officially jadi milik orang dengan termeterai nyer ikatan pertunangan

Tahun 2012
bakal menyaksikan ikatan dua hati ini

Peranan aku lak?
1- simpan cuti
2-simpan duit nak taja bakal pengatin ( tajaan berupa cekelat, bunga telur, buah2, wafer hehe)
3-simpan tenaga ( sbb jadual tugas aku bagai tak penah bertukar sejak aku da besar pjg ni, confirm di DAPUR) br rasa nak jd FLOWER GIRL sob..sob

kiter tgk gmbar je eh sbb penat knuri masih terasa malas nak celoteh pjg

my kak ngah.. tema hijau

mirah.. tema gold

besama buah ati di tepi titi

besama abg suhaimi pujaan  hati



Thursday, 10 November 2011

cetusan rasa

salam..

entry ni dibuat sebagai tanda aku juga sedang berduka dikala seorang sahabat sedang kecewa.. sahabat yang sedang menanti kepada sesuatu yang belum pasti.. sesuatu hubungan yang dibina mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.. aku perempuan.. begitu juga dia.. kami saling memahami.. buat sahabat.. bertabahlah
 
Dulu...
kami sentiasa bersama
selesa berdua kemana saja walau kadang terpaksa
senang di bawa bicara
bercerita apa saja suka dan duka
akhirnya perpisahan berlaku jua
bila tanggungjawab keluarga menjadi utama
dia di selatan aku ke utara
benarlah janji Allah
pertemuan dan perpisahan berlaku kerana-Nya
pasti punya hikmah
kami masih berhubung walau jarak memisah
di telefon, facebook dan bukannya warkah

sekarang..
sahabat ini sedang berduka 
ikatan kasih kini sudah tergendala
belum tahu hujung pangkalnya
kerana sebelah pihak saja yang berusaha
pertahanan hubungan yang dibina
 
DAN AKU
masih setia  mendengar relung hatinya
mendengar suara esak tangisnya 
walau dihujung talian walau di laman facebook sahaja
 
SAHABAT
aku hanya mampu berdoa
agar kau  tabah
 tidak mudah jatuh rebah
aku menyokong segala keputusanmu
kerna aku yang mengetahui segala hati isi mu SAHABAT..

T T



Tuesday, 8 November 2011

raya haji punya cerita

salam
Raya Haji : 6-7 November 2011
Lokasi: Bayan Lepas Pulau Pinang

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan sangat lah bersederhana.. raya haji aku pun simple.. dgn juadah semua mak mentua aku da prepare aku hanya tesengih jer menceduk lauk pauk masok pinggan.. laki aku g smayang raya pun cakap org x ramai sangat.. merasa la dia n adik ipar smayang dalam masjid.. kalau tak slalu bersejadahkan jalan tar jer (bkn jalan Tunku Abdul Rahman tu) mayb hujan yang turun tanpa henti walau tak lebat mana. Raya haji aku ngan family mentua, sbb mak ayah nak raya kat a.star.. Nasib baik raya haji, efek dia tak cukup nak wat aku maraung di pagi raya.. kalau raya aidilfitri.. tak tau lah.. hahah.. mau sekampung dgr suara aku.. so aktiviti kami anak branak dlm umah sja sbb seharian hujan.. dlm jam 6 petang br la aku kuar amek mak kat stesen bas sg. nibong then pastu aku laki bini n adik2 g bukit jambul.

niat asal nak beli buah utk hantaran di Giant sj, tp disebabkan tpon laki aku rosak so tecampak lah kami di Bukit Jambul tuk dibaiki .. bila apek tu check tpon laki aku dia cakap bg masa 1 jam.. so.. tercetus la idea adik ipar aku nak g tgk wayang.. dengan sebulat suara kami semua bersetuju tnpa mengetahui lagi citer apa y bakal ditonton..

