Monday, 30 January 2012

Anugerah Juara Lagu dan Kenangan

salam,
semalam adalah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang ke 26.. tahniah pada siapa yang menang.. malas aku nak brief tentang AJL.. laman blog hiburan sah2 detail kan benda alah ni.. aper la sangat setakat aku yang nak menilai dari sudut orang2 yang dikategori sebagai buta seni..  hehe.. sekali aku kata semua yang perform tak best.. Pak Hermantino yang scene 2 saat yang best? acaner???

sebetolnya aku punya kenangan dengan AJL.. semua adalah berbeza dari sekolah menengah sampai la sekarang.. masa sekolah menengah aku kan duk hostel, tapi teringin sangat la nak dengar dan tenguk.. walkman (yang besar gedabak) pun tak boleh bawak.. so caner.. huhu.. tapi tak per.. pegi outing, beli walkman kecik yang jual kat Mydin Borong.. jadi la dapat dengar melalui radio.. bila pengacara cakap cantik Siti Nurhaliza berpakaian merah (sekitar tahun 2001-2003) imagine sendiri2 jer.. tu pun kena cover jugak nak dengar sebabnyer waktu prep malam.. kalau warden dapat tahu alamat MATI.. nasib baik tudung stail labuh, boleh buat pelindung, itu belum dikira kawan sebelah nak tumpang dengar sama, mahu la tekehel kepala dengar sorang satu earphone.. hang satu aku satu.. ohhhhh.. i missed dat time
aku penah ada 1 walkman camneh, jenama Aiwa, hasil tajaan abang aku y time tu keja kilang

beh kurang cenggini bentuk walkman kecik tu, tapi aku punya jenama Mydin jer.. haha

berlainan pulak bila masuk universiti, masa tu di Uitm Merbok Sg petani.. da tak tau kenapa bagaikan disumpah dewa tv, tv yang ada d Masria 4 tidak penah elok.. bila ada gambar suara tak da, bila ada suara + gambar hnya tv1 shja yang bole tgk, ko igt brapa kerat sgt nak tgk tv 1 T_______T.. tapi rezeki warga Masria 4, AJL pada tahun  tu tv dlm keadaan separa baik, gambar semua ada cuma suara tak der.. bila da dinamakan budak uni, haruslah bijak pandai kan.. so apa yang kitaorg buat?

kami pasang tv, tapi suara guna bantuan radio.. hahaha.. memang kelakar habes waktu tu.. bukan ker radio jadi penaja rasmi AJL.. so apa lagi.. gunakan kemudahan yang ada.. yang lawaknya, bila di tv da stat nyanyi, yang di radio neh suara still iklan lagi hehe.. tak ader koordinasi di situ.. tu punnnnnnnn.. ko tenguk jugak sampai juling mata2..

zaman Uitm Shah Alam lak, nasib aku tak tahu bagai mana nak didefinasikan.. sebabnya, kalau AJL ari tu, tak esok lusa mesti jatuh hari Quiz atau Test.. kalau aku tak berrumatekan ulat buku, mau aku da cop2kan tempat da dekat bilik tv, tp memandangkan ko tau rumate kau study bagai nak rak, bole kau senang lenang nak layan AJL?? owh tidak.. Saiko beb, saiko.. tak sudah, dgr melalui radio jugak sedangkan hati ko meronta2 dengar bebudak len tejerit2 keriangan di bilik tv yang hanya setapak dua dari bilik  ko ...~ tragis di situ

di zaman umah sewa lak tak kurang manis nya kenangan.. tv di rumah yang tak clear bukan masalah bagi kami ber enam, sebabnya tak de sapa nak ngadap.. pepagi sah2 sume kuar g keja, malam lak da balik keja mana nak tgk sgt.. masing2 da penat so tgk tv tu hnya mengisi ruang masa shj.. tapi jangan kalau mesin basuh rosak.. kelam kelibut nak jugak baiki.. sebab malas nak berhempas pulas membongkok basuh kain.. jadi bila tv tak clear, haruslah kami berusaha nak bagi clear jugak..  sudahnyer, areal tv tu kami adjust siang2 lagi.. areal tu ke utara selatan timur barat kami letak.. bagi cun2 jer tv3 boleh tgk.. bila da dapat port baekk punya, jangan la gatal2 tgn ko nak ubah.. memang kena maki la jawabnyer.. pastu amek toto, tgk ramai2 smbil baring2.. siap dengan cibet lagi (cibet=lawan teka) sapa yang bakal juara..

