Thursday, 10 November 2011

cetusan rasa

salam..

entry ni dibuat sebagai tanda aku juga sedang berduka dikala seorang sahabat sedang kecewa.. sahabat yang sedang menanti kepada sesuatu yang belum pasti.. sesuatu hubungan yang dibina mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.. aku perempuan.. begitu juga dia.. kami saling memahami.. buat sahabat.. bertabahlah
 
Dulu...
kami sentiasa bersama
selesa berdua kemana saja walau kadang terpaksa
senang di bawa bicara
bercerita apa saja suka dan duka
akhirnya perpisahan berlaku jua
bila tanggungjawab keluarga menjadi utama
dia di selatan aku ke utara
benarlah janji Allah
pertemuan dan perpisahan berlaku kerana-Nya
pasti punya hikmah
kami masih berhubung walau jarak memisah
di telefon, facebook dan bukannya warkah

sekarang..
sahabat ini sedang berduka 
ikatan kasih kini sudah tergendala
belum tahu hujung pangkalnya
kerana sebelah pihak saja yang berusaha
pertahanan hubungan yang dibina
 
DAN AKU
masih setia  mendengar relung hatinya
mendengar suara esak tangisnya 
walau dihujung talian walau di laman facebook sahaja
 
SAHABAT
aku hanya mampu berdoa
agar kau  tabah
 tidak mudah jatuh rebah
aku menyokong segala keputusanmu
kerna aku yang mengetahui segala hati isi mu SAHABAT..

T T



No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...