Telah ditakdirkan permulaan tahun 2012, kami melalui kehilangan orang tersayang.. jam 3.45 pagi tanggal 02 Januari 2012, Pak Long aku telah kembali ke Rahmahtullah di usia 59 tahun. Disahkan sebab kematian adalah sakit jantung. Sangkaan kami pak long pergi disebabkan sakit buah pinggang yang dihidapi hampir 2 tahun lalu.
Allah lebih menyayangi Pak Long.. mudahan Pak long ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Pak long yang aku kenali
Pak long yang aku kenali
gemar membuat kami semua tercuit hati
ada saja humor sepanjang hari
buat kami semua tak kering gusi
pak long di hari persandingan ku..pertama dari kiri berbaju biru tua bersongkok putih berbelang hitam
arwah orangnya kecil sahaja
gambar terakhir pak long bersama kami.. segak berbaju melayu putih.. gambar raya 2011
Pak long memang seorang yang pandai buat lawak, ada saja bahan nak dijadikan modal, walaupun sejak dua tahun kebelakangan ini arwah sering sakit2 sebab kegagalan fungsi buah pinggang, itu tak menjadi halangan. paklong adalah pesara pekerja kilang. Kalau tak silap aku sebagai technician. Lama arwah bekerja di kilang, sampai pandai bercakap cina.
Ingat kata pak long "baik abang (panggilan adik2) tak payah p check kt hospital, kalau tau sakit lagi abang susah hati" tapi selepas teh (mak menakan aku) nasihat baru la p check.. dari situ baru la tau pak long ader mengidap kencing manis.
Pak long pada pemerhatian aku tak semewah mana.. tapi pak long kaya kasih sayang.. pantang dengar adik-adik sakit, tiap kali tu la arwah telefon, melawat.. sampai la sihat.. mungkin sbb tiket abang sulung + pengganti arwah tok wan.. sejak ada cucu pulak, pak long bagai tak boleh nak renggang dengan cucu sendiri.. ader duit lebih sikit ader la mainan baru utk sang cucu..
tiada sumbangan besar aku pada arwah.. sempat aku sedekahkan bacaan yasin dan beberapa surah al-quran untuk pak long.. air mata ini bagai tiada tebing lagi.. laju membasahi pipi.. pilu aku melihat anak-anak pak long dan mak long isteri yang paling setia dan paling baik pada suaminya.. jarang nak tinggalkan pak long tanpa teman, sehingga ke akhir hayat pak long rebah di pangkuan mak long..

kita kena bersedia lepas ni.. mana tau esok2 kita pulak.. itu kata laki aku.. dan aku..bagai tak ingin membayangkan jika takdir aku pula merasai sedih kehilangan orang tersayang..
Buat semua keluarga
Semua sepupu, pak menakan dan mak menakan aku.. anda semua telah memberi sumbangan terakhir yang paling baik pada arwah.. telah mencuba sebaiknya menjaga adab tertib agar arwah "selesa" menghadap Illahi. Dengan sumbangan yang telah diberi, Allah saja yang balas diakhirat nanti.
Buat suami aku,
Buat suami aku,
terima kasih menjadi anak menakan yang paling rela menjadi "runner" kesana kemari.. jelas tampak kepenatan di wajah..tapi digagahi jua demi pak long yang disayangi
Buat mak,
Buat mak,
terima kasih kerana sudi mengendali peranan sebagai adik kepada abang sulung yang telah pergi, memasak untuk kenduri tahlil walau aku kira emak telah menolak perasan sedih ketepi. masakan tidak, emak aku la paling rapuh jiwanya. mudah mengalir kan air mata.
Buat anak2 pak long dan mak long,
Buat anak2 pak long dan mak long,
sabarlah di atas dugaan.. redholah pemergian ayah dan suami tersayang.. banyak kan berdoa dan sedekahkan fatihah..
Pak long,
damai lah pak long di sana.. kami akan menjejaki mu jua.. kalau bukan hari ini, entah esok lusa.. kenangan bersama pak long tak mungkin kami lupa.. doa kami akan sentiasa mengiringi pak long, walau telah dimamah usia..
Al-fatihah
No comments:
Post a Comment