sekarang, aku selesa.. nak tgk AJL no hal.. clear dengan bantuan astro.. duduk la selapang mana pun yg nak.. tak da siapa kisah.. tak payah nak adjust bg clear, tak payah risau kena marah sbb curik2 tgk.. 

tapi

*

*

*


kenapa aku masih rindukan yang dulu..
kenapa aku masih rindukan zaman susah nak tgk AJL  secara ramai2
kenapa aku masih rindukan bunyi bising suara2 kwn2 yang besorak bila penyanyi kesukaan menang



Friday, 27 January 2012

Da agak da ~

Salam

ari neh aku ader umah di mak ayah aku saja, tak balik Penang pun.. Jauh di sudut hati, aku membuak2 nak balik Penang.. lama tak tenguk wajah kesayangan hamba (padahal minggu lepas ko da balik Penang).. hati bagai tak keruan.. nak2 lak, laki aku 2 3 hari sudah demam n batuk2... tapi begitulah bila gerak hati dan jasad tidak sekata.. hati nak balik tapi badan tak mampu nak bekerja.. minta untuk berehat di hujung minggu sahaja.. ok cukup untuk pembukaan, ini bukan pokok cerita.....

sejak dulu aku rasa aku ni hangat2 tahi ayam jer, dlm apa sahaja yang aku lakukan ..sehangat mana tahi itu tidak lak aku ketahui darjah celsiusnya.. tapi syukur peel aku neh tak de sangkut paut dengan org pun.. kalau lah tebiat aku neh ader kaitan dgn org sekeliling, mau hidup aku didoakan sumpah seranah org jer.. contoh eh, tgh2 ko kemas umah, mood ko nak kemas da ilang, abes sampah selonggok tak abes sapu kat hujung pintu, biar cenggitu jer.. tak pun sedang ko menaip memo yang di arah bos, ko ilang mood ,ko bagi balik memo tu pd bos soh continue taip.. bole?

seingat aku la, aku mesti peruntukan 1 diari konon2 nak luah segala isi benda dlm tu, since skoll rendah aku kira, nak2 lak suka layan drama, ader scene2 heroin yang tgh sedey tulis diari, aku pun x nak kalah.. g beli dekat koperasi buku latihan harga 50 sen wat diari.. siap tulis  alif lam lam ha sapa baca dia berdosa.. kau ader? ader la kot, 4 5 helai aku karang.. pastu nta memana aku campak T______T

tahun2 selepas tu.. time skol menengah n universiti pun ader jugak..cuma peruntukan da lebey sket, cantik la buku yg aku beli utk dibuat diari.. puuuuuunnnnnn sama.. kekal 2 bulan jer .. pastu da x der..

Diari tak nak kalah
sampai la sekarang da kawen pun nak jugak.. hujung2 tahun lepas, aku ngan laki aku masuk Popular, ader la diari muslimah, cantik aku tgk, siap ader pengisian bagai, puuuuuuunnnnnnnn beli jugak, sbb nyer rasa lebih bagus diari neh, date sume da siap2 tulis so ko conteng jer apa2.. takat2 nak commit dlm 5-10 minit jer ..  ape la sgt.. ko boleh fanis..semangat mula shj :P... siap tunggu lagi bila nak tahun 2012.. tak nyempat2 nak tulis... Sudah nyer... br bulan Januari jer pun ,aku da tinggal tulis diari dekat seminggu.. nasib la ko fanis.. pas branak pinak pun sama la ase nya..