alamak toyol ~ semua geleng kepala
hindustan~ semua geleng kepala jugak (siyes time tu tayangan hindustan adalah belambak)
paranormal activity ~ geleng kepala tapi aku sowang saja T T
bila da kata demokrasi haruslah aku kalah
 
SAYA DA TAK MAU TGK CITER PARANORMAL ACTIVITY 
incik hasben kalau tebaca entry ni sila simpati pada isteri anda y masih tebayang2 scene citer tu sehingga entry ini ditulis.. bukan aper.. aku isau aku y jd x normal pas tgk citer neh.. kalau  tgk kat umah leh jgk aku ngelat merayau dlm umah ker, bc majalah ker.. ni dlm panggung mau mati kutu aku.. di permulaan citer tu aku masih tenang, bila scene waktu malam jer melekap la muka aku kat bahu laki aku.. mmg aku tak tgk.. harga tiket RM9, so aku ase aku hanya menggunakan RM3.50 jer tgk citer tu.. bakinyer tgk bahu laki aku.. citer tu sejam lebey sja tp aku ase bagai betahun..sob..sob..

> TAPI KAN <
percaya atau tak ni la KALI PERTAMA aku tgk wayang bersama laki aku.. hehe.. SUNGGUH tak tipu.. masa zaman kapel & tunang kami tak pernah tgk.. ader saja halangan bila da jadi laki bini baru la tercapai misi tgk wayang.. lawakkan??

THE END

Thursday, 3 November 2011

My Honeybunch, SugarplumPumpy-umpy-umpkin ~ my Sweetie Pie

wah..wah.. meriah tajuk kan hehe

hati gumbirakah? alhamdullilah selagi bernafas, punya rezeki yang cukup, kesihatan yang baik bersyukurlah.. segmen apakah kali ini? tajuk meriah tak hengat. entry kali ni nak introduce family.. bukan senang nak godek2 balik album lama2 neh.. nak cari picture yang cukup korum nasyid mmg susah, dapat panggil mak posing comey2 kat sebelah, ayah sibuk nak ke sana ke mari, dapat panggil ayah lak duduk bersegak bagai, mak tekejar2 lak amek cucu duk nanges, tapi aku? maintain statik kat depan kamera, selagi tak cakap okeh sesi bergambar da abes~ jangan merasa lah aku nak brenti senyum kambing..

so sapa kekuatan aku selama nie? yang jd tempat aku pinjam bahu nak nanges, yang real skali tau semua sifat baik buruk aku.. yang dlu time duk asrama tau jer aku nak balik week tu dlm peti ais da ader siap2 sotong utk masak sambal tumis, yang jadi banker aku teeetttt  yang ni aku x tipu.. so saper lagi klu bukan.. my beloved mum huhu.. really love you mum..

2nd lak.. insan y siyes jer ngan aku.. yang wat muka masam bila tgk report kad aku ader kaler merah,yang pastu br  aku tau nak amek buku letak depan muka.. yang sampai umo 25 tahun antar amek aku tak kira aku nak g mana.. 25 tahun kot.. siyes.. smpai skang aku janji nak drive sendri tp tak tunai2kan lagi , insan ni la tak penah paksa aku bila aku tak tunaikan janji aku tu.. yang setia rela nak bawak aku.. yang akan jadi penasihat tak bertauliah bila tau aku sakit.. yang susah ati lebey2 bila anak dia neh selsema.. huhu mok cik sebak neh.. Dats My Dad.. thanks Dad...

abang aku lak.. huu.. ape nak citer.. dia mmg baik lah.. senang nak counteam ngan dia.. susah nak cakap tidak ngan aku.. huhu.. skang da branak pinak da.. ase kejap jer masa bejalan.. sedang aku ase mcm baru sangat balik ngaji umah cik limah sama2 ngan abang aku ampir 15 tahun dlu.. huhu.. skang da jd polis da abang aku neh.. kak ipar aku cekgu.. anak dia neh la nama fayadh.. hehe..

