Thursday, 24 November 2011

uncle.. ni 1 berapa ringgit?

salam
aku ~ uncle.. ni 1 berapa ringgit?
tauke kedai~ RM15.. lu mau angkat brapa?
aku~ dua saja.. kasi diskaun la tauke..
tauke~ lu punya pasat.. gua kasi 1 RM13.. sekijap.. gua kasi bungkus..
aku~ lu baik la tauke.. tenkiu aa..

Agak2 bahagia tak kalau nak beli kamera dengan tawaran sebegitu? wawawawa.. hakikatnya tidak.. sob..sob T_T.. bila la aku nak dapat kamera yang cenggini.. sila saksikan gambar rajah dibawah beserta keterangan nyer..


Selari dengan permintaan konsumer yang berhadapan situasi sebegitu, pengeluar jenama kamera terkemuka, Olympus (Malaysia) memperkenalkan rangkaian produk terkini mereka melalui siri PEN.
Bermula pada Jun 2009, syarikat tersebut telah mengumumkan model PEN E-P1, sejenis kamera digital dengan lensa boleh tukar menggunakan sistem Micro Four Thirds (MFT).
Tradisi PEN diteruskan dengan pengenalan model E-P2 dan E-P3 yang memiliki keupayaan tambahan seperti pencari pandangan (viewfinder) elektronik resolusi tinggi dan Art Filter.
Sepanjang tahun 2010 juga, rangkaian Olympus PEN Lite E-PL1, E-PL2 dan E-PL3 yang lebih ringan dan kompak menemui peminatnya. Ia diikuti dengan model Olympus PEN Mini E-PM1 yang dilengkapi flash, video HD dan ciri skrin sentuh. ( DIPETIK DARI AKHBAR KOSMO ONLINE)
AKU NAK SATU..I WANT ONE

aku nak kamera digital da lama.. bukan tak penah ada.. tp zaman diploma punya..tahun 2004.. ko bley pikir bentuk dia tak? yang kecik + guna bateri 3A.. pastu klu nak beli bateri harus cap Enegizer, kalau cap TESCO memang tak idup la kamera tu..walau beli secara pukal sekalipun..  so skang , da memana ntah aku letak.. kali terakhir aku pakai tahun 2009 tak silap aku..

nak beli DSLR memang la tak mampu.. kalau tetiba aku g beli.. confirm ayah aku selongkar almari dia cari geran tanah dusun.. mana tau kalau2 g jual tanah dia.. tak pun.. mak aku belek tengkuk or tangan dia..kalau2 aku curik rantai emas mak aku waktu mak aku tido..FUhhhhhh...

sabar lah wahai hati.. bila tiba masanya pasti kau akan miliki-bluekkkk- huhu  kalau tak kerana teori management aku blaja dlu2 mengatakan dahulukan keperluan baru kehendak harus aku da rembat walau satu.. tak kisah apa jenama janji up to date hua..hua..

ape yang penting.. usahalah ape yang patot.. ikat perut ka.. jual barangan terpakai ker.. gadai rantai mak ker  ape2 ah.. dari sumber yang tulus mulus hehe..

2 comments:

zahliana said...

hihik...nak satu jugak..

wan-nis said...

hehe.. ini jenis kamera sangat sempoi zah.. hasil dia ala2 DSLR tau.. tp x tau la harga dia sme ke x ngan DSLR tu..huk..huk..

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...