*
*
*
Da Agak Da

Monday, 23 January 2012

Im in touch

salam..

entry ini sebagai penghargaan pada insan2 tersayang yang meraikan bufday aku baru2 nie dan tak lupa juga yang wish bufday aku kat facebook.. dapat pengajaran daripada sini supaya aku lebih menghargai insan2 disekeliling yang sering mendoakan kita.. jujur nya aku terkadang,  hanya memandang sepi birthday list name yang ader pada wall facebook .. ambil mudah barangkali atau tidak mahu amek peduli.. tidak susah sebenarnya, hanya memerlukan beberapa saat untuk meninggalkan tanda ingatan .. tetapi selepas ini insyaAllah, aku akan cuba untuk meninggalkan jejak aku di wall facebook rakan2 atau sedara mara yang menyambut hari jadi seperti mana mereka meninggalkan jejak di wall face book aku.. sungguh aku rasa malu pada diri sendiri ats kekhilafan aku ini.. maafin aku...
T___________________________T

 
 
mereka yang mendamaikan hati ini di hari tua ku
*
*



1st person who wish me :p
 
tak lupa juga gift from my beloved husband and parents.. 
luv you all!!!!

from incik hazwan

from ina malek n co



Saturday, 21 January 2012

Hari Ini..

SALAM

hari ini aku berusia 26 tahun
tidak lebih tidak kurang
atau...
yang lebih hanya waktu sahaja
aku yang lahir jam 4.50 pagi pada 21 Januari 1986
tapi sekarang jam menunjukan 9.15 malam juga pada tarikh 21 Januari 2012

hari ini aku berusia 26 tahun
bukan lagi bayi yang perlu disusui  ibu
bukan lagi kanak-kanak yang perlu dihantar ke tadika
bukan juga murid sekolah yang perlu menghadiri periksa

hari ini aku berusia 26 tahun
seorang anak yang makin dewasa
bukan lagi menyambut hari jadinya bersama emak, ayah dan abang seperti dahulunya
yang bergembira hanya kami 4 beranak sekeluarga

hari ini aku berusia 26 tahun
seorang wanita yang sudah punya keluarga sendiri
yang kini bergelar isteri
yang kini punya ipar dan suami
melengkapkan kami yang  dulu bersaiz keluarga mini

hari ini aku berusia 26 tahun
masih banyak jalan yang perlu ditempuhi
mengharap kehidupan yang diredhoi Illahi

hari ini aku berusia 26 tahun
usia makin lama makin menginjak
kenangan dulu banyak meninggalkan jejak
moga memberi keinsafan dilindung perkara jahat usah terjebak



~ selamat hari lahir Farhainis Malek~

Tuesday, 17 January 2012

Aku yang dahulu..

salam
 
macam biasa setiap dua minggu sekali ( ye ker? Bkn tiap minggu ker ko nampak laut) aku balik Penang sebab aku kan wekend wifey.. ader satu malam tu hasben aku kena shif malam so sementara nak tunggu dia balik keja tu saja la aku belek-belek laci laki aku ( ini bukan sesi siasatan ke aper).. belek punya belek rupanya segala kad2 yang penah aku bagi kat dia dulu masih tersimpan rapi (actually cuak jugak kalau2 nmpak kad dari org lain, nasib tak der, kalau takkkkkk.. siappppppp)

rupanya banyak kad yang aku bagi dekat dia.. comel2 lak tu , and bila tgk date pada kad, rupanya byk kad aku beli zaman studi UiTM (sah2 ko beli pakai dwet PTPTN kan) tetibe aku ase aku sgt suwittt hehe..


terbayang memori-memori aku zaman UiTM dlu.. aku beli kad kat kedai Koperasi Teratai 1.. aku, yana dan nikmah gelar kedai tu sebagai kedai bapak sbb penjaga dia indon.. tapi jiran bilik aku panggil kedai Wak sbb dia kata penjaga kedai cakap mcm jawa.. sambung2... pastu beli kat PKNS, beli kat Plaza alam sentral dan etc..

