Tuesday 3 April 2012

Ujian Menaip 18 p.s.m

Assalamualaikum

aper itu Ujian Menaip 18 p.s.m? kalau pernah isi form keja gomen mesti penah tejumpa satu kolum tanya kederasan menaip: ....... p.s.m..

pastu hentam2 jer letak 25 la 30 la.. kan? tak mustahil letak 50 dan ke atas.. tol tak?

x yah ler shy-shy buffalo, aku pun cenggitu.. ye la nak tanya orang x tau nak tanya sapa, so men hentam keromo jer.. p.s.m tu stand for perkataan se minit.. so selaju mana korang leh taip perkataan dalam masa seminit..

bagi jawatan kumpulan sokongan antara kelayakan untuk di sahkan jawatan dalam perkhidmatan perlu lulus ujian menaip neh beserta ujian JPA yang lain.. so far perjalanan aku masih jauh.. even aku da lama hampir 3 tahun dlm kerajaan tapi aku masih lom sah jawatan sebab badan berkanun kami yang masih baru.. so it may take time sket sebab byk benda dalam Perbadanan nak kena fokus.. ok abaikan..

so macam mana ujian ini dibuat? 1st kena daftar  dengan mana-mana agensi kerajaan yang ader urus ujian menaip neh.. akan di buka setahun 2 kali kalau tak silap aku.. so bahagian pentadbiran Perbadanan Ibu Pejabat Kedah telah daftarkan aku dengan SUK Kedah..

lebih kurang 120 org yang hadir utk ujian neh dan majoriti baru memasuki sektor kerajaan .. ujian menaip hanya memakan masa 10 minit so ko boleh tunduk menaip tanpa henti dalam tempoh tersebut.. hanya ader 2 perenggan yang aku kira lebih kurang 80-90 patah perkataan sahaja.

nampak mudah bukan? ye la.. mana2 ko pegi pun keja ko menaip jer.. even everyday in our life.. nset la, laptop la, desktop la, ipad la.. semua mengguna konsep yang sama iaitu MENAIP..

tapi feeling nak amek ujian tu da semacam semalam ko baru pegang laptop ngan komputer.. kaku, keras, blur.. ntah aper2 kan.. siyes.. dengar jer pengawas peksa tu bunyi loceng.. aku kaku jap dlm 2 saat.. pastu baru aku mula menaip.. boleh bayang tak selalu jari aku yang sebelah kiri neh huruf a,s,d,f,q,w,e, semua  aku pakai sebelah kiri tp masa ujian menaip semalam jari kiri aku hanya tekan huruf A jer.. yang len aku guna jari kanan.. tak ker susah ko nak langkau beberapa huruf ke sebelah kiri tu.. tensi aku..

tp alhamdulillah aku dapat taip sebanyak masa yang ditetapkan.. beserta format yang dibetul.. byk kali jugak aku re-check semua spelling aku.. ye la.. mana tau kan.. kalau2.. ader salah.. ko akan dikira lulus dengan minima kesalahan especially ejaan.. kalau byk sgt salah.. alamat Sila Datang Lagi Sekali..

tak lupa juga.. aku jumpa sowang kawan aku time skoll menengah.. she's look good.. harap dia baik2 sahaja pasneh..

kepada kwn ku.. Anita (bukan nama sebenar).. aku harap ang pasneh lebih berkeyakinan, dan tidak lagi mengamalkan konsep biskut chipsmore.. sekejap ader sekejap x der.. keja bebaik di kuala muda.. mudahan dapat jumpa lagi..

6 comments:

Unknown said...

kalau tak pernah keje gomen, baru nak apply, kena biarkan ruang tu kosong ke? atau kena pergi amek exam jugak?

wan-nis said...

Salam, kalau tak silap akak, boleh jer letak, tapi kena logik la
sebab dalam form tak de tanya pun amek ujian tu di mana
so boleh letak

oke?

Anonymous said...

Kak, nak tanya, waktu ujian nanti hanya diuji kecekapan menaip sahaja ke atau ada ujian2 lain selepas itu? Pada hari yg sama atau dipanggil pada hari yang lain?

Unknown said...

Sya blum kerja gomen lg, in fact blm keja lg. Tp xpnah lulus panggilan SPA uk jwatan pmbnru setiausaha n17 sbb xlulus ujian trengkas. Cmna utk apply trengkas?

Unknown said...

So logik nya biasa org letak brapa p s.m

wan-nis said...

SALAM,

Izzwan - Salam, kalau trengkas akak tak sure la, maaf tak dapat membantu.. mayb bole tanya pd setiausaha yang senior skek, kwn2 akak yang setiausaha pun byk y tak tau trengkas

Unknown- kalau akak dalam 35-40 patah dalam seminit.. standard rasanya

Fairuz Rahman

Salam Semua Hakak dulu lepas abes belajar Diploma dekat UiTM Merbok Hakak continue di UiTM Shah Alam Sebelum smpai sana, macam-macam la ...