Monday, 30 January 2012

Anugerah Juara Lagu dan Kenangan

salam,
semalam adalah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yang ke 26.. tahniah pada siapa yang menang.. malas aku nak brief tentang AJL.. laman blog hiburan sah2 detail kan benda alah ni.. aper la sangat setakat aku yang nak menilai dari sudut orang2 yang dikategori sebagai buta seni..  hehe.. sekali aku kata semua yang perform tak best.. Pak Hermantino yang scene 2 saat yang best? acaner???

sebetolnya aku punya kenangan dengan AJL.. semua adalah berbeza dari sekolah menengah sampai la sekarang.. masa sekolah menengah aku kan duk hostel, tapi teringin sangat la nak dengar dan tenguk.. walkman (yang besar gedabak) pun tak boleh bawak.. so caner.. huhu.. tapi tak per.. pegi outing, beli walkman kecik yang jual kat Mydin Borong.. jadi la dapat dengar melalui radio.. bila pengacara cakap cantik Siti Nurhaliza berpakaian merah (sekitar tahun 2001-2003) imagine sendiri2 jer.. tu pun kena cover jugak nak dengar sebabnyer waktu prep malam.. kalau warden dapat tahu alamat MATI.. nasib baik tudung stail labuh, boleh buat pelindung, itu belum dikira kawan sebelah nak tumpang dengar sama, mahu la tekehel kepala dengar sorang satu earphone.. hang satu aku satu.. ohhhhh.. i missed dat time
aku penah ada 1 walkman camneh, jenama Aiwa, hasil tajaan abang aku y time tu keja kilang

beh kurang cenggini bentuk walkman kecik tu, tapi aku punya jenama Mydin jer.. haha

berlainan pulak bila masuk universiti, masa tu di Uitm Merbok Sg petani.. da tak tau kenapa bagaikan disumpah dewa tv, tv yang ada d Masria 4 tidak penah elok.. bila ada gambar suara tak da, bila ada suara + gambar hnya tv1 shja yang bole tgk, ko igt brapa kerat sgt nak tgk tv 1 T_______T.. tapi rezeki warga Masria 4, AJL pada tahun  tu tv dlm keadaan separa baik, gambar semua ada cuma suara tak der.. bila da dinamakan budak uni, haruslah bijak pandai kan.. so apa yang kitaorg buat?

kami pasang tv, tapi suara guna bantuan radio.. hahaha.. memang kelakar habes waktu tu.. bukan ker radio jadi penaja rasmi AJL.. so apa lagi.. gunakan kemudahan yang ada.. yang lawaknya, bila di tv da stat nyanyi, yang di radio neh suara still iklan lagi hehe.. tak ader koordinasi di situ.. tu punnnnnnnn.. ko tenguk jugak sampai juling mata2..

zaman Uitm Shah Alam lak, nasib aku tak tahu bagai mana nak didefinasikan.. sebabnya, kalau AJL ari tu, tak esok lusa mesti jatuh hari Quiz atau Test.. kalau aku tak berrumatekan ulat buku, mau aku da cop2kan tempat da dekat bilik tv, tp memandangkan ko tau rumate kau study bagai nak rak, bole kau senang lenang nak layan AJL?? owh tidak.. Saiko beb, saiko.. tak sudah, dgr melalui radio jugak sedangkan hati ko meronta2 dengar bebudak len tejerit2 keriangan di bilik tv yang hanya setapak dua dari bilik  ko ...~ tragis di situ

di zaman umah sewa lak tak kurang manis nya kenangan.. tv di rumah yang tak clear bukan masalah bagi kami ber enam, sebabnya tak de sapa nak ngadap.. pepagi sah2 sume kuar g keja, malam lak da balik keja mana nak tgk sgt.. masing2 da penat so tgk tv tu hnya mengisi ruang masa shj.. tapi jangan kalau mesin basuh rosak.. kelam kelibut nak jugak baiki.. sebab malas nak berhempas pulas membongkok basuh kain.. jadi bila tv tak clear, haruslah kami berusaha nak bagi clear jugak..  sudahnyer, areal tv tu kami adjust siang2 lagi.. areal tu ke utara selatan timur barat kami letak.. bagi cun2 jer tv3 boleh tgk.. bila da dapat port baekk punya, jangan la gatal2 tgn ko nak ubah.. memang kena maki la jawabnyer.. pastu amek toto, tgk ramai2 smbil baring2.. siap dengan cibet lagi (cibet=lawan teka) sapa yang bakal juara..

sekarang, aku selesa.. nak tgk AJL no hal.. clear dengan bantuan astro.. duduk la selapang mana pun yg nak.. tak da siapa kisah.. tak payah nak adjust bg clear, tak payah risau kena marah sbb curik2 tgk.. 

tapi

*

*

*


kenapa aku masih rindukan yang dulu..
kenapa aku masih rindukan zaman susah nak tgk AJL  secara ramai2
kenapa aku masih rindukan bunyi bising suara2 kwn2 yang besorak bila penyanyi kesukaan menang



No comments:

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...