abang, tadi org bukak laci tu, byk kan kad org bg? Hehe.. gatai jugak kan org.. dan dengan slamber laki aku kata.. tau tak pa.. bukan gatai tapi galak.. ( tak der tapis kan jwpan laki aku?? T_________T)

kesimpulan dari citer neh, aku skang da x der kad2 neh.. siyes cakap, lepas kawen tiada kad yang aku utuskan, hatta kad birthday.. tu belom kad raya lagi.. nanges laki aku kan mengenangkan betapa kurangnya kesedaran sivik bini dia neh.. bukan setakat itu sahaja, kalau beli adiah birthday pun x de da aku nak balut2 neh.. kalau beli dekat pacific baju tu, dengan plastik itu jugak lah aku bg.. y bahik ati sket aku buang rege dia jer.. (ko bole bayang akan dtg tak? cara2 pemberian adiah dari aku huahuahua..)

laki aku sepoyo2 dia pun ader lagi kad raya dia bagi dekat aku, adiah ader lagi seni balutan dia.. walaupun kad raya y g di beli adalah di depan aku, pastu cakap.. Eh.. Jgn la tgk abang nak pilih kad raya neh... sah2 aku depan dia kan.. bole? mana x poyo kan.. nk bg adiah, stil lagi dia balut beserta kad hokey.. tapi aku? haha

p/s: pada kad yg aku layangkan mesti ade ader catat kat sign nama tu tmpat, date n masa.. naper eh? Ko ader?

lagi 1 nanti aku hapdate pic kad-kad aku tu..


UPDATE 2..

ni la pic sume kad yang aku kasik tu..
*

*

rase cam ader lagi jer.. ?????

Wednesday, 11 January 2012

Suatu pagi roll call yang gamat

salam

Suatu pagi roll call yang gamat.. ini bukan cerita hantu sebab sah-sah pagi.. so tak der maknanyer nak ngeri2 neh.. tapi cukup untuk mengecutkan perut aku dan membuat aku stuck dalam tiga empat saat..

untuk pengetahuan semua, aku bekerja dengan budak-budak penguatkuasa.. kami ber sembilan orang.. kerani 2 sahaja.. so bila ader roll call pengurus cawangan aku akan angkut sekali kerani2 dia neh tuk hadir sama roll call tu.. so skang aku ase mcm nak tukar status jawatan aku kepada  pembantu tadbirkuasa.. bole?

so pagi kelmarin macam biasa kami ader roll call around 8.10 pagi macam tu.. celoteh PC aku pg neh lebey pjg dr biasa sbb aku ase dia nak qado balik spjg 2hr ketiadaan dia kat opis aku.. - kita semua harus bla..bla..bla..bla.. dan ingatlah kita kerja bla..bla..bla.. smpai la

*
*
*
*

GEDEBUKKKKKKKKKKK

dan serentak dengan itu, kami semua........

AYUUUUUUUUUUUUUU (suasana mula gamat, dengan suara tenggelam timbul, aku lak blur2 lagi)

sob..sob.. Ayu pengsan.. semua berusaha angkat dia, gerak dia, tampor2 pipi dia.. sayup2 aku dengar kak liza cakap ayu da 4 hari tak makan nasi (fuhhhhh.. gler tahan perut..kalau aku??)

kelam kelibut opis aku semalam.. kitaorg angkat dia bwk ke sofa depan.. dengan PC aku da nek hangin cari buku tipon tak jumpa sbb dia nak soh tipon ambulan.. aku lak yang teragak2 nak tipon 999 ker 991 ( no. tipon y anba soh aku call, sudahnyer aku soh jer si Anba ni tipon) bukan aper.. aku isau aku kang tak becakap pun dengan operator tu, aku nanges jer.. sedang si Anba tipon ambulan, pak lang ngan bebudak yang len suggest g antar sndri  kat klinik, tunggu ambulan lambat..