family member aku x ramai.. kami 4 beranak jer.. asal sikit jer? jangan tanya aku hehe.. ader family yang sebegini buatkan aku cukup bahagia.. thanks semua.. ni citer family aku y basic.. nanti aku masuk bab hasben.. kak ipar n family mentua.. stay tuned hehe

Tuesday, 1 November 2011

step closer to November vacation \ ( ^^ ) /

salam..

kita mula entry aku neh dgn teknik imbasan crita antara dua makhluk neh dolu :p
time/date = pagi..27.10.2011

hazwan~ elo.. cuti tinggal brapa hari lagi?
fanis~elo.. hurmm dlm 7 hari smpai bln 12
hazwan~ nak ikot p S***xxxx***XXXXX tak? -jgn nk cuba2 teka amek pen bagai aku men hentam jer tu..
fanis~ hah???? nak.. nak..
hazwan~ ada duit?
fanis~ tak da hehhehe... nak robek2 bley la kot
hazwan~ oke.. check tiket mas @ air-asia.. wat passport..
fanis~ okeh..

tamat perbualan kami laki bini.. gembira nya hati bukan kepalang.. InsyaAllah x da apa2 halangan sampai la kami disana.. bukan x mau tulis tempat semua bagai.. lets say x jadi.. malu akak.. Allah know best..

start pada hari tu aku pun google la tempat aku nak p neh.. senang cakap negara neh hanya berjiran.. x jauh mana pun.. tp cukuplah nak merabakkan duit poket laki aku dgn tiket flight y last minit amek neh hahah.. sowi bang.. sye mau ikot wlaupun mood bukan bercuti sepenuhnya.. laki aku ke sana sbb urusan keja.. aku tompang sekaki..

step pertama aku g amek pic.. siap make up gitu.. gedik jer lebey.. bukan permintaan dari pihak imigresen pun kan.. cuci gambar dgn harga rm11 (4 keping) katanya xpress, klu nak keesokkannyer leh dapat ngan harga rm8.. dasat tol kedai gmbaq neh.. wat duit sesaja..

step kedua aku g bank Islam..juz check dlm Tabung Haji ada brapa.. Alhamdullillah even tak banyak mana, cukup nak wat duit passport.. nampak gaya nama aku nak p haji neh makin kebawah.. baru duit nak beranak pinak sket aku da cilok.. aku janji aku kumpul lagi.. jgn janji fanis, di sambar petir ko nant.. da byk kali sgt janji nak kumpul duit tu

step ketiga  aku p pejabat imigresen.. sebelum terlupa aku mmg nak puji khidmat kaunter neh.. dlu org slalu kata gomen neh wat keja lambat.. khidmat kaunter x bagus.. tp sekarang tidak lagi.. aku puji abes-abesan.. bukan sebab aku pun penjawat awam.. tp bnda betol naper x leh puji kan.. aku amek masa x sampai stengah jam.. selepas pembayaran RM100 aku da leh amek passport dlm tempoh 1jam.. tahniah IMIGRESEN MALAYSIA.. tak lupa juga tima kasih kat 2 org kazen aku y sudi usung aku neh g wat passport.. tnkiu fatihah n mirah..
INFO: bagi permohonan kali pertama membuat PASSPORT  perlu membawa SATU salinan kad pengenalan dan DUA keping gambar berukuran passport.. pic perlu berlatarkan warna BIRU SHJ.. then bayaran RM100 selama 2 tahun..

step keempat aku bg no passport kat hasben aku utk dia wat boarding pass ape ntah.. itu part laki aku lak.. dia lebey arif lagi bijaksana.. hehe..

p/s~ latest info aku dapat dr hasben aku dia tulis sbb bg melalui text message 
        < hehe em tiket flight da ambik td> msg 1
       < online sit dpt sebelah2 ok la> msg 2


doakan aku dapat p S******xxxxxXXXXXX*****.. dan ni 1st time nak nek flight *malunakngaku*

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...