so Pak Lang selaku badang kami kelmarin angkat Ayu yang sedar2 ayam jer time tu.. kena lak pagi kelmarin hujan yang renyai2 betambah gamat la keadaan kami.. ko bole bayang opis ktorg tingkat 2.. nsb baik la badan ayu kecik molek jer.. (tetibe tebayang kalo aku yang pengsan.. agak2 diaorg buat2 x nmpak jer kan, giler ko berat lagi aku dr anak gajah) sob..sob.. yang kelakar nyer , punya la panik si Azi neh dia bwk payung nak memayungi ayu kononnyer, tp dari atas bangunan lagi dia da pasang payung.. tak ke susah ko nak turun tangga yang sempit tu dengan bukak payung.. agk2 bila dia ase tesekat tak leh nak lalu ruang tangga tu , baru ler dia tutup payung... adeh~ ~ macam-macam
so aku, shai ngan kak fizin da stand by pakai keta aku nak bwk si Ayu ne g klinik terhampir.. smpai jer sna terus masukan ayu ke unit kecemasan.. doktor masukan drip air.. Alhamdulillah semua ok, jam 11 pagi semua settle.. dapat la ayu MC sehari.. huhu.. sian budak tu.. yang pengsan tu udah ler, tapi muka dia da lebam2 dek tehantuk kuat sgt ke lantai ms dia rebah tu.. huhu..
my poor ayu 
T____________________________T

ekceli ader jer aku tngkap pic dia ms dia da sedor tu, tp isau lak nak publish kat sini.. x der permission.. kang dia saman aku caner??? ko nak bayor

hurmm.. itu lah cerita dia.. last but not least.. cukup tak kami 9 bersaudara dalam citer neh.. cer teka..cer teka..

Monday, 9 January 2012

Halwa telinga

salam

Curently aku minat gila dengan lagu neh..

Song by: Klangit (Sesal Mendua)


Dulu
ku pandang diriku
kekasih yang setia
tak pernah berdusta
ooo
kini
aku mulai merasa
sedap hati mendua
perlahanku tinggalkan kamu
tapi
semakin jauh
aku
semakin aku rindu
rindukan kamu
hooo
menyesal aku putuskan kamu
kerna ternyata aku tak mampu
menahan sisa azab cintamu
aduh aduh mana tahan batinku
mungkin
mungkinkah kita bisa
perbaiki semua.. kembali bersama
kerna semakin jauh aku
semakin aku rindu , rindukan kamu
menyesal aku putuskan kamu
kerna ternyata aku tak mampu
menahan sisa azab cintamu
aduh aduh mana tahan batinku
benar apa kau ucapkan dulu
takkan mudah ku lepaskan kamu
menyesal aku curangi kamu
aduhaduh tuhan tolong aku
ooo

meh layan meh..

Saturday, 7 January 2012

Normal tak if...

salam

sebelum aku memulakan entry aku nih.. meh sama-sama sedekahkan al-fatihah utk arwah pak long dan semua yang telah kembali ke rahmahtullah.. mudahan mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman.. Amin

cenggini cerita nyer.. Normal tak if kita rindu kat seseorang tapi tak der kata-kata romantis yang diberi mengambarkan kerinduan sebaliknya akan suka-suki nak hangin kat orang yang kita rindu.. dalam erti kata yang lain sesaje nak cari pasal.. normal tak? ke aku yang tak normal sensorang.. sape ader syndrom same dgn aku? sebelum tu, suka aku ingatkan disini aku just hangin kat LAKI aku saja.. 
T T

tapi itu la aku.. memang da jenis dasar bangsawan mane nta aku amek pe'el neh.. kadang aku sedar apa yang aku buat nie salah.. tapi nta.. nak kata diluar kewarasan.. aku stil ingat aper yang aku buat dikala aku naik hangin dengan laki aku..  aku kesian kat laki aku.. tapi itu jugak yang aku buat.. aku leh relaks tak jumpa laki aku lebeh kurang 7-14 hari jer.. lebey jer dari tempoh sah laku tu aku da meroyan..

aku sedar bukan aku jer yang weekend hasben and wife, ramai lagi kat luar sana.. siap ader anak lagi yang nak ditinggalkan tapi aku kira diorg neh bole sabar, ader tolak ansur, leh bg kata2 romantis lagi.. 

laki aku ni aku kira kesabaran dia masih tersisa dan barangkali masih menebal... habes sangat dia tak layankan meroyan aku dengan mengatakan dia nak tido (situasi ble msg) so aku diam dan dia diam.. Meroyan aku akan mereda ke tahap paling minima bila aku jumpa laki aku.. sedangkan sehari sebelum nak jumpa laki aku,  meroyan aku bole sampai tahap 10 skala ritcher.. kalau jumpa aku minta ampun maaf kat laki aku , kira oke tau.. agak2 leh masuk sorga lagi.. ini tak.. sepatah aper aku tak cakap.. reaksi bagai x der aper yang blaku.. jahatkan aku..

hurmmmmmmm.... so.. aku harap sempena tahun baru neh tak de la aku cenggini lagi.. sian laki aku nak layankan bini dia neh.. tak penah dia pertikaikan aku yang jarang2 dgn dia neh. dek kerana kerjaya aku yang kat kedah dia kat penang.. makan pakai dia pun aku tak jaga,  x der lak dia nak isukan.. tapi aku.. sob..sob.. tak pandai nak besyukur..
itu la saja isu APA KATA WANITA untuk kali ini..sekian

Tuesday, 3 January 2012

Tribute to Aziz Che Man

Telah ditakdirkan permulaan tahun 2012, kami melalui kehilangan orang tersayang.. jam 3.45 pagi tanggal 02 Januari 2012,  Pak Long aku telah kembali ke Rahmahtullah di usia 59 tahun. Disahkan sebab kematian adalah sakit jantung. Sangkaan kami pak long pergi disebabkan sakit buah pinggang yang dihidapi hampir 2 tahun lalu.
Allah lebih menyayangi Pak Long.. mudahan Pak long ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Pak long yang aku kenali
gemar membuat kami semua tercuit hati
ada saja humor sepanjang hari
buat kami semua tak kering gusi

 pak long di hari persandingan ku..pertama dari kiri berbaju biru tua bersongkok putih berbelang hitam

arwah orangnya kecil sahaja
gambar terakhir pak long bersama kami.. segak berbaju melayu putih.. gambar raya 2011

Pak long memang seorang yang pandai buat lawak, ada saja bahan nak dijadikan modal, walaupun sejak dua tahun kebelakangan ini arwah sering sakit2 sebab kegagalan fungsi buah pinggang, itu tak menjadi halangan. paklong adalah pesara pekerja kilang. Kalau tak silap aku sebagai technician. Lama arwah bekerja di kilang, sampai pandai bercakap cina.
Ingat kata pak long "baik abang (panggilan adik2) tak payah  p check kt hospital, kalau tau sakit lagi abang susah hati" tapi selepas teh (mak menakan aku) nasihat baru la p check.. dari situ baru la tau pak long ader mengidap kencing manis.

Pak long pada pemerhatian aku tak semewah mana.. tapi pak long kaya kasih sayang.. pantang dengar adik-adik sakit, tiap kali tu la arwah telefon, melawat.. sampai la sihat.. mungkin sbb tiket abang sulung + pengganti arwah tok wan..  sejak ada cucu pulak, pak long bagai tak boleh nak renggang dengan cucu sendiri.. ader duit lebih sikit ader la mainan baru utk sang cucu..

tiada sumbangan besar aku pada arwah.. sempat aku sedekahkan bacaan yasin dan beberapa surah al-quran untuk pak long.. air mata ini bagai tiada tebing lagi.. laju membasahi pipi.. pilu aku melihat anak-anak pak long dan mak long isteri yang paling setia dan paling baik pada suaminya.. jarang nak tinggalkan pak long tanpa teman, sehingga ke akhir hayat pak long rebah di pangkuan mak long..  
kita kena bersedia lepas ni.. mana tau esok2 kita pulak.. itu kata laki aku.. dan aku..bagai tak ingin membayangkan jika takdir aku pula merasai sedih kehilangan orang tersayang..
 
Buat semua keluarga
Semua sepupu, pak menakan dan mak menakan aku.. anda semua telah memberi sumbangan terakhir yang paling baik pada arwah.. telah mencuba sebaiknya menjaga adab tertib agar arwah "selesa" menghadap Illahi. Dengan sumbangan yang telah diberi, Allah saja yang balas diakhirat nanti.

Buat suami aku,
terima kasih menjadi anak menakan yang paling rela menjadi "runner" kesana kemari.. jelas tampak kepenatan di wajah..tapi digagahi jua demi pak long yang disayangi

Buat mak,
terima kasih kerana sudi mengendali peranan sebagai adik kepada abang sulung yang telah pergi, memasak untuk kenduri tahlil walau aku kira emak telah menolak perasan sedih ketepi. masakan tidak, emak aku la paling rapuh jiwanya. mudah mengalir kan air mata.

Buat anak2 pak long dan mak long,
sabarlah di atas dugaan.. redholah pemergian ayah dan suami tersayang.. banyak kan berdoa dan sedekahkan fatihah..
 
Pak long,
damai lah pak long di sana.. kami akan menjejaki mu jua.. kalau bukan hari ini, entah esok lusa.. kenangan bersama pak long tak mungkin kami lupa.. doa kami akan sentiasa mengiringi pak long, walau telah dimamah usia..

Al-fatihah

Sunday, 1 January 2012

2012

2012 dunia akan berakhir.. bagaimana dengan masalah kelimumur (ketombe) anda.. macam ape kan iklan tu.. saper perasan? huhu..
ok2.. sila abaikan benda alah tu.. bukan isu itu yang kita ketengahkan..

lets pray together
konon2 gitu la aku amek pic ngan laki aku

sedar tak sedar da pun masuk 2012.. kalau nak dihitung dikira aku pun tak sure apa yang aku da sumbangkan pada tahun 2011.. tapi perubahan-perubahan besar dalam hidup aku adalah pada tahun 2011.. itu tidak aku nafikan.. aku berkahwin misalnya.. hehe.. dapat anak buah.. dapat tukar ke pejabat cawangan..pertama kali nak flight.. ke luar negara walau hanya negara jiran.. dapat berkongsi hidup dengan yang tersayang dan dapat stay ngan mak ayah.. alhamdulillah..

tanpa aku sedar banyak yang Allah berikan dekat aku..boleh dikatakan apa yan aku hajati semua Allah bagi contohnya pertukaran aku balik ke Cawangan yang paling terhampir dengan suami dan family,  tp kadang aku masih belum bersyukur.. masih meminta2 dan kadang mengeluh.. kenapa Allah tak bagi aku ini.. tak bagi aku itu.. kenapa..kenapa..dan kenapa..

aku cuba berubah.. InsyaAllah.. menjadi lebih baik.. sempat tadi aku dengar radio IKIM sewaktu memandu ke tempat kerja.. kata nabi ke or seorang ulama begitulah (aku tak pasti coz aku telalu fokus bwk keta sbb hujan lebat) 
 
'Jika amalan jahatmu lebih banyak dari amalan baikmu, maka bersiaplah ke neraka'

Ya Allah.. aku mohon keampunan dari-Mu.. bantulah hamba-Mu menjadi golongan yang bersyukur.. Bantulah Hamba-Mu menjadi manusia yang tidak takbur.. atas segala yang Engkau berikan.. Amin..

kepada semua.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.. tetapkan niat.. mudahan kita semua di Redhoi oleh Allah SWT.

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...